Masa beredar, kemudian dua bulan telah berlalu. Meng Hao kini sudah biasa dengan kehidupan dalam Sekta Ungu Lembayung. Disebabkan ujian bakat terpendam taraf pertama, dia mampu menikmati beberapa kelebihan, walaupun tidaklah sehebat yang orang lain jangkakan daripada orang-orang penting.
Malah, sepanjang dua bulan ini dia tidak nampak langsung lelaki berambut putih itu. Bai Yunlai pula, selalu datang menziarah. Dengan bantuannya Meng Hao dapat memahami Sekta Takdir Ungu Lembayung dengan cepat.
Setiap hari, banyak kuliah berkenaan teknik ilmu kimia yang Meng Hao hadiri. Di tengah kehadiran beratus yang lain, Meng Hao langsung tidak menonjol.
Abang seguru berlainan daripada Sekta akan menyampaikan kuliah, mengambil giliran selepas selang beberapa hari. Nampaknya pemahaman setiap orang tentang sesuatu perkara itu agak berbeza. Dengan mendengar kesemua kuliah itu, Meng Hao dengan cepat dapat pemahaman lebih mendalam tentang teknik pemangkinan.