アプリをダウンロード
94.21% Perceraian Ke-99 / Chapter 863: Abang Kembar

章 863: Abang Kembar

編集者: EndlessFantasy Translation

Kemudian Lu Yihan terus menolaknya sehingga dia terjatuh dari sofa. Luo Zhan terjaga dan terus membuka matanya.

Lu Yihan terkejut melihat lelaki itu jatuh secara tiba-tiba, kemudian berasa lega apabila mendapati Luo Zhan baik-baik sahaja. Dia menepuk Luo Zhan dengan jengkel dan berkata, "Kau boleh tertidur begitu sahaja. Letih sangatkah?"

Luo Zhan menarik nafas dan duduk kembali di sofa.

Lu Yihan menyedari riak wajah Luo Zhan yang kurang gembira dan berkata, "Jadi mana teman wanita kau?"

"Oh… Aku suruh dia balik dulu."

Lu Yihan terpinga-pinga kemudian berkata dengan tidak percaya, "Mana boleh! Aku dah masak banyak untuk jumpa teman wanita kau. Kau suruh dia balik?"

"Kenapa kau nak jumpa dia?" Luo Zhan membetulkan kedudukannya. "Mungkin dia bukan lagi teman wanita aku esok. Aku rasa kami tak serasi."

"Kenapa pula? Kau berdua nampak baik saja pagi tadi. Berpelukan dan bermain golf bersama-sama. Aku ingat kau akan ke hotel atau buat perkara lain…" Ketika mengatakannya, tiba-tiba Lu Yihan terfikir sesuatu dan menyambung, "Takkanlah sebab dia tak mahu ikut ke hotel, kau putus dengan dia? Lelaki tak guna!"

"Bila masa pula aku bermain golf? Kau silap orangkah?"

"Sudahlah, kau ingat aku tak kenal kau? Tak mungkinlah aku silap!"

"Ya, kau pasti salah orang. Aku tak bermain golf hari ini." Luo Zhan bangun dan pergi ke bilik air. Apabila keluar, dia menjerit, "Aku lapar, jom makan."

Lu Yihan menyangka Luo Zhan berpura-pura tidak mengenalinya pagi tadi dan memuncungkan bibirnya. Kemudian dia membasuh tangan dan duduk di meja makan. Luo Zhan terus makan dengan penuh lahap.

Lu Yihan makan dengan perlahan dan berkata, "Serius aku cakap, kau tak boleh buat begitu. Perempuan perlu dipikat secara perlahan-lahan. Tak ada sesiapa akan suka kalau kau terus ajak ke hotel. Satu lagi, perempuan itu bukan orang yang sama waktu kau di kelab malam kan?

Luo Zhan yang sedang menikmati makanannya berasa keliru apabila mendengar kata-kata Lu Yihan.

"Tak perlu berpura-pura. Aku dah nampak kau dengan dua perempuan berlainan. Mungkin lebih ramai yang aku belum nampak."

"Lu Yihan, kau mesti…" Tersilap. Walau bagaimanapun, ketika perkataan itu baru sahaja mahu keluar dari mulutnya, Luo Zhan tiba-tiba faham.

Luo Ran...

[Kau nak ke mana?]

[Keluar dengan teman wanita!]

Luo Zhan ketawa sebaik teringat Luo Ran, kemudian memandang Lu Yihan dan berkata, "Aku dah faham. Orang yang kau nampak bukan aku."

"Mustahil! Kalau kau jadi debu pun aku masih boleh kenal kau. Kau ingat aku buta? Atau kau ada kembar?"

Luo Zhan tidak mahu mengakuinya. Tetapi selepas berfikir seketika, dia berkata dengan sedikit malu, "Macam mana nak cakap ya… Aku tak mahu beritahu, tapi disebabkan kau dah tanya, jadi aku akan mengaku…"

"Apa?"

"Memang aku ada abang kembar yang baru balik dari London beberapa minggu lalu."

Luo Zhan ketawa dengan tidak percaya. "Kenapa kau tak pernah sebut tentang dia sebelum ini?"

"Buat apa? Bukan perkara penting," kata Luo Zhan acuh tidak acuh lalu menghirup sup. "Dia ada ibu bapa dia dan aku ada ibu bapa aku. Kami jarang berjumpa. Ou Ming dan Si Cheng pun jarang bertemu dia, apatah lagi kau."

Luo Zhan tidak kelihatan seperti sedang berbohong. Lu Yihan merenungnya agak lama dengan separuh percaya dan separuh tidak percaya tetapi tidak lagi bertanya apa-apa.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C863
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン