アプリをダウンロード
64.84% Perceraian Ke-99 / Chapter 594: Li Mosen

章 594: Li Mosen

編集者: EndlessFantasy Translation

Mosen juga ingin memiliki ibu, datuk, nenek dan bapa saudara yang menyayanginya… Namun dia tahu dirinya tidak pernah dimahukan sejak lahir. Ibu kandungnya sendiri telah cuba membunuhnya ketika usianya belum mencecah setahun. Fakta itu tersebar di rumah anak yatim yang didudukinya dahulu dan dijadikan sebagai bahan untuk mengetawakannya. Semua kanak-kanak di situ mengejeknya. Dia juga dianggap sebagai raksasa kerana rupanya yang berlainan.

Sebaik teringatkan perkara itu, Mosen yang masih kecil itu berasa takut. Kesedihan menyelubungi seluruh hatinya. Dia menggigit bibirnya sambil merenung keluarga itu, kemudian berpaling untuk pergi.

"Mosen." Tiba-tiba Su Qianci memanggil.

Langkah Li Mosen terhenti dan dia berpaling dengan terkejut.

Senyuman terukir pada wajah cantik Su Qianci dan dia mengisyaratkan dengan tangan supaya Li Mosen datang ke arahnya.

Li Mosen berlari ke arah mereka dengan gembira sambil menjerit, "Auntie!"

"Lambatnya kamu keluar," kata Rong Xuan lalu mengeluarkan satu hadiah lain dari sisinya. "Ini untuk kamu. Bukalah dan tengok kamu sukakannya atau tidak."

Li Mosen semakin teruja dan memandang Rong Xuan dengan tidak percaya. Hatinya berdegup kencang. "Betulkah? Ini untuk saya?"

Rong Xuan mengangguk sambil tersenyum lalu mengusap kepala kanak-kanak itu. "Kamu dah besar. Berapa umur kamu sekarang?"

Li Mosen memandang Rong Xuan dengan pipi yang sedikit kemerahan lalu menjawab, "Hampir lima tahun!" Dia sedikit gementar, tetapi satu perasaan yang sukar difahami menyelubungi hatinya. Dia berasa seakan mahu menangis, tetapi dalam masa yang sama berasa gembira. Hatinya terasa amat bahagia.

"Tua sedikit saja dari mereka," Su Qianci menarik Li Mosen ke sisinya dan berbisik, "Ucap terima kasih kepada nenek kamu."

Li Mosen yang masih memegang kotak hadiahnya memandang Su Qianci. Wanita itu sedang tersenyum dengan sangat lembut kepadanya. Sama seperti senyuman ibunya yang dilihatnya dalam mimpi-mimpinya selama ini. Dia terasa mahu menangis, tetapi ia memalukan untuk menangis sekarang. Li Mosen cuba menahan tangisannya dan bertanya dengan suara yang kedengaran sebak, "Saya pun boleh panggil dia nenek? Tapi…"

"Hei, Abang Mosen menangis." Li Jianyue yang masih memegang anak patungnya merenung Li Mosen dengan hairan. "Abang Mosen menangiskah?"

Li Mosen segera berdehem dan berkata, "Mana ada!"

"Tapi saya dengar suara Abang Mosen menangis. Abang Mosen menangis sebab tak mahu panggil nenek saya 'Nenek'kah? Sayangnya!"

"Tak adalah…" Li Mosen membetulkan ekspresinya, tetapi kemudian menoleh ke arah Rong Xuan dengan sepasang mata birunya dan berkata, "Terima kasih, Nenek."

"Budak bijak." Rong Xuan membelai rambut keperangan Li Mosen dan mencubit pipinya. "Kamu sangat comel, macam anak patung."

"Nenek, saya yang comel!" Li Jianyue jelas tidak gembira mendengar pujian itu. Dia duduk di ribaan Rong Xuan dan berkata, "Saya lebih comel daripada Abang Mosen. Cikgu-cikgu tadika kami cakap saya puteri paling comel. Betul tak Abang?"

Li Jianqian sedang bermain dengan permainan barunya dan langsung tidak mendengar pertanyaan adiknya.

Li Jianyue menyepak tangan abangnya itu lalu bertanya, "Saya comel tak?"

"Comel!" Li Jianqian langsung tidak mengangkat kepalanya. "Ersu paling comel."


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C594
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン