アプリをダウンロード
26.36% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 77: Bab 77

章 77: Bab 77

編集者: EndlessFantasy Translation

Raut wajah gadis itu kelihatan serius lantas dia pun mengujar dengan dingin, "Ke tepilah!"

"Naif betul!" Dengus Zhuge Yue.

Dengan sekilas saja Chu Qiao mampu menerpa ke hadapan sambil menggenggam penumbuknya yang turut dibalas Zhuge Yue yang turut kelihatan tangkas dan sama hebatnya. Namun, tumbukan mereka akhirnya mengenai dada masing-masing dengan kuat lantas membuat mereka berundur dua langkah ke belakang sambil mengerang kesakitan.

"Pemberontakan Yan Xun takkan berjaya. Ba Lei dan Wei Shuhua dah menjerat dia. Pengkhianat negeri patut mati saja."

Chu Qiao mendengus. Dia menggunakan tangannya untuk mengelap peluh di dahinya lalu berkata, "Dasar hamba!"

Zhuge Yue pun mengamuk, "Apa awak cakap?"

"Saya ingat awak seorang bangsawan yang pentingkan diri, kejam dan ego, Zhuge Yue. Tapi hari ini saya sedar yang tanggapan saya salah kerana awak hanyalah seorang hamba abdi yang menggunakan nama keluarga Zhao saja."

Zhuge Yue membalas dengan raut wajah yang masih kental. "Saya hanya taat pada Empayar Xia dan bukannya keluarga Zhao."

"Ada beza ke?" Dengus Chu Qiao lalu menambah lagi, "Jangan mengarutlah, pengkhianat. Pemenang saja yang akan diambil kisah, jadi siapa tahu dalam buku sejarah nanti akan menggambarkan awak sebagai seorang pengikut ataupun seorang rakan subahat saja. Sejarah hanya tertulis berdasarkan kata-kata pemenang."

"Yakin betul awak dengan Yan Xun ya." Dengus Zhuge Yue. "Saya patut saksikan bagaimana dia mampu untuk melarikan diri dari pintu Zhen Huang itu."

Chu Qiao membalas, "Saya rasa awak tak berpeluang untuk saksikannya."

Aura membunuh kini menyelubungi suasana dan lantas gadis itu mengeluarkan pedang belatinya untuk mula bertukar serangan dengan Zhuge Yue. Di bawah cahaya bulan, dua orang berentap dengan sama hebatnya.

"Kalau awak ikut dia, awak pun akan mati!" Ujar Zhuge Yue sambil mengeluarkan pedang belatinya dan mara ke hadapan.

"Terima kasihlah kerana ambil berat tapi awak urus diri awak sajalah!" Chu Qiao membuat balik kuang di udara dan terus mendarat di atas bahu Zhuge Yue. Gadis itu kemudiannya mengeluarkan pisaunya dan bersedia untuk menusuk bahu lelaki itu.

"Ketidakadilan itu hanya membawa kepada kehancuran. Jangan cabar saya!"

"Kita ini musuh tradisi. Tak perlu nak tunjuk belas kasihan."

"Siapa itu?" Bunyi tapak kaki tiba-tiba kedengaran dari jauh lalu membuatkan kedua mereka terkaku di situ, lantas mereka segera bersembunyi di dalam semak-samun dan tersedar orang-orang yang tidak dikenali itu sedang menuju ke arah yang sama. Bagaikan terlupa mereka sedang dikejar, Chu Qiao dan Zhuge Yue bertikam lidah sekali lagi. "Di sebelah timur, cepat!"

Pengawal istana cepat-cepat menerpa ke arah mereka. Zhuge Yue berkerut dan cepat-cepat memegang pergelangan tangan Chu Qiao lalu mendesis, "Awak nak mati ke? Waktu-waktu macam ini pun nak lawan lagi?"

Chu Qiao pun membalas dengan menyampah, "Kenapa awak ikut saya?"

Zhuge Yue mendengus, "Siapa yang ikut awak?"

"Di hadapan, cepat!"

Dengan sekilas, Chu Qiao menendang betis Zhuge Yue yang membuatkan lelaki itu memandangnya dengan penuh kemarahan, "Awak memang tak tahu batasan kan, perempuan gila!"

Gadis yang sudah berlutut separuh di tanah membalas dengan dingin, "Penghendap keji!"

"Cepat!" Bunyi tapak kaki kini kedengaran sudah menghampiri dan membuatkan kedua mereka terperanjat lalu mereka cepat-cepat berhenti bergaduh dan berguling ke dalam semak-samun yang tebal itu.

"Mana mereka?"

"Bos, kamu pasti salah dengar."

Pengawal itu menggelengkan kepalanya lalu berkata, "Tak mungkinlah! Aku sendiri yang nampak ada beberapa bayang di sini tadi!"

"Mungkin kucinglah, bos. Sini kan ada banyak kucing. Mungkin ada seekor dua."

"Tak. Aku betul-betul nampak tadi." Ujar ketua itu dengan nada rendah, "Dah, pergi cari dalam premis. Hari ini hari lahir Tuanku jadi aku tak nak ada sebarang masalah pun."

"Baiklah!" Sekumpulan pengawal itu pun perlahan-lahan pergi. Dua pasang mata memerhatikan gerak-geri mereka sebelum mereka betul-betul lenyap dari pandangan mereka.

Berdebup. Tiba-tiba Zhuge Yue berasa sakit di bahagian perutnya. Namun, sebelum sempat dia bertindak apa-apa, Chu Qiao sudah melompat ke atas badannya dan mengunci pergerakan pemuda itu ke tanah. Zhuge Yue terkejut kerana langsung tidak menyangka gadis itu akan menyerangnya pada waktu sebegini, Chu Qiao sememangnya sangat handal dan tangkas kerana mampu mengambil peluang di saat Zhuge Yue hilang tumpuan seketika. Lutut gadis itu sudah berada di perutnya dan membuatkannya hampir menjerit kesakitan. Selang beberapa saat selepas itu Zhuge Yue pun sudah diikat kemas oleh Chu Qiao.

"Saya lepaskan awak hari ini sebab awak tak bawa orang-orang awak untuk tangkap saya." Chu Qiao berdiri sambil memandang Zhuge Yue yang sedang membara, kemudiannya menjawab dengan dingin. "Zhuge Yue, awak tak dedahkan saya lapan tahun dulu dan pilih untuk lepaskan saya jadi saya memang berterima kasih pada awak tapi itu tak bermakna permusuhan antara kita dah tamat. Sebagai seorang bangsawan, mungkin awak tak berasa apa-apa masa awak bunuh semua hamba-hamba itu tapi awak kena ingat, hamba-hamba yang awak bunuh itu ialah orang-orang yang saya sayang. Awak dah cederakan Yan Xun dan halang kami dari larikan diri dari ibu negeri lalu menyebabkan kami dipenjarakan selama lapan tahun. Dari dulu kita memang musuh tradisi dan selamanya akan kekal begitu. Saya harap awak faham. Saya tak bunuh awak hari ini tak bermaksud yang saya takkan bunuh awak nanti, jadi lebih baik awak berhati-hati lain kali terjumpa saya."

Amarah Zhuge Yue semakin meluap-luap. Sebaik sahaja melihat gadis itu pergi, dia membalas, "Macam mana awak nak bunuh saya kalau awak akan dibunuh sebaik saja awak keluar dari ibu negeri ini?"

Chu Qiao menoleh sambil tersenyum, "Awak tak yakin dengan Yan Xun ke? Nak bertaruh dengan saya?"

Zhuge Yue merenungnya dengan dingin lalu melemparkan senyuman sinis tanpa sebarang kata-kata.

"Awak bertaruh yang kami takkan dapat larikan diri dari sini dan mati tapi saya percaya yang kami bukan saja dapat keluar dari sini malah dapat pergi secara terbuka juga. Biar semua orang tahu yang pemimpin Yan Bei dah kembali!" Ujar Chu Qiao dengan lancang.

Pada waktu itu, wajah gadis tersebut bercahaya bak sang suria. Dalam kegelapan malam seperti itu, dia kelihatan begitu memukaukan. Chu Qiao percaya setulus hatinya kepada Yan Xun tanpa sekelumit pun perasaan syak-wasangka dan secara tiba-tiba senyumannya itu terasa seperti sesuatu yang menjengkelkan buat Zhuge Yue. Dia berasa geram dan marah. Kenapa gadis itu tidak meletakkan kepercayaannya kepada lelaki itu?

Gadis itu memandangnya lalu berkata dengan yakin, "Awak tunggu dan lihat saja, Zhuge Yue!"

Kejadian malam itu masih segar dalam ingatan Zhuge Yue. Walaupun sudah bertahun-tahun, dia tidak akan lupa raut wajah dan kata-kata gadis itu ketika dia pergi. 'Awak tunggu dan lihat saja, Zhuge Yue.'

Dia hanya terduduk kaku dan melihat gadis itu lenyap dari pandangannya seperti tiupan angin, tidak ubah seperti kejadian lapan tahun lalu ketika dia menjerit, "Lin Xi takkan mati sia-sia, Zhuge Yue!" Zhuge Yue selalu menyesal apabila mengenangkan kejadian pada malam tersebut yang telah mengubah segalanya dan sekaligus menghancurkan impian mereka. Jika dia menyedari akan perkara yang akan berlaku, dia tidak akan duduk berpeluk tubuh saja dan melihat gadis itu pergi tanpa menguturkan apa-apa kata namun, tiada perkataan 'jika' yang wujud dalam dunia ini yang menjadi kenyataan jadi dia hanya mampu terbaring di atas rumput sejuk itu sambil melihat kelibat gadis itu lenyap bak burung phoenix angkuh yang memasuki dunia baharu.

Cahaya terang tiba-tiba menerangi ufuk.

"Tuanku!" Suara gelabah tiba-tiba kedengaran di astaka. Seorang sida-sida berlari ke dalam dengan perlahan lalu berlutut di atas tanah sambil berteriak, "Tuanku, Puteri Chun, dia…"

"Apa yang terjadi pada Kakak Kelapan?" Zhao Song berdiri dan bertanya.

Sida-sida yang berada di lantai membalas, "Tuan Puteri Chun dah larikan diri!"

"Apa?" Permaisuri Bangsawan Shu mengangkat keningnya lalu menegur, "Bagaimana dia boleh larikan diri? Kemana dia pergi? Ramai yang sedang menjaga dia, kamu semua ini buat kerja ke tak? Kalau tak buat kerja, kenapa kami nak simpan kamu?"

"Saya tahu salah saya!" Ujar sida-sida tua. "Tuanku, tolong jangan bunuh saya!"

Hari perkahwinan sudah hampir tetapi pengantin melarikan diri pula. Semua orang hanya mampu membeliakkan mata terkejut.

Zhao Che berdiri lalu berkata dengan nada yang dalam, "Diam dan cuba cakap betul-betul. Bila tuan puteri lari dan dia lari ke mana pula?"

Sebelum sida-sida tua sempat berbicara, bunyi dentuman gendang memotong kata-katanya diikuti dengan bunyi siren yang kuat. Dalam kekalutan itu, ribut pula datang melanda mereka.

"Apa yang dah jadi di luar?" Maharaja bertanya dengan nada yang dalam.

"Melaporkan!" Sebuah bunyi yang panjang berlarutan kedengaran dari jauh. Seorang pengawal diraja yang berpakaian hijau memasuki ke dalam astaka tanpa diundang lalu berkata dengan tegas, "Tuanku Maharaja, Gundik-gundik Maharaja, Putera-putera Raja dan semua Ahli-ahli Majlis Terhormat, sila bergerak ke kawasan selamat. Istana terbakar dan apinya sudah merebak."

"Terbakar?" Putera ketiga, Zhao Qi terkaku. Dia berkata seperti tidak percaya, "Mana yang terbakar? Biro Air pula mana? Kenapa tiada yang hentikannya?"

"Kami dah hantar orang untuk ke Biro Air tapi sampai sekarang masih tiada khabar. Bagi lokasi kebakaran pula, saya tak tahu. Saya hanya nampak api merebak di merata tempat jadi jom pergi sekarang, Tuanku. Api dah mula merebak ke Astaka Fang Gui."

"Berani betul!" Tempik Zhao Qi. "Sun Yunpu dah tak mahu jawatannya ke?"

"Tak ada gunanya kita menyalahkan sesiapa pada waktu ini. Ayahanda, jom pergi cepat. Api dah semakin merebak!" Ujar Zhao Che.

Maharaja Xia mengangguk lalu berdiri. Dua sida-sida di sisinya dengan segera meluru ke arah maharaja tersebut untuk membetulkan lengan bajunya namun sebelum mereka mereka sempat membuat begitu, sebuah teriakan bergema lagi. Seorang tentera datang berlutut di tanah sambil menjerit, "Tuanku, jangan tinggalkan Astaka Fang Gui ini. Di luar tak selamat. Sekumpulan pembunuh upahan dah menceroboh kawasan istana dan membunuh lebih enam puluh orang kita. Angka korban masih lagi meningkat!"

Setelah mendengar kata-kata itu, pegawai-pegawai berasa lebih panik lalu mereka mula berbincang.

Zhao Che berkerut lalu bertanya, "Siapa yang dah terkorban?"

Askar itu membalas, "Leftenan Kolonel He, Komander tentera Yulin, Leftenan Kolonel Lu dari pintu gerbang selatan, Leftenan Yu dari pintu gerbang utara, perutusan yang ditugaskan di kota kara, Tuan Shu Yunpu, ketua Biro Air, askar yang mengawal pintu gerbang barat daya…"

Sewaktu askar itu menamakan lebih ramai lagi, Zhao Che dan Jeneral Meng Tian hanya bertukar pandangan dengan ketakutan yang menyelubungi setiap inci anak mata mereka. Walaupun orang-orang yang dibunuh kelihatan seperti mereka tidak mempunyai apa-apa kaitan namun setelah dianalisis dengan lebih mendalam, sebuah pemberontakan yang telah dirancang rapi telah dapat didedahkan. Dengan kematian mereka itu, seluruh ketua yang berstatus sederhana sudah dihapuskan lantas melumpuhkan ketenteraan maharaja dan memutuskan sistem perhubungan antara orang atasan di ibu negeri yang bermakna arahan kini tidak boleh disampaikan lagi.

Pada malam itu, apa sebenarnya yang telah berlaku?


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C77
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン