アプリをダウンロード
7.65% Penyihir Dunia Magus / Chapter 76: Eksperimen dan Mendakan

章 76: Eksperimen dan Mendakan

編集者: EndlessFantasy Translation

Dalam sekelip mata sahaja sudah masuk lewat musim luruh.

Ladang-ladang pertanian semuanya penuh dengan gandum berwarna keemasan. Kincir angin di kejauhan terus-menerus berputar dan bumi seolah-olah gembira akibat limpahan hasil tanaman.

*Dang Dang Dang!*

Sekumpulan kereta kuda dan Satria berperisai dengan kekuatan dan keteguhan yang jauh melebihi orang biasa, sedang berada di jalan di tengah-tengah ladang. Pada perisai di bahu mereka ada lambang bulan sabit. Ini ialah lambang kepunyaan tuan bandar Bandar Ekstrem Malam, Viscount Jackson!

Apabila melihat kereta-kereta kuda itu, para petani dengan cepat berdiri di tepi jalan dan memberikan laluan. Mereka membuka topi dan tunduk hormat.

Di tengah-tengah para Satria dan tentera, ada beberapa kereta kuda yang diselubung dengan kain hitam. Sambil kereta kuda ini menuju ke hadapan, bunyi rantai logam berdentang dihasilkan dari dalamnya, dan ini memberikan perasaan yang tidak menyenangkan.

"Lihatlah arah mana mereka pergi! Nampaknya macam menuju ke vila! Ini kumpulan ketiga bulan ini! "Seorang petani dengan janggut coklat mengomel bersendirian.

"Si Tua Johan! Awak tengok apa?" Seorang petani lain memanggilnya.

"Kereta-kereta kuda ini! Saya terus merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Sebelum ini ketika angin bertiup, saya melihat ada susuk tubuh di dalam gerabak kuda itu..." Kening Orang Tua Johan berkerut.

"Jadi, mengapa? Mungkin tuan bandar kita yang telah mula membeli hamba-hamba abdi perempuan mengikut kehendak hatinya! Awak juga tahu, tuan bandar kita yang baik hati tetapi malas itu, masih remaja!"

Petani di sebelah Orang Tua Johan itu menyokongnya dan merungut, "Lebih baik bagi kita untuk tidak mengganggu masalah orang-orang ini. Mari pergi! Rose Pub baru-baru ini mendapat rum baru..."

Bayang kedua-dua petani itu hilang secara beransur-ansur.

Perarakan kereta-kereta kuda berhenti di luar manor Leylin. Greem dan Fraser sudah lama menanti mereka.

"Menurut perintah tuan bandar, 'barang-barang' telah tiba!" Pemimpin Satria-Satria itu membuka jubahnya, mendedahkan wajah yang mengerikan dan penuh dengan parut.

"Buka kereta kuda tahanan!" Dengan perintah ketuanya, orang bawahan itu bergegas membuka kereta kuda yang membawa tahanan, mendedahkan orang-orang yang dirantai di dalamnya.

Para tahanan ini hanya memakai perisai kasar yang berlubang dan kotor. Mereka semua berbeza ketinggian. Pendek, tinggi, kurus dan gemuk. Walau bagaimanapun, persamaan mereka ialah aura membunuh yang diselindungkan di sebalik mata mereka yang tidak beremosi.

Satria-satria seperti Greem dan Fraser sangat sensitif terhadap niat membunuh. Hanya orang yang pernah melakukan pembunuhan yang akan mempunyai aura ini.

"Ada 5 lelaki. Mereka semua penjenayah yang kejam. Setiap kes undang-undang mereka sudah cukup untuk menerima hukuman mati berbelas kali... Sudah tentulah tuan bandar telah lama meluluskan hukuman mati mereka. Di mata undang-undang, mereka sudah 'mati'..."

Ketua Satria itu tersenyum, dan mukanya yang penuh dengan parut itu menjadi lebih menakutkan. "Atas sebab apa sekalipun, walaupun demi mangsa yang tidak bersalah, jangan lepaskan mereka dengan mudah ..."

"Nasib mereka semua berada di tangan Tuan Muda!" Selepas menerima penjenayah itu, Greem berkata, "Walau bagaimanapun, kami jamin tidak ada seorang pun daripada mereka akan keluar dari manor..."

Selepas mendapat jawapan yang memuaskan, ketua Satria itu membawa angkatan dan kereta kuda penjara yang telah kosong, keluar dari vila.

Greem pula memaksa 5 orang penjenayah itu ke tingkat bawah tanah manor itu.

Obor di dalam kegelapan, pintu yang dikunci ketat, dan laluan bawah tanah yang kering memberikan semua penjahat ini perasaan yang menakutkan. Walau bagaimanapun, dengan adanya dua Satria, Greem dan Fraser, mereka tidak mempunyai peluang untuk menentang.

Greem berjalan di hadapan, membawa 5 penjenayah itu masing-masing ke penjara yang berbeza. Selepas itu, dia datang ke makmal percubaan yang baru dibina terowong dan menunggu di sebelahnya.

Walaupun terdapat dinding yang tebal, dan sekitarnya mempunyai obor yang terang berderang, Greem masih merasakan bulu romanya berdiri tegak, dan peluh sejuk mengalir di tubuhnya.

Sebagai seorang Satria hamba, dia tahu tentang sebahagian daripada identiti Leylin. Dia tahu lebih banyak lagi tentang kegelapan dan ketakutan di belakang dinding itu!

"Tempat itu boleh dikatakan neraka!" Kali pertama Greem dipanggil oleh Leylin, dia telah terlepas cakap. Selepas itu, Satria yang berani ini telah muntah sepanjang malam.

Setengah jam berlalu. Untuk Greem, masa seolah-olah telah merangkak perlahan sehingga dirasakan seperti sudah setengah tahun berlalu. Terutamanya apabila jeritan yang tidak jelas, yang kadang-kadang meresap melalui dinding kukuh itu, seolah-olah menyerang gegendang telinganya!

Semoga syurga mempunyai belas kasihan! Walaupun Greem bukannya orang yang baik, dan tangannya juga pernah dibasahi darah, tangisan dan jeritan di sebalik dinding batu itu ialah bunyi yang tidak mampu dihasilkan oleh manusia.

*Creak!* Pintu keluli yang kukuh itu terbuka dan Leylin melangkah keluar dari situ. Di badannya ada kesan-kesan kotoran darah.

"Sayang sekali badan eksperimen tidak cukup kuat dan tidak dapat menahan kesan sihir! Aku harap beberapa badan eksperimen yang akan datang, akan tahan lebih lama..."

Untuk menyelidik tentang jiwa, Leylin tidak mempunyai bahan-bahan yang sudah siap tersedia.. Oleh itu, dia hanya dapat mengamalkan kaedah yang paling kasar sekali iaitu untuk terus-menerus mengumpulkan data melalui eksperimen.

"Tuan Muda!" Greem cepat-cepat tunduk hormat. "Hari ini Istana tuan bandar telah menghantar 5 orang lagi dan mereka semua berada di dalam sel..."

"Baiklah!" Leylin menganggukkan kepalanya

Walaupun dia seorang pembantu paderi tahap 3, sebelum maju menjadi seorang Magus rasmi, Leylin tidak mempunyai jaminan yang mencukupi untuk mencabar orang-orang yang menggelar diri mereka sebagai Magi "Cahaya". Jadi ada beberapa perkara masih perlu disembunyikan

Hanya Greem dan Fraser yang mengendalikan penerimaan barangan. Selain daripada mereka, Anna juga tahu sedikit mengenainya. Fayern dan Si Tua Welker yang menguruskan hal rumah tangga, juga tidak mengetahui apa-apa tentang kegiatan Leylin.

Walaupun mereka mempunyai sedikit perasaan curiga, tetapi Leylin sentiasa melupuskan 'bahan-bahan' yang tidak berguna itu dengan membakar mereka menggunakan serbuk ubat. Oleh kerana tiada bukti, walaupun ada yang mencurigai, mereka tidak dapat berbuat apa-apa padanya

"Ini ialah batasan kekuatan! Magi rasmi di akademi boleh pergi ke pasaran hamba untuk membeli hamba-hamba sebagai bahan. Mereka bahkan boleh mengumpan dan menipu pembantu-pembantu paderi, tetapi tiada siapa yang boleh menghukum mereka! Walau bagaimanapun, saya hanya seorang pembantu paderi bawahan dan suka menyendiri. Saya masih perlu memikirkan tentang reputasi saya... "

Leylin mengusap dagunya.

"Cip A.I., bagaimana dengan pengumpulan data pada badan-badan eksperimen hari ini?"

Leylin bertanya dalam hati.

[Kuasa rohani subjek eksperimen telah didapati mempunyai 23 pergerakan abnormal serebrum turun naik dan di dalam serebrum itu terdapat 45 lokasi tersembunyi...]

Suara Cip A.I. kedengaran.

"Menggunakan tahanan sebagai subjek yang hidup dan menjalankan eksperimen untuk mendapatkan penyelidikan dan data mengenai badan roh, nampaknya ini boleh dilakukan!"

Leylin menganggukkan kepalanya, "Cuma jumlahnya masih terlalu kecil..."

Dia berpusing kembali, dan memandang Greem yang nampaknya tidak selesa sejak awal tadi, "Kamu sudah buat kerja dengan baik, kamu boleh pergi sekarang!"

"Saya menurut perintah!!" Greem tunduk dan menarik nafas lega secara sembunyi-sembunyi ketika dia bergegas lari.

Sebagai manusia biasa, dia tentulah mengalami konflik tentang isu-isu ini, belum lagi batasan yang ditetapkan daripada latihan hamba. Tetapi kekuatan Leylin jauh melangkaui Greem. Oleh itu, Greem hanya boleh memendam perasaan tetapi tidak berani untuk menunjukkan keengganannya.

Sebagai pemiliknya, Leylin sememangnya telah mengetahui tentang hal ini.

"Lagipun, dia hanya manusia biasa dan perasaannya ini telah dijangka. Selagi dia masih mematuhi perintah, yang lain aku tidak perlu peduli…

Leylin teringat kembali ekspresi Greem, sebelum melupakannya. Jubah hitamnya berpusar ketika dia menghilang ke makmal bawah tanah.

"Leylin, kita bertemu lagi!"

Rambut hijaunya menyusuri tanah dan Langford memandang Leylin. Keikhlasannya ditunjukkan di wajahnya.

Sejak peristiwa sebelum ini di antara Leylin dan Langford, mereka sebenarnya telah berdagang beberapa kali. Mereka bahkan telah menjalinkan persahabatan dan menjadi kawan baik.

Bagaimana keadaan seperti ini berlaku ialah kerana Leylin mendapati Langford bukannya gila, sikapnya agak baik. Selain itu, bekalan barangannya tetap dan harga di Ngarai Brey lebih murah berbanding ahli sihir lain.

Di kalangan penyihir, faedah ialah satu-satunya perkara yang berkekalan. Perkara lain pula, kebanyakannya boleh diabaikan.

"Langford! Kali ini, saya memerlukan barangan dengan segera! Tengok ni!"

Leylin menganggukkan kepalanya sambil menyerahkan satu kertas kulit berwarna kuning yang bertulis sesuatu.

"Saya jarang melihat sisi diri awak seperti ini! Mari saya lihat!" Langford mengambil kertas kulit itu dan segera mengetap giginya.

"Tahi Burung Kosh, Bintang Aloi... Barang-barang ini semua ada kaitan dengan aspek jiwa dan bukan barangan murah!"

*Dong!* Sebuah karung kecil segera dilempar ke atas meja Langford.

Selepas melonggarkan tali di sekelilingnya, kristal ajaib yang berkilauan dapat dilihat di dalam karung itu.

"Jangan risau dengan kristal ajaib, ini ialah deposit. Saya akan membayar bakinya kemudian dengan menggunakan posyen-posyen!" Leylin bercakap dengan gaya mewah dan sombong.

"Betul! Dengan keupayaan awak, kristal ajaib hanyalah masalah kecil!"

Mata Langford bercahaya, dan dia segera menyimpan karung kristal ajaib itu ke dalam jubahnya, "Burung Kosh berada di ambang kepupusan. Saya dengar ada sesetengah orang telah menjumpainya di Dataran Gunung Hitam Mati. Bagi Bintang Aloi pula, saya ada satu di sini..."

Langford serta-merta menggeledah rak di belakangnya, selepas itu dia membuka satu kotak hitam kecil.

Di tengah-tengah lapisan satin merah di dalam kotak itu itu, terdapat satu batu berwarna perak dengan bintik-bintik biru

"Bahan-bahan yang awak perlukan, Bintang Aloi, Daun Tanpa Bunga.. Saya mempunyai setiap satu daripadanya di sini. Bagi yang lain, mungkin awak boleh cari semuanya di ngarai..."

Langford dengan cepat menimbunkan barang-barang itu, dan mengira nilai akhir, "785 kristal ajaib!"

"Baiklah!" Leylin mengusap dagunya dengan berat hati. "Saya akan melihat-lihat di pasar. Awak perlu mencari barangan yang saya minta dan beli apabila kamu boleh lakukannya!"

"Baiklah!" Sebaik Langford bersetuju, wajahnya berubah dan rambut hijaunya semakin pendek. Tidak lama kemudian rambutnya di paras pinggang berbanding di paras kaki sebelum ini.

"Pergi... Pergi sekarang!" Wajah Langford herot-berot, dan salah satu matanya sudah menjadi merah.

Leylin berpusing, sehingga dia meninggalkan gua itu untuk jarak jauh sebelum bunyi melolong itu sampai ke telinganya.

"Sakit yang datang sekali-sekala seperti ini sangat menakutkan..." Jejak langkah Leylin tidak berhenti dan terus menuju ke kedalaman ngarai.

"Cepat, lihat! Langford sudah buat perangai semula..."

"Patutkah kita memaklumkan pelindung?"

"Saya rasa tidak ada gunanya. Hehe, tidak lama lagi, Langford akan dihalau keluar dari tempat ini. "

Pada masa yang sama, dari kedua-dua belah gua, ramai pembantu paderi yang memakai topi tajam memandang ke arah datangnya bunyi yang mengerikan itu. Wajah mereka menunjukkan ada yang berasa cemas, tidak peduli dan gembira melihat penderitaan orang lain.

Selepas sibuk seketika, Leylin muncul dari Ngarai Brey. Di belakangnya terdapat beg galas tambahan berwarna hitam yang penuh dengan pelbagai bahan.

Leylin berpaling untuk memandang Ngarai Brey, sebelum menunggang kuda hitamnya dan pergi dari situ.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C76
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン