アプリをダウンロード
2.72% Perceraian Ke-99 / Chapter 25: Menyerahkan Dia Kepada Polis

章 25: Menyerahkan Dia Kepada Polis

編集者: EndlessFantasy Translation

"Memaksa? Siapa yang memaksa? Fu Lengbing, kau memang seorang pengecut!"

"Dia bukan begitu," kata Su Qianci. "Kau nak dia jatuh bersama-sama kau? Liu Anan, kau memang celaka."

Fu Lengbing tercengang. Dia tidak menyangka Su Qianci akan berpihak kepadanya dan merasa sangat terhutang budi. Tetapi pada masa yang sama, dia juga merasa bangga dengan daya tarikan dirinya.

Su Qianci masih menaruh hati kepadanya!

Memang benar. Dia merupakan cinta pertamanya. Fu Lengbing merasa gembira dalam diam dan mula memandang Su Qianci dengan berbeza.

Pihak polis mencatatkan sesuatu dan berkata, "Ikut kami untuk membuat keterangan."

Fu Lengbing mengangguk. Selagi dia tidak dianggap terlibat dalam kejadian ini, semuanya adalah baik-baik sahaja.

"Pergi dapatkan rakaman kamera litar tertutup sebagai bahan bukti. Dan kamu, kamu sanggup untuk menjadi saksi?" Su Qianci bertanya dan memandang ke arah pembantu kedai yang sedang bercakap dengannya.

"Tiada masalah. Sudah tentu. Usah bimbang, Puan Li. Semua orang di sini boleh menjadi saksi puan. Perempuan ini telah memfitnah puan dan mereka-reka cerita."

Melihat keadaan telah berubah, Liu Anan menjerit dengan marah sekali, "Su Qianci, berani kau melayan aku seperti ini! Sepupu aku tidak akan lepaskan kau! Keluarga Tang tidak akan biarkan sahaja perkara ini!"

"Oh ya?" Su Qianci berkata dengan tenang, "Jadi aku akan tunggu dan lihat."

Liu Anan bukan siapa-siapa. Dia menyerahkan Liu Anan kepada pihak polis bukan sahaja demi membalas dendam untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk memberi Tang Mengying tamparan pada mukanya. Liu Anan adalah sepupu kepada Tang Mengying, dan Su Qianci mahu membuat provokasi bagi mencabar Tang Mengying secara rasmi.

Disebabkan Liu Anan telah melampaui batas dengan Li Sicheng, dia tidak akan ada peluang lagi untuk dirinya. Liu Anan dibawa pergi dengan cepat. Orang ramai juga mulai beredar. Li Sicheng dan Su Qianci keluar daripada pusat membeli belah tersebut tanpa berkata apa-apa.

"Tunggu, Su Qianci." Itu adalah suara Fu Lengbing.

Su Qianci berpaling ke belakang dan melihat Fu Lengbing sedang berlari ke arah mereka. Fu Lengbing tersenyum sebaik melihat wajah yang cantik itu. "Su Qianci, dah terlalu lama kita tidak bertemu. Saya tidak sangka kamu telah berkahwin."

"Saya pun tidak sangka kamu bersama Liu Anan," Su Qianci berkata dengan sinis.

Fu Lengbing kelihatan sedang menahan malu dan lalu meneruskan percakapannya, "Lapan hari bulan depan, kita ada majlis pertemuan semula sekolah menengah. Jemputlah hadir. Saya tidak dapat mengesan di mana kamu berada sebelum ini dan kini saya boleh menjemput kamu untuk hadir."

Pertemuan semula sekolah menengah?

Su Qianci masih ingat lagi. Pada kehidupannya yang lepas, dia telah pergi ke majlis pertemuan yang sama. Tempat ia diadakan adalah di hotel bertaraf enam bintang dan dia telah dijemput oleh seseorang yang dianggapnya sebagai kawan baik. Sewaktu majlis tersebut, dia telah dijadikan sasaran oleh Liu Anan. Disebabkan Su Quanci ketika itu adalah seorang yang cepat melenting, Liu Anan dan Tang Mengying telah memerangkapnya dan menyebarkan fitnah bahawa dia telah menjalani pembedahan plastik dan menjual tubuhnya untuk mendapatkan diploma. Dia dimalukan dengan sangat dahsyat. Lebih teruk lagi, Tang Mengying telah membawa Li Sicheng pergi ke hotel yang sama untuk menyaksikan dirinya dimalukan.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C25
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン