アプリをダウンロード
7.09% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 88: Kesimpulan

章 88: Kesimpulan

編集者: EndlessFantasy Translation

Merenung Xiao Yan yang tidak berhati perut itu, muka Jia Lie Ao bertukar pucat. Satu air muka ketakutan mula menyebulungi mukanya.

Di jalan tersebut, semua orang yang memerhatikan kejadian itu menarik nafas dingin sambil melihat Jia Lie Ao yang hampir dibunuh. Tindakan Xiao Yan yang teguh itu menyebabkan ramai orang bertukar pendapat terhadap Xiao Yan.

Mulut Xiao Yu yang lembap dan merah itu terbuka dan seluruh badannya terkaku. Perangai kejam dan teguh Xiao Yan telah menukar imej lembut yang Xiao Yu mempunyai terhadap Xiao Yan. Dia tidak sangka bahawa budak kecil yang dia biasa bergaduh dan hilang sabar itu akan mempunyai sikap yang begitu kejam.

Renungan semua orang terletak pada batang keluli di tangan Xiao Yan. Apabila batang keluli itu hampir setengah meter daripada kepala Jia Lie Ao, satu bunyi kuat tiba-tiba kedengaran seperti bunyi petir. Di jalan itu, seseorang memanggil dengan kuat, "Budak jahanam dari Puak Xiao, cabaran merupakan satu cara untuk belajar antara satu sama lain. Kau berani untuk bertindak begitu kejam?"

Mendengar jeritan kuat itu, Xiao Yan mengecilkan matanya, sudut mulutnya melengkung menjadi senyuman dingin. Sebalik menghentikan tindakannya, batang keluli di tangan Xiao Yan dihayun dengan daya yang lebih kuat.

"Ke tepi!" Aksi Xiao Yan telah mengipaskan api orang yang sedang menjerit itu. Dengan satu sumpahan, satu tenaga angin tajam dilepaskan, dan menuju ke hadapan. Seperti kilat hijau, ia memotong tengah-tengah batang keluli Xiao Yan dan dengan segera, batang keluli itu terpotong menjadi dua di pertengahan udara.

Muka Xiao Yan berubah apabila batang kelulinya patah menjadi dua. Menggertak giginya, Xiao Yan ingin menikam kerongkong Jia Lie Ao dengan batang keluli yang tinggal tetapi angin hijau menyangkutkan tindakan Xiao Yan. Tekanan kuat daripada angin itu menyebabkan Xiao Yan sukar bernafas.

Mengecilkan matanya, dia menggunakan seluruh tenaga untuk menikam Jia Lie Ao dengan batang keluli dia. Walau bagaimanapun, dia dihalang oleh satu angin kebal yang tidak dapat ditewaskan.

Mengetap bibirnya, tangan kanan Xiao Yan memegang keluli itu dengan kuat dan badannya mula bergerak sedikit dan dipintal. Batang keluli terlepas daripada tangannya dan menjadi satu bayangan hitam, menembak ke arah bayangan orang yang sedang terbang ke arah Xiao Yan.

"Hmph!" Melihat Xiao Yan berani menyerangnya, bayangan orang itu berdengus dingin. Tangannya membentuk menjadi satu kuku binatang dan dia menyerang dengan kuat di depan Xiao Yan. Dou Qi hijau pekat itu membentuk beberapa bilah angin hijau pudar.

Menaikkan jarinya, bilah angin itu dilepaskan dari tangannya dan memotong batang keluli itu kepada kepingan.

"Untuk mempunyai satu hati yang kejam walaupun usia kau muda. Hari ini, aku akan mengajar kau demi Xiao Zhan!" Bayangan orang itu berkata dingin selepas memotong kepingan logam itu kepada beberapa keping. Di dalam kedua-dua tapak tangan, satu Dou Qi hijau sedang dikumpul dengan pantas. Satu puting beliung berkumpul di bawah kakinya dan mengangkatnya ke udara. Seperti meriam, dia membuang dirinya ke arah Xiao Yan. Satu bilah hijau pudar muncul apabila dia melambai tapak tangannya dan satu menembak ke arah Xiao Yan.

Tekanan udara asal daripada bilahan angin tersebut meniup tanah bebas daripada debu.

"Ajar aku? Kau ingat kau siapa? Kau patut mengajar anak kau dahulu." Xiao Yan menggeleng kepalanya dan tersenyum dingin. Daripada atribut Dou Qi-nya, dia mengenali bayangan orang itu adalah ayah Jia Lie Ao, Jia Lie Bi.

Xiao Yan melihat bilahan angin yang sedang menuju ke arahnya dengan wajah yang tenang. Apabila ia hampir 5 meter daripada kepalanya, Xiao Yan memukul tanah dengan tapak tangannya. Satu cetusan angin tidak mempunyai bentuk dikeluarkan selepas menyentuh tanah tersebut, dan menolak badan Xiao Yan ke udara. Dia membuat satu balik kuang dan mendarat di satu keping tanah dozen meter dari tempat kejadian.

Bilahan angin itu tidak mengena. Dengan satu "clang", parut yang dalam ditinggalkan pada batu keras di atas tanah.

"Ayah, bunuh dia!" Melihat Xiao Yan sedang menurun dari udara, muka Jia Lie Ao penuh dengan kegembiraan sambil dia menjerit dengan kuat.

Mendarat di atas tanah, Jia Lie Bi merenung seketika pada tangan Jia Lie Ao. Mukanya menjadi tegang dan satu niat membunuh muncul di dalam matanya. Tanpa membalas, dia menolak diri sendiri dari tanah dan sekali lagi meluru ke arah Xiao Yan seperti orang gila. "Baiklah, mari kita lihat sebagaimana hebat si genius dari Puak Xiao."

Hanya seketika telah berlalu selepas kemunculan Jia Lie Bi dan Xiao Yan yang sedang mengaku kalah itu. Orang ramai mengenali Jia Lie Bi dan mula mencemuh. "Seorang Da Dou Shi menyerang hendap seorang Dou Zhe!"

"Wow, Jia Lie Bi si anjing. Kau tembikai besar. Kau berani untuk menyerang?" Xiao Yan memarahinya. Melihat bagaimana Jia Lie Bi tidak menghiraukan perbezaan taraf dan sekali lagi meluru ke arahnya, muka Xiao Yan bertukar pucat.

"Bangsat! Selepas mematahkan lengan anak aku, kau boleh lupakan untuk meninggalkan tempat ini." Jia Lie Bi melangkah dari tanah. Seperti angin, dia muncul di depan Xiao Yan. Satu air muka jahat dipancar daripada mukanya. Penumbuknya digenggam dengan kuat dan satu Dou Qi hijau mula berkumpul dengan cepat menjadi satu pusaran besar.

"Celaka. Kau sanggup menggunakan Teknik Dou Tahap Xuan? Kau anjing. Kau telah memalukan seluruh Puak Jia Lie!" Terasa kekuatan ganas yang sedang berkumpul pada penumbuk Jia Lie Bi, muka Xiao Yan bertukar menjadi hodoh. Secara rahsia, dia mula menarik cincin hitam pada jarinya.

Tidak jauh dari situ, muka Xun Er bertukar melihat bahaya yang Xiao Yan lalui. Menarik nafas dengan perlahan, satu api keemasan muncul pada matanya yang jelas itu. Dalam sekelip mata, satu Dou Qi emas pudar mula mengeluarkan satu tenaga yang kejam.

Apabila Xiao Yan sedang bersedia untuk menyelamatkan diri sendiri dan Xun Er sedang bersedia untuk menyelamatnya, satu jeritan kuat yang tetiba meletup ke seluruh jalan. "Haram jadah, kau anjing tua. Sejak bila ia adalah giliran kau untuk mengajar anak aku?"

Apabila tangisan itu mati, satu bayang orang dibalut dengan api meluru dari tempat pasar tersebut. Menghentak kaki dengan kuat, dia meluru dengan kelajuan kilat ke hadapan Xiao Yan dan menaikkan kepalanya untuk mengaum seperti seekor singa.

"Keberangan Singa Mengamuk!"

Xiao Zhan mengenggam penumbuk besinya dan menumbuk Jia Lie Bi dengan kuat di atasnya. Satu singa besar berwarna merah dikeluarkan daripada penumbuknya.

"Boom!"

Qi hijau dan merah bersentuhan dan meletup seperti petir lalu menyebabkan telinga kebanyakan orang di jalan itu untuk berdengung.

Di pertengahan udara, kedua-dua lelaki yang sedang bertempur itu bergegar dan melangkah ke belakang dengan cepat. Apabila dia berundur, Xiao Zhan mengambil Xiao Yan bersamanya.

Kedua-dua lelaki itu mendarat atas tanah dengan cepat dan meninggalkan tapak kaki yang dalam pada tanah. Daripada ini, ia adalah jelas betapa kuat kedua-dua pihak itu.

Menyuraikan Qi-nya, Xiao Zhan merenung Jia Lie Bi yang tidak jauh dari situ. Dia ketawa dingin. "Jia Lie Bi. Kau betul-betul hidup seperti seekor anjing. Kau mempunyai muka untuk menyerang generasi muda?"

Muka Jia Lie Bi menjadi hitam. Mulutnya mengetap sedikit sambil dia menunjuk jari pada Jia Lie Ao yang sedang terbaring atas tanah. Dalam satu suara dingin, dia berkata, "Dia telah mencederakan anak aku. Xiao Zhan, kau kena bagi aku satu penjelasaan!"

"Penjelasan? Penjelasan apa? Jika anak aku tidak bertindak balas dengan cepat, dia yang akan terbaring atas lantai itu. Kalau itu terjadi, kau nak bertanggunjawab?" Xiao Zhan mengejek dan memarahi Jia Lie Ao dengan pantas.

"Cabaran ini dimulakan oleh anak kau. Semua orang yang berada di sini boleh menjadi saksi. Tambahan pula, dalam satu cabaran, hilang satu kaki atau tangan adalah biasa sahaja, kenapa kau mesti membuat hal untuk benda sebegini?" Keberangan Xiao Zhan mula menghilang sambil dia berkata dengan senyuman.

"Kau…" Muka Jia Lie Bi bertukar menjadi gelabah. Dia memerhatikan sekelilingnya dan ternampak renungan orang ketawa dan dia tahu bahawa dia telah terlepas peluang untuk melukai Xiao Yan. Menggertak gigi dengan marah, dia berkata, "Jangan bagi aku peluang, kalau tidak…"

"Sama-sama." Mata Xiao Zhan penuh dengan kilauan keganasan sambil dia ketawa.

"Bagus, bagus. Kita tunggu dan lihat!" Jia Lie Bi mengangguk kepalanya dan senyum ganas. Dia berjalan ke arah Jia Lie Bi yang mengerang itu dan mengangkatnya, berpusing ke belakang dan meninggalkan tempat itu. Apabila dia sampai ke arah Liu Xi, dia ternampak Liu Xi tergamam dan terperanjat. Kemarahan di dalam Jia Lie Bi mula meningkat sekali lagi. Mengambil satu nafas yang dalam, dia menahan kemarahannya dan berkata, "Encik Liu Xi, jom."

"Eh? Perempuan itu…" Liu Xi merenung dengan tidak rela hati pada Xun Er yang berdekatan itu.

Dengan mata yang kejam, Jia Lie Bi sedia untuk membunuh si bodoh yang mempunyai minda yang penuh dengan perempuan itu. Dia mengenggam penumbuknya. Selepas seketika, dia memaksa satu senyuman buruk. "Berkenaan perkara ini, kita akan berbincang selepas kita kembali ke rumah."

"Ah, baiklah." Melihat kesakitan pada muka Jia Lie Bi, Liu Xi hanya boleh mengangguk kepala dengan tidak rela hati. Renungan dia sekali lagi melihat ke arah Xun Er penuh dengan nafsu sebelum meninggalkan tempat pasar itu dengan Jia Lie Bi.

Melihat Jia Lie Bi yang memalukan itu dan kumpulan dari luar bandar dengan matanya, Xiao Zhan mengeluarkan satu ketawa dingin. Dia merenung ke sekelilingnya sebelum berpusing ke belakang untuk berdepan dengan Xiao Yan yang mempunyai kesan darah pada sudut mulutnya. Menghisap bibirnya, dia berkata dengan kesal, "Serangan awak tidak cukup kejam. Jia Lie Bi hanya ada satu anak dan hari ini, jika awak mengembirinya, Jia Lie Bi akan menjadi gila. Jika hal itu berlaku, ketiga-tiga tokoh tertinggi yang sembunyi di luar itu akan mempunyai alasan untuk membunuhnya. Ze ze, peluang yang amat membazirkan."

Mendengar ini, Xiao Yan terpegun, Dia tidak dapat menahan diri daripada menunjukkan mata menyampah. Selain itu, muka Xun Er dan Xiao Yu bertukar merah mendengar kata-kata kesat sambil mereka berdiri di sebelah.

Mendengar kata-kata Xiao Zhan, askar-askar upahan di sekeliling terasa kepala mereka menjadi kebas. Patutlah anak dia begitu kejam, ayahnya pun sama sahaja!


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C88
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン