アプリをダウンロード
50.68% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 148: Bab 148

章 148: Bab 148

編集者: EndlessFantasy Translation

Yan Xun terus melepaskan ketawa terbahak-bahak setelah melihat Chu Qiao yang tidak mampu membuka matanya itu, "Apa yang awak 'betul'kannya? Awak ini penat sangat ini."

"Saya… Tak penatlah. Saya dengar dengan teliti ini," Chu Qiao menjawab sambil menguap.

Yan Xun berdiri dan dengan satu pergerakan lincah sahaja pemuda ini mampu mengangkat Chu Qiao ke dalam dakapannya bagaikan sepasangan pengantin dan berbisik lembut, "Tak ada gunanya awak risaukan tentang dia. Lagipun, apa yang nak datang itu akan datang juga. Kita hanya boleh tengok siapa yang akan serang dulu."

Chu Qiao menggumam sendirian sambil membenam ke dalam dakapan Yan Xun dengan tangan wanita itu yang berpaut pada leher pemuda itu dan terus tertidur.

Bunyi hon menandakan masa penutupan lampu bagi kem-kem para tentera bergaung samar-samar di kejauhan di bawah cahaya bulan tersebut, ternyata memang sebuah pemandangan yang menakjubkan apabila melihat ribuan lampu tiba-tiba terpadam secara serentak. Yan Xun yang seterusnya memandang wanita yang sedang berada di dalam dakapannya itu terus berasa keazaman dan kesungguhan yang amat tinggi.

Manakala, Tuan Keempat Keluarga Zhuge sedang beristirahat dan meminum tehnya di perkarangan kediaman Keluarga Zhuge. Pemuda itu yang telah diperlekehkan oleh kaum keluarganya sendiri memang seorang yang sanggup berbuat apa saja untuk melindungi dirinya, dan masih tidak mengalah walaupun ramai orang yang menjangkakan sebegitu bagi pemuda ini. Jadi, dia mula bersantai, memulakan pelbagai jenis hobi baru seperti merapikan pokok-pokok bunga, sesi merasa teh, menulis kaligrafi, membaca, dan ada kalanya tuan muda ini akan menuju ke kandang untuk menunggang kuda.

Tiada sesiapa yang boleh menjangkakan pemuda itu baru sahaja kalah dalam pergelutan pengaruh kuasa dalam keluarganya dengan tingkah-lakunya buat masa ini walaupun dia telah melakukan sebuah kesilapan besar yang telah menyebabkan dia berada di dalam sesebuah posisi di mana dia tidak akan dapat meraih pengaruh kuasanya kembali. Kini, pemuda itu tidak boleh untuk keluar daripada perkarangan kediaman Keluarga Zhuge Yue dengan sesuka hatinya lagi dan boleh dipanggil sedang berada dalam penahanan dalam rumah.

Yue Qi melangkah ke dalam bilik, dan melaporkan kepada pemuda itu dengan perlahan, "Tuan, saya dah pulang."

"Baiklah." Zhuge Yue menoleh ke arah Yue Qi dengan malas untuk menyapanya, kemudian pemuda ini terus membelek dedaun teh di dalam cawannya dengan berhati-hati.

"Putera Ketujuh dah pulang ke ibu negara, dan sedang menuju ke Istana Sheng Jin sekarang. Para tentera dari Kediaman Shang Lu yang sedang mengiring dia. Tapi, saya tak lihat pula Pegawai Tentera Barat Daya yang ikut dia, betullah orang kata yang pasukan itu dah diambil alih oleh Putera Ketiga."

Tingkah laku Zhuge Yue perlahan buat sekilas pandang sebelum dia memberikan senyuman yang samar-samar, memang sukar untuk menafsir fikirannya.

"Banyak daerah-daerah di barat laut yang dah buatkan segala persiapan untuk bekalan logistik. Keluarga Batuha akan menghantar 10,000 tentera elit mereka, dan Putera Ke-14 akan diiring oleh pasukan tentera itu juga. Kali ini, Empayar akan kerahkan 300,000 askar tentera yang hanya terdiri daripada askar berkuda dan juga infantri berat. Itu memang barisan tentera yang mantap."

Zhuge Yue mendesis ringan semasa menghirup tehnya sebelum membalas, "Sekumpulan anjing liar yang menyerang bersama-sama itu tak akan dapat tumpaskan seekor singa yang terhebat. Empayar Xia itu mesti dah kehabisan sumber sebab mereka akan hantar orang-orang yang memang langsung tak berguna itu sekarang."

Yue Qi terpana apabila mendengar kata-kata tuannya yang amat sinis itu, dan terus bertanya, "Tuan, Putera Ketiga itu graduan Dewan Shang Wu, dan Putera Ke-14 itu pun baru pulang daripada daerah Barat Laut selepas beberapa kemenangan menentang tentera Yan Bei. Pasukan tentera Keluarga Batuha itu tersangatlah perkasa dan kejam. Macam mana pula mereka itu boleh dianggap tak guna?"

Zhuge Yue meraih wajahnya perlahan-lahan untuk merenung Yue Qi dengan anak mata hitam pekatnya dan menerangkan dengan perlahan, "Dalam kertas memanglah mereka ini nampak hebat. Tapi sebenarnya, indah khabar dari rupa. Kalau peperangan ini dipimpin oleh Zhao Qi atau Zhao Yang, atau sesiapa sajalah, mereka ada 50 peratus peluang untuk menang. Tapi kali ini, pasukan tentera itu penggabungan di antara ketiga-tiga kuasa yang dipimpin oleh seseorang yang lebih suka bangga diri saja. Apa kesimpulan yang awak boleh dapat daripada semua ini?"

Yue Qi terus terkaku setelah mendengar kata-kata tuannya itu.

Kening Zhuge Yue memberi bayangan sebuah kerutan apabila dia menyambung monolognya, "Dalam sesebuah pasukan tentera itu, hanya seorang saja suara pemimpin yang patut didengari. Itu akan memastikan komunikasi tentang strategi ataupun kawalan menjadi lebih teratur. Sekarang, dengan tiga suara pemimpin yang menindas suara masing-masing, kalau Yan Xun tak ambil peluang ini untuk serang kelemahan mereka, dia memang betul-betul bodohlah."

Zhuge Yue perlahan-lahan bangun dari kerusinya dan bergerak ke bilik dalaman di dalam kediaman tersebut, mengarah sambil berjalan, "Arahkan Zhu Cheng untuk keluarkan semua bisnes dan aset kita daripada barat. Peperangan ini akan berpanjangan dan hanya akan menjadi lebih kejam. Kita tak akan dapat apa-apa keuntungan daripada barat lagi."

Baju longgar yang dipakai pemuda itu hilang di sebalik pokok-pokok bunga bersama cahaya mentari yang terang menerangi perkarangan kediaman tersebut. Yue Qi yang sedang memandang kelibat tuan mudanya itu teragak-agak untuk bertanyakan sebuah soalan, namun dia benar-benar berasa ingin tahu. 'Tuan, tuan harap siapa yang akan menang peperangan ini?'

Oktober ke-6 merupakan hari yang berangin kencang.

Penggabungan tentera di antara Pasukan Tentera Barat Laut yang dipimpin oleh Putera Ke-14, Pasukan Tentera Barat Daya yang dipimpin oleh Putera Ke-3, dan Regimen Jinri yang dipimpin oleh putera pertama keluarga Batuha, Tuba Guli, bersama beberapa lagi pasukan tentera yang telah dikerahkan oleh beberapa daerah di Barat Laut sehinggalah ke Barat Daya. Pasukan Tentera Barat Daya dan Regimen Jinri telah ditugaskan sebagai serangan bahagian hadapan, manakala Pasukan Tentera Barat Laut ditugaskan untuk merusuki pihak musuh. Mata lembing peperangan kini sudah semestinya lebih tajam daripada sebelum ini apabila mereka mempunyai lebih daripada 500,000 ahli tentera bersama mereka dan apabila dikira sekali ahli-ahli tentera yang berada di belakang tabir untuk menguruskan perihal logistik dan pengangkutan, seluruh tenaga kerja yang telah dikerahkan oleh pihak empayar telah mencecah lebih 1,000,000 orang. Pasukan tentera yang bersaiz gergasi itu bakal menyelubungi masa depan Yan Bei seperti ribut petir.

Jalan utama Empayar Xia yang menuju ke wilayah-wilayah Barat Laut kini dibanjiri dengan ahli tentera dan juga kereta-kereta kuda yang membawa peralatan peperangan bersama barisan demi barisan bekalan rangsum, kuda-kuda, para tentera yang terus melewati sepanjang jalan tanpa henti dan bergerak ke tapak perkhemahan mereka. Setelah mengumpul para tentera untuk beberapa bulan, kemurkaan Empayar Xia akhirnya bakal dilepaskan ke atas para pemberontak, tidak akan ada erti berundur di dalam api-api peperangan kali ini. Pasukan tentera Yan Bei berkumpul di bandar persempadanan Beishuo, bersungguh-sungguh menunggu untuk mengepung musuh ketat mereka selama ini, dan peperangan bersejarah bakal berlangsung tidak lama lagi.

Oktober ke-13 merupakan hari salji pertama mendarat di tanah tinggi Yan Bei dan salji itu terus menghentam tanah selama tiga hari dan tiga malam, sekaligus menyelimuti permukaan bumi sedalam lebih dari sekali. Dataran yang membeku ini terus menyelubungi setiap tulang sumsum rakyat yang berada di wilayah barat laut apabila suhunya semakin menurun. Walaupun ia tengahari, namun tiada sesiapa yang dapat melihat sinaran cahaya matahari, hanyalah setitik bulatan kuning yang kelihatan lebih terang daripada yang lain sahaja.

Salji yang sebegitu amat jarang sekali dapat dilihat di dalam sejarah Yan Bei dan ia telah meragut nyawa ramai rakyat jelata yang tidak melakukan persiapan secukupnya. Haiwan ternakan banyak yang terkorban bersama bangunan-bangunan juga banyak yang runtuh disebabkan salji tebal dan angin kencang sebegitu, menyebabkan ramai rakyat Yan Bei yang kehilangan rumah mereka. Namun dari sudut baiknya, Tentera Xia yang semakin mara dengan pantas terpaksa berhenti dan berkhemah di Daerah Bailin untuk menunggu ribut itu berhenti dan akhirnya, kedua-dua pasukan tentera yang sedang berkobar-kobar menunggu saat genting pertempuran itu terpaksa berdiam diri dan menunggu masa untuk diserang.

Di dalam dataran bersalji yang seluas mata memandang itu, sekumpulan lelaki sedang giat maju di sepanjang jalan yang menghala ke arah Bandar Beishou dengan kuda-kuda mereka yang kelihatan besar dan gagah. Walaupun kuda-kuda tersebut hanya dilindungi dengan sepasang perisai kulit sahaja, namun mereka terus menderap dengan laju di dalam salji yang membeku dan angin yang kencang itu. Lambat-laun, kumpulan tersebut menghampiri bandar itu dan sekumpulan peninjau terus meluru ke hadapan dan bertanyakan motif mereka, "Siapa kalian?"

Kumpulan yang semakin menghampiri mereka itu langsung tidak memberi sebarang jawapan, namun si ketua pasukan berkuda itu pun meraih sehelai bendera kecil berwarna merah. Si peninjau amat terkejut apabila melihat bendera itu dan terus berundur, memberi laluan kepada kumpulan itu untuk memasuki bandar tanpa sebarang soalan lagi. Kumpulan tentera itu terus meluru ke arah destinasi mereka, menghilang di sebalik dataran bersalji yang luas itu.

"Abang Xun, siapa mereka itu? Kenapa semua orang bagi laluan kepada mereka?" Salah seorang peninjau muda di dalam kumpulan itu bertanya, sedang memakai sebuah topi yang diperbuat daripada kulit beruang dengan muka yang memerah akibat kesejukan itu.

"Jangan banyak tanyalah!" Si ketua mencemuh sebelum memandang sekelilingnya, seolah-olah risau jika pemuda-pemuda itu akan datang kembali jika perbualan ini didengari. Kemudian, dia pun berbisik, "Itu bendera pembunuhan beramai-ramai, bermakna itu Tentera Kedua." Si ketua tersebut berkata dengan nada yang sangat rendah namun seluruh pasukan itu masih dapat mendengari ketua mereka dengan jelas yang membuatkan mereka terus berasa seram sejuk di seluruh belakang badan apabila mereka menoleh untuk melihat pasukan itu yang semakin menghilang disebalik keputihan tersebut.

Memandangkan Empayar Xia telah mengerahkan tentera-tentera yang sememangnya hebat belaka, Raja baru Yan telah mengeluarkan perintah untuk mengerahkan pasukan tentera dari seluruh negara dan baru sebentar tadi pasukan tentera terakhir dari Sempadan Meilin yang nun jauh tiba.

Namun, para pelarian masih lagi berkumpul di hadapan pintu gerbang Bei Shuo walaupun mereka berada di ambang peperangan. Banyak rumah rakyat jelata yang telah hancur dan haiwan ternakan yang telah mati disebabkan oleh ribut salji itu dan dalam masa tiga hari sahaja, ratusan rakyat telah terkorban disebabkan suhu cuaca yang membeku ataupun kebuluran. Kini, mereka berkumpul di hadapan pintu gerbang ini dan berharap agar dapat memasuki kawasan bandar supaya terhindar dari segala bencana namun bandar tersebut telah lama berada di dalam zon kawasan berbahaya. Yan Xun telah memerintahkan supaya pintu gerbang bandar ditutup untuk menghalang penyelinapan para pengintip ke dalam bandar dengan ribuan tentera yang telah dipusatkan di luar pintu gerbang walaupun angka para pelarian di sana semakin meningkat. Bunyi rintihan dan teriakan rakyat di sebalik tembok bandar Beishou dapat didengari di merata-rata tempat.

"Bagi laluan!" Bunyi asakan telapuk kaki kuda yang menderap laju kedengaran tiba-tiba dan disebalik bunyi tersebut, bunyi libasan tali kekang kuda yang dikenakan pada rakyat jelata kedengaran samar-samar untuk memaksa mereka memberi laluan. Tentera barisan hadapan pasukan tentera kedua terus meluru ke arah pintu gerbang bandar Beishou bersama seorang jeneral berjubah merah tua yang sedang melambai-lambai bendera merah terang ke arah para pengawal sambil berlaung, "Kami tentera barisan hadapan pasukan tentera kedua! Saya Xue Zhiyuan. Buka pintu gerbang ini!"

Tidak lama kemudian, sebaris obor api muncul pada tembok bandar tersebut dan salah seorang dari mereka berteriak lantang, "Jeneral Xue ada surat dari Jeneral Cao tak?"

Xue Zhiyuan membalas, "Surat itu ada di sini!"

Sebuah bakul yang diperbuat daripada buluh diturunkan dari atas tembok bandar dan terus salah seorang daripada tentera berkuda di sisi Xue Zhiyan menempatkan surat itu ke dalam bakul tersebut. Tidak lama kemudian, barisan obor api tadi dinyalakan dan pintu gerbang pun dibuka dengan keriang-keriut.

"Ah! Pintu gerbang dah dibuka!" Bunyi sorakan tiba-tiba bergema apabila ribuan pelarian yang berada di sebalik tembok itu berlaung sebelum meluru ke arah pintu gerbang dengan tangan yang beku seperti air banjir yang memecah tebing, sekaligus mengucar-ngacirkan formasi tentera barisan hadapan pasukan tentera kedua.

"Bodoh!" Jeneral yang sedang memakai jubah berwarna merah tua itu menyumpah seranah sebelum melonjak turun dari kudanya.

"Cepat! Hentikan mereka!" Pada saat itulah Komander Cui yang bertanggungjawab mengawal pintu gerbang itu menyedari kesilapannya, namun para tentera bawahannya yang cepat bertindak itu terus berdiri di hadapan pintu gerbang dan menjerit, "Siapa yang berani buat hal akan ditembak mati! Pergi jauh! Jauh!"

Di dalam angin yang berdesir kuat itu, suara-suara para pelarian kedengaran seperti bunyi nyamuk yang menghurung telinga. Para pelarian terus meluru ke arah satu-satunya peluang buat mereka meneruskan kehidupan dengan mata yang memerah, sedar yang bermalam di luar tembok bandar semestinya bermakna kematian, maka para pelarian berteriak sambil berlari, "Berilah kami masuk? Kami rakyat Yan Bei! Beri kami masuk!"

"Jeneral Xue! Jeneral Xue!" Komander Cui menjerit apabila merisaukan jika pasukan tentera sekutu mereka tercedera di dalam kekecohan itu.

Pada masa yang sama darah tiba-tiba terpercik keluar melayang ke udara apabila seorang pegawai muda menghunuskan pedangnya yang tajam ke dalam badan salah seorang pelarian yang lantas menjatuhkan lelaki itu sementara darahnya berlopak merah di atas tanah yang memutih. Para pelarian ini yang terdesak hanyalah rakyat biasa sahaja yang tidak pernah nampak pembunuhan kejam sebegitu, jadi mereka pun terus meromok ke belakang dengan ketakutan, menjauhkan diri mereka daripada pegawai muda itu.

Komander Cui yang terkejut melihat pemuda tersebut kerana menjangkakan tiada sesiapa yang akan cukup berani untuk menggunakan senjata pembunuh itu membuntangkan matanya. Dia baru sahaja ingin membuka mulutnya untuk berkata namun telah disampuk oleh pegawai muda tadi yang melangkah ke arahnya sambil berkata tenang, "Sayalah Xue Zhiyuan."

"Seseorang dah mati! Para tentera dah bunuh seseorang!"

Teriakan seorang wanita itu bagaikan batu yang telah dilemparkan ke atas permukaan air yang tenang apabila riakan kemarahan mula merebak ke dalam hati setiap pelarian. Seorang lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 70 tahun berdiri di dalam khalayak ramai berkata, "Apa hak kamu untuk bunuh kami? Apa hak kamu? Ketiga-tiga anak saya semuanya dalam tentera, dan bantu kamu untuk berlawan dengan anjing-anjing Xia itu. Sekarang, kenapa kalian tak bagi kami masuk ke dalam? Bagi kami masuk ke dalam!"

Walaupun cuaca yang sejuk, dahi Komander Cui dipenuhi dengan titisan peluh kesejukan apabila fikirannya buntu dengan langkah seterusnya yang pataut diambil.

Jeneral muda Xue Zhiyuan berkerut dan berkata tegas, "Kita tak ada banyak masa. Tolong buat keputusan dengan segera."

"Apa?" Komander Cui bertanya, keliru. Dia dilahirkan sebagai seorang penukang besi sahaja, namun telah dinaikkan pangkat hanyalah kerana dia telah menunjukkan keberanian yang menakjubkan semasa pertempuran dulu. Setelah membunuh lebih kurang sepuluh orang pihak musuh, dia telah dinaikkan pangkat kepada seorang komander bawahan dan ia hanyalah nasibnya sahaja kerana telah bertugas pada malam ini. Pemuda ini sememangnya keliru dan bingung dengan apa yang sedang terjadi jadi dia hanya merenung sahaja pemuda yang tenang di hadapannya ini dan bertanya, "Apa yang awak cakap?"

Para pelarian sudah pun memulakan serangan mereka dalam masa yang singkat dan para pengawal bandar yang langsung tidak cekap itu terus dikalahkan dengan mudah oleh para pelarian. Apabila melihat para pengawal yang sudah kehilangan kawalan dengan sangat cepat itu, Xue Zhiyuan pun berteriak dengan anak mata yang terlayar kesungguhannya, "Pemanah! Siap sedia!"


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C148
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン