アプリをダウンロード
68.01% Perceraian Ke-99 / Chapter 623: Menulis Balu Sebagai Status

章 623: Menulis Balu Sebagai Status

編集者: EndlessFantasy Translation

Sudah tentulah dia mahu bertemu suaminya. Selama empat tahun ini, dia sentiasa bermimpi bertemunya. Setiap hari juga, hatinya akan berasa kosong apabila dia terjaga dan menyedari suaminya tiada di sisi. Tetapi dengan cara ini, adakah Li Sicheng akan benar-benar muncul? Betulkah? Dia tidak tahu. Li Sicheng jauh lebih bijak daripada sangkaannya. Dia tidak tahu kenapa lelaki itu bersembunyi. Dia juga tidak tahu kenapa lelaki itu tidak kembali. Walau bagaimanapun, dia mahu bertemunya. Sangat mahu! Li Sicheng masih hidup dan dia yakin dengan itu. Lelaki di taman tema tempoh hari memang suaminya. Dia amat pasti!

Lu Yihan seolah-olah dapat membaca fikirannya dan berkata lagi, "Kalau dia sayangkan kamu, pasti dia akan kembali."

Jika dia masih hidup.

Akhirnya Su Qianci tidak berdaya menahan tangisannya lagi.

Lu Yihan mengeluarkan satu kotak kecil berwarna merah dari dalam poketnya, kemudian melutut di hadapan Su Qianci. Dia membuka kotak itu dan berkata, "Sudikah kamu berkahwin dengan saya?"

Air mata Su Qianci semakin laju mengalir. Dia memandang Lu Yihan lalu menolak kotak itu dan berkata, "Yihan, saya tak mungkin dapat cintakan kamu. Kamu tahu?"

Kata-kata yang berterus-terang itu dirasakan seperti pisau yang menikam hati Lu Yihan. Hatinya terasa seakan berdarah. Namun Lu Yihan tetap mengukir senyuman dan berkata, "Saya tahu. Saya tak kisah." Masa masih panjang. Tak mungkin dia akan kalah kepada orang yang telah tiada, bukan? Li Sicheng sudah mati. Lambat laun, Su Qianci pasti akan melupakan lelaki itu dan menerimanya. Su Qianci pasti akan menerimanya suatu hari nanti, jadi dia akan menunggu.

Su Qianci memandang Lu Yihan dan menyembunyikan tangannya di belakang. "Saya kisah… Saya perlu tunggu dia supaya saya dapat terus menjadi isterinya."

Hatinya hanya disimpan untuk Li Sicheng dan dia akan memastikan tubuhnya juga hanya untuk suaminya itu. Disebabkan desakannya, tiada acara pengebumian pernah dibuat untuk Li Sicheng. Walaupun semua orang telah menyebarkan berita kematian lelaki itu ke seluruh pelusuk negara, dia masih percaya suaminya belum mati. Dia tidak akan membiarkan Li Sicheng kembali dan melihat perkataan "balu" pada ruang statusnya, apatah lagi nama lelaki lain sebagai suaminya. Itulah yang telah dijaganya demi Li Sicheng. Dia mencintai lelaki itu dan akan memastikan segala yang terbaik untuknya. Jika Li Sicheng tidak mahu kembali sekalipun, dia masih tetap akan menunggunya, supaya apabila dia mati nanti, dia tidak akan menyesal.

Mata Lu Yihan berubah suram. Dia mengetap bibirnya tanpa berkata apa-apa.

Su Qianci menarik nafas dalam dan mengeluh. "Yihan, terima kasih."

Lu Yihan merasakan matanya menjadi hangat dan hatinya dipenuhi rasa pedih. Dadanya terasa sesak. Dia tidak mahu Su Qianci berterima kasih kepadanya, dia hanya mahukan wanita itu. Itu sahaja. Ketika Li Sicheng masih hidup, lelaki itu lebih hebat daripadanya. Sekarang Li Sicheng sudah tiada, tetapi kenapa dia masih lebih hebat daripadanya? Lu Yihan merasakan separuh hatinya hilang. Ucapan "terima kasih" tidak akan mampu mengubatinya. Lu Yihan terkaku di hadapan Su Qianci dengan masih melutut.

Selepas seketika, Su Qianci berkata perlahan, "Saya mahu cuba."

Tiga perkataan itu seakan menyalakan kembali api dalam hati Lu Yihan yang telah terpadam seketika tadi. Dia kelihatan terkejut dengan riak wajah tidak percaya.

"Betul cakap kamu. Kalau dia cintakan saya, dia akan kembali. Rumah, anak-anak, ibu bapa dan atuknya ada di sini. Jika dia masih hidup, kenapa dia tak kembali?" Sekali sahaja, dia akan mencuba.

Encik Li, pulanglah…


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C623
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン