アプリをダウンロード
74.52% cempaka dirembulan / Chapter 79: sambil berenang sambil minum air.

章 79: sambil berenang sambil minum air.

ku najah bersemangat membawa bidan yang ditempah khas untuk menjaga cempaka sepanjang dua minggu berpantang. macam-macam nasihat dan petua yang diberinya kepada cempaka. sampai naik keliru cempaka. yang mana satu bidannya sebenarnya? ku najah ke bidan timah? bidan jemputan hanya duduk diam sahaja.

" ha.. dok berborak dari tadi.. mana ikran??" tanya ku najah. agaknya baru teringat tentang kewujudan anak terunanya yang sudah tak berapa nak teruna itu.

" abang kerja umi..awal pagi tadi dia keluar. ada mesyuarat penting.." jawap cempaka. padahal dia tidak tahu pun apa urusan penting ikran di pejabat. sewaktu berangkat ke tempat kerja pagi tadi,ikran cuma menyatakan ada urusan penting sahaja. dia seperti biasalah. takkan bertanya.

" penting sangat ke mesyuarat tu sampai bini sakit sebab dia.. tak dipeduli.." marah ku najah. wajah lembutnya sudah berkerut-kerut.

cempaka diam mendengar suaminya kena marah. nak jawap takut dia pula yang kena bebel nanti sebab pertahankan suaminya.

" apa salahnya dia ambil cuti lagi sehari dua ke.. temankan kamu.. bagi sokongan moral.." tak puas hati lagi gamaknya ku najah.

" umi... kecil hati abang dengar nanti.. kalau duduk rumah pun.. abang bukan boleh buat apa-apa pun.. dia bosan.." cempaka cuba mengendurkan tahap kemarahan ku najah. malu pula bidan timah mendengar nanti.

" bosan apanya...jaga bini.." ku najah macam biasalah. kalau dapat membebel memang dia lupa semuanya.

cempaka menghampiri ku najah. tangan tua itu digenggam.

" umi.. cempaka sangat-sangat berterima kasih dengan abang.. dengan umi sekeluarga dan semua orang yang ambil berat cempaka. umi tengoklah.. abang dari jauh.. tak rehat,jet lag lagi.. sanggup teman cempaka.. kalau lelaki lain.. dah serah je ke maid semuanya.." nun jauh di sudut hati,cempaka sangat-sangat terharu mengenangkan ketulusan ikran terbang jauh melihatnya. walau masih ada rasa sangsi dalam hatinya terhadap ikran namun sikap ambil peduli ikran padanya memudarkan sangsinya. dia mahu fikir positiv. biarlah kisah silam ikram jadi sejarah. ada masa,dia akan menyiasat kepada ikman.

ku najah memandang raut wajah menantunya. terselit rasa senang dihatinya. betul juga kata cempaka. teringat keadaan ikran sewaktu sampai kemarin. dengan tidak cukup rehat. benarlah. dia yakin ketulusan anaknya.

" yelah.. betul juga.. hmm mak timah.. nak start buat apa hari ini??" ku najah mengakui kebenaran kata cempaka sambil mula menukar topik.

cempaka senyum dalam hati melihat perubahan mood ku najah. mudah betul berubah.

ikman melihat nombor telefon pelik di skrin telefonnya. dalam teragak-agak dia mengangkatnya. suara wanita menyapanya.

" hello..boleh saya bercakap dengan tengku ikman?" sapa nadia dengan lembut.

" speaking.."

" tengku.. saya nadia.. kawan kepada cik puan cempaka.." nadia memperkenalkan dirinya. .

ikman tiba-tiba rasa teruja. kenapa nadia tiba-tiba telefonnya. pelik-pelik.

" hmm.. kenapa?" acuh tak acuh ikman bertanya. konon.

" sebagai sahabat cik puan.. saya rasa sangat marah dengan keadaan yang berlaku sekarang.. so saya ada sesuatu untuk tengku lihat.. mungkin tengku boleh gunakan benda ini untuk jatuhkan orang-orang yang menganiayai cik puan.." nadia menunjukkan ketulusan hatinya dengan membantu mendedahkan beberapa skandal putri,nasha dan marsya. dia mahu dilihat sebagai sahabat yang sanggup mempertahankan cempaka dan sentiasa berdiri megah di belakang cempaka.

" emailkan.." ikman tanpa banyak soal meminta nadia emailkan terus. dia ingin melihat dahulu.

" boleh..boleh..but..." nadia ada permintaan lain. ingat dia nak tolong kosong-kosong ke.

" just shoot.." suruh ikman. sengaja menseriuskan suaranya.

" i nak kontrak jadi jurucakap untuk iklan trrbaru u all" cempaka memaklumkan niat asalnya. kata orang tua,sambil berenang sambil minum air.

" bagi i tengok dulu.. nanti i decide.." ikman sengaja bermain tarik tali. dia ingin melihat kesungguhan nadia.

" okey.. i sent sekarang.. and tolong jangan dedahkan tentang i.. " sempat lagi nadia memberi peringatan sebelum mematikan talian.

" huh... sombong.. ingat kau sahaja hebat dalam dunia ni.." bebel nadia sambil mengepal penumbuknya.

" sabar ye nadia..biar ikran lihat ketulusan engkau membantu cempaka.." nadia memujuk dirinya. selagi ikran tidak melihat kewujudannya,selagi itulah dia akan berusaha.

" sayang.. u buat apa tu?" sapa dezrin memeluk terus nadia dari arah belakang. ciuman sayang diletak di pipi nadia. dia melihat skrin laptop nadia yang terang-terang mendedahkan skandal seks rakan modelingnya.

" nak buat apa semua ni?" tanya dezrin pelik.

" nak serahkan kepada ikman.. i nak bantu diorang demi persahabatan i dan cempaka.." jawap nadia mula menghantar email.

" owh.. so.. macam mana keadaan cempaka?" tanya dezrin. faham akan tindakan nadia itu. siapa yang taknak pertahankan sahabat karibnya. kalau dia pun,orang sakiti rakan karibnya. alamat memang cari nahasla..


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C79
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン