アプリをダウンロード
95.54% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 279: Bab 279

章 279: Bab 279

編集者: EndlessFantasy Translation

Masa yang begitu lama telah berlalu. Chu Qiao yang kini telah menjadi seorang isteri dan ibu itu tiba-tiba memahami apa yang telah dilakukan oleh Yan Xun dahulu ketika dia berdiri di sana. Dalam kehidupannya yang dahulu, dia tidak mempunyai sebarang saudara-mara. Dia tidak menyaksikan orang yang dia sayang mati di hadapan matanya. Oleh itu, dia tidak dapat memahami kebencian yang dirasai oleh Yan Xun pada ketika itu. Walau bagaimanapun, jika ada yang ingin mencederakan Zhuge Yue, Yunzhou ataupun Zhenzhu sekarang, balasan dendamnya tidak akan kalah kepada Yan Xun.

Dia tidak dapat bersimpati dengannya pada waktu itu kerana keluarga Yan Xun bukanlah orang yang Chu Qiao sayangi.

Pada saat ini, barulah dia memahaminya.

Apabila malam menjelang, bayangan Yan Xun hilang di ufuk sana. Chu Qiao memandang ke arahnya dan tiba-tiba merasakan dia seolah-olah telah dibawa kembali pada petang yang telah berlaku bertahun-tahun lalu. Mata remaja muda itu bersinar terang tatkala dia tersenyum bangga dan penuh kesungguhan yang sering dimiliki oleh seorang remaja. Dia melepaskan anak panah dari busurnya dan menyebabkan leher Chu Qiao terguris olehnya. Kemudian, dia mengangkat keningnya dan memandang ke arah Chu Qiao dengan rasa ingin tahu.

Masa telah berlalu dengan begitu pantas. Tiba-tiba, dia bagaikan dapat melihat wajah remaja muda yang tidak bersalah itu di hadapannya lagi.

Kemudian, satu lagi babak lain bermain di depan matanya. Kali ini, pemuda itu sedang terduduk di atas pokok sambil mengutip buah pain dan mengetuk perlahan pada sepit rambut gadis itu. Gadis itu memandangnya dengan rasa marah sambil menunjukkan jari tengahnya. Walau bagaimanapun, lelaki muda itu mentafsirkannya sebagai isyarat untuk meminta maaf.

Masa telah memaksa mereka untuk membawa haluan masing-masing. Dalam mimpinya sekali-sekala, dia akan mengingati pemuda yang wajahnya tidak dapat dibezakan lagi. Dia hanya teringatkan kata-kata yang terngiang-ngiang di telinganya dengan jelas sahaja, "Kalau aku tolong kau sekali lagi, nama keluarga aku bukanlah Yan!"

Namun, dia terlupa akan janji yang dibuatnya pada waktu itu. Begitulah juga dengan janji-janji seterusnya.

Chu Qiao segera teringat akan rambut Yan Xun yang kusut-masai dan keningnya yang tersusun. Babak itu sudah lama berlaku tetapi ia masih jelas dalam memorinya. Dia tiba-tiba tersedar masa berlalu dengan begitu pantas. Kenangan itu telah ditolak ke tepi dan segalanya tidak dapat diputarkan kembali.

Angin yang kencang bertiup ke arahnya, tetapi dia tidak berasa sejuk. Jika dibandingkan dengan dunia yang kejam ini, dia telah mencapai lebih banyak perkara daripada yang diharapkan olehnya. Kesedihannya sewaktu kecil dahulu mula memudar dibawa arus masa dan tidak pernah akan kembali.

Bunyi telapuk kuda bergema dari belakangnya, tetapi dia tidak berpaling. Selepas itu, satu lengan tiba-tiba memeluk pinggangnya. Suara cemburu lelaki itu kedengaran, "Ada masalah ke? Dah habis mengenang masa lalu?"

Chu Qiao berpaling dan memandang wajah Zhuge Yue yang kelihatannya kurus. Dia meraih tangannya lalu memeluk lelaki itu dan bersandar pada dadanya tanpa berkata apa-apa. Zhuge Yue berasa terperanjat dan dia mula panik. Biasanya, Chu Qiao akan berbalah dengannya. Walau bagaimanapun, cara tindak balas wanita itu pada har ini terasa terlalu pelik.

"Apa yang berlaku?" Zhuge Yue membelai bahu isterinya dan berkerut sambil berkata dengan nada yang dalam, "Si Yan itu buli awak lagi ke?"

Chu Qiao tidak berkata apa-apa dan terus bersandar di dalam pelukannya. Angin dingin telah membuatkan tubuhnya yang kelihatan lemah itu semakin lemah.

Lelaki itu mula naik berang apabila dia memikirkan tentangYan Xun yang berani bertindak sedemikian. Aku pinjamkan isteri aku kepada kau sekejap saja, tetapi kau berani pula membuli dia?

Zhuge Yue menolak Chu Qiao ke tepi sebelum mengatur langkah ke arah kudanya sambil menjerit, "Saya akan ajar dia sekarang juga!"

"Jangan pergi." Chu Qiao menariknya kembali dan memeluknya dari belakang sambil menyembamkan mukanya pada baju perisai sejuk milik Zhuge Yue.

Angin bertiup dari jauh dan menghamburkan salji. Zhuge Yue berpaling dengan tidak berdaya lalu memeluk isterinya sambil berkata dengan lembut, "Xing'er, apa yang berlaku?"

"Saya okey." Chu Qiao menggelengkan kepalanya dan meneruskan lagi, "Saya hanya merindui awak."

Di bawah cahaya bulan yang redup, lelaki itu tersenyum lebar. Zhuge Yue berusaha keras untuk menahan kegembiraannya dan tidak mahu menunjukkannya dengan jelas. Dia kemudiannya berdehem dan menjawab, "Saya hanya pergi untuk beberapa hari saja. Kenapa awak bersikap macam seorang kanak-kanak ini?"

"Beberapa hari?" Chu Qiao bersandar dalam pelukannya dan berkata dengan kecewa, "Kenapa saya rasa yang masa dah berlalu dengan terlalu lama?"

Zhuge Yue berasa sangat gembira pada saat ini. Dia menundukkan kepalanya sedikit lalu mencium dahi Chu Qiao sambil berkata, "Baiklah, di sini sejuk. Jom pulang."

"Okey." Chu Qiao patuh lalu melonjak menaiki kuda Zhuge Yue. Mereka segera bergerak ke arah kem dengan perlahan tanpa mengawal tali kekang kuda tersebut. "Yue, jangan terburu-buru untuk bertempur di barisan hadapan lagi. Saya sangat bimbang."

Setelah mendengar ucapan ini buat kali pertama, Zhuge Yue berasa sangat gembira. Dia mengangguk dan bersetuju, "Yalah, saya akan dengar cakap awak."

"Jika sesuatu berlaku kepada awak, apa yang Yunzhou, Zhenzhu dan saya akan lakukan? Tanpa awak, bagaimana saya nak teruskan kehidupan?"

Kata-kata seperti ini sememangnya sukar untuk diungkapkan oleh orang yang bermuka tebal seperti Chu Qiao. Kelakuannya itu menyebabkan Zhuge Yue terus melupakan segala-galanya dan hanya menumpukan pada saat ini sahaja.

"Baiklah, saya faham."

"Awak lebih penting kepada saya jika dibandingkan dengan 10,000 orang Yan Bei, 10,000 orang Qinghai atau 10,000 rakyat Meng Barat. Tak kiralah apa yang awak lakukan pada masa akan datang, awak harus fikirkan tentang saya terlebih dahulu. Sekiranya sesuatu berlaku kepada awak, saya tak akan dapat hidup bersendirian." Chu Qiao berterusan melangkaui garisan pertahanan yang telah dibina pemuda itu dengan kata-kata sentimental ini.

Akhirnya, kata-kata Chu Qiao itu berjaya menyentuh hatinya dan buat kali pertama dalam hidupnya, dia meminta maaf. "Xing'er, saya tahu saya bersalah sebab dah buat awak risau."

"Baguslah kalau awak tahu."

"Saya akan ingat hal ini."

"Yalah. Jom pulang. Saya lapar."

"Yalah."

Oleh sebab mereka saling menyayangi sesama sendiri, tiada salahnya jika mereka mengungkapkannya dengan lebih lantang. Chu Qiao yang baru memahami perkara ini telah menunjukkannya dengan penuh kesempurnaan. Selain itu, kata-kata ini membolehkannya untuk melupakan beberapa topik yang kurang menyenangkan. Kenapa tidak, bukan?

Pengembara-pengembara solo seringkali mengembara sendirian, manakala mereka yang mengembara bersama-sama akan saling bergantung pada satu sama lain. Dalam dunia ini, kuasa, status dan kekayaan selalunya diinginkan oleh mereka yang sanggup menjerat diri dalam kancah perjuangan yang tidak berkesudahan. Namun, jika cinta, hanya orang yang betul-betul telus sahaja yang mampu mengecapinya. 

Di bawah Pergunungan Luori, Zhao Che dan Zhao Yang berdiri di bawah bendera Xia sambil memandang ke arah bendera Yan Bei dan Qinghai yang baru saja mencapai kesepakatan. Mereka berasa terperanjat buat seketika.

Selepas sekian lama, Zhao Che tersenyum. Pemimpin wilayah yang terkenal di kawasan utara berkata kepada Zhao Yang, "Dalam dunia ini ada banyak keajaiban. Sedangkan mereka bertiga boleh bergabung, mengapa kita berdua masih bergaduh?"

Zhao Yang berpaling sambil mencemuh. "Saya tak bergaduh dengan kamu. Kamu yang kejar saya selama ini."

Zhao Che berkerut. "Kalau kamu tak serang saya dalam perang saudara, kamu fikir saya masih akan diusir dari Meng Barat oleh Yan Xun ke? Dengan menyerang kamu ia bermaksud yang saya sudah melepaskan kamu."

Zhao Yang menjawab, "Saya telah ditipu oleh Yan Xun. Kalau kamu berada di tempat saya dan mempunyai peluang untuk menghapuskan saya, mestilah kamu akan mengambilnya, kan?"

Zhao Che berkata dengan penuh kemarahan, "Bedebah. Perangai kamu ini memang tak berubah dari kecil. Kita ini bukan ke adik-beradik, kenapa pula saya nak bunuh kamu pula?"

Zhao Yang memuncungkan mulutnya. "Adik-beradiklah sangat!"

"Saya tak boleh tahan dengan raut wajah kamu itu!"

"Saya pun tak tahan dengan hipokrit kamu itu!"

"Apa kamu cakap? Saya belasah kamu nanti!" 

"Belasahlah! Ingat orang takut sangat ke?"

Wei Shuye berdiri di belakang dua orang lelaki itu dan mengeluh tidak berdaya.

"Haih, mereka berdua ini bukannya muda lagi. Tetapi, masing-masing masih tak dapat melepaskan ego mereka. Siapa yang menyamar sebagai penyamun dari kawasan timur untuk membantu Zhao Che ketika itu? Siapa yang sengaja membiarkan 200 buah pedati yang berisi rangsum dirompak apabila bekalan rangsum Zhao Yang sudah berkurangan? Walaupun mereka tidak mempunyai ibu yang sama, mereka mempunyai angin yang sama."

Helang-helang meringkik lantang tatkala mereka mengelilingi langit di atas sana. Akhirnya, peperangan dengan Quanrong hampir berakhir. Walaupun orang Quanrong berjuang mati-matian, mereka tidak dapat bertahan selama setengah tahun di bawah pengepungan pelbagai kuasa. Tiga bulan kemudian, mereka telah melarikan diri dari adegan politik Meng Barat. Kumpulan-kumpulan penyamun kecil yang tidak dapat melarikan diri segera bersembunyi di kawasan pergunungan, menunggu ajal mereka dengan menjadi lauk buat binatang-binatang buas atau menjadi mangsa pembunuhan orang-orang awam Yan Bei yang terseksa. Tiada sebarang khabar tentang Zhao Chun'er yang turut dikenali sebagai Puteri Jingan.

Walaupun segala yang telah berlaku kepada wanita itu boleh dianggap sebagai penghinaan, tetapi mereka berasa lega juga. Lagipun, tentera Xia adalah sebahagian daripada kuasa bersatu dalam perang ini. Sekiranya mereka menangkapnya, mereka tidak tahu bagaimana untuk menanganinya.

Yan Xun bersama-sama dengan Zhuge Yue telah berjaya menghalau rakyat Quanrong dari Sempadan Meilin lalu memaksa mereka untuk memulakan satu proses pembinaan semula yang akan berlangsung selama beberapa dekad.

Pada bulan kesepuluh tahun itu, tentera yang ditugaskan untuk mengejar rakyat Quanrong telah kembali dengan lebih 100,000 orang tawanan. Hari kemenangan mereka telah berlalu.

Pada hari ketiga bulan ke-11, tanah tinggi Yan Bei telah diliputi salji. Pemandangan di seluruh empayar itu terasa suram sahaja. 

Pegawai dari semua wilayah berkumpul di Puncak Dewi Pergunungan Minxi. Tentera-tentera yang berlainan membentuk jejak yang tidak terhitung jaraknya.

Dewi berwajah dua terletak di atas sebuah platform batu di sebuah kuil tinggi berhampiran puncak gunung sambil memerhatikan kalangan manusia di bawah. Perutnya membulat di satu sisi, manakala sisinya yang satu lagi sedang memegang kapak yang tajam. Ini melambangkan kewujudan penjagaan dan pembunuhan beramai-ramai.

Yan Xun, Zhuge Yue, Zhao Che, Zhao Yang, Chu Qiao, dan Sun Di merupakan tunjang utama politik di empayar masing-masing. Mereka telah menandatangani "Rundingan Puncak Dewi" yang terkenal di sini. Rundingan itu terdiri daripada 28 syarat yang membincangkan bidang-bidang yang berkaitan dengan ketenteraan, perniagaan, pemerintahan politik dan hubungan diplomatik. Tang, Xia dan Qinghai juga mengakui secara terbuka pemerintahan Yan atas 18 negeri Hongchuan dan Song buat kali pertama. Tambahan pula, mereka semua bersetuju untuk tidak berperang selama 30 tahun yang akan datang supaya dapat memberikan ketenangan yang berpanjangan kepada penduduk di Meng Barat. 

Rundingan ini telah dijaga selama 70 tahun selepas itu, sehinggalah tahun 852 kalender Baicang. Nalan Tianhe dari Song telah memberontak dan dihapuskan oleh Maharaja kedua Yan iaitu Maharaja Zhaowu. Tang mengambil peluang untuk menyerang Xia yang menandakan permulaan pertempuran Tanghu di sepanjang sempadan. Itu merupakah konflik besar pertama semenjak Rundingan Puncak Dewi ditubuhkan.

Dalam 70 tahun ini, Meng Barat berkembang pesat dalam bidang ekonomi. Dengan pendekatan yang lebih liberal, perdagangan berkembang dan pemimpin politik mula diterima umum. Di bawah pimpinan Qinghai dan permaisuri Xiuli, pada tahun 796, Tang telah membuat pembaharuan utama kepada masyarakatnya dengan menghapuskan sistem penghambaan dan mengamalkan sistem feudal.

Lima tahun kemudian, Yan mengejutkan dunia dengan mengikut jejak Tang. Mengikut kehendak orang awam, maharaja Yan telah menghapuskan sistem penghambaan dan mengamalkan sistem feudal. Yan Xun, sebagai hasilnya, telah dipandang tinggi oleh rakyat-rakyatnya dan memperoleh nama samaran "Maharaja Utara yang Agung dan Pemurah". Dia telah mengurangkan pengaruh keluarga bangsawan dan memilih untuk memberikan penekanan yang lebih untuk memupuk para pegawai yang tidak berpendidikan. Dia menguasai tentera sepenuhnya dan mengukuhkan kedudukan politiknya lagi. Pasukan berkuda Yan Bei akan terus menjadi sebuah kuasa yang tidak dapat dihalang untuk 300 tahun akan datang.

Xia, di bawah pimpinan Zhao Che, telah berjaya menakluki ibu negeri Beiros dan Maluo, meluaskan pengaruhnya dalam puluhan ribu kilometer untuk mendirikan sebuah dinasti baru. Wilayah Yan pun tidak dapat dibandingkan dengan Xia dari segi saiz. Walau bagaimanapun, 100 tahun selepas pemerintahan Zhao Che, keturunannya tidak dapat mengekalkan pemerintahan mereka dalam empayar yang luas itu dan menyebabkan kejatuhan Xia sekali lagi. Namun, mereka bernasib baik kerana berkat usaha Zhao Yang di sempadan utara lebih dari puluhan tahun, mereka telah berjaya mengambil alih aset Zhao Che dan memelihara pemerintahan keluarga Zhao di wilayah utara.

Qinghai mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 791 dan dikenali sebagai negara Qing. Bendera itu terdiri daripada bintang-bintang dan bulan, manakala ibu negerinya digelar sebagai Haiqing. Zhuge Yue diisytiharkan sebagai Maharaja Baiyuan. Dengan itu, tahun itu dikenali sebagai tahun pertama kalendar Baiyuan di Qinghai. Setelah dia menaiki takhta, dia menghapuskan sistem gundik, memperkenalkan "polisi seorang isteri". Pemerintah Xiuli, Chu Qiao telah diiktiraf sebagai ibu Qinghai, menyertai dan membantu raja Qinghai dalam hal ehwal negeri dan memainkan peranan dalam penubuhan setiap perintah politik.

Oleh sebab persamaan polisi seorang isteri di Qinghai dengan sistem di wilayah barat, pemerintah Xiuli juga dikenali sebagai permaisuri Qinghai.

Memandangkan mereka mengamalkan sistem politik liberal, Qinghai telah menjadi sebuah negara terkaya di benua dalam masa 30 tahun dengan ekonomi yang makmur dan teknologi terkemuka di dunia. Pada tahun 321 kalendar Baiyuan, Qinghai mempelopori Revolusi Perindustrian dan membuat kemajuan saintifik yang hebat di Meng Barat.

50 tahun kemudian, di bawah bantahan keras parti demokratik di Qinghai, monarki tidak mempunyai pilihan lain selain merujuk kepada dokumen yang Zhuge Yue dan Chu Qiao telah tinggalkan 400 tahun yang lalu. Selepas dokumen itu didedahkan, sistem politik di Qinghai telah dirombak, menandakan transformasinya ke arah masyarakat demokratik. Mereka telah mencapainya hampir 1,800 tahun lebih awal daripada negara-negara barat.

Masa telah berlalu begitu pantas. Pada tahun ketiga selepas konflik Meng Barat berhenti, Chu Qiao telah melahirkan anak ketiganya iaitu Zhuge Yunye. Qinghai telah mengadakan sebuah perayaan besar-besaran untuk memperingati acara ini. Suasana begitu gembira di Istana Xingyue.

Di dalam istana itu, rambut Chu Qiao telah kusut tatkala dia mendesah. Kukunya dilirikkan pada otot belakang Zhuge Yue sementara peluh wanita itu mengalir ke bahunya sehingga ke kain satin merah di bawahnya.

"Yue... Bukan ke Encik Gao cakap... badan... badan saya..."

"Shhh... Dia kata baik-baik saja..."

Katil mereka berhinggut tatkala suasana berubah penuh keghairan. Zhuge Yue akhirnya dapat melampiaskan kegersangan dan keinginannya yang telah lama terkumpul selepas jamuan yang berlangsung itu akhirnya berakhir. Setelah semuanya selesai, kedua-dua mereka rebah di atas katil, di dalam pelukan asmara masing-masing. Chu Qiao bersandar dalam pelukan tersebut lalu memejamkan matanya perlahan-lahan. Dia secara tidak sedar melukis bulatan di dada suaminya itu. 

Tiba-tiba, Chu Qiao meraih pandangannya dengan penuh menggoda sambil mengetap bibirnya yang merah dan bertanya, "Zhuge Yue, saya dah melahirkan anak sebanyak tiga kali. Saya dah tua ke? Awak akan membenci saya ke?"

Zhuge Yue menatapnya dari ekor matanya. Sewaktu dia melihat rambutnya yang kusut, peluh dan payudara yang besar selepas melahirkan anak, nafsunya mula berahi kembali.

"Saya boleh beritahu awak melalui tindakan saya sekarang sama ada saya akan membenci awak atau tidak." Apabila suara nakal miliknya kedengaran, pusingan kedua kini bermula.

Selepas dua pusingan melakukan hubungan intim, Chu Qiao tidak dapat membuka matanya lagi kerana keletihan. Dia bersandar di dalam pelukan Zhuge Yue dan hanyut dalam mimpinya.

Zhuge Yue mengelap peluh di dahi wanita itu. Kemudian, dia meletakkan selimut di atasnya dan memeluknya sambil bertanya dengan perlahan, "Xing'er?"

"Umm..." Chu Qiao menjawab perlahan dengan mata yang terpejam.

Pandangan Zhuge Yue tampak begitu tenang. Dia menundukkan kepalanya dan mencium keningnya. Dia tersenyum buat waktu yang lama sebelum berbisik dengan lembut, "Saya akan mencintai awak selama-lamanya."

Wanita dalam tidurnya itu mungkin tidak menyedari kata-kata yang dikatakan oleh suaminya. Mereka telah melalui pelbagai ribut taufan yang tidak terhitung jumlahnya sepanjang hidup mereka, tetapi mereka mempunyai seumur hidup di hadapan mereka untuk mengalami malam seperti ini, hanyut melayan mimpi dalam pelukan masing-masing.

"Berehatlah."


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C279
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン