Pengarah Wang menggelengkan kepalanya. "Dah tentu tak. Puan Muda tak timbulkan masalah langsung. Dia sebenarnya dah bagi saya idea yang hebat… Dia juga dah bagi satu lagi muka depan majalah untuk GK, memang bijak."
Sebagai pengarah Livi, Pengarah Wang telah bertemu pelbagai jenis wanita.
Huo Mian ialah wanita pertama yang berjaya mengagumkannya dengan beberapa ayat sahaja.
Wanita ini juga sangat bijak. Bukan sahaja dia menilai dari setiap sudut, dia juga menitikberatkan perasaan semua orang.
Seperti pepatah yang mengatakan, 'di belakang lelaki yang hebat pasti ada seorang wanita yang hebat'.
GK pasti tidak akan gagal dengan wujudnya pasangan berkaliber yang mentadbir syarikat tersebut.
"Lapar? Jom pergi makan."
Qin Chu ke studio itu setelah Pembantu Yang memberitahu Huo Mian berada di sana.
Dia segera menyelesaikan kerjanya dan pergi ke studio.