アプリをダウンロード
34.93% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 102: Bab 102

章 102: Bab 102

編集者: EndlessFantasy Translation

Lelaki itu ketawa sejenak. Setelah melihat tiada siapa yang memberikan respons, dia ketawa lebih kuat sebelum berhenti, tiba-tiba terfikirkan sesuatu lalu berkata, "Arah sini. Kita dah nak sampai…sikit saja lagi. Saya baru saja beli beberapa hamba wanita dari Bandar Xian Yang. Mereka cantik-cantik belaka dan dah siap berhias pun. Heh, mereka dah tunggu Tuan."

Bunyi tapak kaki berhenti betul-betul di sebelah tempat persembunyian Chu Qiao yang membatukan badannya di situ, mememgang pisau belati di tangan sambil menarik nafasnya perlahan-lahan.

Suara bernada rendah itu pun berlalu pergi. Lelaki tersebut berbunyi seperti sedang diserang penyakit akibat suaranya yang kedengaran serak dan sengau. "Bandar Xian Yang?"

"Ya," Tawa lelaki itu. "Heh, Tuan tahu kan yang rakyat Xia tak ketat sangat dengan perihal hamba ini. Harga pun lebih murah dari Empayar Tang. Hari itu, Cui Sima dari Pejabat Setiausaha pergi ke bandar Xian Yang untuk selesaikan satu tugas dan dia beli hamba-hamba ini untuk saya. Tuan nak tak?" Tuan itu berfikir sejenak sebelum berkata, "Tengok dulu macam mana."

Pegawai itu berasa gembira. Senyuman tidak lekang dari wajahnya sewaktu mereka beredar.

Chu Qiao menghembus nafas lega, menyedari dia telah memilih masa yang tepat untuk melawat kerana terdapat seorang pelawat penting di rumah pada malam itu. Namun, dia masih tidak mengetahui siapakah rakyat Xia yang mampu menikmati layanan diraja seperti itu. Lantas, tanpa berfikir panjang, dia berdiri dan berlari ke arah yang bertentangan.

Dalam kegelapan malam, pergerakan Chu Qiao ibarat seekor musang yang ringan dan tangkas namun sewaktu gadis ini ingin berjalan melalui biara tersebut, dia pun tergelincir. Gadis ini cuba untuk menstabilkan dirinya tetapi mendapati dia telah terpijak lumut.

'Ada orang dengar ke?' Jantung Chu Qiao mula berdegup kencang memikirkan hal itu.

Tiba-tiba sebuah suara dingin berkumandang, "Siapa itu?" Nadanya rendah dan dengan sekelip mata dia muncul dari hujung biara di sebelah sana. Orang itu ialah tuan yang kurang bercakap sebentar tadi!

Chu Qiao memegang pisau belatinya itu dengan erat lalu menarik nafasnya sedalam mungkin namun masih berdiam diri. Setelah tidak mendapat respons daripada Chu Qiao, lelaki itu tertawa dingin, kemudian mara dua langkah ke hadapan di sebalik tiang itu dan lantas menggenggamnya dengan sebelah tangan lalu melompat ke atas bumbung dengan menggunakan sebelah tangan lagi!

Awan gelap meyelubungi bulan pada malam yang gelap gelita itu, dan tiba-tiba pemuda itu muncul dalam penglihatan, kelihatan tinggi dan tegak. Lengan bajunya melayang-layang ditiup angin lantas mengeluarkan sebuah aura yang sinis dan menakutkan.

Kelopak mata Chu Qiao bergetar dan amarah mula menguasai diriinya, gadis ini sedar jika dia menunggu dengan lebih lama, ia akan memberi peluang kepada pihak musuh untuk memanggil bantuan lalu tanpa berfikir panjang lagi, gadis ini melompat ke udara sambil menghayunkan pisau belatinya. Musuhnya yang langsung tidak berkata apa-apa itu hanya merentap lengan wanita muda ini dengan kasar manakala tangannya yang sebelah lagi bersedia mencekik leher Chu Qiao sepantas kilat!

Chu Qiao yang menyedari serangan itu segera membengkokkan badannya untuk mengelak serangan musuhnya itu dengan melakukan aksi balik kuang dan mendarat di atas tanah. Namun, dalam sekelip mata sahaja kedua-dua mereka bertukar serangan pada bahu masing-masing dan lantas bahu Chu Qiao mula terasa pedih lalu dia pun menendang musuhnya sekuat hati namun dia terlepas titik utama lelaki itu yang menyebabkan tulang kering kaki mereka bertembung lantas meninggalkan kesakitan yang teramat pada mereka berdua. Mereka kemudiannya berundur beberapa langkah ke belakang sambil menjeling tajam sesama sendiri.

Bunyi tapak kaki kedengaran dari jauh. Nampaknya, pengawal tadi sudah berpatah balik, dan Chu Qiao pun mula menghamun dalam hati kerana dia sesungguhnya tidak menyangka dia akan bertemu dengan musuhnya dalam kediaman ini. Kalau dia dikepung, matilah dia.

Lantas, dalam sekelip mata, dia menyerang musuhnya sekali lagi. Tindakannya itu sememangnya pantas, kejam dan penuh dengan niat membunuh! Namun, musuhnya juga sama-sama tidak memberikan belas kasihan juga. Dia yang tertawa dingin sekali lagi melemparkan sesuatu yang dipegangnya ke arah Chu Qiao.

Gadis itu menghentikan langkahnya. Sebelum sempat dia menghamun musuhnya kerana taktik kotor itu, lelaki tersebut sudah pun meluru ke arahnya sambil menggenggam pergelangan tangan gadis itu dan lantas mendekatkan tubuh mereka.

Chu Qiao hanya membalas dengan renungan tajam. Lantas, dengan pergerakan badan yang aneh, gadis itu melakukan balik kuang sekali lagi dengan kaki kirinya yang mendarat di bahu lelaki itu dan menyebabkanya menjerit kesakitan, nafasnya busuk berbau seperti minuman keras. Namun, lelaki itu langsung tidak terkejut dengan serangannya itu, malah pemuda itu menggenggam pinggang Chu Qiao tetapi sebelum dia dapat berbuat apa-apa, lumut-lumut di atas bumbung tadi telah membuatkan mereka tergelincir lalu jatuh ke tanah! Biara itu tidaklah begitu tinggi atau rendah dan lebih kurang tiga meter sahaja. Kalau terjatuh pun mereka tidak akan mati serta-merta cuma cedera parah sahaja.

Mereka berdua yang mempunyai keserasian telepati melepaskan sebelah tangan untuk menampung berat mereka di atas bumbung. Pada saat ini, lelaki itu menahan kaki Chu Qiao dan sebelum sempat gadis ini berlawan kembali, pemuda itu sudah pun maju ke hadapan dengan membuat balik kuang lalu menghalakan penumbuknya pada dada gadis itu!

Chu Qiao terperanjat jadi dia menaikkan kakinya yang satu lagi dan menjeling tajam ke arah lelaki itu. Dia bersumpah jika lelaki itu meneruskan serangannya, dia tidak akan bergelar seorang lelaki lagi!

Seperti sudah tahu saja niat Chu Qiao itu, lelaki tersebut akhirnya berundur dan mengubah kedudukannya! Bunyi bedebap bergema pada malam itu tatkala kesakitan melanda mereka berdua!

Tangan lelaki itu berpaut pada bahu Chu Qiao dengan kuat manakala kaki Chu Qiao pula sedang menendang betis lelaki itu dengan kuat. Pisau belati di tangannya terbang melayang dan terpahat pada bumbung biara dan menghasilkan bunyi kersik di saat bertembung dengan lantai.

Chu Qiao cuba untuk berdiri apabila dia berasa angin kencang yang menghembus ke mukanya, lantas gadis ini mengerutkan keningnya lalu menendang penyerangnya tadi dan berharap dia akan mengelak serangannya itu. Namun, dia hanya menerima serangan itu tanpa mengeluarkan sebarang suara. Lelaki itu kemudian segera menerpa ke arah Chu Qiao dan serta-merta menggenggam buah dada Chu Qiao!

Pada saat itulah mereka berdua terperanjat! Buah dada gadis ini terasa lembut. Walaupun tidaklah sebesar mana, namun ia terasa anjal dan selesa untuk disentuh! Lelaki tersebut serta-merta mengenal pasti jantina pembunuh upahan di hadapannya itu. Dia yang terkejut tiba-tiba terlupa pergerakannya dan menahan tangannya.

Chu Qiao mendengus lalu dengan sepantas kilat, dia menggenggam pinggang lelaki itu dan menendang dengan tendangan yang berpadu-padu pada pinggangnya. Lelaki yang mendesah kesakitan itu kemudiannya berundur dengan terhuyung-hayang. Chu Qiao mahu menyerangnya sekali lagi namun setelah gadis ini terdengar bunyi tapak kaki yang sedang menghampiri mereka, dia segera berpaling dan melompat dari serambi biara itu selepas menjeling dingin ke arah pemuda di hadapannya. Sebelum sempat pasukan tentera tiba, Chu Qiao sudah pun hilang dalam kegelapan malam.

Pengawal-pengawal memanjat serambi biara itu dengan menggunakan tangga. Tian Chengshou kemudiannya tampil ke hadapan sambil mengelap peluh dingin di mukanya itu dan bertanya, "Tuan? Siapa tadi itu?"

Pasukan tentera tadi memanjat serambi itu dari pelbagai arah sambil memegang obor mereka. Lelaki itu merupakan seorang yang kacak dengan mata hitamnya. Dia memakai baju yang berwarna ungu terang bersama secebis pakaian yang telah dicarik di bahagian dadanya. Sudah tentu sekali itu semua kerja Chu Qiao. Gadis itu pasti sudah tidak sengaja mencarik bajunya sewaktu mereka bertempur sebentar tadi.

"Pembunuh upahan," Jawab si tuan perlahan-lahan. Tian Chengshou terperanjat lalu dia menempik, "Ah! Pembunuh upahan! Cepat beritahu semua penghuni untuk mengejar pembunuh upahan itu!"

Bunyi dentuman gendang berkumandang di seluruh Kediaman Chengshou. Lantas dengan itu, seluruh halaman telah diterangi dengan suluhan cahaya.

"Tian Chengshou," Lelaki itu menoleh untuk memandangnya. "Beritahu orang suruhan kamu untuk menangkap pembunuh upahan itu hidup-hidup. Jangan guna apa-apa anak panah atau senjata pun."

Tian Chengshou terpana lalu dia pun membalas, "Arahan diterima."

Lengan baju lelaki itu melayang-layang apabila ditiup angin. Dia kemudiannya melihat ke arah Chu Qiao yang sedang melarikan diri sambil berkerut memikirkan pergerakannya.

Chu Qiao berada dalam dilema. Keadaan di luar sangat cerah bersama beberapa pengawal yang bertugas membuat rondaan jadi walaupun dengan kebolehannya itu, dia tidak mampu untuk melarikan diri. Sebaik sahaja dia memikirkan tentang tuan tidak guna tadi, dia mengetap gigi diselubungi perasaan marah.

"Jangan sampai aku jumpa kamu lagi!" Chu Qiao menggumam sendirian. Dia memegang seutas loket jed yang diperoleh ketika bertempur dengan lelaki tadi.

Walaupun dia tidak dapat melihat muka lelaki tersebut namun dengan loket ini, dia yakin dia dapat mengenal pastinya suatu hari nanti. Chu Qiao kemudiannya naik berang apabila memikirkan lelaki tadi yang telah memegang buah dadanya.

'Ini perang namanya.'

Chu Qiao bersembunyi di sebalik skrin dalam sebuah bilik yang dihias cantik. Tiba-tiba dia terdengar suara yang lembut dari dalam. Nampaknya, perempuan simpanan dalam bilik ini telah terjaga. Pakaian yang dipakainya agak terdedah jadi sebahagian besar buah dadanya telah tersembul keluar. Dia kemudiannya mengeliat lalu berjalan ke arah skrin itu.

Chu Qiao berfikir sama ada dia akan tertangkap atau tidak tetapi sebelum sempat dia mengelak, mereka berdua sudah bertukar pandangan.

Wanita itu membuka mulutnya untuk menjerit namun sebelum sempat dia berbuat demikian, Chu Qiao sudah mencekiknya dan menyebabkan bebola matanya berputar lalu rebah perlahan di atas tanah.

Nampaknya semalaman dia akan berada di sini.

Apabila dia mengalih kedudukan wanita itu, bunyi tapak kaki kedengaran dari luar bilik dan membuatkan Chu Qiao terkaku. Suara Tian Chengshou yang menjengkelkan itu bergema dari luar. "Tuan, inilah bilik hamba wanita baru itu. Dia masih lagi dara dan tiada sesiapa pernah menyentuhnya lagi sebelum ini. Nikmatilah ya."

Bedebah! Chu Qiao mula berasa cuak.

Pintu bilik itu dihiasi dengan aroma pokok pain. Sebaik sahaja pintu dibuka, bau harumannya meresap ke dalam bilik bersama angin yang ditiup. Tuan tersebut sudah menggantikan pakaiannya dan kini dia memakai jubah panjang berwarna emas bersama sepasang kasut but berwarna hijau. Kasut butnya itu dihiasi dengan corak naga dan kelihatan sangat cantik. Corak tersebut tersembunyi di sebalik garis kasar warna yang sama dan hanya nampak biasa sahaja dari luar. Namun, setelah dilihat dengan lebih dekat dan teliti, ia menghasilkan sebuah aura yang menakjubkan.

Cahaya lampu yang samar-samar dari bahagian utara dan selatan bilik menerangi bilik tersebut. Sumber pencahayaan itu telah dibaluti dengan kain berwarna merah jambu untuk menghasilkan suasana yang memberahikan. Gadis yang memakai pakaian berwarna kuning kemerah-merahan yang agak terdedah itu kemudiannya berlutut setelah melihat seseorang memasuki biliknya. Dia menyembah hormat sehingga dahinya menyentuh lantai. Dari atas, kulit lehernya yang berwarna cerah dapat dilihat.

Raut wajah Tian Chengshou masih lagi pucat. Namun, dia masih mampu mengujar dengan tenang, "Tuan rehatlah. Saya minta diri dulu."

Tuan tersebut mengangguk sambil membalas, "Terima kasih atas layanan baik awak, Tuan Tian."

Tian Chengshou menunduk dan mengangguk. Sebelum beredar, dia mengujar kepada gadis yang berlutut di lantai, "Layan Tuan dengan baik, dengar tak?"

Gadis itu membongkok dengan berhati-hati. Lantas dia pun membalas, "Ya." Suaranya begitu merdu didengari namun kedengaran agak sengau seperti dia baru sahaja bangun tidur yang langsung tidak diendahkan tuan tersebut dan begitu juga Tian Chengshou. Setelah melambai ke arah tuan itu, Tian Chengshow pun beredar dari bilik itu dan menutup pintu dengan berhati-hati.

Bunyi tapak kaki kedengaran semakin memudar namun bunyi yang dihasilkan oleh 20 orang pengawal di luar masih dapat didengari lagi. Mereka sangat berkaliber dan semestinya bukan calang-calang orang.

Cahaya lampu dalam bilik itu berkerlip-kerlip dan menyebabkannya kelihatan samar-samar. Sebuah katil bersaiz besar terletak di tengah-tengah bilik. Ia sebenarnya tidak kelihatan seperti katil pun malah kelihatan seperti tikar besar yang mampu memuatkan lima ke enam orang terbentang luas di atas lantai. Sarung cadar berwarna merah menghiasi tempat tidur itu bersama bantal tebal dan selimut empuk. Namun, tirai yang tergantung di hadapan tempat tidur itu kelihatan bergerak-gerak walaupun tiada angin yang meniupnya. Di bawah pencahayaan yang samar-samar itu, ia mengeluarkan sebuah aura yang menakjubkan.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C102
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン