アプリをダウンロード
13.2% Perceraian Ke-99 / Chapter 121: Hubungan Terbuka

章 121: Hubungan Terbuka

編集者: EndlessFantasy Translation

Lu Yihan dapat merasakan renungan tajam Li Sicheng, lalu mengerutkan mukanya. Dia melihat wajah Su Qianci yang dingin, berfikir seketika lalu berkata, "Saya rasa baik kamu ikut Encik Li. Kita boleh makan bersama lain kali."

"Tak apa," kata Su Qianci sambil tersenyum lebar. "Encik Li pun selalu bersama perempuan lain. Jadi saya rasa dia tidak kisah. Bukan begitu?" Su Qianci berkata sinis dan menjeling ke arah Li Sicheng. Kemudian dia membuka pintu kereta Lu Yihan dan terus masuk ke dalam.

Lu Yihan berasa bingung. Su Qianci tiba-tiba datang untuk berbincang tentang pelaburan dalam syarikatnya, dan sekarang dia melawan arahan Li Sicheng. Jelas pasangan itu sedang bergaduh. Tetapi, bagi membantu kawannya itu mendapat masa depan yang lebih baik, dia memutuskan sesuatu. Dia memandang Li Sicheng dan berkata, "Saya akan bantu kamu berbincang dengan dia."

Mendengar kata-kata itu, Li Sicheng terus menggenggam penumbuknya. Urat-urat kelihatan timbul pada lehernya. Tiba-tiba satu tumbukan dilepaskan pada keretanya sendiri.

Yang terkejut. Dia tidak pernah melihat Li Sicheng berkelakuan seperti itu. Apa yang sudah berlaku?

"Bawa saya balik!"

Yang teragak-agak. "Apa kata kita ikut Puan dan tengok apa berlaku?"

"Jangan buat saya terpaksa ulang."

Yang sedikit menggeletar lalu terus memandu kereta itu pulang ke rumah.

Jam telah menunjukkan lebih dari pukul 8 malam sewaktu Su Qianci tiba di rumah. Lu Yihan pandai berbual-bual, dan dia telah membuatkan Su Qianci berasa sedikit ceria semula. Namun, sebaik sahaja dia bertembung dengan suami yang telah "curang" kepadanya, anginnya kembali tidak baik. Wajahnya yang ceria tadi kembali muram apabila melihat Li Sicheng yang sedang duduk di sofa.

Li Sicheng menyedari perubahan riak wajah Su Qianci dan kemarahannya bangkit kembali. Wanita itu melayan Lu Yihan dengan sangat berbeza daripada dirinya! Nampaknya dia tidak sabar untuk hidup bersama Lu Yihan!

Su Qianci tidak menghiraukan Li Sicheng dan terus berjalan naik ke tingkat atas.

Li Sicheng menggenggam penumbuk lalu menghempaskan dokumen-dokumen yang dipegangnya ke lantai, dan membuat bunyi yang sangat kuat.

Su Qianci terkejut, tetapi dia terus berjalan ke biliknya. Benar, dia sayang lelaki itu. Dia cintakan lelaki itu. Tetapi dia bukan seorang yang mudah untuk dipergunakan. Apa yang boleh dilakukannya sekarang adalah menjauhkan diri daripada lelaki itu.

Hati Li Sicheng terasa pedih melihat Su Qianci mula tidak mengendahkannya. Wanita ini… Li Sicheng tidak pernah dilayan seperti ini sepanjang hidupnya. Tetapi, pada ketika ini, dia cuba berlagak tenang. Dia mengeluarkan rokok, menyalakannya dan berkata, "Saya dah beritahu yang saya tak kisah kamu ada kawan lelaki, tapi jangan lampaui batas."

Langkah Su Qianci terhenti dan dia ketawa sinis. "Sebelum masuk campur hal orang lain, bukankah kamu patut uruskan hal kamu dulu? Kamu sendiri dah melampaui batas, apa hak kamu untuk mengawal saya?"

Li Sicheng terpaku. Apa yang dia maksudkan?

"Tambahan lagi, dalam kontrak perceraian jelas menyebut ini adalah hubungan terbuka. Jadi Encik Li, sekarang kamu yang melampaui batas." Su Qianci terus berjalan ke biliknya dan menutup pintu.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C121
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン