アプリをダウンロード
4.02% Penyihir Dunia Magus / Chapter 40: Satu Nasihat

章 40: Satu Nasihat

編集者: EndlessFantasy Translation

Selepas imbasan Cip A.I., Leylin faham kekuatan Jayden dengan lebih terperinci.

Di kalangan para pembantu paderi tahap 2, Leylin mempunyai pengalaman pertempuran yang agak tinggi. Leylin mempunyai peluang yang tinggi untuk menang selagi pihak lawannya tiada sebarang artifak ajaib.

Jayden mempunyai artifak ajaib tetapi dia tidak sehandal Leylin. Ini bermaksud kekuatan pertempurannya lebih rendah berbanding Leylin. Walaupun dia mempunyai beberapa pengalaman pertempuran, ia masih tidak mencukupi.

Walau bagaimanapun, ia hanya anggaran kasar yang dibuat oleh Cip A.I. Realitinya, pertempuran mengambil kira pelbagai aspek.

"Jayden, lama tidak berjumpa!" Leylin menegur.

Jayden tidak tahu yang statistik dirinya telah diketahui oleh Leylin dalam masa yang singkat. Dia membetulkan jubahnya dan duduk di sebelah Leylin.

Dia mendedahkan mukanya yang pucat dan putih itu sambil mengangkat kepalanya untuk memandang sinaran cahaya matahari.

"Sudah lama aku tidak berjemur di bawah sinaran cahaya matahari ini. Sejak mengikut mentor aku, jadual aku telah berubah… Meditasi, eksperimen dan pengajian aku!"

Jayden regangkan tubuhnya dan kelihatan puas hati.

"Aku dengar kau sangat bagus di bawah pimpinan Kroft!" Jayden berkata secara tiba-tiba.

"Ia tidak teruk sangat; aku hanya membancuh posyen-posyen dan menukar mereka untuk sumber pendapatan!" Leylin berkata dengan sopan.

"Tetapi, kau telah menjalani misi dengan Kaliweir kebelakangan ini, adakah kau akan menyertai pasukan itu?" Jayden tersenyum, tetapi perasaan yang dingin dapat Leylin rasakan daripada pandangannya.

Leylin tergamam. Dia tidak sangka yang perselisihan faham antara kumpulan mereka yang terhasil sejak dahulu masih belum selesai. Tetapi, dia lupa dia hanya seorang budak berumur 14 tahun.

"Kami semua kenalan yang telah membuat misi bersama-sama secara kebetulan. Itu sahaja!" Walaupun Leylin tidak takut akan Jayden, dia rasa ia wajar untuk dia mengelak diri daripada masalah yang tidak sepatutnya.

Jayden memandang Leylin beberapa kali dan Cip A.I. telah maklum kepada Leylin imbasan telah dibuat oleh Cip A.I. terhadap gelombang otaknya. Ia seolah-olah Jayden telah gunakan sihir untuk pastikan dirinya bercakap benar.

Selepas beberapa minit kemudian, Jayden tersenyum dengan gembira.

"Aku memandang tinggi terhadap kau! Bijak! Munasabah! Dengan mengikut Kaliweir dan rakan-rakannya, ia tidak akan memberi sebarang manfaat kepada kamu. Tetapi dengan menyertai sekumpulan kawan yang lebih bertaraf, kamu boleh mendapat sumber, kemuliaan dan juga kehidupan!"

Jayden berdiri dan bersambung dengan suara yang berbeza, "Biar aku beri kau beberapa nasihat, gegas dan tinggalkan akademi ini!"

"Apa? Apa maksud kau?" Hati Leylin ketat dan dia bertanya dengan segera.

Tetapi, Jayden hanya tersenyum, dan berpaling pergi tanpa melihat ke belakang.

Selepas bayang-bayang Jayden lenyap sepenuhnya, Leylin duduk semula di atas bangku dan kelihatan bingung.

"Berlagak misteri, seolah-olah dia seorang yang berpengaruh, dan cuba mengumpan supaya aku menyertainya. Adakah ini semua hiburan? Adakah dia anggap dirinya sebagai watak utama dalam sebuah novel?"

"Walau bagaimanapun! Jayden seorang pembantu paderi gred-lima dan mempunyai kebolehan untuk maju menjadi seorang Magus. Dia pasti akan mendapat berita lebih cepat daripada aku. Aku bimbang jika sesuatu telah pun berlaku!" Muka Leylin bertukar gelap.

...

Di dalam sebuah bilik yang gelap, apinya malap, dan atmosfera yang merangsang memenuhi bilik itu.

Suara seorang perempuan mengerang dan nyaring serta cungapan seorang lelaki yang berterusan dapat kedengaran.

Selepas orgasma, perempuan itu terbaring dalam pelukan lelaki tanpa sebarang pergerakan.

"Hebatnya kamu, seperti seekor singa!" Ekspresi Neela sukar untuk dibayang olehnya.

Leylin menggosok belakang Neela yang telanjang dan tidak bersuara.

Dia telah menempuhi banyak perkara hari ini dan perlu seseorang untuk melepaskan stresnya. Neela orang pertama yang dia fikirkan.

Dalam tempoh ini, dia telah bersama dengan Neela. Kesemua orang dalam dunia ini sangat terbuka mengenai seks. Ramai yang telah hilang dara ketika mereka berumur 11 atau 12. Leylin dan Neela mempunyai keperluan seksual masing-masing, jadi mereka pun sudah berbuat demikian selepas bertemu beberapa hari kemudian.

Neela bukan lagi seorang anak dara. Leylin pula seorang yang tidak berguna dalam hayat sebelumnya. Kedua-dua mereka inginkan cinta dan seks, dan ia tidak salah untuk mempunyai pasangan seks.

Dengan pemerhatian Cip A.I. itu, dia pasti tidak akan membuat Neela hamil. Oleh itu, dia boleh berasmara dengan sepenuh hati.

Dengan fikiran ini, Leylin terangsang sekali lagi.

"Ah!" Neela menjerit, dan Leylin hentikan dia apabila dia ingin memanjat atas badannya. Leylin tersenyum dengan niat yang tidak senonoh sambil menekan kepala Neela.

Neela memandang Leylin seolah-olah menyampah, tetapi bibirnya tersenyum secara menggoda sambil menyelam ke dalam selimut.

Leylin lepaskan erangan yang puas dan bersandar di dinding. Kedua-dua tangannya memegang buah dada Neela, dan sensasi yang lembut dapat dirasa olehnya.

Setelah seketika, Neela bangun dan berjalan menuju ke bilik mandi sambil bertelanjang.

Sambil mendengar siulan merdu Neela ketika mandi, Leylin mula berfikir tentang peristiwa hari ini.

"Aku harus putuskan hubungan dengan Neela. Walaupun amaran Jayden agak mengejutkan, tetapi aku harus memberi pandangan yang serius. Ini mungkin berkaitan dengan kejadian di luar akademi. Seterusnya, aku perlu siasat di mana pembantu-pembantu gred-lima yang lain."

Dalam apa jua keadaan, akademi ini tidak akan abaikan pembantu-pembantu paderi yang mempunyai potensi yang tinggi untuk berjaya dan menjadi seorang Magi rasmi. Kalau akademi ini selamat, mereka pasti masih di sini. Tetapi, kalau mereka semua tinggalkan akademi ini dengan pelbagai alasan, ia bermaksud akademi ini akan menempuh bahaya tidak lama lagi.

"Harosi sedang membuat pembersihan di kawasan luar akademi sejak kematian Perry. Selepas selesai pembersihan, itu adalah peluang terbaik!" Mata Leylin berkilau.

"Sayangku, apakah yang kamu sedang fikirkan?"

Neela mendekati dirinya kepada Leylin, dan sepasang buah dada menekan pada lengan kanan Leylin dengan lembut.

"Sedang memikirkan beberapa perkara!" Leylin tersenyum, "Kebelakangan ini, Tuan Harosi seolah-olah sedang membuat kekecohan yang besar di luar akademi!"

"Adakah kamu juga dengar mengenai hal itu? Mengenai Perry?" Neela baring atas dada Leylin tanpa sebarang pergerakan.

"Ya! Sesiapapun akan hilang akal untuk seketika jika kehilangan seorang pembantu paderi gred-lima yang bijaksana dan berpotensi menjadi seorang Magus!"

Leylin berkata secara terus-terang, "Awak juga mempunyai kumpulan tersendiri, saya perlukan pertolongan awak dalam mencari beberapa maklumat!"

Neela tersenyum dengan manis, "Saya sedia berkhidmat untuk kamu, raja singa ku!"

"Jangan panggil saya begitu! Ia sangat pelik! Ia membuat saya terfikir tentang singa!" Leylin menjawab dengan nada menyampah.

"Baik! Mari kita berbual mengenai sesuatu yang lebih serius!" Muka Leylin kelihatan tegas.

Neela hentikan senyumannya setelah melihat kelakuan Leylin.

Sambil mendekatkan dirinya kepada Leylin, dia dapat naikkan taraf dirinya dan peroleh sumber yang banyak, dia faham dengan jelas tentang itu.

"Tolong dapatkan saya hasil pertempuran Harosi. Selain itu, tolong periksa kalau kawasan sekitar akademi sekarang sudahpun selamat. Dan akhirnya saya ingin tahu ke mana kesemua pembantu paderi gred-lima telah pergi kebelakangan ini!"

Leylin berbisik ke dalam telinga Neela.

"Saya faham!" Neela memegang kepala Leylin dengan kedua-dua tangannya, "Adakah sesuatu yang besar bakal berlaku?"

"Saya harap ia hanya imaginasi saya!"

...

Pada pagi yang kedua selepas dia tinggalkan bilik Neela. Leylin berasa segar dan penuh dengan semangat. Ia seolah-olah aktivitinya dengan Neela telah membantu mengatasi tekanan emosinya.

Selepas berfikir untuk sementara, Leylin mandi dan pergi berjumpa Profesor Kroft.

Kroft sedang membancuh sejenis posyen. Kumbang-kumbang berwarna merah sedang merangkak di dalam tabung uji, memenuhi setengah ruang daripada tabung uji itu. Ia kelihatan sangat jijik.

"Awak di sini! Adakah sesuatu yang mengganggu fikiran?"

Kroft memberi perhatian kepada tabung uji itu sambil menabur beberapa kelopak biru ke dalamnya.

Kumbang-kumbang berwarna merah itu tergesa-gesa memakan kelopak itu, dan kemudian menjadi cecair berwarna hijau.

Beberapa saat kemudian, tabung uji yang separuh penuh dengan kumbang-kumbang merah sudahpun menjadi posyen berwarna hijau.

"Kemahiran Tuan sangat mengagumkan!" Leylin mengucap.

"Haha! Ini hanya latihan!" Kroft menggeleng kepalanya, "Awak sentiasa mencari saya apabila menghadapi masalah, jadi beritahu saya apa yang awak perlukan!"

"Begini. Saya, perantis kamu, sudah tidak bertemu dengan senior Merlin untuk masa yang agak lama. Bolehkah kamu beritahu saya di mana dia berada sekarang?" Leylin menarik nafas.

"Merlin?" Terukir senyuman misteri di wajah Kroft, "Dia telah menerima satu misi dan telah keluar dari akademi!"

"Untuk berapa lama?"

"Selama 1 hingga 1.5 tahun! Ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama!" Suara Kroft menjadi lebih tegas, tapi mempunyai nada kepuasan.

"Soalan yang terakhir, adakah misi itu dicadang oleh keluarga yang menyokong senior Merlin?"

Sebagai sebuah keluarga yang berjaya menerima pembantu paderi Posyen yang bijaksana dari Akademi Abyssal Bone Forest, pengaruh mereka sememangnya sangat tinggi. Lagipun, mereka mempunyai hubungan yang rumit dengan Akademi Abyssal Bone Forest, jadi rangkaian berita mereka mungkin lebih berkesan berbanding Kroft.

"Ya!" Kroft menjawab dengan muktamad. "Awak tahu, ada beberapa perkara yang telah dipersetujui oleh akademi dan saya, jadi saya tidak boleh nyatakan secara terus-terang. Tapi kalau awak tahu dengan sendiri, ia tiada kaitan dengan saya!"

"Tetapi, awak tidak perlu bimbang. Bakat kamu dalam Posyen hanya sekunder kepada Merlin, dan akademi ini perlukan orang yang berbakat seperti awak!" Kroft memujinya

"Ya!" Leylin senyum pahit. Ia seolah-olah akademi ini masih memilih bakat mengikut gred bakat. Individu yang berbakat seperti Jayden dan Merlin yang juga merupakan pembantu paderi gred-lima mempunyai banyak masa untuk berundur. Tetapi apabila giliran dia, dia menerima layanan yang buruk. Sampai sekarang pun, mentornya hanya memberi petunjuk kurang tepat.

Bagi mereka yang mempunyai kebolehan yang lebih teruk, mereka tidak akan tahu hal sebenar walau mereka mati sekali pun.

Walaupun Leylin tidak dapat memahami Kroft dengan sepenuhnya, dia pasti akan buat sesuatu! Akademi ini tidak selamat untuk sesiapa sekarang!

Sekali lagi, Leylin berazam untuk keluar dari tempat ini, "Jadi, bolehkah saya juga menerima misi penghantaran?"

"Boleh! Pergi ke kaunter di Kawasan Misi dan terangkan tujuan awak. Mereka akan faham memandangkan kebolehan awak tidak teruk sangat dan bakat awak di dalam Posyen lagi menakjubkan."

Kroft mengangguk kepalanya.

"Terima kasih, Tuan!" Leylin menunduk dengan tergesa-gesa. Memberi kebenaran kepada pembantu-pembantu paderi untuk keluar akademi ini memberi manfaat yang banyak, lebih-lebih lagi, dia tidak ingin berada di medan peperangan yang mungkin akan berlaku.

Sebentar kemudian, Leylin membantu Kroft dalam beberapa eksperimen Posyen dan mengambil kesempatan untuk mendapat penyelesaian masalah bagi pihak Nyssa. Malangnya, Kroft juga tidak mempunyai cara yang lebih baik.

Selepas mengucap salam, Leylin berjalan keluar, "Terdapat sekeluarga kecil yang menyokong Bicky. Kaliweir dan lain-lain, mereka bukan pembantu-pembantu paderi gred-lima, jadi mereka mempunyai peluang yang tipis untuk menerima berita. Aku rasa aku kena memberi beberapa petunjuk kepada mereka. Pandai-pandailah mereka faham petunjuk-petunjuk itu!"

Di dalam dewan makan aras dua yang mewah, lampu kristal yang cantik bersinar, sambil ahli-ahli muzik membuat persembahan. Mendengar muzik sambil menikmati makanan istimewa merupakan sesuatu yang menghiburkan.

Lebih-lebih lagi, makanan yang tersedia sini sangat terperinci. Bukan sahaja ia boleh tingkatkan statistik seseorang, malahan ia juga boleh tingkatkan proses meditasi. Oleh itu, kehadiran pembantu-pembantu paderi dan Magi amat digalakkan.

Walau bagaimanapun, tidak ramai pelanggan hari ini. Kebanyakan mereka mempunyai muka yang suram, dan pemandangan itu amat menyenangkan.

Leylin duduk di atas sofa berbulu-angsa dan menolak cawan yang berasap kepada Neela. "Ini koko panas, dengan campuran biji mutiara tanah hitam. Ia juga mempunyai kesan yang memberi manfaat kepada meditasi, awak nak cuba?"

Neela, duduk di hadapannya, tersenyum pahit, "Kalau ia seperti dahulu, aku masih rasa teruja. Tetapi sekarang…"


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C40
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン