Ketika Meng Hao berjalan keluar dari matriks keenam bersama anjingnya, Wang Lihai juga muncul. Dewa Darahnya, Kura-kura Xuanwu yang kelihatan garang juga dipenuhi luka-luka.
Di hadapan Meng Hao dan Wang Lihai adalah Li Daoyi yang masih belum melepasi matriks keenam.
Di belakang mereka berdua, lima orang lagi peserta masih terkandas di matriks kelima.
Renungan Wang Lihai tertancap pada Meng Hao dan matanya mengecil sedikit. Kemudian, dia duduk bersila di satu bahagian. Selepas dia muncul dari jampi matriks, kuasa syurga dan bumi di kawasan itu masuk ke dalam diri Meng Hao. Dia salurkan tenaga tersebut kepada anjingnya yang nazak.
Meng Hao menghasilkan pil perubatan dengan jumlah yang banyak dan dia memberi satu demi satu pada anjingnya untuk mempercepatkan proses penyembuhan.