Ia bagaikan terdapat kitaran yang sukar dijelaskan wujud. Di dalamnya terdapat peraturan. Disebabkan ini, Ulat Tidak Bermata tidak akan dapat dibunuh dan suteranya tidak akan dapat dihapuskan. Ia sangat ajaib.
"Makhluk ini merupakan penafian terhadap Syurga." Setelah merasakan hubungan dengan Ulat Tiada Mata itu, mata Meng Hao mula bersinar dan jantungnya berdegup kencang.
Tuan Kelima nampak sugul dan penuh cemburu ketika dia memerhatikan Meng Hao. Bagaikan hatinya mahu meletup. Ia sesuatu luar biasa dan istimewa dan mampu merasakan apa yang baru terjadi. Pandangannya tertumpu pada Ulat Tidak Bermata. Setelah lama masa berlalu, ia mengeluh.
"Tuan Kelima sangat kacak dan bergaya," katanya lalu mengeluh. "Dihormati di Langit dan Bumi, burung yang cantik dan unik. Dalam hidup ini, aku tidak pernah melihat makhluk hebat sebegini. Bagaimana Meng Hao tiba-tiba memperolehi seekor… Ini tidak adil,kau tidak guna! Ini tidak adil!"