"Kenapa kamu semua tengok saya?" Su Yu tidak tahu sama ada perlu menangis atau ketawa. Dia cuma mahu menikmati makan malam dengan gembira bersama kawan-kawannya…
"Kamu tak nak tengok ke?" Tang Chuan ketawa dan Wei Liao menambah, "Mengaku saja, kami tak akan gelakkan kamu."
"Baiklah, saya nak tengok," akhirnya Su Yu mengaku.
"Seratus yuan." Jiang Xiaowei menghulurkan tangan dan menunjukkan '1' dengan jarinya, membuatkan Su Yu terkedu. "Apa ni… kamu minta bayaran dengan saya?"
"Mestilah… mana ada benda percuma…"
"Jangan cakap begitu, kamu buat saya sedih. Kalau kamu nak duit, saya…" Su Yu berhenti dan semua orang menyangkakan Su Yu terlalu angkuh untuk bersetuju dengan syarat daripada Jiang Xiaowei.
Adakah egonya akan menghalang dirinya daripada melihat swafoto Huo Mian?
Namun, penghujung ayat Su Yu ialah, "Saya nak tahu, boleh kita berunding? 100 yuan terlalu mahal, macam mana dengan 80?"