アプリをダウンロード
59.58% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 174: Bab 174

章 174: Bab 174

編集者: EndlessFantasy Translation

 Tiada siapa yang dapat meneka sama ada Nalan Hongye berasa gembira atau sedih, susuk tubuhnya kelihatan begitu sepi ketika dia merenung di kejauhan di mana alunan muzik berkumandang dari dalam Istana Yi Le. Tarian dan muzikal yang sedang berlaku di sana bagaikan seperti sebuah metafora untuk kelemahan sebuah empayar terulung.

"Jom kita pergi ke Istana Qing Zhi," Arah Nalan Hongye.

Xuan Mo telah meninggalkan istana pada waktu senja dan mak cik Yun bersama orang gaji yang lain membawakan hidangan yang telah disediakan, namun Nalan Hongye langsung tidak mempunyai selera untuk menjamah sebarang makanan jadi dia hanya makan ala kadar sahaja. Tiba-tiba, dia terdengar bunyi tapak kaki tergesa-gesa di sebalik pintu dan lantas seseorang berlari sambil menjerit dengan tercungap-cungap, "Tuan Puteri! Tuan Puteri! Bencana! Bencana!"

"Apa yang dah berlaku?" Nalan Hongye mengangkat keningnya.

Mak cik Yun segera bergegas keluar untuk bertanya, tetapi sebelum sempat dia membuka mulutnya, sida-sida itu mengabaikan mak cik tersebut dan terus berlari masuk ke dalam bilik dengan mata yang berlinangan air mata. Sida-sida itu melutut di tanah sambil merengek, "Tuanku! Habislah! Tuanku Maharaja memanjat bumbung Istana Yi Le tadi dan dah terjatuh secara tak sengaja!"

Matahari yang telah terbenam menghiasi pemandangan dengan lapisan berwarna merah. Kawalan keselamatan di istana menjadi lebih ketat daripada kebiasaannya, dengan pengawal peronda dan pengawal kediaman yang berada di mana-mana. Semua pintu istana telah ditutup dengan ketat, jadi tiada sesiapa yang dibenarkan keluar atau masuk. Kebanyakan pegawai sudah pun tiba dan semuanya berlutut tatkala sedang menunggu ketibaan Nalan Hongye dan terus mendongakkan kepala mereka sedikit apabila dia tiba. Pandangan mereka yang bercampur-baur dengan cahaya kemerahan matahari terbenam sekaligus memancarkan berbagai-bagai perasaan di sebalik pandangan itu, termasuklah perasaan hormat, takut, cemburu, cemuh dan marah. Semua perasaan tersebut dapat dirasakan dalam sekilas pandangan itu sahaja sebelum mereka menundukkan kepala mereka kembali dan lantas mengembalikan suasana tenang itu semula.

Nalan Hongye sedang memakai gaun sutera berwarna ungu gelap bersama sulaman bunga mawar yang dijahit pada kolarnya, berbeza dengan leher putihnya yang mulus, mukanya pula kelihatan serius dan pilu. Suasana di Istana Mo Ji itu terasa amat dingin apabila wanita itu melangkah untuk berhadapan dengan semua para pegawai maharaja, yang diketuai oleh Jinjiang King. Pemuda itu segera melangkah ke hadapan setelah melihat Nalan Hongye tiba, tetapi telah ditolak oleh seorang lelaki yang memakai baju biru gelap dan membuatkannya hampir tersandung.

Anak mata Xuan Mo kelihatan bimbang, melangkah ke hadapan tanpa menghiraukan kemarahan yang terpahat pada mata Jinjiang King itu dan berhasrat untuk menyatakan isi hatinya namun memutuskan untuk berdiam diri.

"Bagaimana dengan keadaan maharaja?" Nalan Hongye bertanya dengan serius. Raut wajahnya kelihatan tenang, tiada sesiapa yang dapat melihat keletihan mahupun perasaannya. Raut wajah curiga yang diberikan orang ramai kepadanya kini bertukar dengan kekecewaan. Xuan Mo menggeleng kepalanya lalu memaklumkan, "Doktor-doktor maharaja melaporkan yang mereka tiada cara untuk menyelamatkannya. Tuan Puteri, silakan masuk untuk melawatnya."

Hatinya terus meluluh pada saat ini, namun malangnya, terlalu banyak pasang mata yang sedang merenung dan menilai setiap gerak-geri wanita itu pada masa ini. Nalan Hongye lantas terkenangkan beberapa tahun yang lalu pada malam ketika dia mendapat khabar tentang kemangkatan ayahandanya di Istana ini juga, dia pun telah direnung dengan cara yang sama. Hujan turut membasahi bumi seperti kini, terasa sangat dingin dan sangat sukar buat gadis ini bernafas namun dia masih memaksa dirinya untuk bertenang dan menahan segala perasaannya yang sedang membuak-buak di dalam dirinya dengan kewarasan akalnya yang seakan-akan makin menghilang pada waktu itu.

Gadis itu lantas berjalan melintasi orang ramai bersama dua pembantu istana yang terus meluru untuk menyelak tirai bilik sebelum puteri sulung Song itu berjalan memasuki bilik itu bersendirian. Cahaya matahari yang berwarna keemasan memancarkan lagi anak matanya semasa wanita muda itu sedang berlajan melalui lapisan tirai sambil mengetap bibirnya. Bahagian dalam istana terasa sangat panas sehingga dia berasa sesak untuk bernafas. Nalan Hongye ternampak adiknya sedang terlantar di atas katil gergasi dengan kulit wajahnya yang begitu pucat namun matanya masih disinari cahaya, hanya berbaring tanpa sebarang pergerakan. Matanya seolah-olah sudah tenggelam manakala bibirnya mula pecah-pecah kerana kering. Di kepalanya pula terdapat satu tompokan darah.

Pandangan Nalan Hongye mula menjadi kabur tetapi dia telah menahan segala titisan air mata daripada merembes ke pipi kerana dia masih berada di dalam renungan dan juga penilaian cemuhan orang ramai di sekelilingnya itu. Dia ingin menghulurkan tangannya untuk membelai adiknya namun wanita muda ini sudah mati akal dengan posisi tangannya jadi ia mula menggeletar sedikit. Lalu wanita ini hanya dapat memanggil dengan lembut, "Yu'er?"

Maharaja terus menoleh sedikit setelah mendengar suaranya dan respons pertama lelaki tersebut ialah perasaan takut, lalu dia pun cuba menerangkan dengan suara yang kedengaran serak, "Kakak... saya masih belum habis menulis..."

Air mata Nalan Hongye mula berlinangan kembali dan hampir mengalir dari matanya, lalu dia terduduk di atas katil sambil memegang bahu adiknya itu. "Kamu dah tak perlu menulis lagi. Kakak tak akan menghukum kamu lagi..."

"Betul ke?" Anak mata maharaja muda itu bersinar terang dengan penuh harapan sebelum bertanya bagaikan seorang yang sihat pula, "Kakak serius ke?"

Tiba-tiba, Nalan Hongye teringatkan sebuah peristiwa sewaktu kemangkatan ayahandanya dan lantas hatinya terus membeku sepenuhnya, mengetap bibirnya sambil mengangguk, "Ya, kakak janji."

"Baguslah!" Maharaja itu kemudiannya berbaring semula sambil merenung ke arah tirai yang tergantung di siling. Lambang naga yang telah disulamkan pada tirai tersebut kelihatan sangat garang seolah-olah ia mampu membahan manusia.

"Baguslah. Akhirnya bolehlah saya... Saya..." Pemuda itu tidak dapat meneruskan ucapannya. Matanya berkilau terang dengan harapan bagaikan dia bakal mengecapi impian seumur hidupnya sahaja, lalu maharaja muda tersebut menegakkan lehernya bersama wajah yang kelihatan teruja namun berbaur dengan kemerahan akibat kegeringannya. Maharaja itu menarik tangan Nalan Hongye seolah-olah dia ingin mengatakan sesuatu, tetapi tekaknya terasa perit dan hanya boleh menghasilkan perkataan yang tidak jelas.

Doktor-doktor maharaja lantas bergegas masuk dan orang ramai pun berkumpul. Sida-sida muda yang telah bersama maharaja sejak kecil lagi sedang meratap, "Tuanku Maharaja! Tuanku Maharaja!"

"Apa yang Tuanku nak katakan?" Nalan Hongye berpaling. Dengan mata yang memerah, dia bertanya, "Kamu tahu ke?"

"Tuan Puteri..." Sida-sida muda itu terus berlutut di atas lantai umpama dia sedang berasa takut yang teramat, akan tetapi masih tidak menjawab soalan itu dengan betul, "Tuanku Maharaja memanjat hingga ke atas Istana Yi Le kerana dia nak saksikan keadaan luar dengan mata dia sendiri. Katanya, dia nak berbuat sebegitu dia tak pernah keluar dari istana ini sebelum ini. Tuanku Maharaja...Tuanku Maharaja..."

Kesedihan dan kedinginan mula meluap-luap dalam dirinya bersama kedinginan yang meresap dalam tubuhnya kini. Doktor-doktor maharaja segera bergegas ke sekeliling wanita itu, wajah Nalan Hongye mula berubah merah terang. Dia mengulanginya dengan suara yang serak, "Pasti... pasti..."

Nalan Hongye meraih tangan Maharaja itu dan berkata, "Yu'er, sebaik sahaja kamu pulih, kakak akan bawa kamu keluar!"

Kegembiraan mula terpancar jelas pada anak mata Maharaja itu sebelum dia memandang kakaknya dengan gembira, matanya kelihatan sangat suci dan tidak bersalah, langsung tidak ubah dari seorang anak kecil sahaja. Tiba-tiba, tangan maharaja itu melonggarkan genggamannya pada lengan baju Nalan Hongye di saat nafasnya mula terhenti, kepalanya pula lalu terus terkulai ke atas katil dengan impak yang sedikit.

"Tuanku!"

"Tuanku!"

Raungan keratapan mula berkumandang di sekitar kawasan istana sebaik sahaja seluruh warga istana mendapat khabar tersebut, bersama dengan iringan matahari yang akhirnya terbenam di kaki langit buat hari itu, sekaligus membuatkan tanah air Song ditenggelami kegelapan kini sebelum cahaya putih dari lantera menyinari permukaan bumi semula. Raungan kesedihan dapat didengari di mana-mana namun tiada sesiapa yang benar-benar mengetahui keikhlasan ratapan seseorang itu jauh di dalam sudut hati mereka.

"Tuanku Maharaja telah mangkat..." Suara lantang pembantu kediaman tersebut kedengaran seperti ia mampu menerjah masuk ke dalam pintu gerbang syurga. Nalan Hongye yang berdiri di tengah-tengah khalayak ramai itu sedang menghadapi ramai para pegawai yang telah dibahagikan kepada banyak kumpulan dan sedang meratapi kemangkatan maharaja muda tersebut di dalam kumpulan sendiri mereka. Terlalu ramai orang yang hadir di dalam istana tersebut, namun wanita muda ini masih lagi merasakan seluruh istana itu terasa kosong. Bulan yang terang kini menerangi dunia sebaik sahaja matahari terbenam. Cahaya putih samar-samar itu menerangi tubuhnya yang kesepian, kelihatan seperti salji yang sangat dingin sehingga mampu mencucuk-cucuk ke dalam tulang sumsumnya.

Seluruh Empayar Song mula berkabung dengan kemangkatan maharaja mereka yang bermaksud tiada sebuah perkahwinan pun yang dibenarkan berlangsung dan setiap rakyat jelata juga diwajibkan untuk memakai pakaian berkabung di luar pada bulan tersebut. Bagaikan peperangan yang bakal bermula di Barat Laut, Empayar Song juga telah menghadapi bencana yang seakan-akan sama. Latihan tentera yang asalnya diadakan untuk membantu Yan Bei mengalih perhatian Empayar Xia juga telah dihentikan sama sekali akibat setiap rakyat Song yang kini sedang berduka.

Dengan kemangkatan Maharaja Mingren, Nalan Hongye kini harus mengumumkan wasiat maharaja itu di mana putera sulungnya iaitu Nalan Heqing, akan mengambil alih takhta ayahandanya dan bermulalah tempoh pemerintahan Mingde. Namun, pada malam kemangkatan Maharaja, Nalan Hongye telah jatuh sakit. Keletihan dan kepenatan yang telah terkumpul selama bertahun-tahun ini seperti sebuah tong serbuk letupan yang kini telah dinyalakan. Sebaik sahaja wanita ini melangkah keluar dari Istana Mo Ji, dia tiba-tiba terasa seperti darah telah terkumpul dalam tekaknya namun puteri ini masih menghalang dirinya daripada meludah, terhuyung-hayang sedikit sebelum hampir terjatuh tetapi Mak Cik Yun segera membantunya. Dia tahu dia tidak boleh memuntah darah di hadapan semua pegawai ini. Oleh itu, dia menelannya kembali dan menepis tangan Mak Cik Yun.

Keluarga Nalan kini sudah tidak berpenghuni selain daripada dia, bondanya yang sakit, adik perempuannya dan juga anak saudara lelakinya yang baru berusia setahun sahaja yang tinggal. Tanggungjawab pengurusan empayar besar milik Keluarga Maharaja Nalan ini sekali lagi jatuh ke atas bahunya jadi kerana itulah wanita ini tidak boleh menunjukkan sebarang kelemahan. Sebaik sahaja dia tersalah langkah, ia akan menandakan segala usaha nenek moyangnya selama ini akan menjadi sia-sia.

Wanita ini menegakkan badannya sebelum membaca wasiat dengan tenang dan mengatur majlis pengebumian adiknya, lantas berjaya menenangkan hati para pegawai. Setelah segalanya selesai, Nalan Hongye telah kembali ke biliknya dan duduk terdiam di sana semalaman ditemani oleh lilin yang menitis seperti air mata, namun matanya yang kini kelihatan cengkung dan dingin itu masih lagi tidak mengeluarkan walau setitik pun air mata.

Majlis pengembumian Maharaja telah diserahkan kepada Raja Anling dan Xuan Mo dan bapanya. Pada keesokan harinya pula, ramai pegawai dari seluruh empayar telah menghantar wakil-wakil mereka untuk menghadiri majlis pengebumian itu. Nalan Hongye yang sedang bersemayam di tengah-tengah istana telah mengambil alih segala-galanya. Walaupun Maharaja Tang baru sahaja mangkat, namun pewaris takhtanya sudah lama diketahui ramai dan Puteri Sulung Nalan juga masih lagi hidup, jadi istana tersebut langsung tidak mengalami apa-apa perubahan drastik.

Pada hari kedua, Nalan Hongye telah membawa beberapa orang suruhan ke istana Maharani untuk membawa Maharaja baharu Empayar Tang ke tokong pusaka. Namun, sebelum wanita muda ini sempat melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, dia ternampak sebilah pedang yang sedang menghala ke arahnya.

Xuan Mo serta-merta menghunus pedangnya dengan sekilas libasan sahaja sebelum bergerak untuk melindungi Nalan Hongye dengan menepis serangan musuh yang telah dilancarkan. Para pengawal di sekitar kawasan tersebut mula panik lalu berteriak, "Pembunuh upahan! Pembunuh upahan!"

Sebaik sahaja mereka ingin meluru ke dalam bilik itu, mereka dapat mendengar teriakan Maharani dengan lantang, "Aku akan bunuh kau! Bunuh kau!"

Cui Wanru lantas meluru keluar dengan rambutnya yang telah menjadi kusut-masai, sebelah tangannya sedang memegang anak kecil tersebut manakala sebelah tangan lagi sedang memegang sepasang gunting. Dengan mata yang kemerahan, dia menjerit dengan suara seraknya, "Perempuan jalang! Kau dah bunuh Maharaja. Sekarang kau rancang untuk bunuh anak aku pula! Aku akan bunuh kau, aku akan bunuh kau!"

Wajah Nalan Hongye serta-merta berubah pucat sementara dia mengetap bibirnya. Mak Cik Yun lantas menyampuk setelah mendengar babak itu, "Tuanku! Apa yang Tuanku merepek ini?"

"Aku tak merepeklah! Aku tahu segalanya!" Cui Wanru tersenyum. "Kau ini memang seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Kau nak sangat menjadi seorang pemimpin, jadi kau dah bunuh Maharaja dan sekarang kau ke sini untuk bunuh anak aku. Aku tak akan biarkan rancangan kau itu berjaya!"

Nalan Hongye tiba-tiba berasa sangat letih. Matahari kini terasa begitu terik seolah-olah setiap sinarannya berbaur dengan keperitan. Lantas dia berpaling dengan dingin dan berkata tenang, "Maharani sudah tak waras dan sudah tidak mampu membesarkan Tuanku Maharaja lagi. Bawa Maharaja pergi."

Xuan Mo berkata dengan penuh hormat, "Baiklah. Bagaimana pula dengan Maharani?" Seluruh dewan pentadbiran menjadi kucar-kacir setelah kemangkatan Maharaja. Bapa Cui Wanru merupakan Komandan Terhormat Empayar Song dan sekiranya wanita itu terus menjadi ibu kepada Maharaja yang membesarkannya, pasti kekuatan Keluarga Cui akan terus meningkat secara mendadak. Tambahan pula Komandan Besar Cui merupakan mahaguru Jinjiang King dahulukala...

"Maharani seorang yang bijak dan adil, serta dia juga telah bersumpah untuk bersama dengan Tuanku Maharaja. Hadiahkan kepada dia wain beracun dan halau dia keluar daripada sini!"

Nalan Hongye mendongakkan kepalanya dan tertanya-tanya sekiranya hari akan hujan kerana walaupun matahari bersinar dengan sungguh terik, namun awan mendung masih berarak dari arah barat laut. Wanita ini yang harus memaksa dirinya untuk menyiapkan segala kertas kerja yang tertunggak akhirnya selesai tatkala hari sudah lewat malam. Xuan Mo yang mengekori wanita muda itu dari belakang kelihatan seolah-olah dia ingin mengatakan sesuatu untuk beberapa kali, tetapi akhirnya memutuskan untuk mengunci mulutnya sekali lagi. Namun sebelum pemuda itu beredar, dia telah menasihatkannya, "Mereka yang dah tiada itu tak boleh kembali ke sini lagi. Takziah saya ucapkan, Tuan Puteri. Tolong jangan terlalu bersedih kerana ia akan menjejaskan kesihatan Tuanku."

Nalan Hongye mengangguk dan membalas dengan formal, "Saya menghargai bantuan awak, Xuan King."

Xuan Mo langsung tidak menjawab kata-kata wanita muda itu, hanya merenungnya sahaja. Nalan Hongye mendongakkan kepalanya dan melihat wajah lelaki itu yang kelihatan sangat serius dan kesepian, tidak lagi dipenuhi dengan keremajaan dan kebebasan. Tatkala masa berlalu, semua orang telah berubah.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C174
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン