Ye Mu Fan sedang menyumpah dalam hatinya apabila Ye Wan Wan menarik lacinya dan mengeluarkan sebuah kotak baldu untuk lelaki itu.
"Saya hampir terlupa, ni untuk Abang! Tahniah sebab dapat anugerah tu!"
"Hehe, saya dapat hadiah juga ke? Buat susah-susah je!" Walaupun Ye Mu Fan berkata begitu, tangannya tetap dihulur dengan tangkas.
Dia membuka kotak itu dan ternampak sebuah Patek Philippe menyapanya. Ia sebuah jam edisi terhad yang istimewa.
Ye Mu Fan perasan ada sebuah lagi kotak yang sama dalam lacinya, jadi dia bertanya, "Awak beli dua set?"
"Hari jadi ayah bulan depan. Abang lupa ke?"
"Oh, oh ya. Tapi dengan perangai ayah, dia nak ke terima jam mahal macam ni…"
"Saya cakaplah nanti ni jam tiruan dan saya beli dengan $200 saja," jawab Ye Wan Wan.
Ye Mu Fan terkedu. *kof* "Awak ingat ayah tak boleh beza yang asli dengan tiruan?"