アプリをダウンロード
0.39% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 5: Kekusutan

章 5: Kekusutan

編集者: EndlessFantasy Translation

Sebelum sempat Huo Mian menolaknya, lelaki itu sudah melepaskan tangannya. Senyuman licik dan nakal muncul di wajahnya apabila dia menyentuh pipi Huo Mian.

Dengan suara yang mempesona, dia berkata, "Huo Mian, saya sudah pulang."

Huo Mian menggeletar sedikit apabila dia mendengar suara yang dikenalinya ini. Apabila dia melihat matanya yang begitu menarik, perasaan yang sudah lama ditahannya seolah-olah mula muncul kembali daripada dalam hatinya.

Dia sudah tidak dapat mengingati bagaimana tergesa-gesanya dia cuba meninggalkan bilik air tersebut atau bagaimana cemerkapnya dia cuba membuka pintu. Yang dia tahu sekarang adalah dia dalam kebingungan.

"Mian, apa masalahnya? Kenapa…muka kamu begitu pucat?" Zhu Lingling berdiri dengan segera untuk menolong Huo Mian.

"Saya tak apa-apa." Muka Huo Mian begitu pucat walaupun dia mengatakan tiada apa-apa yang berlaku.

Selepas berfikir seketika, dia membuat keputusan untuk beredar. Huo Mian berhati-hati tunduk merapati Puan Yao dan berbisik ke telinganya, "Puan Yao, maafkan saya. Saya perlu pergi sekarang. Saya akan datang sendiri dan melawat Puan lain kali."

Puan Yao memandang Huo Mian dengan penuh perasaan dan mengangguk, "Okey, hati hati dalam perjalanan pulang kamu."

Huo Mian tidak ambil kisah mengenai pandangan orang lain sewaktu dia menarik begnya dan beredar pergi. Dia keluar dengan begitu tiba-tiba sehinggakan Zhu Lingling turut keliru.

"Huo Mian itu sungguh bongkak dan palsu. Dia tidak pernah menghadiri sebarang pertemuan semula sekolah tinggi. Menunjuk betul! Saya tahu memang ada sesuatu yang berlaku apabila dia tiba-tiba bersetuju untuk datang kali ini. Dia mesti sudah tahu yang Qin Chu akan datang ke sini kali ini, dan sekarang dia pulang dahulu untuk goda dia. Dasar pencari peluang yang licik! Dia gunakan taktik tarik tali yang sama untuk goda Qin Chu dahulu, dan sekarang dia buat lagi. Dia buat saya rasa nak muntah," Liu Siying menyumpah tanpa henti.

Rakan-rakan sekelas yang lain tidak membuat sebarang komen kerana perkara yang berlaku di antara Qin Chu dan Huo Mian sudah berlaku tujuh tahun yang lalu.

Huo Mian tahu bahawa Qin Chu sememangnya berbahaya dan dia masih dapat merasakan perasaan keliru yang dia rasakan dahulu. Dia sangkakan bahawa dia sudah melupakan semuanya setelah sekian lama, tapi siapa yang dapat menjangka bahawa perasaan tersebut akan muncul kembali apabila dia menemuinya hari ini?

Kenangan berpusu-pusu keluar daripada mindanya seperti air banjir yang terlepas daripada empangan pecah.

Banyak perkara yang berlaku pada malam graduasi mereka tujuh tahun yang lalu, dan dia percaya bahawa dia tidak akan berjumpa dengan Qin Chu lagi.

Bertahun-tahun kemudian, lelaki itu hilang dengan misterinya dan tiada siapa tahu ke mana dia pergi.

Kini, dia muncul lagi seperti silap mata. Ianya benar-benar di luar jangkaan.

Huo Mian hidup di dalam dunia yang biasa, bagaimanakah dia boleh bertahan dengan seksaan seperti ini?

Walau apa pun, Huo Mian tidak akan berani berbual dengan Qin Chu lagi. Sama seperti tujuh tahun yang lalu, tidak kiralah betapa dalam pun cinta mereka, mereka tidak akan dapat bersama kerana mereka berasal dari dua dunia berbeza. Tambahan pula, dia tidak sangka mereka akan bertembung lagi selepas kejadian tersebut. Selepas apa yang dilaluinya, impiannya sekarang hanyalah untuk mengahwini lelaki yang stabil dan hidup dengan selesa untuk tahun-tahun seterusnya.

Selepas dia meninggalkan hotel tersebut dan memasuki teksi, telefonnya mula berbunyi tanpa henti. Semua panggilan tersebut daripada Zhu Lingling. Huo Mian tidak mengangkat panggilannya kerana dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Fikirannya berterabur membuatkan dia berasa seperti hilang kemampuan untuk berfikir.

Ianya hampir pukul sebelas apabila dia pulang ke tempat tinggalnya. Huo Mian membuka pintu rumah. Ianya begitu gelap di dalam.

Selepas membuka lampu, dia perasan bahawa tiada sesiapa di dalam atau di luar bilik tidur. Nampaknya Ning Zhiyuan belum pulang daripada shif malamnya.

Teman lelakinya, Ning Zhiyuan menyewa pangsapuri dua bilik tidur ini selepas mereka berdua tamat belajar. Huo Mian turut tinggal di situ kerana ianya lebih mudah untuk menjaga Ning Zhiyuan, dan ianya juga dekat dengan hospital di mana dia bekerja. Mereka tidak perlu menaiki bas ke tempat kerja, jadi mereka boleh tidur lebih lama. Suasananya sangat selesa dan sewanya juga dalam peruntukan mereka. Huo Mian sering merasakan bahawa ianya sangat baik jika mereka dapat tinggal di situ sehingga mereka mampu membeli rumah mereka sendiri. Lagipun, dengan Ning Zhiyuan di sisinya, Huo Mian sudah dapat merasakan sedikit kehangatan sebuah kediaman.

Mereka sudah berpasangan buat sekian lama, tapi secara jujurnya, Huo Mian sedar perasaan mereka antara satu sama lain adalah lebih kepada saling bergantung berbanding cinta.

Huo Mian mandi dengan cepat, memakai baju tidurnya dan kembali ke bilik tidurnya untuk berehat.

Kemudian, telefonnya tiba-tiba berdering dan dia melihat nombor telefon yang tidak dikenali.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C5
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン