Tidak kiralah jika Kelawar Hitam itu datang dari zaman purbakala sekalipun. Di hadapan Anima Ketujuh Meng Hao, ia langsung tidak berdaya membuat serangan balas. Semasa ia berundur, tubuhnya tiba-tiba meletup menjadi ketulan kecil yang berubah menjadi beribu-ribu ekor kelawar.
Kelawar-kelawar tersebut terus berpecah ke semua arah semasa berundur.
Nafsu membunuh Meng Hao kini sedang meluap-luap. Dia mendengus dingin dan kemudian menghayunkan tangan kanannya. Lembing Syaitan muncul di hadapannya. Dia menepuknya, lantas menghantar kuasa daripada asas Pertapaannya yang meledak dari dalam. Lembing itu terus meletup.
Kabus hitam yang terhasil pula tersebar luas, dipenuhi dengan banyak wajah ganas yang memecut ke arah kelawar-kelawar yang melarikan diri dan mula membaham mereka.
Dalam sekelip mata, banyak tangisan mengerikan memenuhi ruang udara. Selepas hanya beberapa helaan nafas, tinggallah beberapa ratus ekor kelawar daripada kelompok beribu-ribu yang asal.