Pertapa-pertapa Syurga Selatan melihat dengan mata terbeliak, tidak percaya. Mereka berasa sangat cemburu dan dengki. Emosi mereka terus beralun, hingga akhirnya, bertukar menjadi ketamakan.
Hanya beberapa orang yang benar-benar seronok melihat Meng Hao memperoleh tuah baik sebegitu. Kebanyakan orang lain cemburu hingga membenci.
"Tak guna! Kenapa mesti dia? Di satah kedua dia merupakan Perantis Elit. Dalam Satah Ketiga, dia mencuri semua harta kita. Dalam Satah Keempat dia memperolehi harta berharga itu, cermin kebenuaan. Kini di Satah Kelima, dia memperolehi kelayakan untuk warisan Tuan Li."
"Mengapa harus jadi begini? Atas sebab apa dia memperolehi tuah sebegini? Aku tidak boleh terima semua ini."
"Yang paling teruk ialah kita masih berhutang besar dengannya. Aku sendiri berhutang sebanyak 800,000 Batu Rohani."
"Aku berhutang dengannya sebanyak 1,000,000 Batu Rohani. Tak guna! Mengapa dia tidak mati sahaja di sini?"