アプリをダウンロード
2.41% Penyihir Dunia Magus / Chapter 24: Pembantu Paderi Tahap 1

章 24: Pembantu Paderi Tahap 1

編集者: EndlessFantasy Translation

"Pembantu Paderi Tahap 1 ialah seseorang yang mempunyai kekuatan rohani yang kuat dan tinggi berbanding manusia biasa. Pada waktu yang sama, seseorang itu dapat menggerakkan zarah-zarah tenaga dan menyimpannya di dalam tubuh masing-masing dan ia juga merupakan pemula dalam mengkonseptualisasikan penciptaan kuasa sihir. Hanya pembantu paderi tahap 2 dapat mengakses formula mantera dan membaca mantera tersebut dengan lengkap."

Tetapi apabila tubuh badan mereka menghasilkan kuasa sihir, statistik mereka boleh bertambah kukuh melalui radiasi yang berterusan sambil menahan keracunan daripada radiasi luaran.

Leylin membuat pertimbangan mengenai perbezaan tahap-tahap para pembantu paderi berdasarkan data-data teknik meditasi masing-masing.

"Cip A.I.! Temukan segala data-data yang telah saya kumpulkan hari ini, dan mulakan analisis!"

Ini yang Leylin lakukan selama ini. Dia mencuba sedaya upaya untuk mengumpul data orang lain tanpa mereka sedari, dan simpan semua itu di dalam bentuk folder.

Dia cipta folder yang baru dan isi data-data mengenai kekuatan rohani dan cara-cara mengubahnya, sesuatu yang Leylin belajar tempoh hari. Terlampau banyak maklumat yang diperlukan, dan prosesnya akan mengambil masa bertahun lamanya.

[Beep! Selesai analisa. Keputusan: Kesemua kawasan sekitar Akademi Abyssal Bone Forest tercemar dengan kesan radiasi. Sumber terbesar pencemaran adalah dari Magi dan beberapa alat-alatan eksperimen. Hos disaran menjauhkan diri dari sumber-sumber ini atau meningkatkan ketahanan tubuh!)

"Seperti yang dijangka! Magi dan para pembantu paderi membawa kesan kepada alam sekitar di mana ia turut menghapus kehadiran manusia biasa di seluruh akademi ini. Untuk kesan-kesan sebegini, hanya seorang Magi yang mampu melawan.

Muka Leylin berubah serius dan imej beberapa orang timbul di dalam fikirannya, termasuk wajah Bicky dan Kroft.

Berdasarkan bacaan radiasi yang mereka pancarkan, seorang Magus sebenarnya boleh dilabel sebagai sumber radiasi bergerak. Setiap seorang daripada mereka seolah reaktor nuklear kecil, atau, bolehkah mereka menggunakan radiasi untuk capai tahap lebih tinggi??"

Leylin mengerut keningnya.

"Tidak kira apa pun, saya perlu cepat dan naik ke pembantu paderi tahap 1. Semakin lama, semakin besar kerosakan yang akan dialami oleh badan saya." Leylin membuat keputusan.

Dalam masa dua minggu yang akan datang, Leylin akan melapor diri di mana Kroft berada setiap hari, membantu dalam pembersihan makmal eksperimen, dan menyelesaikan beberapa eksperimen yang remeh.

Pada masa kini, dia telah melihat pelatih luar biasa Kroft iaitu Merlin yang juga merupakan seniornya. Merlin tinggi lampai orangnya dan pendiam. Dia sentiasa fokus dan beri sepenuh perhatian terhadap eksperimennya. Selain Kroft, Merlin kurang berbicara dengan Bicky dan Leylin. Ini mungkin salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaannya dalam pembuatan Posyen.

Pada waktu lapang, dia meluangkan masanya dalam pengajaran awam yang dijalankan secara percuma.

Tiada banyak pengajaran percuma di Akademi Abyssal Bone Forest, dan pengajaran percuma ini hanya mengandungi subjek-subjek seperti sejarah Magi, bahasa Byron kuno asas, prinsip mantra Magi, Pembuatan Posyen asas, anatomi dan teori mantra sihir asas.

Para profesor pengajaran awam sentiasa kelihatan kurang senang, dan kerap beredar sejurus selepas tempoh pengajaran tamat. Mereka bukan sahaja mengelakkan diri daripada menjawab soalan-soalan dari pembantu paderi, malah berkelakuan seolah-olah semua orang berhutang kristal ajaib dengan mereka.

"Ia hanya pengajaran awam, setakat mendengar pun sudah mencukupi!" Leylin tenangkan dirinya. Cip A.I. nya boleh merekodkan semua pelajaran dan dia sentiasa boleh guna ilmu itu sebagai rujukan untuk ulang kaji. Bagi para pembantu paderi yang lain, mereka tidak begitu bernasib baik. Apabila mereka kurang faham, mereka boleh dapatkan maklumat tersebut daripada profesor atau pembantu paderi yang lain dengan membayar. Malahan, Leylin turut membuat persiapan untuk mendapat upah dengan menjual informasi-informasi daripada pengajaran awam tersebut.

"Topik hari ini sangat sukar! Gambaran imej anatomi Barren Lizard hanya disiarkan untuk beberapa saat. Saya tak sempat untuk menelitinya dengan jelas!" Bill mengadu.

"Tiada pilihan lain! Kajian anatomi merupakan topik yang meluas dan mengandungi imej yang banyak, oleh itu, kelas ini tidak akan tamat jikalau diajar dengan perlahan!" Jawab Leylin yang berada di sisinya. Bill, jiran tetangga Leylin, dan kedua-dua mereka ialah ahli pembantu paderi baru, oleh itu mereka sering ke kelas bersama-sama. Persahabatan mereka agak mesra.

Bagi Kaliweir dan yang lain, mereka telah ditetapkan kepada mentor berlainan dan tinggal di tempat yang agak berjauhan. Itu menyebabkan mereka kurang bertegur sapa antara satu sama lain.

"Kelas anatomi Profesor Marlene adalah prasyarat untuk topik-topik selanjutnya, jadi kita harus belajar anatomi!" Kata Bill dengan nada yang kecewa. 

"Leylin, kamu ingat tak segala informasi dari awal?"

"Ia mustahil untuk hafal semua informasi itu, tapi saya telah mengambil nota gambarajah dan juga gambaran bahagian-bahagian badan yang penting!" Leylin bermain licik.

"Sangat hebat! Boleh tak awak ajar saya lepas kelas berakhir nanti? Saya akan bayar satu kristal ajaib!" Bill membuat keputusan.

"Saya nak kuasai Penjelmaan, untuk itu saya harus cemerlang dalam anatomi!"

"Tiada masalah!" Leylin tersenyum dan mengangguk.

Maklumat mengenai beberapa pengajaran yang dibayar di akademi tidak dibenarkan untuk didagang secara peribadi. Tetapi bagi pengajaran awam, tiada sekatan sebegitu.

Leylin pernah bertanya dengan orang di sekitar, dan rupa-rupanya para pembantu paderi tahap tinggi tidak endah akan gaji kecil, manakala para pembantu paderi tahap rendah tiada keyakinan diri yang memadai untuk mengajar dan akhirnya gagal untuk memenuhi syarat-syarat tertentu. Maka, ia memberi manfaat kepada dirinya.

"Namun, awak tahu juga yang saya perlu buat meditasi pada waktu malam, oleh itu, ayuh kita atur pengajaran selepas makan malam. Boleh?"

Leylin bertanya.

"Tiada masalah!" Jawab Bill. Kuantiti masa ini lebih kurang sama dengan pengajaran awam berbayar, tetapi pengajaran ini dilakukan secara peribadi, oleh itu harga ini amat berpatutan.

Selepas makan malam, Leylin pergi ke bilik Bill dan mengajar dia mengenai topik anatomi. Setelah satu jam berlalu, Leylin pulang semula ke asramanya.

Sambil bermain dengan bola kristal ajaib di tangan, Leylin mengangguk kepalanya, "Bill cerdik memimpin dirinya, dan dia telah membuat bayaran pendahuluan!"

Leylin meletak objek hitam yang berkristal itu dan mengeluarkan karung hitam yang tergantung pada pinggangnya dan menuang kandungannya di atas katil.

Sebanyak empat biji kristal sihar hitam jatuh melantun ke atas katil.

"Saya pembantu paderi yang baru dan telah mengikuti pengajaran selama satu bulan setengah sahaja. Selain daripada Bill dan ahli lain, tiada siapa yang percaya akan kebolehan-kebolehan saya. Setakat ini, saya hanya mampu mengumpul 2 kristal sihir!"

"Ai! Ia amat sukar untuk mencari pendapatan melalui tuisyen, dan ia makan masa yang agak lama. Senior Merlin menjerang ramuan secara rawak dan mampu mengaut keuntungan sepuluh kali lebih cepat daripada saya dengan menjual ramuan-ramuan tersebut!"

Para guru Pembuatan Posyen agak kurang dalam kalangan Magi, dan ia memerlukan pelaburan yang besar untuk menjadi seorang guru bidang ini. Meskipun demikian, seseorang itu boleh mencari duit yang tidak terkira sekiranya berjaya.

"Sikit lagi! Saya ada firasat yang saya akan menjadi seorang pembantu paderi tahap 1 pada malam ini!" Lepas mencapai tahap 1, saya akan berkemampuan untuk mengubah zarah-zarah tenaga di udara. Bukan sahaja saya boleh menahan radiasi dari bangunan akademi ini, malahan saya juga dapat cuba membuat eksperimen dengan membru ramuan asas!"

Mata Leylin bersinar dengan girang, tetapi tidak lama kemudian dia kutip semula kristal-kristal ajaib yang bertaburan atas katil sambil mengawal keseronokan dalam dirinya itu.

Udara di bilik itu bergerak dengan tenang, dan hanya bunyi pernafasan Leylin yang sayup kedengaran.

Dada Leylin bergerak dengan rentak alunan dan memberi ekspresi muka yang tenang, dengan pergerakan yang gelisah di bawah kelopak matanya.

Selepas kira-kira satu jam, beberapa bintik-bintik hitam kelihatan seperti kunang-kunang berpancar dari dahi Leylin.

Bintik-bintik cahaya ini berlegar di sekitar Leylin dan akhirnya masuk ke rongga-rongganya. Ia kelihatan agak mengerikan.

"Hu..."

Setelah bintik-bintik berwarna hitam memasuki badan Leylin, dia terasa seluruh badannya menggigil. Otot-otot pada wajahnya mencengkam, dan manik-manik peluh yang besar mengalir keluar. Dengan lantas, dia kembali tenang.

Setelah beberapa lama, Leylin membuka matanya.

"Saya akhirnya berjaya menjadi pembantu paderi tahap 1! Ia mengambil masa selama setengah tahun dan agak perlahan berbanding pembantu paderi gred keempat yang biasa."

"Pada asalnya, saya boleh meningkat status diri saya lima hari yang lalu, tetapi saya berhenti untuk menstabilkan kekuatan rohani saya. Mungkin itu sebab di sebalik kesukaran untuk peningkatan diri kali ini!"

Satu sebab untuk melanjutkan tarikh peningkatan diri ialah untuk menstabilkan kekuatan rohani, dan yang lain pula untuk merendah diri.

Pembantu paderi gred ketiga harus mengambil masa sekitar satu bulan untuk berubah menjadi pembantu paderi tahap 1 setelah menerima teknik meditasi.

Masa selama setengah bulan menandakan tempoh ukuran untuk pembantu paderi gred keempat. Leylin tidak mahu menjalani sebarang ujian untuk mengelakkan dirinya daripada dicurigai mempunyai kebolehan terlarang. Jikalau Cip A.I. diketahui pada masa hadapan, ianya akan dirampas dan hidupnya juga mungkin akan berada dalam bahaya!

Lagipun, Cip A.I. kini telah mengalami perubahan setelah putaran dimensi. Ia telah bersatu dengan jiwanya dan tidak dapat dipisahkan sama sekali.

"Menurut anggaran Cip A.I., kekuatan rohani seorang pembantu paderi tahap 1 ialah dua kali ganda berbanding orang dewasa. Tambahan pula, kekuatan rohani mempunyai nyawa tersendiri, di mana ia kuat menarik zarah-zarah tenaga di udara ke arahnya!"

Leylin regangkan tangannya, dan satu lapisan cahaya warna hitam melilit sekitar lengannya, seperti lapisan gula-gula kapas. Ia terasa agak sejuk.

"Saya mempunyai pertalian elemental yang tertinggi bersama unsur Gelap, dan akan memilih untuk berusaha ke arah unsur Gelap. Ini rancangan saya dari dahulu. Bagi zarah-zarah tenaga Api dan unsur-unsur lain, saya akan simpan beberapa daripada mereka untuk kegunaan saya pada masa yang akan datang nanti!"

"Pa!!"

Leylin memetik jari-jemarinya beberapa kali, dan suatu lapisan cahaya biru muda menyala pada tubuh badannya.

Seterusnya, suatu lapisan wap keluar, yang membasahi pakaian Leylin. 

"Ini macam mandi!" Tersenyum Leylin, dan kemudian suatu lapisan cahaya merah bersinar.

Badan Leylin dikelilingi oleh cahaya merah sambil tubuhnya mengeluarkan wap air. Air itu tersejat dengan cepat, dan bilik itu kelihatan lembap sedikit.

"Setelah menjadi seorang pembantu paderi, saya boleh guna zarah-zarah tenaga ini untuk aktiviti harian yang ringan. Ia agak memudahkan!"

Leylin menyeru sekali lagi, dan bertanya, "Cip A.I., sudahkah awak catat proses tadi?"

[Beep! Rakaman selesai, sila beri nama!]

"Penggunaan sederhana unsur Air dan zarah-zarah tenaga unsur elemental Api!]

[Beep! Penamaan semula telah selesai, menyimpan dalam bank data]

Dengan bantuan Cip A.I., Leylin mempunyai salah satu kebolehan pemahaman yang terbaik untuk penggunaan zarah-zarah tenaga di kalangan pembantu paderi tahap 1.

Leylin tersenyum, tetapi ketika dia ingin berdiri, tiba-tiba dia rasa gelisah.

"Saya telah menggunakan kekuatan rohani saya dengan banyak!" Leylin menyedari alasan dan tersenyum kelat, "Kekuatan rohani seorang pembantu paderi tahap 1 masih rendah. Untuk penggunaan zarah-zarah tenaga dengan cara bijak, saya hanya perlu melakukannya apabila saya menjadi seorang pembantu paderi tahap 3 sekurang-kurangnya.

Leylin menggosok pelipisnya, "Saya dah bermeditasi tadi, jadi sekarang saya hanya perlu tidur untuk menambah kekuatan rohani saya!"

Dia dengan cepat sediakan katil dan tidur.

Pada keesokan hari, Leylin bersemangat ketika dia menuruni katil dan menuju ke makmal eksperimen Mentor Kroft.

"Oh? Pergerakan tenaga ini?"

Kroft yang berambut putih terkejut, dan serta-merta melihat pada Leylin yang berjalan masuk, "Leylin, kau telah merentasinya!"

"Ya!" Leylin menundukkan kepalanya dengan rendah hati.

"Ia hanya dua puluh hari yang ganjil sejak kamu mula bermeditasi, nampaknya kebolehan awak agak cemerlang di kalangan para pembantu paderi gred ketiga dan ia hampir mencapai tahap pembantu paderi gred keempat!"

Kroft tersenyum puas.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C24
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン