アプリをダウンロード
9.26% Penyihir Dunia Magus / Chapter 92: Serangan

章 92: Serangan

編集者: EndlessFantasy Translation

Pembantu paderi berambut hitam itu mempunyai satu rantai perak di sekeliling pinggangnya, dan dari masa ke semasa, percikan kilat dapat dilihat di antara tangannya sambil berbunyi.

"Haha… Jayden, aku pernah berkata. Satu hari nanti, kau akan tewas dalam tangan aku!"

Pembantu paderi perambut hitam itu ketawa kuat. Dengan pergerakan tangannya, kilat biru yang lebih laju daripada supersonik merdarat atas perisai akar Jayden.

* Sssii! *

Jayden terlempar seolah-olah dilanggar oleh sebuah keretapi dan terhempas di atas tanah membentuk satu lubang besar.

"Bagaimana rasanya? Di mana kesombongan kau ketika mencuri sekeping teras kilat aku?"

Pembantu paderi berambut hitam itu mencemuh sebelum mengguna satu lagi sihir ke atas Jayden. Ia menyebabkan luka yang besar atas badan Jayden.

Akar-akar hijau sekarang mempunyai lubang yang besar sambil mendedahkan kulit Jayden. Sebahagian kulitnya hangus dan Leylin dapat menghidu bau barbeku.

"Jangan kau fikir artifak ajaib yang rosak boleh menyelamat nyawa kau!"

Nampaknya pembantu paderi berambut hitam itu amat bencikan Jayden, dan kegembiraan membalas dendam terpancar di wajahnya.

"Cip A. I.! Periksa Jayden!"

Leylin tidak berani mengimbas pembantu paderi berambut hitam itu dan memilih Jayden yang separuh mati sebagai sasarannya.

[Beep! Jayden. Kekuatan: 1.9, Ketangkasan: 2.7, Daya Tahan: 2.1(3.5), Kuasa rohani: 3(10.8). Status: Kecederaan sederhana. Kelumpuhan!]

Tidak kira berbakul cemuhan yang dilontar oleh musuhnya, Jayden tidak berkata apa-apa. Dia hanya menjeling musuhnya dengan dingin.

"Ini tidak baik! Jayden seorang pembantu paderi tahap 3 dengan sebuah artifak ajaib tetapi masih tidak boleh menewaskan musuhnya!"

Fikiran Leylin bertukar suram dengan serta-merta.

Leylin diheret ke tempat ini kerana nama Jayden tetapi dia tidak berniat untuk membahayakan diri sendiri kerana Jayden.

Sebenarnya, kalaulah musuh Jayden lemah, Leylin akan menyerang menggunakan maklumat yang didedah oleh Jayden sebelum ini. Tetapi musuhnya sekarang sangat kuat dan Leylin teragak-agak.

"Cip A. I.! Periksa data sasaran dan kirakan kadar kemenangan pertempuran!"

Leylin mengarahkan.

[Beep! Misi ditubuhkan, simulasi pertempuran bermula…]

Cip A. I. mengira dengan laju dan membuat kesimpulan. [Kadar kemenangan tuan badan: 77%. Senario kemungkinan: Kematian sasaran, kecederaan ringan terhadap tuan badan !]

"Probabiliti ini agak rendah!" Kening Leylin mengerut.

"Lihat! Ada beberapa orang dekat sana!"

Sebaik Leylin teragak-agak, terdengar suara seorang wanita. Dia kenal akan suara itu, dan juga pernah terdengar cungapan memikat ini tidak lama dahulu.

Di sebelah medan pertempuran itu, Bicky dan seorang pembantu paderi wanita sedang berlari menuju ke arah Jayden.

"Itu Bicky! Kenapa dia boleh ke mari?"

Leylin menarik nafas. Dia tiba-tiba terasa masalah ini akan bertambah besar.

"Pertempuran sedang berlaku. Ah! Senior Jayden!"

Pembantu paderi yang ada dengan Bicky mengenal pasti Jayden dan nampaknya dia mempunyai perasaan cinta terhadap Jayden. Dia bergegas sebaik melihat dia tercedera.

"Seorang wanita? Kawan kau?"

Pembantu paderi berambut hitam mengerut keningnya dan tiba-tiba menepuk tangan. "Kau telah memalukan aku dengan mencuri harta aku. Hari ini aku akan membalas dendam berganda-ganda. Contohnya, mengambil wanita ini depan mata kau…"

Pembantu paderi berambut hitam itu ketawa dengan kuat dan menghayun tangannya seperti seekor rama-rama.

* Sssii! *

Panah kilat biru terbentuk pada tangannya tanpa henti dan menjelma menjadi rantai besi. Ia menembusi bebola api yang dilempar oleh pembantu paderi wanita itu dan menjatuhkannya ke tanah.

"Molly!" Bicky terkejut dan tergegas ke arah dia.

"Si bodoh ni!"

Leylin menggoyang tangannya sambil berdiri.

Dia masih mempunyai perasaan terhadap Bicky dan sanggup mengambil risiko sekiranya nyawa diri sendiri tidak terancam.

Tentu sekali, dia yakin dengan kadar kemenangan yang dikira oleh Cip A. I.!

Kalau pengiraan Cip A. I. tidak begitu tinggi, dia sudah lama meninggalkan mereka. Dia hanya akan kembali membalas dendam untuk Bicky apabila dia rmaju jadi Magus pangkat 1.

Tambahan pula, Leylin tidak sanggup membantu kalau dia akan mengalami kecederaan yang teruk ataupun kehilangan nyawa untuk menang.

Walau bagaimanapun, Leylin rasa Bicky berhak mendapat bantuannya kalau pun dia hanya tercedera ringan.

"Sebenarnya, aku seorang yang sangat rasional, selain daripada tidak berperasaan dan tidak peduli!"

Leylin mengejek dirinya sendiri dan bergegas untuk memegang Bicky.

"Jangan ke sana!"

"Siapa… kau?" Bicky menatap lelaki yang berada di depannya dengan keliru.

Sihir Pengubahan Bentuk Leylin masih lagi berjalan dan suaranya juga berubah dengan penggunaan posyen. Oleh sebab itu, Bicky tidak dapat mengenal pasti Leylin.

"Seorang yang akan selamatkan kau!" Suara Leylin kasar dan memandang terus dalam mata pembantu paderi berambut hitam itu.

"Haiwan yang menarik. Kau yang sedang bersembunyi di sudut tadi, kan?"

Pembantu paderi berambut hitam itu menggenggam buku limanya, dan kilat biru mengelilinginya. Percikan kilat terkeluar dari masa ke semasa.

Beberapa pancaran elektrik ditembak ke arah tanah dan meletup sambil membentuk lubang-lubang kecil. Batu-batu pecah dan lumpur berterbangan di sebelah Leylin dan dipantul balik ke atas tanah oleh jubah pembantu paderinya.

"Seorang pembantu paderi berelemen elektrik dan nampaknya kesukaannya terhadap elektrik agak tinggi!"

Leylin mengeluarkan pedang salib yang tergantung pada pinggangnya, "Ini akan menjadi pertempuran saya yang paling sengit!"

Untuk memastikan Bicky tidak dapat mengenalnya, dia tidak boleh gunakan kaedah-kaedah biasa seorang pakar posyen. Dia hanya boleh mengguna kaedah yang diperolehi sewaktu ketiadaan dia di akademi.

"Walau bagaimanapun, ini peluang yang terbaik untuk menguji kebolehan aku! Semasa di Bandar Malam Ekstrem, Murphy dan yang lain hanya pembantu paderi yang sudah bersara, dan kebolehan pertempuran mereka semua membosankan! Aku tidak boleh menyerang pembantu-pembantu paderi di pasar, tentu sekali aku akan menjadi musuh ketat mereka!"

Jelas sekali, pembantu paderi di depannya sangat kuat di dalam akademinya.

Leylin menjilat bibirnya dan tiba-tiba keinginan untuk bertempur bertambah kuat. Dia juga dapat mendengar darah yang sedang mengalir cepat, dan membuat matanya kemerahan.

Ini darah seseorang yang sedang mendidih dan keinginan untuk bertempur!

"Haha… Apa ini? Seorang pembantu paderi tahap 1 yang berani menuding pedangnya terhadap aku?"

Pembantu paderi berambut hitam mengejek dan ekspresinya berubah lebih dingin dan tegas, "Budak! Aku akan berikan kau peluang terakhir. Gegas dan melutut kepada Tuan Torash yang dihormati dan mengaku kesalahan kau, sambil memohon kemurahan hati aku! Dengan angin aku yang baik ini, aku mungkin akan ampunkan dosa kau…"

* Shing! *

Dalam sekelip mata, lengkungan cahaya perak berkilau. Ia melintas jarak beberapa belas meter dan terkena si Torash berambut hitam.

Lengkungan cahaya perak itu menjadi sebilah pedang salib yang membawa niat membunuh yang kuat. Aura yang dikeluarkan juga menekan rumput di bawah.

Si Torash berambut hitam terkejut. Tiba-tiba, beberapa rune hijau yang terbentuk daripada kilat, muncul di bawah kasut kulitnya dan merayap ke pahanya.

Seolah-olah distimulasi, si Torash melompat beberapa meter ke belakang dan mengelak serangan itu.

* Bang! * Pedang salib itu mendarat dan membentuk sebuah lubang berbentuk salib di atas tanah.

Bayangan kelabu berkilau dan Leylin muncul di kedudukan asal pembantu paderi berambut hitam itu. Dia mencengkam pedang salibnya dalam tangan dan kelihatan menyesal.

Dengan sedikit rasa takut, si Torash menyentuh mukanya dan merasa luka sedalam beberapa sentimeter.

Walaupun serangan Leylin tidak berjaya, kuasa yang dikeluarkan telah mencederakan muka musuhnya.

"Pantasnya! Kalau bukan untuk posyen cepatan kilat yang diberi oleh profesor aku, aku sudah lama menjadi mayat!"

Ketakutan pada wajah si Torash lenyap dan tiba-tiba penuh kemarahan.

"Kau… Kau berani cederakan Tuan Torash yang hebat, aku akan bunuh kau!"

Walau bagaimanapun, kemarahannya tidak mengeliru mindanya. Wajah si Torash kelihatan tidak sabar untuk membunuh Leylin, tetapi dia mengeluarkan satu skrol daripada kantung pinggangnya.

"Aku mengaku kelajuan kau sangat pantas. Kau sekurang-kurangnya mempunyai kebolehan fizikal seorang Satria, kan? Tetapi peduli apa aku? Walaupun tubuh badan seorang Satria lebih kuat daripada seorang manusia biasa dan tidak takut akan pedang keluli dan kapak besar, ia tidak berguna langsung di bawah pengaruh sihir ahli sihir!"

* Sssii! * Si Torash membuka skrol itu, dan sihir sejuk berais diaktifkan, meliputi seluruh medan pertempuran.

Berbilang kabus putih memeluwap di dalam udara, berubah menjadi ais dan merebak ke seluruh tanah.

Suhu sekeliling menurun beberapa dozen darjah. Bicky memimpin rakannya ke belakang Leylin. Badan dia menggigil sambil memandang bahagian belakang Leylin. Dia berasa syukur dan keliru pada masa yang sama.

Walaupun Bicky tidak ingat siapa orang ini, Bicky rasa seolah-olah mengenali orang kuat ini yang tiba-tiba muncul di depannya.

"Siapa kau sebenarnya?" Bicky melihat bentuk badan Leylin dengan wajah yang rumit.

Pada masa ini, skrol si Torash telah habis diaktifkan. Dengan dia di tengah-tengah, kawasan beberapa ratus meter diliputi fros. Terdapat juga lapisan salji dan ais pada pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan seolah-olah sekarang musim yang paling sejuk.

[Beep! Tuan badan terjejas oleh fros. Kelajuan dianggar berkurangan sebanyak 43%] Suara Cip A. I. yang tidak berperasaan berbunyi.

"Tidak kira berapa pantas seorang Satria, sekiranya kelajuannya dikurangkan, malah dia akan menjadi sasaran mudah!"

Melihat Leylin di mana rambut dan keningnya sudah membeku, si Torash tersenyum, "Aku boleh mengubah sihir ini. Fros pada kau dengan pasti lebih sejuk berbanding dengan dua wanita itu. Bagaimana rasanya?"

"Sayang sekali!"

Di dalam hati, Leylin berasa agak kesal. Melihat formasi sihir yang ada pada kasut dan skrol pembantu paderi ini, dia tahu si Torash mempunyai pencapaian formasi sihir yang tinggi. Kalau bukan, profesornya tentu seorang pakar dalam bidang tersebut, yang dapat mengubahsuai sihir ini untuk si Torash.

Leylin benar-benar ingin duduk dan berbincang mengenai alkimia dan rune dengannya tetapi akhirnya, dia hanya berdelusi.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C92
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン