アプリをダウンロード
87.32% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 255: Bab 255

章 255: Bab 255

編集者: EndlessFantasy Translation

Perkara ini telah menjadi bahan tawaan oleh seluruh dewan persidangan Xia kerana pegawai-pegawai berpendapat Yan Bei telah didorong oleh kemiskinan sehingga ingin menawarkan untuk menjalankan perdagangan dengan Xia. Walaupun Xia kekurangan kuda perang dan bijih besi, mereka masih boleh berdagang dengan Tang dan Song. Bagi Yan Bei pula, selagi Tang menutup laluan perdagangan mereka, mereka hanya boleh berpaling kepada Xia untuk mendapatkan bantuan.

Xia secara semula jadinya akan mengabaikan Yan Bei mengenai perkara-perkara ini. Sebaliknya, Pertubuhan Pengawasan Pusat Xia dan ketua sekretariat bergabung buat kali pertama untuk merangka sebuah esei panjang untuk mencemuh tindakan Yan Bei itu.

Perkara ini telah dianggap sebagai tidak penting kepada kedua-dua empayar, tetapi jelas menunjukkan penurunan Yan Bei secara beransur-ansur ke arah kemiskinan. Walaupun Xia tidaklah sebaik mana, semangat para pegawai mereka lantas meningkat apabila melihat pihak musuh sedang bergelut bersama-sama mereka. Mereka mula menganjurkan idea untuk menghapuskan Yan Bei seolah-olah ia satu tugas yang mudah. Malah beberapa saudara keluarga diraja yang ditempatkan di luar ibu negeri menulis surat kepada Zhuge Yue dan memintanya menyerang Yan Bei dengan kadar segera untuk menghapuskan semua pengemis di sana.

Di dalam dewan persidangan, Zhuge Yue telah menatap wajah para pegawai yang beremosi itu dengan dingin. Dia berfikir yang taktik Yan Xun itu tidak begitu cerdik tetapi ia boleh menangani masalahnya secara langsung. Dia telah berjaya membuatkan keseluruhan pihak istana tidak senang duduk dengan hanya beberapa ayat sahaja.

Apabila dia mengungkapkan kata-kata ini, Chu Qiao mula berasa tidak selesa. Zhuge Yue mempunyai proses pemikiran yang lebih luas berbanding orang biasa. Dia tahu Yan Xun berpura-pura lemah untuk mengumpan tentera Xia kepadanya. Chu Qiao telah tinggal bersama Yan Xun selama bertahun-tahun jadi dia sangat mengenali lelaki itu. Berdasarkan perwatakannya, walaupun dia berjuang sampai mati, dia tidak akan berbuat begini kerana dirinya bukan begini. Berbaloikah pengorbanan ini untuknya semata-mata untuk membuatkan pihak musuh berasa tidak senang?

Menjelang musim bunga, bunga-bunga mula berkembang. Walau bagaimanapun, angin dingin ini enggan pergi. Apabila seseorang membuka tingkap mereka, isikel masih dapat dilihat. Musim sejuk ini seolah-olah bertahan dengan lebih lama daripada kebiasaannya. Namun, Chu Qiao sedar ada beberapa perkara yang akan berlaku kelak.

Zhuge Yue telah pergi ke Bandar Ye selama setengah bulan dengan tujuan percutian perniagaan. Tiga hari yang lalu, Chu Qiao telah menerima khabar terdapat sebuah konflik yang timbul di luar Sempadan Yanming. Walau bagaimanapun, ia hanya berkenaan sebuah tentera yang terdiri daripada kira-kira 30 orang askar yang mabuk yang mengembara ke pintu Sempadan Longyin sambil melepaskan anak panah bertalu-talu. Sebagai akibatnya, seorang askar dari tentera Yan Bei telah terkorban manakala tiga yang lain cedera. Walaupun demikian, Yan Bei tidak membalas.

Ia mengambil masa selama sepuluh hari sebelum khabar itu sampai ke Bandar Zhen Huang. Di dalam kertas yang mengandungi mesej itu menyatakan jeneral di sempadan meminta pihak istana untuk menghantar pasukan tentera ke Yan Bei dan mendakwa Yan Bei kekurangan tenaga kerja dan kebuluran. Sumber ketenteraan mereka telah habis di samping tercetusnya konflik dalaman. Selain itu, dia terus mendakwa berita itu boleh dipercayai dan ini masa yang terbaik untuk memulakan konflik lain di utara. Sebaik sahaja peluang itu terlepas, sukarlah bagi mereka untuk menyerang Yan Bei lagi.

Sebelum mesej ini pun, terdapat suara sumbang di dalam sesi persidangan yang ingin menyerang Yan Bei. Mesej ini hanya berfungsi untuk mengeruhkan keadaan dan membangkitkan niat Xia untuk memulakan perang lagi. Jangankan mahkamah, malah semangat orang awam pun kini berkobar-kobar. Pembesar-pembesar Xia dari luar sempadan dan satu bangsa yang suka melawan. Pada masa ini, di bawah hasutan pihak lain, mereka telah menjadi lebih bersemangat untuk mencetuskan konflik yang lain. Setelah malam menjelang, bunyi pisau yang diasah dapat didengari di seluruh bandar. Pegawai dari Pertubuhan Pengawasan Pusat mendirikan tempat di Dataran Mawar untuk mengeluarkan askar kerahan ke tentera. Senarai nama yang panjang telah ditulis di papan kenyataan dan digantung di depan Dataran Mawar. Sebelum itu, setiap seorang telah membuat sumpah setia berdarah. Hal ini cukup menakutkan sehingga meremang bulu roma seseorang.

Walaupun dengan keghairahan orang ramai untuk pergi berperang, Istana Sheng Jin menangguhkan pengeluaran perintah rasmi. Penyakit maharaja kini muncul semula dan sudah tujuh ke lapan hari dia tidak datang ke sesi persidangan. Di bawah hasutan yang disengajakan oleh Majlis Ketua-Ketua Terhormat, persiapan pra-konflik untuk orang awam kini bermula. Malah, tentera yang dibentuk sendiri dari pelbagai wilayah pun mula berkumpul di ibu negeri bersama pedang di tangan mereka.

Chu Qiao menulis surat kepada Zhuge Yue sebanyak empat kali, tetapi sebelum dia mendapat jawapan, dia telah menerima lawatan daripada Zhuge Huai yang telah lama hilang. Hal ini telah membuatkannya berasa terperanjat.

Zhuge Huai telah tiba di ibu negeri dan di tanah yang dimiliki oleh keluarga Zhuge. Walaupun Zhuge Muqing telah menghalaunya dari keluarga selepas kemalangan yang menimpa Zhuge Yue, dia telah dimasukkan semula ke dalam pendaftaran keluarga apabila Zhuge Yue kembali berkuasa, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dia telah meninggalkan ibu negeri selama tiga tahun. Alasannya pulang ialah menghadiri majlis perkahwinan Chu Qiao dan Zhuge Yue.

Sebulan yang lalu, hantaran kahwin Chu Qiao telah memasuki pintu Zhen Huang. Dianggarkan terdapat lebih kurang 400 buah kereta kuda yang membawa bahan-bahan dan diiringi oleh 50,000 orang. Pegawai-pegawai Tang berpakaian ranggi yang menyerupai perkahwinan diraja.

Pemandangannya begitu indah kerana bandar itu kini diwarnai dengan warna merah. Kelopak bunga telah ditabur di mana-mana. 3,000 orang pegawai istana memimpin jalan sambil diapit oleh 20,000 orang Askar Xiuli yang lengkap berperisai dan 20,000 askar dari Pasukan Tentera Serigala. Pemandangan itu kelihatan menggerunkan kerana bangsawan sendiri pun tidak pernah mengadakan upacara semewah itu.

Orang awam Zhen Huang bersama-sama dengan pegawai-pegawai Xia berasa terkejut kerana ini hantaran kahwin yang telah dipersiapkan oleh Li Ce selama dua tahun untuknya. Ini isyarat yang paling tinggi bagi kebanggaan, penghormatan dan prestij. Walaupun dia telah mangkat, namun dia menjaga Chu Qiao dengan baik melalui perbuatannya itu untuk memastikan yang dia tidak dipandang rendah oleh orang lain.

Status keluarga Zhuge dengan serta-merta dinaikkan disebabkan kesatuan mereka dengan Empayar Tang melalui Chu Qiao. Zhuge Muqing yang telah jatuh sakit kembali dari tanah milikan sendirinya dan berurusan dengan formaliti bersama pegawai Tang. Zhuge Yue, dengan kepintarannya itu, telah berjaya mengumpul ramai saudara jauh dari keluarga Jing yang kebanyakannya tidak pernah dilihat oleh Chu Qiao. Walau bagaimanapun, orang-orang tua berambut putih itu berteriak sebaik sahaja melihatnya dan menyatakan mereka sangat merinduinya setelah tidak berjumpa selama bertahun-tahun.

Beberapa orang tua dari keluarga Jing telah diberikan tempat tinggal di kediaman marsyal besar. Walaupun Chu Qiao tidak mempunyai tanggapan yang baik kepada mereka, Zhuge Yue tetap mengarahkan orang gajinya untuk melayan mereka dengan baik. Beberapa hari yang seterusnya, Chu Qiao hanya duduk di dalam biliknya sambil mendengar orang-orang ini mengajarnya tentang adat perkahwinan, tanggungjawab seorang isteri termasuklah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Semakin hampir hari perkahwinannya, semakin dia berasa tidak sedap hati. Tatkala seluruh dunia menumpukan perhatian kepadanya, dia tidak dapat berasa tenang dan sering merasakan terdapat bahaya yang tersembunyi di sebalik semua ini. Sebagai akibatnya, dia tidak lalu makan ataupun tidur dengan nyenyak. Zhuge Yue cuba menghiburkannya dengan menyatakan dia hanya berasa terlalu gembira dan dia cuba memujuk dirinya untuk bersetuju dengan kata-kata Zhuge Yue. Dia berharap ini hanyalah perasaan sebelum hari perkahwinan dan bukannya firasat buruk deria keenamnya.

Namun, selepas Zhuge Yue beredar, kegelisahannya kini lebih ketara. Selepas itu, pembekal maklumat dari Yan Bei dan perkara-perkara yang berlaku di sesi persidangan hanya telah memburukkan lagi emosinya. Dia hanya boleh duduk dan mengambil langkah untuk berwaspada sementara menantikan kepulangan Zhuge Yue untuk perkahwinan mereka.

Cahaya matahari menyinari melalui kanopi dan mewarnai pemandangan dengan warna keemasan. Bayang-bayang bunga telah kelihatan di dalam bilik dan matanya kini memerhatikan ranting pokok willow di situ. Dia memegang kepala surat antara jari-jemarinya yang berbau baju perisai dan serbuk letupan. Kata-kata itu ditulis dengan banyak dan mencurah-curah.

Chu Qiao berpakaian putih pucat tatkala dia bersandar pada tikar lembut itu. Sangkar burung digantung pada tingkap dengan pintu gerbangnya yang terbuka. Seekor burung putih dengan tiga bulu merah pada ekornya sedang tidur di dalam sangkar dengan malas tanpa gaya megahnya yang biasa. Yue Qi pernah berkata ini haiwan peliharaan Zhuge Yue iaitu burung hantu salju. Burung ini binatang yang mampu terbang paling hebat di Qinghai kerana ia pantas, tangkas, pintar dan mempunyai kuku dan gigi yang tajam.

Chu Qiao menggunakan penyepitnya untuk mengambil sekeping daging rebus yang mempunyai sos padanya. Burung itu, tanpa mengejipkan matanya terus merampas daging itu daripada Chu Qiao dengan hanya sekilas gerakan sahaja. Ia terus menelannya setelah mengunyahnya sebanyak dua kali. Kemudian, ia terus tidur dengan kepalanya miring ke satu sisi.

Ini sememangnya seekor burung yang malas. Ia bahkan tidak membuat sebarang bunyi pun sepanjang hari.

Chu Qiao memandangnya tatkala jari-jemarinya menyentuh kepala surat itu. Srbush perasaan gembira terdetik dalam hatinya. Walaupun ia malas, ia masih berguna.

Surat pada zaman ini dikenali sebagai satu bentuk perbualan antara dua orang yang tidak berkaitan. Pada masa ini, ia telah menjadi perbualan antara dua orang ahli keluarga.

Hari perkahwinannya semakin dekat. Dalam masa dua hari, Zhuge Yue akan kembali. Pada saat itu, Chu Qiao akan memakai mahkota serta mantelnya dan menaiki sebuah tandu yang indah. Di sebalik bunyi gendang dan alat muzik yang memekakkan telinga ini, dia akan secara rasminya menjadi sebahagian daripada keluarga Zhuge Yue dan akan dikenali sebagai isterinya yang sah. Sekeping kertas emas yang mengandungi namanya masih diletakkan di bawah bantalnya. Ia telah dihiasi dengan lukisan itik mandarin, burung, dan bunga mekar dengan nama mereka yang tertera padanya.

Chu Qiao berfikir dia ialah burung hantu salju dari Qinghai yang telah meninggalkan keganasannya dan keinginannya untuk membunuh demi memilih kehidupan yang gembira dan tenang di sebuah rumah yang diperbuat daripada emas. Dia tidak mahu keluar lagi.

Terdapat banyak pintu di dunia ini. Mereka yang menghalang kemajuan orang sering cenderung untuk tidak kelihatan. Zhuge Yue ialah ketua marsyal tentera Xia dan juga seorang pembesar feudal dengan kelayakan status duke. Chu Qiao akan berkahwin dengan keluarganya seperti seorang puteri. Hantaran kahwinnya telah dikumpulkan sepenuhnya di dalam sebuah halaman dan kelihatan seperti harta karun. Orang-orang yang bertanggungjawab terhadap pakaian istana memilih pakaian perkahwinannya. Dia telah menerima banyak hadiah daripada keluarga diraja dan istana itu melimpah-ruah dengannya.

Dia juga berkelakuan lebih teruja dan ia perkara yang jarang berlaku. Kadang-kadang, dia akan melihat-lihat hadiah itu dengan Jingjing, Meixiang dan Huan'er. Memandangkan mereka tidak pernah melihat dunia sebelum ini, jadi apabila mereka melihat hadiah yang unik, mereka akan bersorak riang dan berkelakuan seperti katak di bawah tempurung.

Malam ini dia akan berpindah ke rumah keluarga Zhuge dan ketua wanita bagi keluarga Zhuge juga telah membantunya membuat persiapan perkahwinan. Oleh sebab dia tidak mempunyai keluarga, dia hanya boleh tinggal di kediaman Zhuge sebelum perkahwinannya, yang pernah menjadi tempat tinggalnya sewaktu kecil. Dari sana, dia secara rasminya akan memasuki kediaman ketua marshal dan menjadi isterinya.

Masa berlalu begitu pantas. Dalam masa yang singkat, subuh menjelang dan menandakan permulaan hari berikutnya.

Selepas dia berpindah ke kediaman Zhuge, dia tidak lagi melihat ketua wanita di kediaman itu. Sebaliknya, dia diiringi oleh orang-orang bawahan dari keluarga Jing. Chu Qiao menarik seorang gadis kecil bernama Yu Xiaohe di sampingnya untuk menjadi pembantu peribadinya. Setiap kali dia termenung, gadis kecil yang mempunyai status sosial yang rendah itu akan membakar setanggi. Setanggi ini mempunyai bau yang biasa dihidu dan mengingatkannya tentang resipi yang dia pernah pelajari ketika dia masih muda.

Walaupun pelbagai jenis ramuan ubat-ubatan campuran tidak bernilai, bau yang dihasilkan dapat menenangkan jiwa dan membolehkan orang-orang yang mengalami mimpi buruk dapat tidur dengan nyenyak.

Dua hari kemudian, seorang gaji telah datang membawa khabar yang Zhuge Yue telah tiba di bandar dan dia telah melawat ibu bapanya di kediaman keluarga sulung. Bagaimanapun, disebabkan tradisi, Zhuge Yue tidak dibenarkan melawatnya. Apabila dia menerima khabar itu, dia sedang menikmati mandian hangat. Seorang pembantu wanita lantas menyerahkan sekeping surat kepadanya dan dia membukanya dengan tangan basahnya itu. Surat itu hanya mempunyai satu ayat yang ditulis padanya.

"Saya dah kembali, saya akan ambil awak dalam masa lima hari."

Hari pernikahannya dalam masa lima hari.

Malam itu, Chu Qiao menyisirkan sebilangan pokok anggur kering lalu menyebabkan serbuk putih mengenai tangannya. Ketika dia membasuhnya di dalam besen air, dia merasakan beberapa jenis emosi yang terdetik dalam lubuk hatinya.

Besen air itu berkilau dengan sedikit warna keemasan sewaktu kepala surat itu tenggelam di bawah permukaannya. Jejak kata-kata yang ditulis dengan kecil dan kemas mula muncul. Itulah mesej sebenar yang ingin disampaikan olehnya, yang tersembunyi di bawah permukaan surat itu.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C255
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン