"Perempuan ni terlalu cantik…"
Fei Yang sendiri berasa terkejut setelah melihat penampilan gadis ini. Dia sudah menghabiskan banyak tahun dalam industri hiburan dan sudah melihat pelbagai jenis kecantikan.
Apabila Han Xian Yu ternampak gadis itu, dia juga tergamam seketika dengan penampilan gadis itu yang menarik perhatian. Tambahan pula, rupanya kelihatan seperti biasa dilihat…
Namun, Han Xian Yu ketika itu sedang menyirap marah kepada Si Ye Han yang curang, jadi dia tidak mengambil perhatian kepada perkara tidak penting ini. Wajah lelaki itu terus berubah gelap setelah melihat perlakuan intim pasangan itu.
Dia tidak boleh menipu dirinya lagi. Dua orang ini jelas sekali pasangan intim...