アプリをダウンロード
4.73% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 47: Perlu Mula Memperbaiki Dirinya Sendiri

章 47: Perlu Mula Memperbaiki Dirinya Sendiri

編集者: EndlessFantasy Translation

Xia Zhi sememangnya optimis tetapi kemiskinan yang berpanjangan telah melenyapkan harapannya untuk masa depan yang cerah.

Oleh itu, perpindahan ke vila secara mengejut, baginya, pengalaman yang berlebihan.

"Zhi, saya nak berikan kamu secebis nasihat yang kamu pernah berikan pada saya dahulu. Jangan dikenangkan kisah yang lalu. Saya berjanji kepada kamu, semuanya akan semakin baik saja nanti. Apapun, tak payah buang masa lagi, mari saya tunjukkan bilik kamu."

"Okey!" Xia Zhi mengikutnya dengan senyuman yang sangat lebar tertampal pada wajahnya.

Biliknya berada di tingkat dua. Seperti bilik Chengwu, bilik itu sangat luas. Terdapat almari pakaian dan berhadapan dengan almari itu ada meja belajar. Di atas meja itu terdapat komputer riba yang canggih, model yang selama ini dia inginkan.

Xia Zhi berlari ke arahnya, dan bertanya, "Adakah ini untuk saya?"

Xinghe mengangguk sambil tersenyum. "Kamu suka tak?"

"Sudah tentu! Kakak terlalu baik terhadap saya. Saya menyukainya. Saya suka semua yang ada di sini."

"Baguslah."

"Kak, mesti kakak banyak keluarkan duit kan?" Xia Zhi bertenang dan bertanya.

Selain daripada komputer riba yang mahal, Xia Zhi perasan Xinghe membeli beberapa perabot baru untuk memberikan rumah itu penampilan baru.

"Duit boleh dicari." Kata Xinghe sambil mengangkat bahu.

Xia Zhi mengimbas kembali malam penuh keajaiban di mana Xinghe berjaya mendapatkan beberapa ratus ribu RMB. Kerisauan Xia Zhi berkurang sedikit. "Kak, saya akan bekerja selepas beberapa hari ini. Saya akan bantu menambahkan peruntukan keluarga kita!"

"Tak perlu terburu-buru sebab saya perlukan bantuan kamu untuk buat sesuatu."

Xia Zhi terkejut. "Bantuan saya, untuk buat apa?"

"Esok atau lusa saya bagitahu kamu. Jangan pergi kerja dulu, duduk di rumah, tenangkan diri dan jaga pak cik untuk saya."

"Baiklah! Saya akan dengar cakap kakak," Xia Zhi berjanji tanpa banyak soal.

Dia sanggup berbuat apa saja untuk kakaknya.

"Kalau macam tu rehat lah. Saya takkan ganggu kamu lagi." Xinghe berpusing untuk keluar tetapi Xia Zhi tiba-tiba memanggilnya.

"Kakak tak ada beli apa-apa pakaian atau alat solek untuk kakak kah?"

Xinghe berpusing semula dengan renungan tertanya-tanya. Kenapa Xia Zhi boleh bertanya seperti itu?

Xia Zhi melihat kakaknya dan tahu bahawa Xinghe tidak membelikan apa-apa untuk dirinya lagi!

Xia Zhi menasihatkan dia, "Kak, kakak kena mula menjaga diri kakak. Kakak masih muda dan cantik jadi kakak perlu menjaga penampilan. Jika tidak orang akan memandang rendah terhadap kakak!"

Xinghe terus faham apa yang Xia Zhi maksudkan.

Xinghe tidak berapa peduli tentang penampilannya tetapi memandangkan dia mampu berbelanja untuk imejnya, tiada alasan untuk tidak memperbaiki dirinya yang kelihatan tua. Tambahan lagi, benar kata Xia Zhi. Orang akan memandang rendah jika dia tidak menjaga penampilannya.

"Saya faham." Lalu Xinghe keluar dari bilik Xia Zhi.

Xinghe tinggal di dalam biliknya yang dulu. Selepas Wu Rong mengambil alih vila itu, dia menjadikan bilik Xinghe sebagai ruang simpanan tapi Xinghe telah membaik pulih bilik itu semula. Dia masih boleh memilih mana-mana bilik di vila itu tapi dia lebih suka biliknya sendiri.

Dia berdiri di hadapan cermin dinding dan melihat dirinya sendiri.

Dia tidak sangat tinggi, cuma 165 sentimeter.

Bentuk tubuhnya cukup cantik. Dia mempunyai sepasang kaki yang menawan. Paras rupa yang cukup mempesonakan tersembunyi di balik kelam awan hitam yang menyelubungi wajahnya.

Semua ini membuat dia tenggelam apabila berada dalam khayalak ramai.

Nasib baik, Tuhan menganugerahkannya dengan tubuh badan yang cukup baik secara asli. Jadi, dia percaya dia cuma memerlukan masa dan sedikit usaha untuk mengembalikan kecantikannya. Dia dahulu merupakan seorang remaja yang obses bersolek dan menjaga imej diri. Dia yakin dia akan dapat memiliki semula ciri-ciri dirinya yang dulu.

Bagaimanapun, seperti kata-katanya, kecantikan bukanlah sesuatu yang murah.

Dia telah banyak menggunakan duitnya beberapa hari lepas. Dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk berdandan. Tapi mencari duit itu hal yang mudah baginya.

Bagaimanapun, kali ini dia meletak sasaran lebih tinggi. Kali ini dia tidak akan berhenti dengan hanya ratusan ribu RMB!


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C47
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン