アプリをダウンロード
19.21% Perceraian Ke-99 / Chapter 176: Janggal

章 176: Janggal

編集者: EndlessFantasy Translation

Song Yifan langsung tidak terkejut Li Sicheng mengetahui jadualnya. Dengan pengaruh seperti Li Sicheng, pasti mudah sahaja mendapatkannya. Song Yifan menjawab, "Saya rasa kurang bersemangat sejak akhir-akhir ini, jadi percutian adalah jalan terbaik."

"Oh yakah…" Li Sicheng memandangnya sambil tersenyum kecil, tetapi Song Yifan tahu lelaki itu sedang memerlinya.

Janggal.

Sheng Ximin segera berkata, "Kami nak belayar ke pulau. Kamu bertiga nak sertai kami?"

"Pulau?"

"Ya, hanya dua orang lagi kawan bersama kami. Jika lebih ramai pergi, pasti lebih seronok," cadang Song Yifan.

"Ya, kami akan pancing ikan dan buat barbeku. Semua barang dah tersedia. Nak sertai kami?" Sheng Ximing menoleh ke arah Kapten Li dan bertanya, "Apa pendapat kamu, Kapten Li?"

Kapten Li mendongak dan berkata, "Saya tak mahu ganggu kamu orang-orang muda. Selamat berseronok!"

Su Qianci terhutang budi kepada Sheng Ximing kerana telah banyak menolongnya sejak kehidupan lalu. Walau bagaimanapun, pada kehidupan ini, segalanya berubah dengan ketara. Jika dia tidak pergi menemui Shen Ximing sendiri, perjumpaan mereka untuk kali pertama sepatutnya adalah setahun dari sekarang. Tetapi tidak kira bagaimana sekalipun keadaan telah berubah, Sheng Ximing masih melayannya dengan baik. Ajakan yang mesra daripada Sheng Ximing itu tidak mampu ditolak Su Qianci. Dia menoleh ke arah Li Sicheng dan bertanya, "Jom pergi?"

Li Sicheng menjeling Su Qianci sebelum menoleh ke arah Song Yifan.

Song Yifan melemparkan senyuman yang mesra kepadanya dan bertanya lagi, "Jom pergi?"

"Baiklah kalau kamu mahu pergi." Su Qianci tersenyum mendengar jawapan Li Sicheng.

Sheng Ximing sangat gembira dan segera memastikan semua orang berada di atas kapal. Kapal layar itu agak laju, dan mereka hanya mengambil masa kira-kira dua puluh minit untuk sampai ke pulau itu. Ia sebuah pulau yang bersih dan kecil, tanpa sebarang penduduk. Kelihatan beberapa alat memanggang telah tersedia di pulau itu. Dua orang rakan Sheng Ximing dan Song Yifan turut datang bersama. Mereka terus menurunkan segala peralatan dari kapal layar dan menyediakan barang-barang untuk aktiviti mereka.

Su Qianci yang berasa teruja turut membantu mereka. Salah seorang daripada dua orang rakan itu terus mula bercakap dengan Su Qianci, "Hei, apa nama kamu? Saya Aduo, pembantu Encik Sheng Ximing. Ini Ali, teman lelaki saya."

"Nama saya Su Qianci."

"Kamu kawan Encik Sheng? Saya belum pernah tengok dia habiskan banyak masa sebegini untuk bantu seorang gadis cari ibunya."

Pergerakan Su Qianci terhenti dan dia memandang Aduo. "Kamu cakap Pak Cik Sheng sedang cari ibu saya?"

Aduo tidak menyedari apa-apa yang aneh. Sambil membuat sate, dia berkata, "Ya, tetapi ia sangat sukar. Apa yang dia jumpa hanyalah dulunya ibu kamu..."

"Aduo?" Sheng Ximing memanggil, "Boleh bawakan kami minuman?"

"Datang!" Aduo segera berjalan ke arah bot sambil membawa beberapa tin bir dan jus.

Walau bagaimanapun, Sheng Ximing berjalan ke arahnya dan berbisik, "Jangan beritahu dia saya sedang siasat latar belakangnya. Itu rahsia, dan jangan bagi dia tahu tujuan sebenar kita di sini."

Mendengar kata-kata itu, Aduo menggaru kepalanya yang tidak gatal dan kelihatan menyesal. "Ini pasti jadi janggal..."


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C176
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン