Zhixiang melihat ke arah Meng Hao sambil berfikir sejenak, kemudian mengangguk. Nampaknya pada ketika ini, dia tiba-tiba berfikir sesuatu yang lain. Dia teragak-agak sejenak.
"Ia semua legenda." Dia menyambung. "Tiada seorang pun yang tahu sama ada ia benar ataupun tidak. Mungkin benar, mungkin tidak…. Lagi pula, semangat Malam yang aneh akan muncul pada bila-bila masa sahaja."
"Dalam Sekta Syaitan Abadi yang asal, ramai Insan Terpilih cuba mengkajinya. Dalam kepercayaan mereka, Malam mempunyai kebolehan seperti rentas jarak. Walaubagaimanapun, ia berterportasi tidak melalui dunia fizikal, tetapi menembusi masa."
"Oleh sebab itu, ramai orang memberi kepercayaan yang kuat bahawa mimpi Malam bukanlah mimpi, tetapi rentas jarak melalui masa. Terlalu banyak bukti yang telah dikumpul untuk menyokong pandangan itu."