アプリをダウンロード
26.74% Perceraian Ke-99 / Chapter 245: Sedarlah, Tang Mengying

章 245: Sedarlah, Tang Mengying

編集者: EndlessFantasy Translation

Senyuman Li Sicheng hilang sambil dia berkata dengan perlahan, "Semasa parti hari jadi aku ke lapan belas dulu, kau pura-pura mabuk. Kau tidur di katil aku dan cuba goda aku. Aku suruh orang gaji aku hantar kau balik dan aku tak beritahu sesiapa pun tentangnya."

Sudah lapan tahun berlalu sejak insiden itu. Wajah Tang Mengying menjadi pucat. Dia tak faham kenapa Li Sicheng tiba-tiba membangkitkan hal itu.

"Semasa aku berumur dua puluh tahun, kau pura-pura terseliuh dan suruh aku hantar kau pulang. Lepas tu, kau gunakan alasan tu untuk beritahu orang ramai yang kau tu teman wanita aku sampai ibu aku pun percaya kita ni bersama. Aku tak dedahkan penipuan kau dan aku hanya jauhkan diri saja. Tahun lepas, aku pergi lawatan kerja ke Australia. Semasa di parti, kau minta kawan lelaki kau memprovokasi aku dan cuba membuatkan aku bergaduh dengan dia sebab kau. Lepas kau gagal, kau suruh seseorang hentikan kereta aku kerana mahukan jawapan. Tahun ni, kau buat aku mabuk dan cuba tidur dengan aku. Lepas kau gagal, kau aniaya isteri aku. Kau cuba buat aku rasa sangsi dan jauhkan diri daripada dia. Kau datang esok harinya ke bilik kami untuk mengingatkan aku. Cuma aku yang tak meneruskannya."

Lebih banyak dia mendengar, lebih pucat wajah Tang Mengying. Rupa-rupanya Li Sicheng tahu tentang semua itu. Macam mana dia boleh tahu? Tang Mengying rasa dia sudah berhati-hati.

"Tak guna. Kau memang tak tahu malu!" Yu Lili menjerit dan ramai orang bersetuju dengannya.

"Encik Li tak akan menipu. Lagipun, perempuan ni tak menafikannya."

"Bukankah dia seorang wanita budiman? Bukankah dia baik dan lemah lembut?"

"Memang cakap tak serupa bikin. Nampaknya, semua tu memang tepat…"

Tang Mengying kaku dan wajahnya pucat lesi.

Dia memandang Tang Mengying dengan dingin dan berkata, "Beberapa bulan lepas, kau upah seseorang untuk suruh Jurulatih Jin cederakan isteri aku sehingga dia gugur kandungan."

Tang Mengying hampir pengsan tapi Puan Tang segera membantunya berdiri tegak.

Dia meneruskan kata-katanya seolah-olah dia tak nampak apa yang berlaku, "Tiga bulan lepas, aku pergi ke Australia bersama-sama kau untuk lawatan kerja lagi. Kau mabuk dan cuba buat aku tinggal di bilik kau. Aku pula perlu segera balik ke sini, jadi aku tinggalkan Cheng You untuk bantu kau. Tapi, kau halau dia keluar dan kau jemput orang yang tak dikenali masuk ke bilik kau."

Bila dia berkata begitu, suasana menjadi hiruk pikuk. Tiga bulan lepas. Kandungan Tang Mengying juga berusia tiga bulan. Maksudnya…

"Mengarut!" Tang Mengying sudah menggila. "Orang tu ialah kau. Aku tak silap orang. Jangan tipu aku!"

Li Sicheng tersenyum dingin. "Aku dalam penerbangan pulang ke sini masa tu. Jadi, macam mana pula kau boleh mengandungkan anak aku?"

"Tidak. Tak mungkin!" Tang Mengying nampak terseksa tapi nadanya tegas. "Orang itu adalah kau. Selain daripada kau, aku tak pernah bersama orang lain." Tang Mengying merayu sambil menangis, "Abang Sicheng… Boleh tak suruh mereka beredar dan kita boleh bercakap secara peribadi…"

Ada terlalu banyak risiko jadi Tang Mengying berasa sangat takut. Apa yang penting bagi Tang Zhenghao, iaitu ayah Tang Mengying, ialah reputasi keluarga. Disebabkan ada begitu ramai wartawan di situ, pastinya berita sudah tersebar. Sebelum perkara menjadi lebih teruk, dia perlu memastikan keadaan terkawal."

Namun, Li Sicheng tak mahu bekerjasama dengannya. "Kau ni penuh delusi," Li Sicheng berkata dengan nada dingin sambil merenungnya. "Sedarlah, Tang Mengying."


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C245
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン