"Buat apa aku fikir panjang-panjang?" Zhao Youlan berkata lagi. "Tiga ribu Pertapa di depan aku ini akan menghalangnya daripada menghampiri aku. Walaupun dia boleh melakukan rentas jarak kecil, tetapi usahanya akan menjadi sia-sia saja. Qi Darahnya juga tidak mampu memindahkannya ke sini!
"Kalau dia terbang, dia perlu terbang dengan laju supaya dia tidak dapat ditangkap oleh tiga ribu Pertapa ini. Lepas aku melihat kelajuan penerbangannya tadi, aku tahu kelajuannya masih tidak mencukupi." Rentetan fikiran Zhao Youlan terganggu apabila dia ternampak Meng Hao mengangkat kepalanya lalu meraung dengan kuat.
Selepas dia berhenti meraung, Gergasi Liar berlari dengan laju ke hadapan. Otot-ototnya mengembang dan badannya membesar sebanyak tiga ratus meter. Otot di lengan kanannya mula bergerak-gerak, seperti semua darah di dalam badannya berkumpul di situ. Lengannya memanjang dengan aneh sekali sebelum panjangnya hampir sama dengan tinggi badan Gergasi Liar!