アプリをダウンロード
73.28% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 214: Bab 214

章 214: Bab 214

編集者: EndlessFantasy Translation

Pada saat itu, walaupun jika Li Ce mampu melindungi Chu Qiao, ia pasti mustahil buatnya untuk melindungi Pasukan Tentera Xiuli tanpa memulakan sebarang persengketaan dengan Empayar Xia. Pada masa itu, Raja Qinghai tiba-tiba telah meraih tinggi bendera Empayar Xia setelah dia menghantar beberapa orang pendakwah untuk mengembara sejauh 4000 kilometer untuk memusnahkan Empayar tersebut. Pada masa itulah orang ramai akhirnya menyedari yang Raja Qinghai itu sebenarnya Tuan Keempat yang sepatutnya mati di Yan Bei dua tahun yang lalu.

Kesudahan cerita pemuda itu terasa tersangatlah bersesuaian dengannya. Setelah kembali ke ibu negara maharaja bersama pengaruh kuasa ketenteraannya yang besar dan sokongan daripada Keluarga Zhuge, pemuda itu telah berjaya menggantikan tempat Wei Guang sebagai pemimpin Majlis Ketua-Ketua Terhormat. Dia juga telah dinamakan sebagai Marsyal Besar buat seluruh Empayar Xia. Jadi, sudah semestinya mudah saja bagi pemuda itu untuk menggunakan kuasa vetonya supaya tiada rancangan ketenteraan yang bakal dilancarkan terhadap Empayar Tang.

Chu Qiao enggan terus berfikir mengenai darah-darah tidak berdosa yang telah tercemar akibat pergolakan politik sebegitu. Wanita ini lantas menyedari sedalam mana tasik darah para mangsa peperangan semenjak dia menceburi bidang politik ini. Walaupun segalanya tampak tenang di permukaannya, namun tiada sesiapa yang benar-benar mengetahui sederas mana arus di bawah permukaan tersebut.

Tasik tersebut kelihatan seperti sebuah lautan warna-warna keemasan apabila berpuluh-puluh lantera dilepaskan ke atas permukaan tasik. Renungan mata Chu Qiao yang sedang meraih wajahnya itu diselubungi dengan perasaan sedih. Dia bertanya perlahan sambil merenung wajah Zhuge Yue, "Saya dengar yang pokok Elm itu suci. Semakin tua pokok itu, semakin sucilah ia. Selagi awak memberikan sebuah objek berharga sebagai barang pengorbanan, pokok itu akan memberi perlindungan buat kawan-kawan awak dan juga ahli keluarga awak. Saya terfikir sama ada semua itu benar."

Zhuge Yue tidak membalas kata-kata wanita itu dan hanya berdiri tercegat, terdiam seribu bahasa.

"Awak percaya ke?" Chu Qiao bertanya dalam nada rendah.

Mata Zhuge Yue menjadi semakin sepet apabila dia membalas ringan, "Tak."

Chu Qiao memerhatikan pemuda itu dengan senyuman yang terukir di wajahnya. Mustahil untuk mengagak sama ada wanita ini berasa gembira ataupun sedih apabila mendengar jawapan pemuda itu. Dia lantas menghulurkan tangannya, kepalan jari-jemarinya yang mulus bak kaca itu dilonggarkan sementara matanya bersinar bagaikan bintang yang sedang berkelipan. Namun, hatinya luluh sedikit apabila dia bertanya lembut, "Awak betul-betul tak percaya?"

Zhuge Yue menundukkan kepalanya dan segera ternampak sepasang perhiasan jed yang sedang berkelipan di bawah sinaran cahaya. Dia lantas berasa terkesima.

"Zhuge Yue, saya betul-betul sangka yang saya tak akan berjumpa dengan awak lagi." Chu Qiao tersenyum lembut, namun boleh ternampak setitis air matanya yang berguguran jatuh ke pipi. Wanita ini menyambung dengan bibir yang bergetar, "Saya ingatkan yang saya dah tak akan boleh bayar budi awak lagi."

Di dalam kegelapan malam yang terasa seperti tidak berpenghujung itu, kelibat Zhuge Yue kelihatan sungguh tegang seolah-olah aura pemuda itu telah menyelubungi setiap pelosok ruang di antara mereka sehingga mampu menyekat saluran pernafasan Chu Qiao. Sepasang anak mata berwarna hitam milik pemuda itu sedang merenung ke dalam anak matanya, masih terdiam, seolah-olah dia ingin meneroka jiwa dan raga wanita itu. Tiba-tiba, Zhuge Yue menghela nafas yang panjang sebelum menghulurkan lengannya untuk mendakap Chu Qiao dengan lembut dan membalas tenang, "Siapa yang suruh awak membalas budi saya?"

Maka dengan itu, air mata Chu Qiao yang telah ditahan dengan sebegitu payahnya akhirnya berjujuran tanpa henti sebelum dia meromok dengan penuh setia ke dalam dakapan pemuda itu dengan segala jenis emosi yang sedang bermaharaja di dalam dirinya. Wanita itu lantas bersandar pada dada bidang Zhuge Yue dan sekaligus dia dapat mengesan bau yang amat dikenalinya yang telah dikeluarkan oleh pemuda itu, membuatkan dirinya diselubungi dengan kehangatan dan juga kemesraan. Chu Qiao memejamkan matanya dengan senyap sambil membenarkan angin untuk membelai-belai tubuh mereka. Buat pertama kalinya dalam seumur hidup wanita itu, dia dapat merasakan yang suasana meriah itu mampu untuk menjemput dirinya supaya berasa lebih tenang, seolah-olah dia mampu berasa gembira hanya dengan bernafas.

Dia mengangkat wajahnya sebelum mengukir sebuah senyuman yang sungguh lembut dan manis, "Zhuge Yue, seronokkan dapat hidup?"

Setelah mendengar kata-kata wanita itu, Zhuge Yue tiba-tiba berasa hatinya mula meluluh. Tiada sesiapa yang lebih memahami ungkapan tersebut daripada dirinya sendiri. Pemuda itu lantas menundukkan wajahnya perlahan sebelum mengucup dahi Chu Qiao dan mengulanginya dalam gumaman, "Betul itu, seronok dapat hidup."

Lantera-lantera berkelipan di serata kawasan menandakan tahun baru bakal menjelma. Pada tahun baru ini, segalanya seolah-olah telah bertukar baru, bagaikan hari-hari yang dilalui mereka itu telah dicuri daripada syurga para dewa.

Chu Qiao akan sering termenung apabila wanita ini keseorangan, merenung matahari yang terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Tahun baru menjelma menyelubungi setiap pelosok dunia dalam kegelapan malam yang bersilih ganti di atas permukaan bumi ini dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Masa bagaikan mengalir keluar daripada celahan jari-jemari wanita itu seperti air sungai yang menitik daripada genggaman tangannya. Kehidupan barunya kian bermula bersama keterujaan yang membuak-buak di dalam diri. Chu Qiao merenung ke arah sekumpulan burung yang sedang berterbangan merentasi langit dari utara, meninggalkan sebarisan jejak di udara. Wanita itu berfikir, 'Mungkin mereka nak pulang ke rumah mereka.'

Wanita itu telah berpindah ke kediaman milik Zhuge Yue di Bandar Xian Yang tanpa sebarang sebab mahupun alasan. Zhuge Yue hanya telah bertanyakan sama ada wanita itu ingin menyambut tahun baru bersamanya dan wanita itu bersetuju setelah berfikir seketika mengenainya.

Tahun baru pada tahun itu tidaklah sebegitu meriah. Tiada seorang penari mewah yang melentokkan badan mereka, tiada lakonan muzika dengan melodi-melodi indah dan tiada jamuan-jamuan mewah yang telah dihidangkan. Namun, terdapat sejenis ketenangan dan ketenteraman yang dapat dirasai di setiap ruang hati setiap rakyat. Dalam beberapa hari ini, Chu Qiao telah berkunjung ke banyak tempat bersama Zhuge Yue di mana mereka telah melintasi lorong-lorong yang sunyi, masjid-masjid usang dan menjamah makanan di warung-warung tepi jalan. Mereka juga telah membeli-belah bersama-sama di dalam karnival yang sangat meriah dan telah bermain mercun api juga untuk menyambut tahun baru yang telah datang.

Masa bagaikan diputarkan kembali ke dua tahun yang lalu apabila mercun api tersebut melepaskan percikan apinya semasa wanita ini sedang berdiri di tengah-tengah jalan yang sibuk sambil bersemuka pelbagai jenis lampu di hadapannya. Sebuah perasaan yang sungguh selesa dan tenang tiba-tiba meresap ke dalam hatinya apabila dia sedang dikelilingi lampu-lampu tersebut. Pemuda itu yang berdiri di hadapannya sedang melindunginya daripada sesakan jalan walaupun kadangkala dia akan menoleh ke belakang untuk mengomel kepada wanita itu bagaikan seorang anak kecil. Mercun-mercun yang telah dilancarkan di angkasa kelihatan indah apabila lampu-lampunya yang berkelipan menyinari wajah pemuda itu. Memang benarlah yang mercun api itu tersangat jelita.

Kosa kata Chu Qiao yang terhad telah menghalangnya daripada melakarkan sebuah gambaran yang indah buat pemandangan yang sedang diamatinya kini. Wanita ini bagaikan telah dibuai bayu dan berpindah daripada babak ngeri sebuah medan pertempuran ke dunia yang seakan-akan tidak masuk dek akal ini. Dia boleh melihat sinaran mentari yang telah membelai wajah para rakyat jelata dengan lemah gemalainya, air tasik yang terasa hangat, kumpulan-kumpulan rakyat jelata yang gembira dan riang ceria, tidak lupa juga Zhuge Yue yang telah meluluhkan segala jenis pertahanannya terhadap wanita ini. Inilah pemuda yang telah kerapkali memarahinya, pemuda yang telah dianggap sebagai musuh ketatnya buat masa yang lama. Namun, dia masih membantu Chu Qiao berulang-ulang kali sehingga wanita itu tidak mampu menghitungnya lagi dan juga telah merentasi segala jenis neraka untuk dirinya.

Kini, pemuda itu sedang berdiri di hadapannya dan bagaikan boleh menepuk-nepuk dahinya untuk mengutuk kemunasabahan diri wanita itu. Tiba-tiba, Chu Qiao merasakan yang saat-saat ini telah dicuri olehnya daripada para dewa. Walaupun dengan segala kehartabendaan di dunia ini, matanya masih lagi akan tertumpu pada pemuda itu seorang.

Wanita itu lantas berasa kemesraan dan kehangatan yang amat dahsyat seolah-olah air laut telah menghempas jantungnya dan lantas menyegarkan sendi-sendinya yang telah membeku. Di hujung terowong kepiluan dia terjumpa sekuntum bunga yang mekar daripada sebatang kayu yang mereput di dalam hutan di hatinya. Dia yang termenung ke arah tebing sungai akhirat itu berfikir sejenak, "Mungkin ini boleh dikira sebagai hidup baru." Semasa dia memandang pemandangan itu, wanita itu merasakan bagai kesedihannya telah menyusup pergi bak memori lama.

Pemuda itu berdiri di halaman kediaman dengan pintu yang terbuka sedikit, dengan pakaiannya yang serba ungu kebiruan yang dihiasi dengan sulaman bunga-bungaan keemasan. Sang bulan yang berwarna keperakan berkelipan menyinari cahayanya pada tubuh pemuda itu apabila ia terlindung dek kepulan awan yang melintasi purnama, kelihatan indah. Dia merenung wanita itu seakan-akan ingin mengatakan sesuatu namun dia kekal terdiam buat masa yang lama.

Cahaya bulan kelihatan samar-samar sahaja. Namun, bunyi festival meriah yang terletak jauh daripada kediamannya masih lagi boleh sayup-sayup kedengaran. Walaupun Chu Qiao tidak mampu menyaksikan festival itu dengan mata kepalanya sendiri, namun dia boleh merasai keseronokan para rakyat jelata yang sedang menari-nari dengan penuh riang.

Setelah sekian lama yang terasa sekejap sahaja, Zhuge Yue akhirnya berkata, "Pergilah tidur."

Chu Qiao mengangguk dan tersenyum tenang. "Awak juga."

Sang bulan lantas terlindung sepenuhnya apabila pintu kediaman ditutup rapat. Selautan cahaya bulan sebentar tadi kini bertukar menjadi segarisan putih sebelum menjadi seutas benang dan akhirnya ditelan kegelapan. Wanita itu masih lagi memegang tombol pintu sebaik sahaja pintu tersebut tertutup, tahu pemuda itu masih lagi berada di sebelah sana dan belum beredar. Angin kencang pada malam itu berdesir tanpa henti sementara pokok-pokok di luar tingkap juga bergoncang, menghasilkan sebuah bayangan yang kejam di sebalik cermin jendela. Sebutir demi sebutir pasir mengalir jatuh di dalam jam pasir dan tidak lama kemudian barulah wanita itu mendengar tapak kaki di sebelah sana beredar pergi.

Angin tiba-tiba bertukar menjadi sungguh kencang sehingga pintu bilik wanita itu menghasilkan sebuah bunyi yang mengerikan apabila ia menyusup melalui celahan pintu. Chu Qiao menyandarkan kepalanya pada pintu tersebut sebelum memejamkan matanya, membenarkan dirinya dihurung kegelapan.

Di saat Zhuge Yue kembali ke kediamannya, Yue Qi baru sahaja menerima sepucuk surat daripada Xiaofei. Hamba muda yang telah dinaikkan statusnya kepada seorang jeneral itu tersenyum ceria sebelum menyimpan suratnya itu ke dalam lengan baju untuk menyapa Zhuge Yue.

Yue Qi berdiri di pintu, anginnya sungguh baik. Pemuda itu tidak mampu menyembunyikan perasaannya itu walaupun apabila dia ternampak Zhuge Yue.

"Xiaofei hantar surat ke?"

"Ya," Yue Qi berkata. "Hai'er dah nak masuk sebulan dah."

Setelah bertahun-tahun bertarung di sisi masing-masing, kedua-dua pemuda ini telah menjadi seakrab saudara sekandungan walaupun sebenarnya hubungan mereka itu di antara tuan dan orang suruhan saja. Zhuge Yue yang terkenangkan bagaimana Xiaofei baru saja melahirkan seorang putera dan betapa gembiranya Yue Qi, pemuda itu tidak dapat menahan dirinya daripada mengukir sebuah senyuman yang manis. "Bila kita balik nanti, saya akan sediakan sebuah hadiah untuk anak lelaki kamu."

Yue Qi tersenyum dan membalas, "Terima kasih, tuan."

"Mo'er bagaimana?"

"Dia baik-baik saja." Yue Qi membalas lancar. Ouyang Mo, anak kecil yang telah dibawa pulang oleh Zhuge Yue itu kini sedang dibesarkan oleh Xiaofei. Mungkin itulah pilihan yang terbaik buat budak itu setelah melihatkan yang keluarganya telah pun terkorban.

"Dia sedang belajar tentang ilmu akupuntur daripada Encik Bai. Dia nampaknya betul-betul berbakat."

"Tuan," Fang Chu tiba di sisi Zhuge Yue untuk melaporkan, "Surat daripada Jeneral Feng." Semenjak Yue Qi telah dinaikkan pangkat kepada seorang jeneral, Fang Chu pula telah menjadi pengawal peribadi Zhuge Yue. Pemuda itu telah dilahirkan di Qinghai dan nenek-moyangnya merupakan sekumpulan penjenayah yang telah dibuang negeri. Dia juga telah mengikuti Zhuge Yue sehinggalah ke Empayar Xia setelah melaungkan sumpah setianya kepada pemuda itu. Pendiam dan tidak banyak cakap, Fang Chu merupakan seorang yang bersemangat tinggi dan sudah semestinya bukanlah calang-calang orang sehingga Yue Qi juga berasa kagum dengan kebolehannya. Surat itu masih lagi belum dibuka, jadi Zhuge Yue membukanya sebelum membaca dan menghulurkan surat itu kepada Yue Qi, bertanya, "Apa yang kamu fikirkan?"

"Zhao Yang tak akan menyerah kalah begitu saja. Sebaik saja Tuanku Ke-7 pulang ke empayar dan membentuk sebuah pakatan dengan Tuan, segala usaha Zhao Yang selama dua tahun ini akan menjadi sia-sia. Walaupun Wei Guang itu tua, tapi Wei Shuye itu bercita-cita tinggi. Dia harus diperhatikan."

Zhuge Yue mengangguk dan menyambung, "Dia itu bijak pandai dan tahu untuk melancarkan rancangannya pada masa yang paling tepat. Tetapi, kini penilaian dia dah dikaburi namun itu tak menghalang dia daripada terus melancarkan rancangannya sehingga sekarang ini."

"Apa yang patut kita buat?"

"Kita patut ikut saja dengan rancangan asal kita. Arah Xu Yang untuk lebih berhati-hati. Pada masa ini, Wei Shuye tak boleh capai kebanyakan daripada matlamatnya. Apa yang kita patut lebih risaukan ialah tindakan Yan Bei."

Yue Qi mengangguk. Zhuge Yue bertanya, "Bagaimana pula dengan isu mengenai pertukaran itu?"

"Tuan jangan risau. Semua perniagaan Chen Yue sekarang ini di bawah kawalan jabatan kecemasan. Pembesar Zhao Ming dan Encik Liang dalam diam dah merekrut ramai rakyat jelata dari serata bidang dan kepakaran. Maharaja Tang betul-betul khuatir dengan segala hal yang kita bentangkan itu dan secara peribadinya dah perintahkan supaya Encik Sun membantu kita. Penghasilan makanan kita pada tahun ini sangat memberangsangkan dan kita tak perlu lagi berharap pada tanah-tanah besar benua ini."

Zhuge Yue mengangguk dan berpaling untuk menyoalkan, "Apa cerita di kampung halaman pula?"

Orang yang bertanggungjawab untuk mengelola segala hal mustahak di Qinghai kini merupakan Fang Guangqian, iaitu pak cik Fang Chu dan juga orang bawahan Zhuge Yue ketika dia berada di Qinghai dahulu. Fang Chu membalas tanpa beremosi, "Pak Cik baru hantar surat semalam dan dia katakan yang segalanya baik-baik saja. Semua orang sedang menunggu kepulangan Tuan."

"Baiklah." Zhuge Yue mengangguk tenang. "Arah semua orang supaya mempercepatkan tugasan mereka. Sebaik sahaja kita dah selesaikan segala hal di sini, kita akan bergerak ke sana."

Fang Chu mengangguk dengan kepala yang tertunduk sebelum berundur. Yue Qi lantas berkerut sebaik sahaja Fang Chu beredar dan bertanya, "Tuan, hamba Tuan ini tak mengerti."

"Saya tahu apa yang kamu sedang fikirkan." Cahaya bulan yang suci itu membelai-belai jubah yang sedang dipakai pemuda itu. Anak matanya kecil dan berbaur dengan sifat kekejaman. Dia telah meninggalkan aura bongkaknya yang dipamerkan semasa dia masih kecil dan kini kelihatan tenang bak air perigi kebijaksaan.

"Kamu nak bertanya, semasa saya diberi peluang keemasan di mana Empayar kita sedang berada dalam keadaan yang sangat lemah, bersama puak-puak keluarga yang tidak henti-henti melancarkan rancangan sulit terhadap satu sama lain untuk meraih pengaruh kuasa yang lebih banyak, tak lupa juga dengan ancaman musuh yang kuat di sempadannya, kenapa saya tak ambil peluang itu untuk mengambil alih keluarga saya dan melantik diri saya sebagai ketua Keluarga Zhao?"

Yue Qi sekaligus berasa terkesima dan serta-merta melutut di atas tanah, namun kata-katanya lancar semasa dia berkata. "Hamba Tuan ini biadap, tapi saya memang berfikiran sebegitu. Empayar Xia itu selalu menindas kita dan keluarga kita buang kita di saat kita ini menjadi suatu beban buat mereka. Tuan dah mengharungi banyak kepayahan dalam dua tahun ini. Kenapa kita nak berganding bahu dengan mereka pula sekarang? Kita boleh pulang ke Qinghai saja kalau keadaan memaksa kita. Cik Puan pun dah ada dengan kita sekarang, jadi kita tak perlu risaukan tentang serangan mereka. Qinghai itu besar dan kalaupun Benua Meng Barat ini disatukan di bawah satu kerajaan, kita tak semestinya akan berasa takut dengan mereka." Setelah Yue Qi menyuarakan pendapatnya, dia langsung tidak mendengar sebarang respons daripada Zhuge Yue buat masa yang lama. Pemuda itu lantas meraih pandangannya untuk menoleh ke arah Zhuge Yue, hanya untuk melihat yang tuannya itu sedang termenung jauh ke arah langit. Kepenatan jelas terpampar di raut wajah kacak pemuda itu. Dia berkerut, mukanya dihiasi pengalaman demi pengalaman yang menandakan peralihan masa.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C214
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン