アプリをダウンロード
0.81% AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 6: Nikmat Cermin Tembaga

章 6: Nikmat Cermin Tembaga

編集者: EndlessFantasy Translation

Kakak Seguru Xu sebenarnya amat terkenal di Sekolah Aliran Reliance. Malah, hampir semua orang mengenalinya kerana kini, Kelas Dalaman hanya ada dua orang anak murid sahaja.

Selain daripada Kakak Seguru Xu, anak murid Kelas Dalaman yang seorang lagi ialah lelaki yang berdiri di sebelah Shangguan Xiu.

Setelah Kakak Seguru Xu meminjamkan Gua Dewa itu kepada Meng Hao, semua orang berasa takut pada Meng Hao. Mereka membenarkannya untuk meninggalkan kawasan lapang tersebut dengan Batu Rohani dan Pil Pemekatan Rohani yang diterimanya sebentar tadi. Semua orang di kawasan lapang itu memerhatikan Meng Hao meninggalkan tempat itu.

Semasa Meng Hao meninggalkan kawasan lapang tersebut, belakang badannya dibasahi dengan peluh. Pandangan anak murid yang lain bagaikan pedang halimunan yang menusuk-nusuk Meng Hao. Perasaan tersebut hilang secara perlahan-lahan apabila Meng Hao berjalan jauh dari kawasan lapang itu.

Setelah berjalan tanpa henti selama tempoh pembakaran tiga batang colok, dia tidak balik ke rumahnya yang berada di Kelas Luaran, tetapi dia mengikut kepingan jed putih Kakak Seguru Xu ke arah Gunung Selatan. Meng Hao mengenal pasti lokasi Gua Dewa tersebut apabila dia sampai ke kaki Gunung Selatan.

Di luar Gua Dewa tersebut terletak dua buah batu besar yang berdiri tinggi bersebelahan dinding gunung. Semuaanya dilindungi dengan dahan pokok dan pokok menjalar yang menghijau. Tempat ini kelihatan luar biasa. Ia amat berbeza berbanding dua tempat yang Meng Hao pernah pergi sebelum ini.

Suasana di sini amat tenang dan subur. Tidak jauh dari situ, terdapat mata air yang mengalir dari puncak gunung. Haba panas yang ada ditiup oleh angin dan menjadikan tempat tersebut sejuk dan selesa.

Meng Hao berdiri di hadapan Gua Dewa tersebut. Dia kelihatan sangat berpuas hati dengan gua ini. Sekarang, barulah dia benar-benar tahu betapa bernilainya Gua Dewa ini, jauh lebih baik daripada mana-mana tempat yang pernah didiaminya. Patutlah semua anak murid Kelas Luaran begitu iri hati terhadapnya apabila Kakak Seguru Xu meminjamkan gua ini kepadanya.

"Tempat ini khas untuk Dewa," kata Meng Hao. Dia melambai tangan kanannya dan kepingan jed putih itu berterbangan ke arah pintu gua yang berwarna hijau itu. Ia menghentak permukaan pintu gua sehingga terdengar bunyi gegaran dan pintu tersebut terbuka secara perlahan-lahan.

Gua Dewa itu tidak begitu besar dan hanya mempunyai dua bilik. Satu bilik untuk latihan pertapaan, satu lagi bilik ditutup oleh pintu batu. Meng Hao masuk ke dalam Gua Dewa itu dan pintu gua di belakangnya tertutup dengan perlahan-lahan. Kepingan jed putih tadi terbang semula ke dalam tangan Meng Hao. Tidak lama kemudian, terdapat suatu sinaran cahaya yang lembut terpancar dari siling batu gua tersebut.

Semakin Meng Hao meneliti sekeliling gua tersebut, semakin dia berasa puas hati. Akhirnya, pandangannya tertumpu pada pintu batu yang menutup bilik itu. Meng Hao meletakkan kepingan jed putih ke atas pintu batu tersebut sambil bergumam dan pintu tersebut mula terbuka secara perlahan-lahan. Sebaik sahaja pintu batu itu terbuka, bau tenaga rohani yang pekat dari bilik itu mula menerjah hidung Meng Hao. Meng Hao melihat ke dalam bilik tersebut dan matanya terbeliak kerana terkejut dengan apa yang dia lihat.

"Gua Dewa Kakak Seguru Xu ini...memang hadiah begitu bernilai." Meng Hao kembali bertenang selepas seketika. Dia merenung ke dalam bilik batu tersebut, matanya terpandang mata air yang mengeluarkan tenaga rohani yang pekat dan berwarna-warni serta berkilauan apabila ia meresap ke udara. Tiada siapa yang tahu berapa lama tenaga rohani ini telah terkumpul dalam bilik batu ini. Setelah pintu bilik batu itu terbuka, tenaga rohani dalam bilik itu tertumpah, lantas mengeluarkan aroma yang manis buat dua pancaindera. Hanya dengan menghidunya, sesiapa akan berasa seolah-olah dipenuhi kekuatan.

"Jadi, ini bukan mata air tenaga rohani," kata Meng Hao. Ia sesuatu yang belum pernah lagi dilihat Meng Hao, tetapi jika mengikut Buku Panduan Pemekatan Qi, sesetengah mata air di dunia ini ialah mata air tenaga rohani yang tidak mengalirkan air, tetapi mengalirkan tenaga rohani. Mata air tenaga rohani ini tidak banyak dan semuanya telah digunakan oleh para petapa kerana tenaga rohani yang dialirkan itu sangat bernilai.

Mata air di dalam bilik batu itu kelihatan kecil. Tenaga rohani yang terkeluar daipadanya hanya pekat sedikit berbanding dengan tenaga rohani yang berada di luar sana. Kepada sesiapa dengan peringkat ketiga Pemekatan Qi dan ke atas, ia tidak banyak membantu kerana keperluan tenaga rohani pada peringkat itu sangat banyak.

Akan tetapi, Meng Hao masih lagi berasa hadiah ini begitu bernilai, malah ia tidak dapat dibandingkan dengan Pil Rohani Kering. Setelah melihat Gua Dewa ini, Meng Hao berasa sangat gembira.

Tanpa berlengah lagi, Meng Hao duduk bersila dan memejamkan matanya lantas memulakan latihan pernafasan. Setelah beberapa jam, tenaga rohani yang memekat dalam bilik tersebut telah hilang. Mata Meng Hao terbuka dan kedua-dua matanya bersinar.

"Hasil meditasi beberapa jam di tempat ini sama dengan sebulan Bertapa di luar. Pengumpulan tenaga rohani sebenarnya mengambil masa yang panjang dan berkemungkinan besar tiada lagi peluang sebegini. Walaupun begitu, aku mampu mencapai perkembangan yang lebih cepat daripada dunia luar dengan Bertapa di gua ini." Meng Hao mengeluh. Dia melihat keadaan sekelilingnya, dia terlihat dinding yang dihiasi dengan simbol aneh yang tidak difahaminya.

"Mata Air tenaga rohani dapat mengumpulkan banyak tenaga rohani kerana wujudnya simbol ini. Kakak Seguru Xu pasti menggunakan cara ini untuk mengumpul tenaga rohani dan menggunakannya sekaligus." Meng Hao berfikir untuk seketika sebelum menyambung latihan pernafasan.

Malam berlalu dengan pantas dan apabila matahari terbit, Meng Hao membuka matanya. Tenaga rohani dalam bilik batu itu telah menjadi sedikit, tetapi mata air tenaga rohani masih lagi ada. Setelah beberapa lama masa berlalu, tenaga rohani di dalam bilik batu itu pasti akan terkumpul lagi.

Meng Hao mengambil masa untuk mengesan peringkat Pertapaannya. Kemajuannya sekarang bagaikan dia telah bertapa selama dua bulan.

"Jika aku dapat Bertapa dengan cara ini beberapa kali lagi, aku pasti dapat menembusi peringkat satu Pemekatan Qi dan mencapai peringkat kedua!" Meng Hao menarik nafas dan berasa gembira. Meng Hao benar-benar ingin mencapai tahap kedua Pemekatan Qi untuk mempelajari Kemahiran Dewa yang pertama dalam buku panduan pemekatan Qi.

Sambil memikirkan tentang Kemahiran Dewa, Meng Hao meninggalkan bilik batu dan menutup bilik itu; bagaikan bilik itu sejenis barang kemas ataupun harta karun. Dia bercadang untuk menggunakan kaedah Kakak Seguru Xu. Dia tidak akan terus Bertapa dalam bilik batu tersebut tetapi dia akan kembali Bertapa setelah tenaga rohani dalam bilik batu itu terkumpul dan menjadi pekat.

Sedang dia duduk di dalam Gua Dewa tersebut, Meng Hao memegang perutnya yang kempis. Dia baru teringat dia belum lagi makan daging mahupun buah-buahan.

Setelah Meng Hao menjadi anak murid Kelas Luaran, dia teringat dia belum pernah lagi menikmati makanan yang enak seperti mana semasa dia masih lagi seorang hamba. Selagi seseorang itu mempunyai Batu Rohani yang mencukupi, dia boleh menukar Batu Rohani tersebut dengan Pil Puasa atau Pil Kawalan Selera di Toko Pil Pemuliharaan Kelas Luaran. Ada yang mengatakan pil seperti itu membolehkan seseorang mengawal seleranya selama beberapa hari. Tanpa pil sebegini, masa akan dibazirkan memikirkan tentang makanan.

Setelah berfikir untuk seketika, Meng Hao membuat keputusan untuk keluar dari Gua dewa. Angin yang segar bertiup melepasinya ke hutan sekeliling. Semasa Meng Hao berjalan, dia mengeluarkan cermin tembaga daripada beg saktinya. Ini sudah menjadi tabiatnya.

Sehingga kini, dia benar-benar pasti lelaki dalam Astaka Harta Karun itu telah mempermainkannya. Tiada apa-apa yang istimewa tentang cermin tersebut. Dalam masa separuh bulan dia menuntut ilmu, dia langsung tidak dapat menemui sebarang keistimewaan pada cermin tembaga tersebut.

"Malangya, aku hanya ada setengah biji Batu Rohani dalam beg sakti aku. Nampaknya, ini hanya mencukupi untuk aku merasuah lelaki tersebut untuk menukar cermin tembaga ini kepada benda lain." Dia mengeluarkan Batu Rohani itu daripada begnya dengan rasa geram.

Tiba-tiba, Meng Hao berhenti apabila dia ternampak satu kerdipan warna dari suatu tempat di dalam hutan itu. Ia tidak bergerak dengan pantas. Mata Meng Hao bersinar.. Berdasarkan pengalamannya beberapa bulan yang lalu, dia pasti kerdipan itu ialah ayam hutan yang pernah dia tangkap dan makan.

Tanpa berlengah lagi, Meng Hao memasukkan cermin tembaga dan Batu Rohani ke dalam beg saktinya dan melompat ke hadapan. Semenjak jalur tenaga rohani memasuki badannya, Meng Hao perasan dia semakin tangkas berbanding dahulu. Walaupun badannya masih lemah, dia dapat memecut ke hadapan dengan kuasa yang mengejutkan.

Tambahan lagi, setelah mencapai peringkat satu Pemekatan Qi, lompatan yang dibuatnya dapat menerbangkannya ke hadapan dengan pantas. Dalam masa sepuluh kali pernafasan, Meng Hao berjaya menangkap ayam hutan tersebut. Meng Hao memegang pada kepak ayam hutan itu supaya ia tidak dapat bergerak.

"Entah apa yang Si Gempal buat sekarang," gumam Meng Hao yang teringat akan remaja tersebut sambil mengangkat ayam itu. Mungkin dia pun sudah pandai menangkap ayam hutan sekarang. Apabila Meng Hao berpaling, dia terasa ada benda yang semakin panas dalam beg saktinya.

Seketika kemudian, ayam hutan yang diam tadi mula bergelut dan mengeluarkan suara yang bising. Ia bergelut dengan kuat sekali sehingga Meng Hao hampir tidak dapat memegangnya.

Ayam hutan itu bergelut dengan kuat sekali dan berkokok dengan suara yang sangat nyaring. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi ledakan dari dubur ayam tersebut dan ia meletup secara tiba-tiba; darah dan dagingnya berada di merata-rata tempat.

Semuanya berlaku dengan terlalu pantas. Meng Hao berdiri di situ dan ternganga. Semenjak dia tiba di sini, dia pernah menangkap banyak ayam hutan. Akan tetapi, kali ini merupakan pertama kalinya dia menyaksikan peristiwa seperti ini. Meng Hao melihat pada ayam hutan yang mati itu. Kemudian, dia melihat ke sekeliling hutan, semuanya masih sunyi dan tiada pun satu bayang yang bergerak.

"Apa yang sudah jadi?" Meng Hao menggeletar. Kematian ayam hutan tersebut begitu mengerikan. Ia pasti mengalami kesakitan yang melampau sehingga duburnya meletup.

Meng Hao menarik nafas panjang, dia cuba memendamkan kebimbangannya. Kematian ayam hutan tersebut begitu aneh dan mengerikan. Meng Hao berasa seolah-olah ada angin sejuk yang meniup belakang badannya.

"Ada sesuatu yang tidak kena," ujar Meng Hao. Dia mencampak bangkai ayam hutan itu dan mengeluarkan cermin tembaga dan Batu Rohaninya. Dia teringat sebelum ayam hutan itu meletup, ada benda di dalam jubahnya yang menjadi panas secara tiba-tiba.

"Mungkinkah kerana Batu Rohani..." Kemudian, pandangannya tertumpu pada cermin tembaga. Jantungnya berdegup dengan pantas dan sinaran yang berkuasa bersinar pada matanya.

"Jangan-jangan...." tangan yang memegang cermin tembaga itu mula menggigil. Dia tiada masa untuk mencari dan mengajak Si Gempal makan bersama. Meng Hao berlari secepat mungkin sambil memegang cermin tembaga dalam hutan. Dia cuba untuk mencari binatang liar yang lain. Dia ingin tahu sama ada telahannya iaitu cermin tembaga yang membunuh ayam hutan tersebut betul atau tidak.

Dia tidak perlu berlari lama kerana seekor rusa muncul di depannya. Rusa itu berdiri di situ dan terkaku melihat Meng Hao. Dia terus menyalakan cermin tembaga itu ke arah rusa itu.

Rusa itu terus menjadi takut. Ia melompat-lompat untuk melarikan diri sambil mengeluarkan suara yang sangat dahsyat dan memeritkan hati. Seseiapa yang mendengar suara itu pasti dapat meneka betapa ngerinya perkara yang berlaku ke atas haiwan tersebut. Meng Hao boleh nampak dengan jelas bahagian dubur rusa tersebut semasa ia melompat. Namun, sebelum ia dapat mendarat, duburnya meletup dan badannya menggigil semasa ia terjatuh.

Dia memandang ke arah bangkai rusa itu dan memandang kembali pada cermin tembaga itu. Air muka Meng Hao berubah menjadi sangat gembira.

"Ini harta karun! Harta karun yang sebenar! Semua ini begitu aneh. Harta karun yang meletupkan dubur binatang liar..."

Walaupun dia tidak lagi memahami harta karun ini sepenuhnya, dia masih berasa sangat gembira. Tanpa mengendahkan sebab harta karun ini berbuat begitu, dia teringin untuk mencubanya pada binatang liar yang lain.     


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C6
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン