アプリをダウンロード
85.37% Perceraian Ke-99 / Chapter 782: Pelayan Perlu Layan Pelanggan

章 782: Pelayan Perlu Layan Pelanggan

編集者: EndlessFantasy Translation

Ia adalah satu proses yang hebat untuk menukar seorang gadis kepada seorang wanita. Sesiapa yang melihat gadis ini akan tahu dia masih anak dara. Siapa yang tidak suka? Walau bagaimanapun, Tuan Muda Ou berminat kepadanya. Semua orang memandang Yu Lili dan Ou Ming silih berganti. Kemudian, Ou Ming meletakkan gelas wainnya ke bawah dan mengisyaratkan dengan tangannya. "Mari sini."

Yu Lili kelihatan tidak mahu pergi, jadi Puan itu memberi isyarat kepada Hao Yu. Hao Yu berasa agak malu, kemudian menolak Yu Lili ke arah Ou Ming dan berkata, "Pergi saja. Bukankah kamu mahu ke universiti? Kalau kamu tak mampu bayar yuran, bagaimana kamu mahu ikut jejak langkah lelaki yang kamu cakap tempoh hari? Pergi dan jangan lupa kamu masih ada hutang wang dengan saya."

Yu Lili mengangkat wajahnya dengan berat hati dan menyedari Tuan Muda itu sedang merenungnya.

Matanya sungguh cantik!

Mata itu dipanggil mata pic yang mekar dan dia selalu melukis mata seperti itu. Ia sangat menawan.

Ou Ming menyengetkan kepala dan memandang Yu Lili dengan senyuman yang kelihatan licik tetapi cantik. Walaupun lelaki itu hanya duduk dan memandangnya tanpa berkata apa-apa, satu perasaan yang tidak diketahui menyelinap dalam hati Yu Lili.

Lelaki ini sukar dijangka!

Yu Lili tidak bergerak tidak kira sekuat mana Haou Yu menolaknya. Dia tidak mahu pergi kepada lelaki itu.

"Helo, gadis muda, sikap kamu tak bagus. Bukankah kamu kata mahu jadi pelayan? Bagaimana kamu mahu jadi pelayan jika tak berikan perkhidmatan yang bagus?" Encik Zhou berkata dengan agak marah. "Pergi ke sana."

Yu Lili masih tidak berganjak dari tempatnya. Encik Zhou tersenyum sinis, kemudian mengeluarkan dompetnya dan meletakkan segugus wang di atas meja. Sekilas pandang semua orang dapat melihat gugusan itu mempunyai sekurang-kurangnya beberapa ribu yuan.

"Pergi ke sana dan semua ini jadi milik kamu."

Yu Lili sedikit terpukau apabila melihat wang itu.

Tapi… adakah ia bermakna saya jual tubuh saya jika saya pergi kepada lelaki itu? Bagaimana mungkin…? Saya cuma datang ke sini untuk kumpul wang bayaran universiti. Kak Hao beritahu gaji di sini tinggi. Tapi saya tak tahu apa-apa waktu mula-mula datang. Saya sangka kerja pelayan ialah membawa teh dan wain, mengelap meja dan melayan pelanggan makan. Tetapi saya tidak tahu pelayan perlu membuat perkhidmatan begini. Jika saya tahu lebih awal, saya tak akan pernah datang ke sini.

Dengan perasaan yang amat tertekan, Yu Lili memandang sekilas ke arah lelaki-lelaki itu tetapi berundur kembali dan berkata, "Saya tak mahu lakukannya, saya…"

"Kamu semua keluar," kata Ou Ming tiba-tiba sambil berdiri. Melihat Ou Ming berjalan ke arahnya, Yu Lili tergamam lalu segera berundur dengan panik.

Semua gadis di situ dapat melihat dengan jelas Tuan Muda Ou mempunyai status yang paling tinggi di antara semua lelaki di situ. Selepas menolak Yu Lili ke hadapan, mereka berpaling ke belakang lalu terus keluar. Akhirnya semua orang keluar dari bilik itu. Yu Lili turut mahu keluar tetapi ditolak kembali oleh orang-orang yang keluar.

"Kak Hao!" Yu Lili menjerit sambil menangis. "Saya tak mahu lakukan perkara ini. Bukankah saya ada hak untuk bantah?"

Hao Yu memandang Yu Lili dengan rasa bersalah dan berkata, "Yu, kamu dah tandatangan kontrak ketika kamu baru tiba di sini."

Kemudian pintu bilik itu terus ditutup. Yu Lili mencuba sedaya-upaya untuk membukanya kembali dan turut mengetuknya berkali-kali ketika air matanya mengalir semakin laju menuruni pipi.

Kedengaran bunyi tapak kasut kulit menghampirinya dari belakang. Yu Lili berpaling dan mendapati lelaki yang muda dan kacak itu telah berada di hadapannya.

Wajah Ou Ming penuh dengan ekspresi jahat yang tidak dapat difahami sesiapa. Ia seakan lelaki itu sedang tersenyum ke arahnya, tetapi senyuman itu kelihatan amat palsu sehingga sukar untuk Yu Lili mengetahui maksudnya.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C782
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン