アプリをダウンロード
7.17% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 89: Malam Gelap dan Berangin

章 89: Malam Gelap dan Berangin

編集者: EndlessFantasy Translation

Bulan perak tergantung tinggi di atas langit dan mengeluarkan satu cahaya bulan pudar yang mampu menutup seluruh tanah dengan lapisan perak yang memberi satu permukaan yang bermisteri.

Selepas kekacauan hari itu, Bandar Wu Tan menjadi gelap dan senyap pada waktu malam. Di dalam rumah-rumah di jalan tersebut, kadangkala bunyi aktiviti malam masih boleh kedengaran.

Di dalam bilik di laman belakang rumah Puak Xiao, seorang pemuda sedang berbaring atas katil. Matanya, gelap seperti langit malam, diisi dengan kesunyian dingin.

"Cikgu, apakah tahap kekuatan awak dalam keadaan awak sekarang?" Selepas kesunyian panjang, Xiao Yan bertanya dengan suara yang lembut.

"Kenapa?" Cincin hitam yang dipakainya mengeluarkan satu jawapan yang rawak. Selepas seketika, Yao Lao berkata dengan tidak jelas, "Walaupun saya berada dalam bentuk roh, saya patut tidak mempunyai masalah mengatasi lalat-lalat kecil seperti Da Dou Shi atau Dou Ling dengan Api Kesyurgaan saya."

Mendengar ini, satu keriangan muncul pada muka Xiao Yan. Matanya, walau bagaimanapun, membawa satu kedinginan.

"Awak berhasrat untuk membunuh budak itu petang tadi?" Melihat perangai Xiao Yan, Yao Lao bertanya dengan satu kejutan.

"Jia Lie Ao tidak berhak untuk usaha sebegitu." Xiao Yan tersenyum dan berbisik. "Dua bulan hampir sampai dan saya mula hilang kesabaran untuk memanjangkan pertandingan dengan Puak Jia Lie itu. Oleh itu, saya harap saya boleh membunuh ahli alkimia itu secara rahsia. Selepas Liu Xi mati, Puak Jia Lie tidak akan mempunyai ubat penyembuhan dan mereka akan hilang saham di pasaran. Selepas itu terjadi, walaupun puak mereka boleh hidup, kekuatan mereka akan menurun dengan banyak dan tidak lagi akan mengugut kedudukan Puak Xiao."

"Oh. Awak sudah hilang sabar? Lihat daripada sikap awak, awak tidak nampak seperti seorang yang terburu-buru." Selepas senyap untuk seketika, suara jenaka Yao Lao terlepas daripada cincin. "Nampaknya, awak sangat sayang pada gadis bernama Xun Er itu. Lelaki itu hanya bertindak sedikit kotor namun awak boleh mempunyai dendam yang begitu dalam. Budak cemburu."

Mendengar ini, muka Xiao Yan menjadi hangat. Fikirannya yang senang dibaca itu menaikkan kemarahannya. "Dari dulu lagi, saya tidak mempunyai masa. Macam mana saya boleh terus bermain dengan mereka. Walaupun saya tidak berjumpa dengan lelaki itu hari ini, saya masih akan menggunakan beberapa helah."

"Baik, baik, Ia tidak kena mengena dengan gadis itu…" Melihat sikap Xiao Yan, Yao Lao ketawa dengan kuat. Nada menyindir di dalam tawanya menyebabkan Xiao Yan menunjukkan mata menyampah dengan tidak bermaya.

"Memandangkan awak ingin bertindak, jom. Saya hanya satu roh jadi saya perlu meminjam tangan awak." Yao Lao menghentikan tawanya dan berkata.

Mengangguk kepalanya, Xiao Yan melompat daripada katilnya. Dia mengambil satu cincin simpanan berwarna merah daripada poket dadanya dan mengeluarkan satu jubah hitam yang telah disediakan sebelum ini. Dia membuang jubah itu ke atas badannya dan badan kurus pemuda itu bertukar menjadi seorang lelaki berjubah hitam yang misteri dan gemuk.

"Jom. Awak tidak perlu berbuat apa-apa. Bagi saya mengawal badan awak. Dengan jiwa saya mengarah awak, awak tidak perlu takut jika sesiapa yang akan mengenali bau awak." Melihat Xiao Yan yang sudah bersedia, Yao Lao memberi senyuman.

"Ah." Mengangguk kepalanya, Xiao Yan sampai ke sebelah tingkapnya dan memerhatikan sekelilinginya seperti seorang pencuri. Selepas itu, dia melompat keluar dan badannya turun dengan cepat. Satu kekuatan yang kuat sedang dikeluarkan daripada cincin di jarinya.

Kekuatan misteri itu mula mengarah seluruh badan Xiao Yan. Dengan segera, bayangan orang terjatuh itu mula terapung di pertengahan udara. Memijak atap dengan ringan, badannya seperti burung helang, keluar dari rumah Puak Xiao dengan laju dan senyap lalu hilang di dalam malam yang gelap itu.

Malam yang gelap dan berangin itu memberi satu peluang untuk membunuh.

…..

Puak Jia Lie.

"Encik Liu betul-betul boleh menapis ubat lain?" Di dalam dewan yang cerah itu, Jia Lie Bi yang gelisah tadi terpegun mendengar pengumuman Liu Xi sebelum dia bertanya dengan gembira.

Berpuas hati dengan sikap terkejut Jia Lie Bi, Liu Xi mengangkat cawan teh di sebelahnya dan menghirupnya. Air muka di wajahnya sangat bangga. "Selain daripada ubat penyembuhan, saya boleh menapis sesuatu yang lebih sesuai untuk kegunaan askar-askar upahan." Dadah ini dipanggil, 'Pil Peledak Kekuatan'. Ia boleh meningkatkan kekuatan pengguna itu sebanyak 10% untuk jangka masa yang pendek."

Mendengar ini, keriangan di muka Jia Lie Bi bertambah. Jika dadah dengan kesan sebegitu boleh ditapis, dia akan menggunakannya sebagai iklan untuk menarik perhatian orang ramai. Dia juga boleh sekali lagi mengugut Puak Xiao.

"Malangnya, 'Pil Peledak Kekuatan' ini tidak boleh ditapis dalam jumlah yang banyak seperti ubat penyembuh. Dengan kebolehan saya sekarang, saya takut saya hanya boleh menapis 20 pil dalam satu hari." Liu Xi berkata dengan suara kesal.

"Haha, 20 pil pun boleh. Kita akan mencipta satu benda seperti lelongan, di mana bidaan tertinggi akan mendapatnya. Ubat penyembuhan masa tujuannya. Kita hanya menggunakan pil ini sebagai iklan untuk menaikkan populariti kita." Jia Lie Bi melambaikan tangannya dan berkata dengan senyuman.

"Hei, Ketua Puak Jia Lie, saya boleh membuat 'Pil Peledak Kekuatan' ini, tetapi berdasarkan persetujuan kita, saya hanya bertanggungjawab untuk membuat ubat penyembuhan." Melihat bagaimana "Pil Peledak Kekuatan" ini telah menarik minat Jia Lie Bi, satu fikiran terukir pada minda Liu Xi dan dia berkata dengan tiba-tiba.

Muka Jia Lie Bi tiba-tiba berubah. Lelaki bijak ini tahu apa yang lelaki ini sedang merancang. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini, dia hanya boleh ketawa dan bertanya, "Apa maksud Encik Liu Xi?"

"Haha, relaks. Saya tahu situasi Puak Jia Lie sekarang jadi saya tidak akan minta dengan banyak." Melihat Jia Lie Bi yang lebih relaks itu, satu senyuman jahat bersilau melalui mata Liu Xi. "Saya hanya mahu Ketua Puak Jia Lie membantu saya mendapatkan perempuan bernama Xun Er itu."

Sebelum satu senyuman boleh muncul, muka Jia Lie Bi menjadi tegang. Matanya mengecil. Dia tidak jangka lelaki ini yang penuh dengan nafsu seks akan menyasar Puak Xiao.

"Encik Liu Xi, jika Puak Jia Lie menyentuh seorang ahli Puak Xiao, Xiao Zhan akan mempunyai alasan untuk menyerang kami dengan terbuka. Ia bukan lagi menjadi satu konfrontasi perniagaan tetapi kekejaman yang sebenar…" Mengeluh, Jia Lie Bi ketawa kelat.

Menepuk dengan perlahan jarinya pada meja, Liu Xi berkata dengan lembut, "Ini bukan satu perkara untuk dipertimbangkan oleh aku. Aku tak kisah jika rancangan Ketua Puak adalah untuk menculiknya dengan paksaan atau dengan senyap. Aku cuma mahu keputusannya. Asalkan kau boleh bawa dia kepada aku, aku akan mula menapis 'Pil Peledakan Kekuatan' itu."

Sudut mata Jia Lie Bi menajam. Walaupun dia penuh dengan kemarahan, dia ketawa dengan paksaan. "Bolehkah awak bagi saya masa untuk berfikir? Bolehkah saya bagi awak jawapan besok?"

"He he. Ketua Puak boleh menimbangkannya. Sebelum aku beredar, aku cuma nak tambahkan sesuatu. Puak Jia Lie dan Puak Xiao sudah menjadi musuh yang tidak boleh berbaik semula, jadi kenapa kau nak risau pasal menambahkan satu lagi perselisihan dalam persamaan itu?" Ketawa dengan jahat, Liu Xi berdiri, menepuk buntutnya dan keluar dari dewan tersebut. Dengan langkah yang cepat, dia berjalan ke arah biliknya di laman belakang. Gadis muda yang luar biasa seperti bunga teratai itu telah menaikkan nafsu di dalamnya. Dia hanya mahu mencari satu perempuan yang cantik dan muda untuk melegakan nafsunya.

Merenung Liu Xi yang hilang ke dalam sudut, Jia Lie Bi bertukar menjadi lebih muram. Selepas masa yang panjang dia menghembus nafas panjang dan berkata, "Gampang ini, dengan kepala yang penuh dengan wanita, pasti akan mati suatu hari nanti di tangan orang."

…..

Di dalam bilik di laman belakang, Xiao Yan melihat dengan tidak bermaya seorang gadis cantik yang berbaring atas katil tertidur. Badannya hanya dibalut dengan jubah yang nipis lalu mendedahkan badannya yang terlanjang.

"Orang itu sudah balik." Yao Lao berbisik di dalam cincinnya, menyebabkan Xiao Yan berhimpit ke dalam sudut yang tersembunyi dengan pantas. Melalui satu celah kecil, matanya memerhatikan semua benda di dalam bilik.

"Creak…." Pintu kayu itu ditolak buka dengan perlahan. Ketawa Liu Xi masuk ke dalam bilik itu dengan segera. "Ha ha. Sayang. Saya di sini. Bersedia untuk dikotorkan malam ini."

"Kepala si bodoh yang penuh dengan sperma. Yao Lao, sedia untuk menyerang." Xiao Yan berkata dalam hatinya sambil dia tersenyum dingin dan menggeleng kepalanya.

"Baiklah,.. tunggu, ada pertukaran!" Yao Lao menjerit satu amaran apabila dia hampir bersetuju. Hal ini menyebabkan hati Xiao Yan menjadi tegang.

Dahinya penuh dengan peluh selepas terperanjat dengan jeritan amaran Yao Lao. Xiao Yan tidak bergerak dan tunggu di tempatnya.

"Sebelah kiri!" Di dalam hatinya, suara Yao Lao sekali lagi terkeluar.

Mendengar amaranya, Xiao Yan memusingkan kepalanya dengan perlahan. Renungannya beralih ke tingkap di sebelah kirinya dan matanya tiba-tiba mengecut.

…..

Tingkap yang tertutup itu sudah dibuka tanpa disedari, memberikan cahaya bulan untuk merebak ke seluruh bilik. Dalam sekelip mata, kekosongan di tingkap itu dan sekeliling telah diganti oleh seorang gadis muda berpakaian emas. Di bawah pakaian emas itu mempunyai satu pasang kaki yang kecil dan bulat seperti jed yang melukis satu lengkungan menarik di pertengahan udara.

Cahaya bulan melimpah ke dalam bilik, menyinari muka ayu gadis muda itu. Ia adalah seperti dewi dibawah cahaya bulan, cantik namun bermisteri.

Merenung kemunculan tiba-tiba gadis muda itu, Xiao Yan terasa kerongkong menjadi kering. Jantungnya mengeluarkan satu nama yang lembut.

"Xun…. Xun Er?"


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C89
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン