アプリをダウンロード
7.04% Penyihir Dunia Magus / Chapter 70: Pelantar Membaham

章 70: Pelantar Membaham

編集者: EndlessFantasy Translation

Masa berlalu. Dalam sekelip mata, Leylin telah berada di sana selama 5 hari.

Dalam masa 5 hari itu, Leylin mencuba semua cara yang dia tahu ke atas batu granit hitam besar itu. Akhirnya, dia menjumpai beberapa kelemahan yang dieksploitasi.

Leylin telah mengesahkan yang batu granit itu mempunyai formasi sihir di dalamnya. Tetapi formasi itu mengalami kerosakan.

Berdasarkan keadaan batu itu yang haus dan lusuh, formasi ini telah terbentuk lebih dari seratus tahun lalu.

Punca kerosakan yang teruk ini besar kemungkinan berkaitan dengan ular Mankestre besar yang melarikan diri sebelum ini.

"Beberapa bahagian formasi sihir ini telah dirosakkan oleh ular itu. Sebab itulah ada jejak yang dapat dikesan mengalir darinya. Tanpa kebocoran itu, agak sukar untuk mencari tempat ini, walaupun dengan bantuan Cip A. I."

Muka Leylin penuh kegembiraan.

Disebabkan oleh eksperimennya beberapa hari kebelakangan ini, dia berjaya mengumpul satu set sihir yang memberi dia 70 - 80% peluang untuk membuka pintu masuk ke makmal eksperimen ini.

Masa kitaran yang wujud dalam formasi sihir ini bermakna bahagian-bahagian yang rosak itu hanya muncul pada masa yang tertentu. Leylin perlu menunggu peluang ini.

Matahari lambat-laun terbenam dan persekitaran kawasan itu diselubungi kegelapan.

Dengan kematian ular Mankestre besar itu, kawasan hutan yang layu ini akan pulih secara beransur-ansur. Malangnya, proses pemulihan memerlukan masa sekurang-kurangnya seratus tahun. Sekarang, kesunyian melanda hutan ini dan boleh melemaskan sesiapa yang berani masuk.

Leylin langsung tidak peduli. Tanpa memberi perhatian pada atmosfera yang berat itu, dia mencari batu yang rata dan mula membancuh posyen.

Cahaya bulan muncul. Tidak lama kemudian, hutan itu diterangi cahaya berwarna perak. Bulan penuh hari ini sangat terang. Anehnya, terdapat warna kuning cempaka yang mewarnai bulan.

Leylin membuka jam poket yang dia bawa bersamanya, "Sudah hampir tengah malam!"

Dia bangun dan bergerak ke tepi batu granit hitam besar itu. Ketika cahaya bulan menyinari permukaan batu granit itu, kulit batu hitam tiba-tiba mengelupas dan mendedahkan satu rangkaian saluran darah yang bersambung menjadi pintu gerbang berwarna perak. Saluran ini berdenyut-denyut tanpa henti, seolah-olah menyerap cahaya bulan.

"Ini dia!" Mata Leylin berkilau. Dia bergegas mengosongkan kandungan posyen yang dia baru bancuh tadi ke atas permukaan batu granit itu.

*Sssii! * Kabus putih terbentuk dengan banyak dan mengakis permukaan batu itu. menyebabkan keadaan rangkaian saluran darah itu menjadi huru-hara.

"Karamanda…" Leylin membaca jampi dengan lembut. Suaranya kedengaran sangat tertekan seperti rintihan seorang wanita terabai.

Bersama bacaan jampian itu, rangkaian urat-urat perak itu menjadi tenang dan mula bercantum sebelum kemudiannya berubah menjadi laluan berbentuk bulat.

Melihat keadaan ini, Leylin gembira. Suaranya menjadi semakin bersemangat dan dia mula melempar beberapa bahan di tangannya ke dalam laluan itu.

*Bang! * Bersama dengan bacaan jampi Leylin yang terakhir, batu granit hitam besar itu berubah bentuk sepenuhnya. Berhampiran Leylin, pintu gerbang perak itu lenyap. Sebaliknya, muncul satu pintu masuk ke terowong gelap.

"Laluan palsu telah terbina!" Leylin menggelengkan kepala sambil mengangkat bahunya.

Pada waktu itu, mata burung gagak hitam yang hinggap pada bahunya, berkilauan dengan kebijaksanaan seorang manusia.

"Dengan memanfaatkan beberapa kesan daripada sihir ini, saya sepatutnya boleh menggunakan burung gagak ini untuk memecah masuk ke dalam makmal eksperimen itu dalam tempoh masa yang pendek. Semua yang burung ini nampak akan disiarkan ke mata kanan saya seperti pancaran holografi!"

Ketika Leylin menutup matanya, burung gagak itu menggerakkan kepalanya sebelum menggauk. Kemudian, burung itu terbang masuk ke dalam terowong gelap itu.

Banyak adegan diimbas lalu ke mata kanan Leylin yang tertutup.

Dia berasa seolah-olah sedang terbang. Segala pemandangan yang ada di bawahnya dihantar ke mata mindanya.

Jarak laluan itu sangat pendek. Dalam beberapa ketika, burung gagak itu telah sampai di hujung terowong.

Leylin ternampak sebuah vila bersaiz kecil muncul di depannya. Dindingnya bersinar dengan cahaya sihir.

Akar berwarna hijau merangkak dan memenuhi dinding itu. Di atasnya terdapat sejenis bunga berwarna merah yang kelihatan seperti kelopak tulang.

"Ini…" Mata burung gagak itu kelihatan terperanjat, "Akar-akar Syaitan? Bunga-bunga Pemakan Tulang? Saya ingatkan semua ini sudah pupus, tetapi ada beberapa lagi di sini!"

Di pintu masuk vila itu terdapat satu lubang bulat berceranggah sebesar saiz tapak tangan Leylin. Leylin membuat kesimpulan inilah lubang yang ular Mankestre itu telah gunakan untuk melarikan diri sewaktu masih kecil.

Berdekatan lubang itu terdapat rangka berwarna putih yang diselubungi jubah hitam, terbaring di atas platform batu berwarna kelabu!

"Berdasarkan posisi rangka itu, jelas ini seorang pembantu paderi seperti saya yang dengan tidak sengaja terjumpa tempat ini. Dia cuba menceroboh masuk ke dalam vila itu dan mati dalam keadaan sebegini!"

Leylin menguatkan hatinya. Dia menggunakan mindanya untuk mendaratkan burung gagak itu di sebelah tulang-tulang berkenaan dan membiarkan burung itu mengais-ngais dengan cakar hitamnya.

Bunyi runtuh kedengaran dan sebaik satu timbunan barangan terjatuh dari jubah itu.

Sebuah buku, beberapa kepingan kertas berwarna kuning, timbunan botol, dan cincin gangsa kuning jatuh ke atas lantai. Simbol 'K' tertulis padanya.

"Nampaknya seperti sejenis pengesahan identiti!" Leylin dengan bersahaja membuatkan burung itu bermain-main dengan cincin gangsa dan memeriksa buku itu.

Selepas menggunakan bulu burung gagak itu untuk membersihkan habuk, muncul satu barisan bercorak esoterik serta tulisan tangan kursif.

"Huruf-huruf ini…? Mereka seperti bahasa Elf Terrestrial Kuno! Saya pernah nampak bahasa ini sebelum ini di dalam perpustakaan!"

Leylin terpegun. Dia dengan segera mula menafsir perkataan-perkataan itu, "Terrestrials… Elf Terrestrial! Ahli kimia Elf Terrestrial, Torozar!"

"Ini sebenarnya maklumat mengenai alkimia!"

Leylin berasa sangat ghairah, "Ada dinyatakan di dalam rekod perpustakaan yang puak Elf Terrestrial Kuno terkenal dengan kemahiran alkimia yang menakjubkan, serta keupayaan mereka yang mempesonakan! Kalau saya dapat mengumpul maklumat-maklumat ini, saya boleh mula mencuba beberapa perkara yang tercatat dalam Ajaran Akademi Lowian…"

Dengan kebolehan kiraan Cip A. I. yang tinggi, Ajaran Akademi Lowian yang dibeli olehnya sebelum ini, sudah ditafsir dengan sepenuhnya. Sebahagian datanya ialah mengenai cara-cara mencipta artifak sihir.

Sudah tentu, itu hanya artifak sihir gred rendah. Tetapi, dengan keadaan Leylin pada ketika ini, godaannya agak besar.

Sayangnya, dia meluangkan kebanyakan masanya dalam pengajian Posyen dan Mantera, jadi dia tidak mempunyai sebarang ilmu tentang Alkimia dan Penyihiran. Lebih-lebih lagi, maklumat tahap tinggi sebegitu tersimpan di bawah kawalan yang ketat. Pembantu-pembantu paderi yang biasa tidak diberi kelulusan untuk mendapatkannya.

Biarpun Leylin mempunyai cara untuk mencipta artifak sihir, prosesnya sangat sukar.

Mujurlah dengan adanya bahan maklumat Alkimia ini dan keupayaan simulasi Cip A. I. miliknya, Leylin benar-benar percaya yang dia boleh mencipta artifak sihir ini setelah menjadi pembantu paderi tahap 3.

"Bawa keluar buku ini!" Leylin sudahpun merancang untuk berundur.

Bagi dia, hanya mengetahui di sebalik dinding granit ini terdapat sebuah makmal eksperimen terbiar dengan pertahanan yang semakin lemah, sudah dianggap sebagai pencapaian yang agak baik hari ini. Mendapatkan maklumat lanjutan mengenai Alkimina merupakan satu bonus.

Burung gagak itu berusaha untuk mengutip buku itu dengan cakarnya. Ketika berpaling, burung itu tergosok kepingan kertas itu dengan lembut. Dengan bunyi berdesis, kepingan kertas kuno itu hancur.

Leylin terpegun, "Adakah ia sudah terhakis sehingga begini?"

*Hehe! Haha! *

Sewaktu burung gagak Leylin ingin terbang dengan buku itu, kawasan persekitaran bergema dengan bunyi ketawa budak yang kedengaran mengerikan.

"Formasi pertahanan telah aktif! Jahanam, saya hanya mempunyai masa dua minit lagi!"

Burung gagak hitam itu mengepak-ngepak sayapnya, bersedia untuk terbang.

*Ka-cha! * Platform kelabu itu terbuka dan mendedahkan satu rahang besar yang bergerigi dengan gigi putih tajam.

Dengan satu gigitan yang ganas, burung gagak itu terputus dua.

* Pu! * Leylin membongkok di atas permukaan batu hitam besar itu dan memegang mata kanannya.

Kesakitan yang mendalam dapat dirasai olehnya. Seolah-olah matanya sedang dikorek keluar dari soketnya oleh seseorang.

* Huff Huff Huff * Leylin pulih secara beransur-ansur sambil mencungap-cungap dengan kuat.

Otot-otot muka kacaknya berkerut dan saluran merah memenuhi bahagian putih mata kanannya. Satu urat darah pecah dan titisan darah menitis ke atas tanah.

"Tindak balas sihir mantera!" Leylin menghirup udara sejuk dan mengeluarkan sebotol posyen merah dari begnya. Dia membuka penutup botol itu dan meneguk isi kandungannya.

Beberapa masa kemudian, Leylin berasa lebih baik lalu dia berdiri.

"Cuai! Saya tidak terfikir selain daripada Akar-akar Syaitan dan Bunga Pemakan Tulang, terdapat juga Pelantar Membaham."

Leylin melihat kedudukan asal pintu masuk terowong itu. Permukaan batu granit hitam besar itu kekal licin. Pintu masuk yang ada awal tadi hanya ilusi.

"Akar-akar Syaitan, Bunga Pemakan Tulang, Pelantar Membaham, dan mekanisme yang lain. Sayangnya, saya tidak dapat menceroboh masuk tempat ini sekarang, betapa…"

Leylin membuat kesimpulan ini berdasarkan sihir-sihir yang ada padanya sekarang dan bahan-bahan yang dimilikinya.

"Nampaknya saya hanya boleh masuk makmal eksperimen ini selepas saya menjadi pembantu paderi tahap 3!"

Leylin memutuskan, "Walau bagaimanapun, saya sekarang mengetahui lokasi sebenar makmal ini dan protokol aksesnya. Tambahan pula, saya telah mengesahkan kewujudan bahan maklumat berharga mengenai Alkimia di dalamnya. Jadi perjalanan ini tidaklah membazir!"

Buat masa sekarang, makmal eksperimen ini terlalu berbahaya bagi Leylin. Dia bukan seseorang yang mudah dipengaruhi ketamakan. Dia merancang untuk menjelajah tempat ini pada masa yang lain dan pulang ke villanya untuk memupuk kemahirannya.

Leylin menenangkan dirinya dan menumpukan pada proses berehat dan memulihkan diri daripada kecederaan yang disebabkan oleh sihir tadi.

Dia kemudian menuju ke kawasan perkhemahan di mana dia telah meletakkan barangannya. Dia menutup jejak tinggalan daripada aktivitinya baru-baru ini.

"Formasi pertahanan sihir ini sudah kekal lebih daripada seratus tahun. Hampir tiada kelemahan yang boleh dieksploitasi oleh orang biasa. Saya hanya perlu menutup jejak saya. Saya tidak perlu menambah lebih banyak langkah pertahanan atau sihir ilusi."

Selepas mengemas semua barangannya, Leylin memandang batu hitam itu buat kali terakhir. Kemudian, tanpa langsung berasa teragak-agak, dia berlalu pergi.

"Saya telah memberi amaran kepada mereka sebelum ini mengenai makmal di vila, jadi Anna dan yang lain tidak akan berani memasukinya. Kalau saya boleh pulang ke makmal saya tanpa dikesan oleh mereka, saya boleh rahsiakan apa yang berlaku di sini."

"Mengenai Bandar Extreme Night, Jackson hanya mengalami kecederaan yang ringan. Dia sepatutnya sudah hampir pulih sepenuhnya selepas rawatan saya. Dia kemungkinan besar hanya berpura-pura cedera untuk mengumpan keluar pengkhianat dari sarang mereka."

"Tidak kira apa sekalipun, saya tak perlu ambil peduli tentnag hal-hal mengenai istana tuan bandar. Saya tidak perlu memahaminya. Apabila saya memperoleh Daun-daun Hove Violet yang dijanjikan oleh Jackson, saya akan mula membancuh posyen-posyen yang diperlukan untuk mencapai tahap 3 dengan serta-merta."

Pada Leylin, peningkatan kekuatan dirinya memerlukan banyak usaha. Pengaruh keduniaan dan perkara lain yang sama dianggap sebagai membazirkan tenaga. Memandangkan dia tidak pedulikan perkara sebegini, dia juga tidak mahu memberi perhatian tentangnya.

Tetapi sesiapa yang berani memikirkan untuk mencederakannya, dia akan membunuh mereka!

Bagi ahli-ahli sihir, menghapuskan beberapa kuasa atau pihak keduniaan hanya memerlukan usaha yang sedikit.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C70
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン