'You wouldn't want to know her if you've known who she really was; Rita.' Terdetik dihati Jonathan saat melihat gadis itu berlari anak menuju ke tingkat atas.
Peristiwa lebih 15 tahun dahulu mulai bermain di kotak fikirannya lagi;
15 tahun lepas;
"Fiona, apa yang kau buat ni?" Kelihatan remaja lelaki itu kurang selesa dengan tingkahlaku kakak tunggalnya itu.
"Diamlah, Joe! Aku tahu apa yang aku buat! Kau cuma perlu ikut arahan aku saja."
"Tapi, Kak Eliza ni kan sepupu kita! We can't betray her like this!" protesnya lagi;
"PAAAKKK!!" Fiona menampar adiknya yang masih lagi ingin berbicara.
"Kakak!" Jonathan menakup pipinya yang masih terasa pedih dek ditampar tadi.
"Dia atau aku, kakak kau? Tak bolehkah sekali ni saja kau tolong aku?"
"Tapi…" masih ada rasa bersalah diwajah remaja 16 tahun itu.
"Aku janji, ni kali terakhir aku minta tolong pada kau. Lepas ni, aku takkan ganggu hidup kau lagi; boleh?" Jonathan menghela nafas panjang sebelum membuat keputusan
"Fine… but just let's make it quick."
"Sure will.." Fiona tersenyum sinis tatkala menarik tubuh kaku sepupunya masuk ke bilik hotel; seperti yang dirancangnya sebelum itu.
2 minggu sebelumnya;
"Are you crazy? Why we should do such a thing to her? She's our cousin! Our dad's niece!" Suara Jonathan bergema didalam bilik bacaan keluarga mereka. Dari awal lagi Jonathan telah memprotes rancangan kakaknya untuk 'menjatuhkan' sepupu mereka itu.
"Habis tu, kau tak nak buat sesuatu to fight for our right? Our hak?" Gadis itu mulai membidas kata-kata adiknya; selari bersandar di meja bapanya.
"No matter what it is, it's still not a right thing to do, Fiona! You can't just destroy her life, just like that! It's wrong; and if you got caught, what would dad say about this? What about her future then? Takkan kita nak biarkan dia hidup merana seumur hidup?" Nada Jonathan kedengaran sedikit keras; membuatkan Fiona tersentak sebentar sebelum merapati adiknya yang kini kelihatan semakin kusut; nampak seperti Joe telah tekad untuk tidak menyertai rancangannya.
Fiona memegang bahu adiknya yang tampak makin tinggi dari dirinya itu sambil merenungnya tajam.
"Calm down, Joe; kau terlalu naïf… kau takkan faham kenapa aku buat semua ni. The reason I'm doing all these are for us, just us… I don't want both of us to ended up living in poverty right after gradpa's will's being read… Aku kenal sangat dengan orang tua tu; dia akan sentiasa lebihkan keluarga Eliza dari kita. I even notice how that old man acts in front of our dad; I'm sure he won't leave anything for us, as our father's heirs…" Terang gadis itu panjang lebar sebelum ditepis perlahan adiknya yang bagai enggan mendengar penjelasan Fiona lagi.
"But…still… we're being not fair to her, to Eliza. Lagipun, dia juga anak yatim seperti kita; at least we still have dad. Eliza? Dia kehilangan kedua-dua orang tuanya. Don't you at least have a bit of sympathy towards her?" Jonathan mengomel perlahan; masih menundukkan pandangannya ke bawah.
2 minggu kemudian;
"Look, we're just going to leave her in the hotel room and make it looks like she'd drunk. Esoknya dia akan balik rumah dalam keadaan tak terurus dan peguam atuk akan nampak dia; Eliza akan terkeluar dari senarai penerima harta pusaka secara automatik. Dan secara automatiknya, harta itu akan berpindah kepada penama yang lain; iaitu, kita. That's it, I promise."
"You really sure it's safe for her? Maksud aku untuk tinggalkan kak Eliza sendirian dalam bilik hotel tu? Isn't there's a risk untuk orang pecah masuk dan apa-apakan dia?" Jonathan masih merasa tidak yakin dengan rancangan kakaknya; perasaannya makin terganggu.
"We can lock the door; Lagipun, aku percaya yang tahap keselamatan hotel tu takkanlah teruk sangat untuk mereka lepaskan orang yang tak dikenali masuk macam tu saja…"
"Other than that, are you sure It'll work that way, sis? What if anything goes wrong? Macam mana kalau kita tak layak pun untuk dapatkan bahagian tu; sebab ia dah tertulis untuk Eliza?"
"Kau ni banyak kalau lah! Aku ada terfikir juga… tapi, kalau semua tu tak menjadi, aku rasa kita masih boleh berbaik dengan Eliza; minta maaf dengan dia dan cuba hidup dengan dia…"
"Really?"
"Tukkk!!" Fiona mengetuk kepala adiknya itu sambil menggelengkan kepala.
"Memang tak lah! Kau ingat dia gila nak terima kita lepas yang kita dah buat pada dia ni?" Suaranya cuba dikawal sementara Fiona menutup bilik hotel yang telah ditempatkan sepupu mereka tadi.
"Then?"
"Kalaulah masin mulut kau dan semua ni tak menjadi, we're going to have a backup plan."
"What?"
"Yang itu, kau tak payah risau… I'll handle it myself; beside, I know how bad you'll act in panic." Fiona kelihatan nekad dan yakin akan rancangan asal dan 'backup' plannya.
"Enough with the chit chat, kita kena balik sekarang sebelum senja; kalau tidak kita akan terkeluar dari wasiat atuk." Fiona melihat ke arah jam tangannya sebelum menarik adiknya keluar dari ruangan itu menuju ke lif dengan tergesa-gesa.
Ternyata memang tepat jangkaan Jonathan apabila mereka menempatkan Eliza di bilik yang salah. Beberapa minit selepas kedua mereka beredar; seorang lelaki berpakaian pejabat masuk ke dalam bilik itu dalam keadaan mabuk.
Keesokan harinya;
"Where's Eliza? Where's my beloved granddaughter?" Suara garau En. Lee bergema didalam ruangan banglo mewahnya; ada nada risau dalam suaranya. Fiona menjeling ke arah Jonathan dengan senyuman sinis sebelum merapati datuknya itu; Jonathan hanya tunduk dengan situasi itu.
"Atuk, janganlah risau sangat. Mungkin Eliza keluar dengan kawan-kawannya dan bermalam dirumah mereka? Atuk tak boleh risau macam ni; nanti kesihatan atuk akan terganggu."
"Kalau dia keluar dengan kawan pun, at least give us a call. Doesn't she know how much she worried us, by now?" Fiona membantu lelaki tua itu untuk duduk di kerusi ruangan tamu sambil meminta segelas air dari pembantu rumah.
"Sejak papa dan mama Eliza meninggal, Eliza jarang tunjukkan perasaannya. Dia selalu tersenyum tanpa menunjukkan reaksi lain; that's what makes me worry more." Fiona memberi En. Lee air yang dihulurkan pembantu rumah mereka sebelum duduk disamping lelaki tua itu.
"Mungkin, Eliza perlukan ruang; that's why she didn't say anything to us till now." Kata-kata gadis itu ternyata memberi kesan kepada En. Lee apabila dia mulai memberi perhatian kepada Fiona;
"Atuk tak sangka Fiona bersifat memahami terhadap Eliza selama ni." En. Lee mengusap kepala cucu sulungnya itu sambil tersenyum; Jonathan berasa makin tak selesa dengan keadaan itu.
"Mungkin kita boleh cuba minta orang cari kak Eliza lagi, pagi ni?" Suara Jonathan membuatkan En. Lee tersedar dan mengalihkan tangannya dari kepala Fiona; lantas memberi perhatian kepada Jonathan.
"Jonathan, kamu tak dengarkah apa yang kakak cakap tadi? Mungkin Eliza perlukan masa bersendirian." Fiona menjeling adiknya dengan rasa tak puas hati.
"Dan mungkin juga tak? What if something actually happen to her?"
"Tapi…"
"Bagus juga cadangan kamu tu, Jonathan." Belum sempat Fiona memulakan apa-apa adegan; kata-kata En. Lee mematikan niatnya.
sorry for the late update.. something happen to my lappy(laptop), so i cant write in it like i used to(may take longer) same goes to my 2 stories as well...sorry.. but, i promise i'll do my best to update it in time..*bows*