アプリをダウンロード
5.71% CEO itu bukan bos aku. / Chapter 2: Giler kerja

章 2: Giler kerja

Dua hari sejak surat di terima Lyn, rutin harian yang telah dua tahun berkhidmat bersama Puan Kasmah berubah secara drastik. Sungguh sumpah! dia baru tahu begini rupanya bekerja dengan orang yang gila kerja.

Habis menyelesaikan tugasan hari itu jam 7 petang , Lyn bersendirian berjalan di Mall KLCC sebentar merehatkan diri dengan cinta hatinya kopi Americano, kopi O kosong tanpa gula kata orang melayu dengan makan malam yang ringkas.

Duduk sendirian di meja berhadapan laluan ramai orang ,Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.

Hatinya sedikit cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.

Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan kerana tidak kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau dan segalanya harus di siapkan dengan sesegara mungkin.Macam kena dera sahaja hidup sekarang,memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja boleh gila hidup macam ini', Lyn bermonolog sendirian di minda.

Teet..teet..teet mesej di telefon berbunyi tanda mesej baru di terima. Baru sahaja di sebut dalam hati, nah si kuku besi sudah menyampaikan tugasan baru yang berbunyi.

'Esok clearkan schedule saya, urgent meeting dengan Dato' Ishak, book meeting room dan ready my document on matter of housing complex file kuning, last week meeting, file dalam bilik saya buat ten copy at 9am esok'.

Tergaman Lyn dengan tugasan yang di terimanya, 9 pagi esok, kegilaan apakah ini, "Ya Allah memang sungguh CEO gila yang aku handle ini. No life mentang-mentang bujang terlajak, gila kerja sungguh',rungut Lyn membebel sendirian. Memandangkan dia masih di KLCC tika itu dan officenya tidak jauh dari situ, dia mengambil keputusan untuk menyelesaikan tugasan dan bercadang pulang setelah selesai. Senang esok dia tidak terkejar-kejar hadir awal dari biasa.

Ting...sampai juga dia ketingkat menuju pintu masuk ke pejabatnya. Senyap dan agak sunyi. Rasanya, semua telah pulang kerumah masing-masing kerana jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam.

Hairan dia kerana kelihatan lampu masih terpasang di pejabat tuan Arman. Gerangan siapa yang ada di situ pada waktu itu. Dengan penuh hati-hati dia menolak perlahan-lahan daun pintu supaya tiada bunyi kedengaran.Lyn punya asess untuk ke seluruhan bangunan.

Elok dia menolak pintu sedang elok juga la tuan Arman menarik pintu dengan tenaga lelakinya, maka tertariklah sama lyn laju ke hadapan tanpa sempat mengimbangi tubuhnya yang walaupun kecil montel namun kerana tindakan graviti bumi berlanggar tanpa sengaja dengan tuan Arman yang tidak berganjak kerana terperanjat dengan situasi yang tidak di sangka-sangka itu. Elok baik Lyn landing di dada tuan Arman yang jatuh terlentang terhentak kepala lyn di dagu tuan Arman tanpa sengaja.

"Aduh", kedengaran tuan Arman menjerit kecil. Tindakan graviti memang tidak di sangkalkan walau terkena buah apple kecil di kepala pun kesakitan ini kan pula tubuh manusia yang beratnya lebih kurang 48kg dengan ketinggian 155cm tidak termasuk ukuran kasut tumit tinggi menghempas diri beliau.

"Ya Allah", hanya itu ungkapan Lyn yang mampu di ucap olehnya.

Bila kedua-duanya telah sedar dan berfikiran rasional, kedua-duanya bangkit dan berdiri.

Nasib tiada kecederaan parah namun dahi Lyn agak kemerahan terkena dagu tuan Arman tanpa sengaja. Dagu tuan Arman juga memerah. Di sapunya dengan tangan dan di usap-usap bagi menghilangkan rasa sakit."Keras sungguh kepala budak ini".

"Maaf Tuan, saya tak tahu tuan ada kat sini",Lyn memberikan alasan sambil tangannya mengusap dahi yang sakit.

"Bukan awak dan balik ke jam 7 petang tadi?", tanya tuan Arman.

"Dah, tapi saya jalan-jalan kat Mall KLCC, sedang elok habis minum kopi dan window shopping dapat mesej tuan. Tu yang patah balik office nak siapkan apa yang patut untuk esok",Lyn pantas memberikan jawapan.

"La, bukannya tak boleh buat esok, dah pergi balik tak pasal-pasal dagu saya ini cedera terhantuk kepala awak yang keras tu",lantang tuan Amran bersuara dengan agak kasar mungkin kesan terperanjat masih belum hilang.

"Tapi tuan, kalau saya balik sekarang esok saya kena datang lebih awal dari biasa untuk menyediakan dokumen-dokumen sebab meeting tuan jam 9 pagi, awal tu",selamba Lyn menjawab membantah ketuanya menghalau dia pulang dan berdiri tegak dia di situ tanda bantahan.

"Ikut suka awak, make sure after everything done, off all lamp and lock the door",tuan Arman mengalah ,tapi risau juga dia hendak meninggalkan setiausahanya sendirian. Dia juga rasa segan untuk berduaan di situ.

"Oh lupa pula saya,awak teruskan kerja sekejap lagi Iqbal bawa makanan yang saya pesan, suruh dia masuk ke bilik saya".

"Bukan tuan nak balik ke tadi?'tanya Lyn semula kerana dia melihat di tangan tuan Arman memegang beg bimbit bersama.

"Saya lupa my dinner',selamba tuan Arman mengalih topik.

"Tuan saya ambik dahulu file ini ya",Lyn meminta izin dan berlalu keruangan kerja dia di luar bilik tuan Arman.

Melihat Lyn yang telah hilang di pandangan. Arman memegang kepala yang tidak sakit sambil sebelah tangan masih memegang dagu yang rasanya membengkak dan berdenyut kesakitan. Di mencari balm di laci meja dan menyapu pada bahagian yang sakit.

Ada perasaan malu dan segan serta juga dia masih dalam keadaan terperanjat dengan kemunculan Lyn atau Haslina setiausahanya secara tiba-tiba dan tidak di jangka.

Iqbal di panggil naik membawa makanan malam yang di minta oleh tuan Arman. Tuan Arman mengarahkan dia duduk di ruangan menunggu di hadapan Lyn bagi menunggu dia menyelesaikan sedikit kerja. Sambil menunggu Iqbal berborak dengan Lyn.

"Lyn, awat hang tak balik lagi?".

"Tu boss hang la, elok sedang aku nak balik dia bagi mesej nak meeting jam 9 pagi esok. Jam berapa lak aku nak mai esok. Selalu aku keluaq jam 7.00 pagi sampai elok jam 8.30 pagi takkan nak ambik first tren kot", luah Lyn dalam loghat utara mengajuk Iqbal.

"Hang ini kalau tak pandai cakap utara tak payah la ajuk aku", marah Iqbal bergurau.

"Hang hari-hari lagu ini ka? balik lewat ?", tanya Lyn pula.

"Camni la Lyn, dapat bos gila kerja, tapi okay gak banyak O.T aku, dia pun tak kedekut hulur duit makan kalau aku tunggu dia. Tak macam CEO lama, kedekut pahit sungguh".

"Untung la hang, aku la ini rasa macam kena dera,baru nak jumpa kawan , teet..teet mesej masuk, memang la ofis bayaq hp aku dengan line tapi no life!, asyik kena siap keja ja, sampai mama aku suruh aku kahwin dengan laptop aku",luah Lyn.

"Awat hang xde marka ka?',pancing Iqbal mencari gosip kerana sejak Lyn masuk ke syarikat berkenaan selama dua tahun masih tiada gosip-gosip liar di dengari dan segala hal personal Lyn tiada siapa yang tahu.Baginya Lyn mempunyai aura misteri yang tersendiri. Lyn adalah seorang yang peramah dan suka bergaul tetapi hanya pada waktu kerja atau ketika mengikuti aktiviti syarikat sahaja.

"Buat masa ini aku single lagi",jawapan Lyn mematahkan pancing Iqbal.

"Kalau aku kenalkan dengan kawan aku,hang mau?', masih lagi tidak mahu mengalah Iqbal cuba memancing menggunakan umpan baru.

"Iqbal aku nak siapkan kerja ini, dah lewat ini ,karang tren terakhir tamat,susah pulak aku nak balik ke Subang".Lyn mematikan bicara kerana harus menyiapkan kerja bagi mengejar tren untuk pulang juga malas berbincang topic tersebut.

Iqbal menghormati permintaan Lyn yang kelihatan ligat menyelesaikan tugasan diberi oleh tuan Arman.Bosan duduk dan bermain hp, Iqbal dalam diam-diam memerhatikan Lyn dengan penuh minat,kalau di ikutkan Lyn boleh di kategorikan dalam golongan perempuan yang cantik bertubuh comel sesuai dengan ketinggian dan beratnya,berkulit kuning langsat,Muka bujur sirih,alis mata asli yang agak tebal dan kemas,berhidung mancung dan mempunyai lesung pipit di pipi indah bila tersenyum lengkap dengan bibir yang mungil di calit sedikit warna yang sesuai dengan pakaian dan tudung yang di sarungkan di kepala,namun kalau di ikut usia dia seharusnya sudah bekeluarga, mungkin jodoh belum sampai teka Iqbal sendirian.'Ish dosa mata aku',fikir Iqbal, walaupun dia hanya bekerja sebagai pemandu dia tahu akan hukum agama, lagipun bini dia yang di rumah pun tak kurang hebat seorang wanita bekerjaya sebagai staff nurse ,anak pun dah masuk lima.'Iqbal jaga pandangan mata,dosa',akal Iqbal memberikan amaran padanya. Pantas matanya di bawa semula ke hp dan mencari topic atau cerita menarik di youtube bagi mengisi masa menunggu.


Load failed, please RETRY

週次パワーステータス

Rank -- 推薦 ランキング
Stone -- 推薦 チケット

バッチアンロック

目次

表示オプション

バックグラウンド

フォント

大きさ

章のコメント

レビューを書く 読み取りステータス: C2
投稿に失敗します。もう一度やり直してください
  • テキストの品質
  • アップデートの安定性
  • ストーリー展開
  • キャラクターデザイン
  • 世界の背景

合計スコア 0.0

レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
パワーストーンで投票する
Rank NO.-- パワーランキング
Stone -- 推薦チケット
不適切なコンテンツを報告する
error ヒント

不正使用を報告

段落のコメント

ログイン