アプリをダウンロード
79.14% Perceraian Ke-99 / Chapter 725: Saya Perlu Pergi Trip Perniagaan

章 725: Saya Perlu Pergi Trip Perniagaan

編集者: EndlessFantasy Translation

Ye Youyou? Gadis kolej yang mabuk di bilik air hotel itu dan memanggilnya Abang Luo'an? Dalam gambar yang dihantar Mila, gadis itu berambut panjang dengan mata besar dan kelihatan suci dan ceria. Rupa-rupanya gadis ini seorang pelakon?

 [Mila]: Pelakon dan penyanyi yang hebat. Baru tamatkan pengajian di Kolej Persembahan Seni. Perwatakan : kadang-kadang baik, kadang-kadang mudah marah. 22 tahun, tinggi 168cm.

Li Jinnan membalas: Kamu putuskan.

[Mila]: Okey

*****

1 Oktober.

Pada hari pertama cuti kebangsaan, Su Qianci perlu bangun awal pagi kerana telah berjanji dengan anak-anaknya untuk membawa mereka ke Maldives. Semua bagasi sudah siap dan tiket penerbangan serta hotel telah ditempah. Penerbangan mereka akan bertolak pada jam 10 pagi.

Walau bagaimanapun, dia gagal untuk bangun awal. Semalam, disebabkan 'sesi penuh berahi' pada malam sebelumnya, Su Qianci menghalang suaminya untuk berkelakuan nakal. Li Sicheng bersetuju, tetapi akibatnya, Li Sicheng tidak memberinya peluang untuk meninggalkan katil pada keesokan paginya.

Su Qianci bangun untuk mandi, tetapi ditarik oleh suaminya. Li Sicheng menciumnya dan cuba menaikkan nafsunya. Namun Su Qianci ialah seorang wanita yang berprinsip. Dia menolak suaminya dan memberi amaran dengan tegas, "Pergi, saya nak bersiap. Kita akan ke Maldives sekejap lagi!"

 "Kita pergi lain kali saja," Li Sicheng merayu dengan matanya sambil memeluk Su Qianci. Mata lelaki itu kelihatan mempunyai emosi gelap yang tidak difahami Su Qianci. "Sayang, saya mahu…"

Su Qianci mahu berkata sesuatu, tetapi bibirnya tiba-tiba dicium. "Mmm…" Su Qianci bergelut melepaskan diri lalu menjerit, "Hentikan!"

Ketika itu, Su Qianci menendang suaminya dan tanpa sengaja lututnya terkena pada tempat paling sensitif bagi seorang lelaki. Li Sicheng merasakan kesakitan yang teramat. Dia mengaduh sambil memegang bahagian sulitnya.

Su Qianci terkejut dan segera bertanya, "Sayang, kamu okey?"

"Sakit…" Li Sicheng memegang tangan isterinya dan mengerang kesakitan.

Su Qianci berasa risau dan berkata, "Apa patut saya lakukan? Ia tak akan…"

"Tak apa, kamu boleh gosok saja. Mari gosok di sini."

Mendengar kata-kata itu, kerisauan dan ketakutan Su Qianci terus hilang. Dia merenung tajam Li Sicheng lalu memukul perut suaminya itu perlahan sebelum berlalu pergi. Setelah berjaya melepaskan diri daripada suaminya, Su Qianci membawa anak-anak mereka ke ruang tamu dan bersedia untuk ke lapangan terbang.

Walau bagaimanapun, Li Sicheng kelihatan tidak gembira. Wajahnya sugul di awal pagi itu seakan bimbang orang lain tidak akan tahu dia masih belum puas.

Su Qianci melihat wajah suaminya dan berasa sedikit bersalah. Dia menolak suaminya itu dan menggesa, "Pergilah."

Li Sicheng yang masih kelihatan kecewa langsung tidak bergerak. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Li Sicheng menjeling telefon itu kemudian tidak mengendahkan isterinya dan pergi menjawab panggilan tersebut.

Su Qianci mengekori suaminya, tetapi apabila Li Sicheng melihatnya datang dekat, suaminya itu menjauhinya seolah-olah takut dia akan mendengar perbualan telefon itu. Ketika sedang bercakap, Li Sicheng sekejap-sekejap menoleh ke arahnya kerana bimbang Su Qianci akan datang dan mendengar. 

Su Qianci berasa curiga. Setelah panggilan itu tamat dan Li Sicheng menghampirinya, dia terus bertanya, "Apa yang berlaku?"

Li Sicheng masih kelihatan kecewa. Dia menjawab dengan nada merajuk, "Ada urusan kecemasan di luar negara. Saya perlu pergi trip perniagaan. Bawa anak-anak bersama kamu. Saya tak akan pergi."

Su Qianci berkata dengan agak marah, "Mana boleh begitu? Kerja apa yang penting sangat?"


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C725
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン