アプリをダウンロード
4.33% Penyihir Dunia Magus / Chapter 43: Pokok Gergasi Syaitan

章 43: Pokok Gergasi Syaitan

編集者: EndlessFantasy Translation

Semakin hampir kereta kuda itu, semakin jelas pemandangan Leylin.

Terdiri sebuah pokok besar yang kuno di pertengahan jalan ini.

Dahan-dahan hijau tumbuh tanpa henti ke semua arah yang membentuk satu kanopi yang besar dengan pokok menjalar yang banyak.

Pada pokok besar itu, terdapat sepasang mata and satu mulut, yang kelihatan serupa seperti muka seorang manusia. Tetapi, matanya berwarna hijau.

Terdapat beberapa makhluk bersayap yang mengelilingi pokok itu tanpa henti. Kulit mereka berwarna hijau dan mempunyai bentuk badan seorang manusia. Mereka juga telanjang.

"Pokok Gergasi Syaitan!" Leylin berkata. Dia ketawa pahit, "Bukankah akademi telah bersihkan kawasan persekitaran? Mengapa ada lagi seekor makhluk besar di sini?"

"Seorang pembantu paderi dari Akademi Abyssal Bone Forest?" Pokok besar itu bersuara, dan makhluk-makhluk bersayap yang ada di belakangnya juga memandang ke arah Leylin.

"Saya hanya seorang pembantu paderi kelas bawahan yang bersedia untuk bertolak dari akademi. Bolehkah saya meminta kebenaran untuk tumpang lalu? Saya boleh membayar untuknya!"

Leylin membuat percubaan yang terakhir.

"Hanya kematian yang menanti kepada sesiapa yang cuba berangkat pergi!"

Pokok gergasi itu mengeluarkan bunyi gempa sehingga telinga Leylin pun mula sakit. Pada masa yang sama, satu pokok menjalar yang berwarna hijau itu menurun dengan perlahan, dan satu mayat manusia tergantung daripadanya. Seluruh badannya telahpun layu, dan ia sedang memakai jubah kelabu kepunyaan seorang pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest.

"Abang! Tunggu di sini dan mari main bersama."

Pada masa ini, satu afrit kecil yang sedang berterbangan di sekeliling pokok gergasi syaitan itu tiba-tiba terbang ke arah Leylin. Ia kedengaran seolah-olah suara seorang perempuan yang merdu. Ia membuat Leylin terangsang. Suara itu seakan seseorang yang paling penting dalam hidupnya. Lama-kelamaan, Leylin mula berasa untuk tinggal di sini.

(Amaran! Amaran! Tuan badan dipengaruhi oleh godaan syaitan!) Suara Cip A. I. mendorong Leylin dari halusinasi.

"Mereka berjaya mengoda aku!" Muka Leylin bertukar marah."

"Cip A.I.! Apakah hasil pengimbasan?"

(Pokok gergasi Syaitan Shuger. Kekuatan: 5, Ketangkasan: 0.5, Daya Tahan: 9.8, Kuasa rohani: 3.5, Kebolehan: Melintah. Akar-akar)

(Afrit pokok hijau. Kekuatan: 0.9, Ketangkasan: 2.5, Daya Tahan: 1.5, Kuasa rohani: 3.1, Kebolehan: Menggoda makhluk hidup.)

(Khabarnya afrit pokok hijau dan pokok gergasi syaitan mempunyai hubungan mutual. Biasanya, afrit pokok hijau akan menggoda sasarannya ke dalam kawasan serangan pokok gergasi syaitan dan pokok gergasi syaitan itu akan mulakan pemburuannya!)

Cip A.I. itu berbunyi.

"Kekuatan dan daya tahan pokok gergasi syaitan ini amat tinggi, dan badannya juga sangat besar. Ia mustahil untuk mengelilinginya!" Muka Leylin kekal tenang, "Nampaknya aku kena melawannya!"

"Kau mangsa aku yang pertama! Kau berani mengoda aku!"

(Titik kritikal disahkan! Mengira kekuatan angin, menyesuai trajektori!)

Leylin mengangkat kedua-dua tangannya, dan mendedahkan busur silang yang tersembunyi sambil menarik pencetusnya.

*Xiu!* Satu garisan hitam menembus lalu ke arah afrit pokok berwarna hijau itu.

Anak panah itu menembus dada kanan afrit pokok berwarna hijau itu yang mengakibatkan air matanya mengalir. Cecair berwarna hijau yang merupakan jus pokok itu mengalir keluar daripada dada afrit itu dan jatuh di atas tanah.

"Dyrisse! Manusia itu telah membunuh Kakak Dyrisse!"Afrit-afrit berwarna hijau yang lain berkata dengan suara yang marah dan terkejut.

"Kau berani membunuh anak perempuan aku!" Pokok gergasi syaitan itu mengaum dengan kuat, pokok menjalarnya meluru ke arah Leylin.

"Hyaa!" Leylin gerakkan kereta kudanya ke belakang sambil mengelak pokok menjalar itu.

"Mengikut kiraan Cip A.I., pokok menjalar pokok gergasi syaitan itu hanya mempunyai jarak serangan sepanjang 20 meter! Pergerakannya sangat perlahan, dan itu kelemahan terbesar pokok itu!"

Leylin keluarkan pedang salibnya dan hentikan kereta kudanya sebelum turun.

"Aku hanya meminta dengan sopan untuk berangkat pergi, tetapi oleh kerana kau sendiri enggan untuk mendengar, nampaknya hanya pergaduhan akan menyelesaikannya."

"Kau telah membunuh kesayangan aku, Dyrisse!" Aku akan menukar kau menjadi sebuah mayat yang layu dan gantungkan kau pada badan aku selama setahun!"

Akar pokok gergasi syaitan itu muncul daripada tanah dan berdiri seperti seorang manusia sebelum mengejar Leylin.

"Dengan kelajuan ini! Kau buat lawak ke?" Leylin ketawa dengan kuat dan mengelak ketika dia bertempur dengan pokok gergasi syaitan itu.

Satu bayang pokok hijau tua itu menyebat Leylin, tetapi dia mengguling ke tepi mengelakkan serangan itu.

*Pa!* Pokok menjalar hijau itu seolah-olah seperti cambuk, dan menghentak tanah sehingga satu lubang besar terbentuk.

Leylin menetak pokok-pokok menjalar itu dengan pedang salibnya. Pedang perak putih itu berjaya menyerang permukaan pokok menjalar itu, tetapi tiada kesan langsung terhadapnya.

Leylin terasa satu kuasa yang besar menuju dari belakangnya dan beberapa bayangan hitam muncul di belakangnya.

(Satu serangan muncul dari belakang. Cara yang paling optimum ialah dengan memusing ke kanan 50 darjah dan melompat ke kanan!) Suara Cip A. I. berbunyi.

Leylin menolak satu pokok menjalar yang sedang menyerang dia dan meloncat dengan segera, mengelak serangan hendap daripada bayangan hitam di belakangnya.

"Ayah Yang Agung! Kami akan bantu ayah!"

Sebanyak 7 hingga 8 afrit pokok hijau terbang turun sambil memegang busur kecil yang seakan alat mainan di tangan mereka. Tetapi, apabila Leylin ternampak cecair hijau tua pada mata panah itu, ekspresinya bertukar.

"Ia berbisa!"

Dia keluarkan satu posyen ungu daripada kantung pinggangnya dan melontar posyen itu ke arah afrit-afrit pokok hijau itu.

*Ping-Pong!* Tabung uji itu pecah dan asap ungu yang muncul membentuk seekor harpy. Harpy itu membuka mulutnya dan menghasilkan jeritan yang nyaring.

"Posyen Howling Witch! Saya belanja 20 kristal ajaib untuk ini!" Leylin menutup kedua-dua telinganya. Walaupun dia telah membuat persediaan, dia masih berasa tidak senang. Afrit-afrit pokok hijau itu pula telah jatuh ke atas tanah.

Pakar Posyen kebiasaannya guna posyen untuk meniru efek sebuah sihir ajaib sebagai salah satu teknik perlawanan mereka. Dengan kebolehan Leylin sekarang, dia belum mahir untuk membancuh posyen Howling Witch. Oleh itu, dia membelinya daripada Kroft.

Bukan sahaja posyen-posyen ini mahal, malahan mereka hanya berfungsi untuk satu kali sahaja. Ini yang membuat Leylin sakit hati.

Melihat pokok gergasi besar dan afrit-afrit pokok hijau itu masih berada di bawah efek posyen Howling Witch itu, Leylin mengambil kesempatan ini untuk meluru ke depan dan membelah mereka dengan pedang salibnya.

"Beberapa afrit pokok hijau terbelah dua dengan begitu sahaja."

Gegendang telinga afrit-afrit pokok hijau itu sangat ganjil dan lebih sensitif terhadap gelombang bunyi. Tetapi, posyen Howling Witch dengan jelasnya memusnahkan mereka.

Mata Leylin berkilau, dan memijak beberapa afrit pokok hijau yang terbaring atas tanah itu sampai mereka mati.

"Oh! Tidak! Julie, Delia…"

Daya tahan pokok gergasi syaitan itu amat tinggi dan ia sembuh daripada efek posyen Howling Witch itu dengan pantas. Melihat Leylin mendera anak-anak perempuannya, dia hilang kawalan dan mengaum dengan kuat. Lebih banyak pokok menjalar muncul, manakala saki-baki afrit pokok hijau yang tinggal berpindah ke bahagian tengah pokok itu.

"Sihir manusia itu sangat bahaya, jangan keluar!" Suara pokok besar itu berdengung.

"Peluang yang baik!" Mata Keylin berkilau dan membuat bacaan jampi dengan cepat.

"Tembakan Acidic Akua!"

Satu bulatan berwarna hijau muncul, dan dengan kawalan Leylin, ia mengelak pokok-pokok menjalar itu dan akhirnya tepat terkena mata kiri pokok gergasi syaitan itu.

*Sssii!* Asap putih timbul secara berterusan, dan cecair hijau yang pekat mengalir keluar bersama tangisan pokok gergasi syaitan itu.

Selepas asap putih itu hilang, mata pokok gergasi syaitan itu telah musnah, dan tinggal sebuah lubang yang hangus sahaja.

"Aku akan bunuh kau! Aku akan bunuh kau! Hancus akan bunuh kau!"

Pokok gergasi syaitan itu menggeletar dan pokok-pokok menjalar di sekelilingnya membentuk satu jaring.

"Kau bercakap dengan siapa ni?" Pada masa ini, Leylin telahpun tiba di bawah pokok itu. Badan pokok itu menghalang cahaya matahari dengan sepenuhnya, hanya dapat melihat bayang-bayang hitam yang besar.

Sambil pokok gergasi syaitan mengaum, Leylin telah sampai di batang pokok itu.

"Pergi mati!"

Pokok gergasi syaitan mengaum sekali lagi, dan cuba memegang Leylin dengan tapak tangan hijaunya yang terbentuk daripada cantuman pokok-pokok menjalar itu.

"Selamat tinggal!" Leylin ketawa dengan lembut dan melontar baki posyennya ke batang pokok itu sebelum melarikan diri.

*Bang!* Satu api yang marak membara dan menelan pokok gergasi syaitan sepenuhnya. Letupan yang lebih kuat kedengaran bersama satu asap hitam.

"Efeknya sangat bagus apabila menggunakan sepuluh posyen letupan sekali gus. Lebih-lebih lagi, ia mempunyai efek dan kelebihan yang tinggi terhadap spesies pokok seperti Pokok Gergasi Syaitan ini!"

Walaupun Leylin telah melarikan diri dengan cepat, dia masih lagi terasa kemarakan api di belakangnya. Rambutnya juga terbakar.

"Ah!" Pokok Gergasi Syaitan itu menjerit dan mengaum dengan derita, menumbang ke atas tanah dengan kuat. Badannya sedang terbakar.

Manakala afrit-afrit pokok hijau juga tidak dapat lepaskan diri daripada kemarakan api itu dan terbakar hangus.

(Beep! Sasaran telah hilang semua tanda hidup!) Suara Cip A. I. berbunyi.

Leylin mengangguk kepalanya dan pulang ke kereta kudanya, mengelilingi mayat Pokok Gergasi Syaitan.

Melihat dahan-dahan besarnya yang telah hangus dan mayat afrit-afrit pokok hijau itu, Leylin terfikir sesuatu dan mengutip beberapa sel dan sisa mereka.

"Baru satu pertempuran dan aku telah habiskan separuh daripada stok posyen aku!" Walau bagaimanapun, pergabungan pokok gergasi syaitan dengan afrit-afrit pokok hijau amat berbahaya untuk seorang pembantu paderi tahap 3. Hasil pertempuran sebegini agak baik!"

Leylin takut akan bantuan pokok gergasi syaitan itu tiba, Leylin segera memacu kereta kuda itu pergi dari situ sehingga ketiga-tiga kuda yang kuat itu kepenatan. Dengan pantas, dia lenyap daripada pandangan.

Setengah jam kemudian, seekor burung hantu berwarna kelabu mendarat di atas satu dahan.

"Si Hankus telah mati!" Burung hantu itu keluarkan suara manusia.

"Aku tahu! Aku tahu" Tiba-tiba wajah seorang manusia muncul sebelah dahan pokok itu, "Ia dibunuh oleh seorang pembantu paderi tahap 2, patutkah kita mengejarnya?"

"Rancangan itu sudah pun bermula! Pokok syaitan bodoh itu layak mati di sini!" Burung hantu itu menusuk bulu-bulunya.

"Aku akan pergi dahulu!" Burung hantu itu menyebar sayapnya dan terbang ke langit.

Muka manusia itu senyap seketika dan kemudian tersenyum seperti seorang manusia, "Walaupun dia hanya seorang hamba, dia mesti menerima akibatnya membunuh pengikut aku!"

Dahannya memanjang ke arah pokok gergasi syaitan itu terbaring. Pada masa ini, api itu telah terpadam, meninggalkan kayu-kayu yang hangus dan mayat afrit-afrit pokok hijau.

Tiba-tiba, satu mayat bergerak, Ia rupa-rupanya masih bernyawa.

Afrit pokok hijau itu sudah pun hangus sepenuhnya, Tanpa rawatan segera, ia pasti akan kehilangan nyawanya.

Dahan pokok itu membawa afrit pokok hijau itu ke hadapan mukanya, "Adakah awak ingin membalas dendam?"

"Ya! Untuk… membalas dendam, Doris… sanggup membayar apa-apa harga, termasuk… jiwa saya sendiri!" Afrit pokok hijau itu berasa sukar untuk bercakap.

"Haha…. Baik!" Muka manusia itu ketawa dengan kuat, "Secara kebetulan, saya mempunyai posyen daripada eksperimen sebelum ini yang telah gagal. Saya akan gunakannya atas awak!"

Dengan tiba-tiba sesuatu terbuka pada pokok berwarna hitam dan menyelubungi keseluruhan afrit pokok hijau itu...


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C43
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン