アプリをダウンロード
2.71% Penyihir Dunia Magus / Chapter 27: Kejayaan Pembancuhan Posyen

章 27: Kejayaan Pembancuhan Posyen

編集者: EndlessFantasy Translation

Leylin mencampak segala sisa-sisa eksperimen yang gagal itu ke dalam tong dan menarik nafas.

"Sekali lagi!"

Dia ulang proses yang sama, dan akhirnya, dia tuang cecair merah pekat tulen dari Buah Kecergasan Darah itu ke dalam bikar.

Kali ini, Leylin memindah semua pekatan ke dalam bikar and melaras suhu api ke tahap rendah.

Cecair merah dan bahan beku hijau mula bergabung, dan bertukar kepada kuning muda.

"Nyawa hijau, darah kecergasan merah. Di bawah pengaruh kekuatan azam daripada kedalaman abyss, anda akan bergabung! Furikesha Keleyahsan..."

Leylin hafal mantera fasa terakhir itu.

Pelbagai warna yang ada di dalam bikar itu bergabung sambil dia terus menghafal. Bahan itu akhirnya bertukar menjadi cecair biru muda dan bau yang wangi dan memikat menusup keluar.

"Dah siap! Saya berjaya membancuh posyen kekuatan!"

Leylin tersenyum dan menuang cecair biru muda itu ke dalam tabung uji kecil.

"Cecair dalam tabung uji saiz jejari ini mampu memberi tenaga yang mencukupi untuk seseorang selama 7 hari, dan ia akan pastikan tubuh badan dan tenaga mental orang itu bertenaga. Ini kegemaran orang yang bekerja dalam eksperimen-eksperimen lama dan pengembara. Harga biasa ialah 5 kristal ajaib!"

Leylin mengoncang tabung uji dan posyen di dalamnya menyala dengan cantik di bawah cahaya.

Satu malam telah berlalu, Leylin merenung tiga tabung uji biru yang dipegang olehnya sambil berfikiran kosong.

"Dengan sepuluh set bahan-bahan, saya berjaya tiga kali dan memperoleh tiga posyen!"

"Berita ini tidak boleh diketahui oleh orang lain; atau, saya tidak dapat jelaskan diri sendiri!" Leylin berazam, dan musnahkan tiga tabung uji mengandungi posyen tersebut.

"Sungguh membazir!" Leylin berasa sakit hati.

Tiga posyen ini bernilai 15 kristal ajaib, tapi ia perlukan kos sebanyak 1 kristal ajaib untuk penciptaan. Perusahaan posyen mempunyai margin keuntungan melebihi sedozen kosnya.

"Tapi saya tidak dapat jual sekarang! Aaarghhh!" Leylin berasa kecewa.

"Bukan sahaja saya tidak dapat menjual posyen ini, saya kena dapatkan balik duit untuk membeli bahan-bahan untuk menyambung eksperimen saya dan menunjukkan kegagalan. Saya cuma boleh menjual posyen yang paling asas selepas setengah tahun!"

Anggaran ini berdasarkan kadar kejayaan Merlin. Dia tidak ingin menonjol diri dan menarik perhatian. Oleh itu, dia perlu mencapai prestasi rendah berbanding Merlin. Merlin mempunyai banyak bahan dan berlatih bancuhan secara berterusan dari dahulu. Hanya selepas sebulan dia dapat membancuh posyen pertama. Leylin tidak mempunyai kristal ajaib yang banyak, jadi dia hanya boleh menunjuk bakatnya di dalam bancuhan posyen selepas setengah tahun.

Dia cuma perantis kepada Pensyarah Posyen, dan apabila dia berjaya membancuh posyen pertama selepas gagal selama setengah tahun, dia akan menerima pangkat bakat biasa di bawah panduan Pensyarah Posyen, yang sebenarnya agak logik.

"Hanya penjualan posyen-posyen kecilan yang dibenarkan dalam lingkungan akademi, kecuali.... Saya dapat mencari pasar gelap? Tapi ia terlalu bahaya untuk berjalan di luar akademi!"

Leylin menggeleng kepala, mengemas peralatan eksperimen, dan terus berjalan keluar dari bilik.

"Dengan memiliki Cip A.I yang mempunyai ketepatan tinggi, ia memberi kelebihan kepada saya berbanding yang lain dalam tugasan perincian yang menyusahkan! Saya perlu teruskan tumpuan dan berjaya menjadi seorang Pembantu Paderi tahap 2!"

"Selepas memperoleh kebolehan, saya akan mematuhi kitaran jualan posyen ini, memperolehi kristal ajaib dan pengetahuan.

Leylin masih perlukan hampir setahun untuk berjaya menjadi Pembantu Paderi tahap 2 mengikut pengiraan dari Cip A.I.

Akhirnya, ia akan menjadi lebih susah untuk membentuk 24 Rune Minda itu kerana ia akan berganda, dan dia juga perlu mengumpul pengetahuan yang banyak.

"Dalam tempoh ini, saya akan terus mengumpul data dan habiskan susunan maklumat berkenaan kuasa rohani. Ini berguna kepada saya pada masa hadapan!"

Tanpa sedar, setengah tahun telah berlalu begitu sahaja.

Seorang pemuda berambut coklat menunduk sambil berjalan di kaki lima berjubin hitam seolah-olah dia sedang berfikiran dalam.

Pemuda itu kelihatan seperti berumur tiga belas atau empat belas tahun dan berambut coklat. Mukanya yang pucat dan luar biasa itu tampak seolah ia tidak terkena cahaya matahari untuk tempoh yang lama.

Pemuda ini adalah Leylin. Pada masa ini, tangan kanannya tersembunyi di dalam lengan baju, memegang tabung uji dan nampaknya dia sedang membuat pilihan.

"Sudah setengah tahun sejak saya berjaya membancuh satu posyen!" Leylin memandang aksi pembantu-pembantu paderi yang berjalan melepasinya dan berfikir kepada dirinya sendiri.

Dalam setengah tahun ini, banyak yang berlaku di akademi ini. Contohnya, Fayle mencapai beberapa pencapaian hebat, dan Merlin berjaya membancuh posyen baru. Kemasyhuran cerdik pandai ini semakin bertambah.

Namun begitu, Leylin lebih mengambil berat dengan fakta Jayden telah mara menjadi pembantu paderi tahap 2.

Dia teringat kembali peristiwa Kaliweir bercakap mengenai berita ini, dia tidak dapat menyembunyi perasaan takut dan iri hati dalam matanya walaupun mencuba sedaya upaya.

Kecenderungan, dan juga kemaraan, seorang pembantu paderi gred lima, amat mengejutkan.

Sebagai rakan pembantu paderi yang datang dari tempat yang sama sepertinya, Leylin tidak fikir mengenai hal itu. Dia mengurung dirinya dengan kerja yang dia perlu lakukan dan kepada orang luar, dia hanya seorang pembantu paderi tahap 1.

Dalam setengah tahun ini, Leylin beli banyak bahan-bahan posyen kekuatan dan banyak sesi bancuhan posyen dikendali olehnya. Dia juga melabur semua keuntungan dari kelas tuisyennya untuk pembuatan posyen. Dia sembunyikan Cip A.I. dengan penutup dan kerap kali cuba membancuh posyen tanpa bantuan Cip A.I., yang menghasilkan sifar kadar kejayaan. Setakat ini, dia telah guna sedozen kristal ajaib untuk posyen-posyen ini.

Dia turut membincang masalah yang dialami olehnya kepada mentor dia, Kroft masa ke semasa dan bertanya soalan mengenai asas-asas dan teknik-teknik pembancuhan. Ia cukup memberi manfaat untuk proses posyennya.

Secara sulit, dengan bantuan daripada Cip A.I., dia mengesahkan kemahiran posyennya telah melepasi Merlin, dan rendah sedikit berbanding mentornya, Kroft.

Hari ini merupakan hari yang dia 'tidak sengaja' berjaya membancuh posyen dan memberi kebenaran untuk mentornya membuat penilaian.

Kali ini, kejayaan produk ini dikawal oleh Leylin melalui Cip A.I. Dia dengan sengaja membuat beberapa kesilapan dari segi masa, seolah-olah ia berkualiti rendah dan dibuat oleh seorang pembantu paderi, tapi ia masih hebat untuk seorang pembantu paderi baru.

Tapak tangan Leylin yang sedang memegang posyen itu, tiba-tiba menjadi ketat tanpa kawalan.

"Hanya selepas hari ini, saya boleh jual beberapa posyen pada siang hari dan memperoleh beberapa kristal ajaib! Semalam, saya terdengar Raynor berkata yang dia berasa hampir berjaya. Oleh itu, kemajuan saya tidak boleh ketinggalan jauh!"

Leylin bergesa ke makmal eksperimen Kroft.

"Leylin, adakah awak mempunyai masalah dengan bancuhan posyen kekuatan?" Kroft dapat melihat dengan jelas yang perantis dia beperangai pelik hari ini.

"Tidak, Tuan!" Leylin menarik nafas, "Saya berjaya sekali semalam!"

"Apa?" Bikar yang berada di dalam tangan Kroft menggeletar, "Biarpun bakat awak dalam Peramuan telah melebihi jangkaan saya, bancuhan posyen kekuatan bukan senang!"

Setelah setengah tahun, Kroft dapat merasa kemajuan yang drastik pada perantisnya selepas banyak persoalan. Namun begitu, dia masih rasa yang Leylin mempunyai kekurangan dalam pembancuhan posyen kekuatan yang sempurna.

Sambil mendengar, tangan Merlin bergegar semasa dia sedang melurut kristal manik merah dengan penuh perhatian ke dalam tabung uji. Asap hitam keluar dari tabung uji itu dan Merlin mengeluh, mengalih perhatiannya ke sini.

Bagi Bicky, dia cuma bersandar secara langsung.

"Adakah awak membawa posyen yang lengkap itu?" Kroft tanya.

"Ia di sini!" Leylin keluarkan tabung uji biru dan serahkan kepada pensyarahnya.

Kroft mencabut penyumbat kayu pada tabung uji dan mengambil satu hirupan. Dia memberi ekspresi muka yang terkejut.

Dia menitik posyen itu di atas jari. Cahaya berwarna susu putih yang halus tersinar dari keningnya dan menusuki titisan itu, menyebabkan ia bergoncang.

Kroft menutup mata, mengerut kening dan kemudian mengendurnya.

"Pembersihan Buah Kecergasan Darah bukan teruk, tapi terlalu banyak penambahan pada penghujungnya. Ada juga masalah dengan penggunaan kuasa rohani awak, yang akhirnya merosakkan sifat-sifat kimia... Keseluruhannya, memang ada beberapa masalah, tapi awak berjaya secara keseluruhan! Syabas!"

Kroft tersenyum gembira.

Mendengarkan kata-kata ini, Leylin turut tersenyum, dan Bicky menyorak bersama, memberi Leylin pelukan hangat.

Lengkungan badan gadis ini bersatu dengan dada Leylin, memberi suatu perasaan yang pelik di hatinya.

"Syabas!" Merlin berjalan ke arahnya.

"Berbanding Senior Merlin, saya perlu belajar banyak perkara!" Leylin meregang pelukan Bicky dan berkata dengan tergesa-gesa.

"Awak tidak perlu merendah diri, berbanding Merlin, sumber awak terhad. Kalau tidak, saya pasti awak boleh bancuh posyen pertama awak dalam masa 3 hingga 4 bulan. Dalam Akademi Abyssal Bone Forest, bakat seperti ini cukup cemerlang!" Kroft menyeru.

"Memikir balik sekarang, saya agak bernasib baik. Yang pertama, saya terima Merlin, yang mempunyai bakat dalam Peramuan, sebagai perantis. Dan sekarang, saya ada awak!" Kroft menyeru.

"Tuan, saya akan berusaha dengan kuat!" Bicky menggenggam penumbuk kecilnya dan kembali ke meja eksperimen.

"Siapkan penyediaan Cendawan Berkepala Monyet yang ada di dalam pegangan awak dulu, sebelum bercakap sembarangan!" muka Kroft bertukar kaku.

Selepas itu, dia kembalikan posyen kekuatan itu kepada Leylin, "Kali ini, nasib memainkan faktor yang penting dalam pembancuhan posyen kekuatan. Apa yang awak kena buat seterusnya ialah mengingati semula bagaimana kamu rasa apabila berjaya buat kali pertama, dan kemudian banyak berlatih. Kamu boleh menjual dan memperdagang tabung uji ini untuk sumber yang lebih!"

Kroft memberi pesanan, "Leylin, awak kena ingat. Posyen yang berbeza mempunyai cabaran yang tersendiri untuk penguasaan Posyen. Walaupun awak dapat membancuh posyen kekuatan ini sekarang, awak berkemungkinan menjadi pemula jika ia diganti oleh posyen hemostatik. Oleh itu, jangan menyombong. Bermula daripada sekarang, tumpu pada latihan bancuhan posyen awak!"

"Saya akan melakukannya!" Leylin menyimpan posyen kekuatan dengan baik dan mengutara janjinya.

Selepas dia selesai tugas di dalam makmal eksperimen, Leylin berjalan keluar bersama Bicky.

"Bolehkah kita pergi ke dewan makan aras dua untuk menjamu selera, untuk memperingati kejayaan pertama awak?" Bicky berlari ke hadapan dan berpusing beberapa kali seolah-olah dia seekor rama-rama yang meriah.

"Sudah tentu! Ia menjadi penghormatan saya untuk menjemput seorang gadis yang cantik seperti awak untuk menjamu selera!" Leylin tunduk, terserlah kesopanan seorang lelaki.

"Hehe!" Bicky menutup mulutnya dan tergelak dengan comel, dan tiba-tiba ekspresi muka dia bertukar gelap. "Jika hanya... Jika hanya dia seperti awak..."

"Apa masalahnya? Senior Fayle awak menghiraukan awak lagi?"

Leylin mengetahui sikit mengenai hal ini. Dalam masa setengah tahun ini, Bicky secara beransur-ansur semakin dekat dengan Fayle dan akhirnya menjadi kawan dia, tapi mereka hanya kawan biasa.

Bagi Fayle, dia sentiasa belajar dan berlatih, dan mengambil risiko di luar akademi. Dia sentiasa dikelilingi oleh gadis-gadis cantik, jadi dia tidak fikir banyak tentang Bicky dan kadang-kala bersendirian.

"Bukan itu! Sebuah eksperimen yang penting yang sedang menghampiri Fayle dan dia sedang mengumpul sumber, jadi dia sangat sibuk..." Bicky menunduk kepalanya dan menendang sebiji batu dari sisi kaki lima.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C27
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン