アプリをダウンロード
16.66% Lollipop!(Malay) / Chapter 5: Bab 4

章 5: Bab 4

"Surita?"

"Ah, ya?" aku tersedar dari lamunanku; peristiwa pagi tadi bermain difikiran apabila soalan itu ditanya.

"Pernahkah?"

"T... tak adalah pula... tapi, kenapa misi tanya macam tu?"

"Tak ada? Pelik. Sebab masa saya periksa awak tadi, saya dapati awak pengsan kerana impak kuat yang diterima di kawasan perut awak. Macam mana pula boleh tak ada?" aku menjadi semakin panik mendengar penjelasan misi muda ini.

"Ah, ya... baru saya teringat, saya ada terlanggar bucu meja didalam lab masa kelas biologi hari itu... kuat jugalah saya kena tu. Tapi, ia diambil kirakah?" bohongku sambil cuba mengekalkan nada selamba; berharap ia akan berhasil.

"Ah, mungkin juga itu sebabnya; tak mengapalah. Lain kali berhati-hati sedikit, ya?" Pesan misi itu sambil memegang bahuku.

"Baiklah... terima kasih sekali lagi, misi.." aku mengangguk sambil tersenyum; terasa bersalah pula kerana tak bersikap jujur padanya.

Aku cepat-cepat keluar dari bilik rawatan tu sebelum disoal siasat lagi dan menuju ke arah kelas.

"Aduh, dah lambat dah ni!" Aku menjeling jam tangan dan mula berjalan laju menuju ke arah kantin untuk mendapatkan beg sekolah. Kelihatan hari dah makin lewat; pelajar-pelajar sesi petang pun dah nak rehat.

'Aku masih perlu kunci bilik stor tu!' langkahku makin laju apabila menghampiri tangga; aku menukar haluan ke arah bilik stor dari ke kantin.

"Apa-apahal, baik aku pergi kunci bilik stor tu dulu." Omelku selari menuruni anak tangga dengan kelajuan 'full speed'.

"Amboi, lajunya!" Aku yang hampir tersadung kerana terkejut dengan sapaan itu sempat berpaut pada dinding tangga.

'Huh, nasib baik tak tergolek tadi!' aku menarik nafas panjang sambil cuba menenangkan diri.

"Tak reti bagi salamkah?" Tanpa mengangkat kepala, aku mulai berang.

"Awak tak apa-apakah? Ma... maaf... saya tak sengaja tadi." Jeremy; salah seorang rakan sekelasku berdiri disitu sambil menggaru kepalanya.

"Apa yang kau buat disini? Bukan sepatutnya kau dah lama balikkah? Koko pun dah lama habis, kan?" Aku pelik melihatnya.

"Ah... A'ah... Tadi saya nampak beg awak di kantin, itu yang ingatkan nak jumpa awak sebelum balik."

"Kenapa pula kau nak dengan jumpa aku? Ada apa-apa hal kah? Kenapa tak tunggu esok pagi saja?" Jeremy hanya tersengih sambil memandangku.

"Kalau tak ada apa-apa, aku nak pergilah!" Dia yang kelihatan masih membatu disitu; membuatkan aku makin bengang.

"Ah! Tunggulah dulu!" Aku terhenti apabila Jeremy menghalangku.

"Kau nak apa lagi? Aku tanya, kau tak nak jawab." Sekali lagi aku mendongak; melihat rakanku yang tinggi lampai ini dengan perasaan tak puas hati.

"Aku bukan nak apa-apa pun... Cuma nak cakap dengan kau saja, boleh?"

"Hah, cakaplah!"

"Tak... bukan sekarang... err... esok. Esok saya nak jumpa dengan awak lepas sekolah, di... depan sekolah, ya?" Aku terkejut dengan ajakannya yang secara tiba-tiba.

"Esok? Kenapa tak boleh cakap sekarang saja?"

"Tak boleh! Esok tahu? Jumpa awak esok, Bye!" Jerry terus berlalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga disitu.

"Wei, Jerry! Aku tak cakap pun, aku janji..." Tak sempat aku menghabiskan ayat, lelaki itu telah pun menghilangkan diri di koridor bangunan.

"Dah hilang? Suka hati kaulah, Jeremy..." Aku melepaskan keluhan kecil sambil menggelengkan kepalaku; makin malas aku nak melayan perangai pelik budak ni. Aku mengalihkan pandanganku ke arah jam di tangan.

"Alamak! Bilik stor!" Lantas aku teringatkan niat asalku tadi dan terus meluru ke arah bilik stor.

"Bbukk!!!" Sekali lagi aku terlanggar seseorang; tapi sempat tanganku dipegang; membuatkan aku kembali stabil untuk berdiri.

"Ah, maaf... saya..."

"Da... Dani?" Aku terkedu apabila melihat identiti orang yang berdiri dihadapanku ini.

"Rita, kamu tak apa-apakah?"

"Ah... ya..." aku cepat-cepat sedar dari lamunan sendiri lalu tunduk.

"Awak tak apa-apa?"

"Er... tak... maaf, saya tak nampak awak tadi."

"Macam mana nak nampak? Teringatkan buah hati saja..."

'Eh? Buah hati? Dia dah tahukah?' wajahku tiba-tiba terasa hangat.

"Ap... apa maksud awak?"

"Jangan nak tipu sayalah... "

"Hah? Tipu apa pula ni?" aku masih berusaha menyembunyikan wajahku.

"Tadi... awak jumpa buah hati awak, kan? Sebelum terserempak dengan saya. Sebab itu jalan pun tak tengok depan tu..." Aku terkejut dengan pernyataannya.

"Hah? Siapa? Tadi tu?" Dani hanya mengangguk sambil memberikanku senyuman menawannya; membuatkan aku tunduk kembali.

"Jangan merepeklah! Tadi tu kan Jeremy, kawan sekelas kita." Aku cuba bersuara tenang sambil tidak memandang matanya.

"Saya tahu, memanglah tu Jeremy... tapi, tak salahkan; kalau awak dengan dia?" Aku memandangnya dengan perasaan tak puas hati. Dengan tak semena-mena, hatiku terguris; air mataku mulai bergenang.

"Eh? Ri... Rita? Ke... kenapa ni? Saya ada tersalah cakapkah?" Dia mulai kelihatan panik.

"Saya kata tak; Taklah! Dia tak ada kena mengena pun dengan saya!" Dani terkejut apabila Rita tiba-tiba melenting sebelum pergi dari situ, meninggalkannya di situ.

"Bodoh! Bodoh! Bodoh! Bodoh! Takkanlah kau tak nampak lagi?" Aku mengomel perlahan. Air mataku masih jatuh tak henti sambil aku menutup pintu bilik stor sukan dan menguncinya sebelum duduk membelakangi pintu; masih cuba untuk menenangkan diri.

Keadaan disitu agak sepi kerana waktu rehat pelajar sesi petang telah pun berakhir. Aku hanya duduk menundukkan kepala sambil mulai berfikir. Aku mulai berasa tertekan dengan perkara ni, dengan perasaan ni, walaupun memang aku dah berjanji takkan timbulkan hal ni di depan Dani lagi lepas kena 'reject' dulu.

'Berapa lama lagi aku kena bertahan? Berapa lama pula aku boleh bertahan? Patutkah aku berputus asa saja? Tapi... bolehkah aku buat macam tu? Mampukah aku?' Sekali lagi aku menyembunyikan wajahku sambil menahan perasaan; memang salahku kerana terlalu mengikut perasaan. Lantas aku tersedar akan sesuatu; aku mengangkat kepala dengan perasaan yang tak menentu.

"A... Apa yang aku dah buat ni?" Aku bangun dari situ sambil cuba berfikiran rasional kembali.

'Rita, kau dah langgar janji kau sendiri!' lantas aku bangun dari situ sambil mataku meliar ke sekeliling kawasan sekolah; mencari kelibat Dani.

'Dani tak salah, aku yang salah, tiba-tiba saja melenting padanya. Apa pula dia akan fikirkan tentang aku lepas ni? Ah, kenapa aku tak sedar dari tadi? Kasihan pula dengan sayang aku tu...' berbagai perkara mulai memenuhi fikiranku apabila langkahku makin laju.

Sebenarnya aku dah berjanji pada diriku yang aku akan lebih berhati-hati apabila bersemuka dengan Dani; agar dia tak tahu yang aku masih ada hati padanya. Sekarang; ini pula yang terjadi.

'Mana pula dia pergi ni? Takkanlah... dah balik?' Mataku meliar ke sekeliling kawasan perhimpunan buat kali terakhir sebelum aku menuju ke tempat letak basikal untuk berehat. Hampir satu sekolah aku berkeliaran dari tadi; mencari kelibat Dani tapi gagal.

'Entah apa yang Dani fikir pasal aku, sekarang ni....' Aku melepaskan keluhan yang terasa berat sambil melabuhkan punggung di atas lantai simen. Sekali lagi aku melayangkan pandangan kosong ke arah padang sekolah yang boleh kelihatan dari situ.

'Bagus! Sekarang memang sah-sah aku tak ada chance nak dekat dengan Dani lagi lepas ni! Kau memang 'bijak', Rita!' sekali lagi aku memarahi diriku sendiri.

"Ah!! Genius!!" Aku mengetuk kepalaku beberapa kali tanda marah.

"Ri... Rita?" suara yang kedengaran biasa di telingaku membuatkan aku termanggu seketika.

'Eh? Macam kenal saja... tapi, takkanlah...'

"Em... Rita? Awak tak apa-apa?" Perlahan-lahan aku memaling ke arah suara yang datang dari belakangku. Dani berdiri disitu sambil menghulurkan sebatang lolipop padaku.

Aku yang masih terkejut dengan kehadirannya disitu termanggu seketika; sebelum kembali tersedar dan mengambil lolipop itu dari tangannya.

"Te... Terima kasih." Aku tunduk kembali sambil membetulkan kedudukanku.

"Boleh saya duduk?" Aku tunduk selepas mengangguk; masih berasa kekok dengan peristiwa tadi.

"Maaf..."

"Maaf..." keadaan menjadi kekok apabila kami bersuara serentak.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C5
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン