Seketika kemudian, layar itu hilang. Pertapa lain mulai pergi. Meng Hao masih di situ, duduk bersila dan termenung berfikir.
Dua hari selepas kemunculan Pancaran Tao, pada waktu petang, Meng Hao menutup matanya. Apabila menjelang tengah malam, tubuhnya berkelipan, lalu dia menghilang.
Anak Tao dan Insan Terpilih Puak Wang, malah sesiapa sahaja yang mempunyai darah Puak Wang, semuanya berkumpul di atas gunung yang terletak tidak jauh dari Geiser Tao.
Malam ini ditakdirkan menjadi huru-hara.
Bulan mengambang tinggi di langit sewaktu Meng Hao muncul betul-betul di kaki gunung itu. Dia memandang bendera Puak Wang berkibaran ditiup angin di puncak gunung, kemudian bergegas ke arahnya.
"Siapa kamu? Berani kamu menyerang jajahan Puak Wang?"
"Tempat ini ditanda dengan bendera Puak Wang, sila berhenti!"