"Mereka tak rasa macam nak balik. Saya rasa mereka nak ciuman daripada saya. Mereka juga cakap mereka nak saya mandikan mereka malam ini," ujar Qin Chu dengan wajah serius.
"Adakah kamu cuba berlagak tampan semasa kamu menggatal? Biar betul Encik Qin?" Huo Mian tergamam.
"Saya hanya jadi begini dengan isteri saya. Saya bukan gatal. Ini dipanggil 'menghangatkan keadaan'."
"Cepat, cangkuk semula. Kalau tidak, saya tak akan benarkan kamu naik ke atas katil saya malam ini." Usaha Huo Mian yang terakhir ialah mengugutnya.
Qin Chu bangun dengan tidak rela dan perlahan lahan mencangkukkan baju dalam Huo Mian semula tetapi sebelum itu, dia memastikan dia dapat memegang buah dada Huo Mian hingga membuatkan Huo Mian berasa malu dan marah pada masa yang sama.
"Qin Chu! Apa yang kamu buat?!"
"Boin boin."
"Phfff kenapa kamu ada sisi yang tak senonoh?" Huo Mian mahu muntah darah.