アプリをダウンロード
57.75% Perceraian Ke-99 / Chapter 529: Samar-samar

章 529: Samar-samar

編集者: EndlessFantasy Translation

Senyuman Su Qianci menjadi lebar apabila teringat kenangan lama itu dan terus mengangguk. "Saya masih menyukainya."

Pandangan Lu Yihan menjadi lembut. Tetapi matanya tidak memandang Su Qianci. Dia menggumam perlahan, "Nampaknya kegemaran tak semudah itu berubah."

"Ehem…" Luo Zhan berdehem dan berkata, "Hei, hei. Saya rasa saya bukan orang asing. Mari makan, Pak Cik, Mak Cik dan abang-abang."

Li Jinnan tersenyum. "Luo Zhan, dah dua atau tiga tahun kita tak jumpa. Muka kamu semakin tebal sekarang!"

"Terima kasih atas pujian itu. Kita bukan orang asing, jadi kita tak perlu terlalu sopan." Jenaka Luo Zhan membuatkan keadaan di situ lebih ceria.

Kapten Li turut tersenyum. Dia melambaikan tangannya kepada Su Qianci dan menunjuk ke kerusi di sebelahnya. "Qianqian, mari duduk di sini."

Su Qianci menunjukkan arah bilik air untuk Lu Yihan membasuh tangan, kemudian duduk di sebelah Kapten Li. Lu Yihan duduk di sebelah Luo Zhan.

Pelbagai jenis hidangan terhidang untuk makan malam itu. Kebanyakannya adalah makanan yang digemari Su Qianci, tetapi Lu Yihan tidak hanya membawa sayur pucuk rebung. Dia turut membawa terung berperisa ikan, cendawan goreng bersama daging hancur, sup tofu kepala ikan… Kesemuanya adalah makanan yang digemari Su Qianci. Sekali pandang dia sudah tahu mana satu makanan yang dimasak oleh Lu Yihan kerana gaya masakannya berbeza dengan Liu Sao.

Su Qianci menghirup sedikit sup dan ia sangat enak. Sup itu sangat menyegarkan serta sedap dan manis. Mata Su Qianci mula basah, tetapi dia cuba menahan dirinya daripada menangis. Dia mengambil terung dengan penyepitnya dan makan. Ia adalah rasa yang dikenalinya. Tetapi jelas masakan Lu Yihan sudah semakin hebat dari sebelum ini.

"Sedap," suara Su Qianci sedikit sebak, tetapi bibirnya mengukir senyuman.

Lu Yihan memandangnya sambil tersenyum. Matanya kelihatan berpuas hati. Semua orang menyedarinya, tetapi tiada sesiapa berkata apa-apa. Selera Su Qianci luar biasa pada hari itu. Dia menghabiskan dua mangkuk sup dan semangkuk nasi. Walapun kebanyakan makanan tidak terusik, seleranya tetap lebih baik berbanding beberapa hari lalu.

Selesai makan malam, Kapten Li mengajak Lu Yihan duduk di ruang tamu dan minum teh. Su Qianci turut duduk di sofa dan mendengar Lu Yihan bercerita tentang beberapa pengembaraan aneh. Su Qianci tidak bodoh, dia tahu cerita-cerita itu hanya separuh yang betul. Namun dia tetap mendengar dengan penuh minat. Tambahan pula, Luo Zhan selalu cuba merosakkan cerita-cerita itu dan membuatkan ia menjadi kelakar sehingga Su Qianci ketawa. Perasaan Su Qianci kelihatan menjadi lebih baik.

Li Jinnan dan Li Beixing bertukar pandangan, tetapi tidak berkata apa-apa. Li Xiao dan Qin Shuhua turut melihat situasi itu dan dapat merasakan sesuatu sambil merenung ayah mereka yang seakan menggalakkannya. Kapten Li mengeluh lalu berkata, "Biarkanlah ia begini. Ayah tak mampu lihat dia terus bersedih. Budak lelaki itu kawan baik dia dan mereka dah lama kenal. Dia pasti banyak tahu tentang Su Qianci." 

"Tapi… Sicheng baru saja tinggalkan kita," kata Qin Shuhua sambil menangis. "Ayah, Ayah tak adil kepada Sicheng." Qin Shuhua tidak berani menguatkan suaranya walaupun mereka berdiri jauh dari ruang tamu.

Kapten Li melihat ke arah Su Qianci dan Lu Yihan lalu mengeluh. Suaranya kedengaran amat sedih. "Shuhua, bukan kamu yang paling terkesan dengan pemergian dia, tetapi Qianqian. Kamu masih ada suami dan anak-anak yang lain, tetapi dia, dia tiada sesiapa lagi."

Ya, dia sudah tiada sesiapa. Perkara yang paling diperlukan Su Qianci sekarang adalah menaikkan semangatnya kembali, jika tidak kemungkinan kandungannya akan terancam. Memastikan anak-anak itu selamat adalah keutamaan sekarang, bukan?


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C529
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン