アプリをダウンロード
6.92% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 88: Kepincangan Almari Pakaian

章 88: Kepincangan Almari Pakaian

編集者: EndlessFantasy Translation

"Ini sahaja kereta hitam yang tinggal dalam garaj." Qin Chu menjawab mudah.

"…" Huo Mian terdiam lagi. Pasti seronok hidup kaya.

Qin Chu memandu kereta itu terus ke Taman Diraja dan selepas Huo Mian naik ke tingkat atas, dia tidak dapat mengelak daripada merasakan dia sesuai di rumah itu.

Dalam bahasa mudahnya, Huo Mian dapat merasakan ketenangan dan selamat apabila tiba di rumah selepas hari yang panjang.

Sama ada ia sudah menjadi tabiat atau pun kerana dia terlalu letih, Huo Mian berbaring di atas sofa dan terlena dengan segera.

Qin Chu mengerutkan sedikit keningnya apabila melihat Huo Mian begitu. Tangkai hatinya bagai digetus-getus seseorang.

Kemudian, dia membawa keluar selimut putih dari bilik tidur dan menyelimutkan Huo Mian.

Huo Mian tidur nyenyak dan dia bermimpi…

Dalam mimpinya, Huo Mian melihat Nenek Huo yang memakai gaun berwarna kosong. Dia duduk di atas batu di luar tokong dan sedang menyulam sehelai sapu tangan.

Nenek Huo dikatakan berasal daripada keluarga yang kaya raya dan dia berbakat dalam sulaman. Kemudian, keluarganya jatuh muflis dan meninggalkan Nenek Huo tanpa pilihan selain daripada mengharungi dunia dalam kemiskinan dengan suaminya.

Datuk Huo bermula dari bawah dan membina kilang pengeluaran kecilnya. Dia menjadi terlampau sibuk dan membiarkan Nenek Huo seorang diri dengan seni krafnya.

Dua puluh lima tahun yang lalu sebelum Huo Mian dilahirkan, Datuk Huo meninggal dunia kerana barah paru-paru.

Nenek Huo kemudiannya keluar dari rumah itu dan sering menetap di dalam tokong tersebut. Apabila ditanya, dia hanya menjawab yang dia mendoakan Datuk Huo.

Sehingga ke hari akhinya, Nenek Huo seorang wanita yang dipenuhi rasa cinta.

Huo Mian hanya berjumpa Nenek Huo beberapa kali sahaja. Tetapi, sehingga ke hari ini, dia dapat merasakan hubungan kekeluargaan antara mereka.

Huo Mian bermimpi yang dia berjalan perlahan-lahan dan merehatkan kepalanya di atas ribaan Nenek Huo dan tertidur.

Sinaran mentari menyinari dari tokong di sekelilingnya dan Huo Mian merasakan kegembiraan yang tidak dapat diterangkan dengan kata-kata.

Apabila dia terjaga, Huo Mian mendapati ada selimut putih di atasnya. Selimut itu dibuat daripada serat arang buluh. Jadi, ia terasa begitu lembut dan licin pada kulitnya.

Selain daripada Qin Chu, dia tidak dapat memikirkan orang lain yang akan berbuat begini.

Huo Mian memeriksa telefonnya yang sudah dicaj penuh dan perasan jam sudah pun menunjukkan pukul sebelas setengah. Dia tidur melebihi tiga jam?

Huo Mian berasa sedikit lapar. Dia menguap dan menuju ke bilik sauna di tingkat dua.

Di tingkat dua, ada bilik sauna umum bergaya Korea untuk mandi dan bersauna.

Huo Mian tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Dia merasakan ia sesuatu yang leceh kerana bilik itu dikongsi bersama Qin Chu.

Tetapi Qin Chu tidak ada hari ini. Dia seorang diri di rumah. Ia merupakan idea yang baik untuk berehat seketika di dalam bilik sauna itu.

Namun, selepas dia selesai mandi barulah dia sedar yang dia lupa membawa tuala.

Kerana ketiadaan tuala, Huo Mian mengambil dua tuala kecil dari bilik sauna. Dia menutup dua bahagian tubuhnya yang paling penting dan berjalan perlahan-lahan.

Huo Mian mengikut ruang legar yang membawanya ke bilik tidur, tetapi pintu bilik bacaan tiba-tiba terbuka dengan ajaib.

Huo Mian ternganga apabila dia melihat Qin Chu.

Dia cuba memegang tuala kecil itu dengan lebih kemas tetapi kerana gementar, dia terlepas tuala tersebut.

Kedua-dua tuala itu jatuh ke lantai.

"Ah…" Huo Mian berteriak. Dia yang tidak tahu apa yang patut dilakukan mengangkat tangannya untuk menutup muka.

Kenapa? Kerana dia pernah terbaca jenaka tentang tempat mandi awam yang terbakar. Ramai wanita berlari keluar. Sesetengah mereka menutup bahagian atas tubuh manakala sesetangah yang lain menutup bahagian bawah. Seorang wanita berjalan keluar dengan tenang sambil menutup mukanya. "Dengan ini, tiada sesiapa tahu siapa saya." Wanita itu berkata bangga.

Oleh itu, Huo Mian menutup mukanya secara automatik.

Qin Chu terpegun dengan reaksi Huo Mian.

Dia memandang tubuh Huo Mian yang terdedah dan merasakan tekaknya kering. Qin Chu mencuba sedaya upaya untuk mengawal desakan rasa jauh di dalam hatinya.

"Hanya kita berdua sahaja yang ada. Perlukah kamu tutup muka kamu?" Qin Chu bertanya ketika keadaan bertukar janggal.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C88
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン