アプリをダウンロード
23.28% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 68: Bab 68

章 68: Bab 68

編集者: EndlessFantasy Translation

Chu Qiao berdiri dan akhirnya keperitan yang dirasainya sebelum ini telahpun beransur hilang, namun tidak lama selepas itu pening yang disebabkan oleh demamnya menyerang kembali bagaikan puting beliung. Dia langsung tidak menjamah makanan selama sehari dan semalam, dan mukanya seputih salju yang menimpa bumi. Chu Qiao bersandar pada sebatang pokok untuk menstabilkan dirinya dengan mengambil beberapa helaan nafas untuk kembali tenang sebelum memusingkan badannya dan mula bergerak ke dalam hutan yang tebal itu.

"Awak nak pergi begitu saja?" Zhuge Yue meraih keningnya dan mula melangkah dengan niat untuk mengekori gadis itu. Sebaik sahaja jejaka itu membuka langkah, Chu Qiao tiba-tiba berpusing ke belakang, dan dengan suatu bunyi swoosh, sebuah kilat berwarna putih melayang di udara. Kaki kiri Zhuge Yue melepaskan daya yang sangat kuat, dan bagaikan seeokor burung pipit yang tangkas, pemuda itu melonjak ke udara dan kilauan putih tersebut telah menghiris mukanya sebelum terpantul ke sebuah batu yang tebal. Helaian rambut Zhuge Yue berterbangan dengan pipi kirinya yang kini mempunyai sebuah garisan berwarna putih yang tidak lama kemudian mengeluarkan darah, seolah-olah pisau cukur yang telah menghiris pipi pemuda tersebut.

Chu Qiao memberi amaran dingin, "Jangan fikir yang saya tak berani nak bunuh awak."

Zhuge Yue mengelap darah yang mengalir dari pipinya dan membalas bersahaja, "Tapi awak boleh ke?" Lengan baju pemuda itu yang besar dan panjang melambai-lambai dek angin yang datang dari celahan pokok di dalam hutan. Chu Qiao merenung pemuda itu dengan tajam, musuh ketatnya selama beberapa tahun, sebelum meletakkan tangannya pada karung pedang dan mengeluarkan pedangnya perlahan-lahan. Chu Qiao berkata perlahan, "Kalau macam itu, mari kita selesaikannya hari ini."

Dengan putaran lengan bajunya yang pantas, pedang yang masih berkarung milik Zhuge Yue muncul ke dalam tangannya, menujukan mata pedang ke Chu Qiao. "Baiklah, saya akan ikut saja apa awak kata."

Chu Qiao memusingkan pergelangan tangannya dan mampu untuk memposisikan pedangnya ke arah Zhuge Yue, namun tiba-tiba gadis itu berasa loya di kepala dan terus terjatuh ke arah Zhuge Yue, terlalu lemah untuk mengerang kesakitan pun.

"Bunuh dia!"

Lebih kurang 12 orang pemuda melonjak keluar dari belukar dan ketuanya, dengan sebatang sumpit buluh yang masih tersemat di dalam mulut, sedar yang Zhuge Yue masih berdiri tegak. Tanpa sebarang rasa ragu-ragu, dia mengambil satu helaan nafas yang besar dan menembak sumpit tersebut yang mempunyai jarum sehalus rambut ke arah dada Zhuge Yue.

Dengan satu libasan lengan bajunya, lebih daripada 12 batang jarum bermata biru berkilauan, sememangnya menandakan ia telah diselaputi racun itu dilemparkan ke tepi. Dengan lengan yang didepangkan, Zhuge Yue mengambil kesempatan tersebut untuk menarik Chu Qiao yang sudah pengsan ke dalam dakapannya, menyedari wajah gadis itu lebih pucat daripada sebelum ini, dengan bahu kirinya yang mempunyai lebih kurang tujuh atau lapan batang jarum yang telah disumpit dalam jarak yang dekat, dan mengeluarkan darah hitam.

Zhuge Yue mengerutkan wajahnya. Tidak boleh dinafikan yang situasi sememangnya telah menjadi lebih buruk dan tepat pada masanya, Zhuge Yue ternampak silinder logam yang tergantung di pinggang Chu Qiao, dan tanpa sebarang sangsi pemuda itu terus menarik tali picu senjata itu yang diikuti dengan teriakan yang nyaring. Tiada sesiapa yang terselamat daripada hujan peluru itu dan setelah terselamat, Zhuge Yue mengendong Chu Qiao dan beredar.

Chu Qiao hanya berasa pening untuk seketika daripada racun yang menyusuknya itu dan setelah beberapa ketika, dia tersedar kembali. Gadis itu hanya ternampak Zhuge Yue yang sedang mengendongnya, dengan bunyi desiran yang mengekori dari belakang yang Chu Qiao pasti ialah pihak musuh. Kini dia tidak berasa sakit lagi kerana gadis ini telah kehilangan segala deria di tangan kirinya, dan sambil mengetap giginya dia menjerit, "Lepaskan saya!"

Langsung tidak mengendahkan gadis muda ini, Zhuge Yue tetap melibas tumbuhan-tumbuhan menjalar di hadapannya.

"Zhuge Yue, lepaskan saya!"

"Bisinglah!" Dia berhenti seketika dan memerangkap Chu Qiao ke sebatang pokok dengan tangannya ke bahu gadis itu sambil berkata bengis, "Awak nak mati ke? Tiada masalah, tapi awak kena bagitahu saya dulu di mana Li Ce!"

"Saya tak tahu!"

Mendesis, Zhuge Yue membalas, "Awak tak tahu? Oh maafkan saya kalau begitu. Awak tak suka berhutang dengan orang lain bukan? Saya akan pastikan yang awak akan berhutang dengan saya, hutang yang sangat besar, sampai awak tak boleh bayar sampai awak mati pun."

Bunyi desiran pihak musuh semakin mendekati, seolah-olah ia bunyi ngauman seekor binatang yang telah bersedia untuk menikam mangsanya. Tiba-tiba, kilat menyabung yang diikuti dengan bunyi guruh kedengaran kuat dan lantas hujan lebat pun turun membasahi bumi bersama air hujan yang sekaligus membasahi lumpur. Chu Qiao yang masih lagi terperangkap pada pokok oleh Zhuge Yue itu merenung tajam ke arah pemuda itu bagaikan seekor serigala yang sedang memerhati mangsanya.

"Zhuge Yue, awak ni selalu sangat menghendap saya. Awak pasti ke awak tak jatuh cinta dengan saya?"

Dengan senyuman yang lebar, Zhuge Yue menghampiri gadis itu dan meletakkan mukanya di telinga Chu Qiao, bibirnya hampir tersentuh cuping telinga gadis itu dan lantas berbisik dengan suara yang serak, "Awak takut sangat nak berhutang dengan saya. Awak pasti ke yang awak bukan cuma takut untuk jatuh cinta dengan saya, yang menyukarkan awak untuk membalas dendam demi adik-beradik awak?"

Chu Qiao membalas, "Kalau ia lebih menyenangkan hati awak, saya takkan mendedahkan emosi saya yang sebenar sehinggalah saat di mana saya bunuh awak."

Zhuge Yue pun tersengih. "Samalah kita. Kalau awak bernasib baik dan dapat hidup sehingga esok, saya akan kembali untuk beritahu awak betapa menghiburkannya awak ini."

"Zhuge Yue! Kalau awak tak bunuh saya sekarang, awak akan menyesal nanti!"

"Saya lagi tertarik untuk melihat macam mana orang yang memang dah nazak seperti awak ni mampu untuk membuat saya menyesal."

Dengan renungan yang kejam, Chu Qiao mencemuh, "Satu hari nanti saya akan pastikan awak mati di tangan saya."

Zhuge Yue tidak mengambil ancaman tersebut dengan berat. "Satu hari? Ayat itu dah basi. Xing'er, awak tak ada apa-apa yang baru ke nak bagi saya?"

Sekumpulan pemuda berperisai dengan penutup muka dalam lingkungan seratus orang meluru ke arah mereka. Mereka memeriksa kawasan sekeliling dengan setiap langkah yang diambil bersama pertolongan empat ekor anjing gergasi yang mendahului kumpulan tersebut ke arah tempat persembunyian kedua-dua remaja ini.

Chu Qiao tergelak ringan. "Nampaknya ada orang dah datang. Zhuge Yue, kalau awak ada kata-kata terakhir, awak boleh ucapkannya sekarang. Kalau angin saya baik, saya akan tolong awak sampaikannya."

"Bukan ke itu sepatutnya jadi ayat saya? Saya pasti mereka tu bukannya kejar saya."

Chu Qiao mencela, "Awak fikir mereka boleh bezakan kita ke?"

"Kalau mereka tak boleh bezakan kita, ia bermaksud mereka tu semua sampah, saya pun takkan benarkan mereka hidup."

Anjing-anjing tersebut mula menyalak sekuat hati seolah-olah menandakan permulaan pertumpahan darah yang banyak akan bermula sebentar lagi. Para pemuda bertopeng itu terhenti dalam langkah mereka buat seketika namun terus meluru ke arah kedua remaja itu dengan pantas!

Whoosh! Dengan bunyi dengungan yang kuat, Zhuge Yue mengeluarkan pedangnya dari karung. Pantulan imej daripada pedang itu amatlah senang untuk dilihat apabila ia berjaya untuk membelah sebatang anak panah yang meluru ke arah mereka dengan tepat. Darah segar terpercik di sekeliling pemuda itu dan juga pada jubahnya, membuatkan ia kelihatan seperti bunga ros yang sedang mengembang.

"Pergi!" Seseorang terjerit. Para jejaka serba hitam itu meluru ke arah mereka dengan pedang yang membelah udara dan juga panahan-panahan yang menikam malam. Mereka sememangnya mendahagakan darah dan juga kematian.

Dengan satu libasan pedang, dua buah kepala telah melayang ke udara. Kelibat Zhuge Yue melonjak pantas bagaikan seekor helang. Pada mata sesiapa yang memandang, kemahiran berlawan pedangnya yang mahir itu memang menonjolkan. Pada masa ini, dua orang mayat tidak berkepala itu terjatuh namun masih lagi mengekalkan posisi pertempuran mereka yang asal, dan mengambil beberapa langkah ke belakang dan terkulai ke dalam lumpur dengan darah yang deras keluar dari leher mereka.

Zhuge Yue pun melangkah ke belakang dan melibas pedangnya beberapa kali di udara untuk menangkis panahan demi panahan yang telah dilepaskan oleh pihak musuh. Pada masa ini, racun yang sudah merebak ke hampir setengah badan Chu Qiao yang sedang berdiri di belakang Zhuge Yue itu dan langsung tidak mempunyai sebarang tenaga pada tangan kanannya untuk mengangkat pedangnya sendiri. Kakinya goyah dan jika dia tidak berpegang teguh pada sesuatu, dia pasti sudah jatuh terjelepek di atas tanah.

Zhuge Yue berpaling dan meraih keningnya. "Awak tu dah teruk sangat macam itu, kenapa masih nak paksa diri?"

Chu Qiao membalas dengan lemah, "Bukan masalah awak pun!"

"Kalau saya tiada di sini, awak pasti dah lama mati. Tapi sekarang awak masih nak bercakap tentang membunuh saya. Tak tahu malu betul."

Pada ketika itu, sebatang anak panah melayang terus ke arah titik butanya pada ketinggian yang hampir mencecah kaki pemuda itu. Mensasarkan dada Zhuge Yue, Chu Qiao terus menyedari anak panah tersebut dan menerkam pemuda itu dan serta-merta beberapa anak panah lagi yang sedang melayang ke arah mereka. Dengan beberapa hayunan tunggul pedang, dia menikam mata pedang ke dalam tanah dan menggunakannya untuk memusingkan diri sambil menggenggam Chu Qiao untuk mengelak panahan-panahan membunuh itu.

"Kalau awak tak serius, kita berdua akan mati di sini!" Chu Qiao berkata tegas.

Lantas dibalas Zhuge Yue, "Jadi awak pun takut matilah ya?"

Chu Qiao mengetap giginya geram dan mengeluarkan pedangnya dari karung. Tanpa sebarang pergerakan yang gah mahupun menonjol, pergerakan gadis ini amat kemas dan tangkas dengan setiap libasan pedang yang dapat membunuh pihak musuh.

Guruh terus berdentum dengan langit yang masih menangis membanjiri bumi. Ratusan pembunuh berpakaian hitam mengeluarkan pedang mereka dan meluru ke arah pasangan ini, dengan tanah yang memercik darah dan lumpur. Tiada jeritan mahupun teriakan, tiada bunyi ngeri, setiap ruang udara telah dipenuhi dengan bunyi hujan yang menikam tanah. Kelibat-kelibat manusia kelihatan di sebalik hujan lebat itu sedang menikam masing-masing dengan darah yang memercik dan juga anggota tubuh badan yang bergelempangan.

Jantung para jejaka yang bertopeng itu semuanya sedang bergedup kencang dengan perasaan geram. Mereka masih mengekalkan pergerakan yang tangkas dan cekap sambil mengeluarkan pedang mereka dari karung di pinggang, namun melihat kumpulan sebelum ini yang bertempur dengan pasangan ini tidak berjaya mendapat keputusan yang baik, darah mereka berderau. Masih mengekalkan posisi bulatan di sekeliling pasangan itu, mereka berundur dengan perlahan sambil mata mereka masih merenung kedua pasangan ini yang masih mengekalkan kedudukan yang amat agresif. Setelah mendapat arahan daripada ketua mereka, pemuda-pemuda bertopeng ini mencapai alat yang berada di belakang, dan lantas mengeluarkan sebilah lembing pendek yang berukuran setengah meter.

Mengerutkan dahinya ketat, raut wajah Zhuge Yue menampakkan kesungguhannya sekali lagi dan lantas mengegur, "Hati-hati."

"Serang!" Jerit ketua tersebut. Berbilah-bilah lembing dilemparkan ke arah mereka dari semua arah, meninggalkan kesan berkilauan apabila ia membelah udara.

"Ke tepi!" Menolak Chu Qiao ke tepi, Zhuge Yue mempamerkan pedangnya dan dengan pergerakan yang boleh disamakan dengan kilat yang menyabung, pemuda itu berjaya mengelak dua bilah lembing namun ia telah berjaya mengupas selapis kulitnya akibat daya lemparan lembing yang amat kuat itu. Melihat Zhuge Yue, Chu Qiao juga menghayunkan pedangnya dan bersedia untuk menyerang tetapi sebatang anak panah kelabu dengan rantai hitam telah dilepaskan dari langit dan langsung mengikat di sekeliling pinggangnya. Sebuah kekuatan tiba-tiba datang kepadanya, menariknya untuk terus berlari keluar daripada kawasan lemparan lembing.

Para pembunuh terkejut melihat Chu Qiao yang berjaya melepaskan diri, namun mereka pantas bertindak balas apabila mereka meraih kepala mereka dan menyasarkan ke hadapan, namun ternampak sebuah kelibat yang melonjak ke bawah bagaikan sebiji tahi bintang di langit. Melambai-lambaikan pedangnya, si kelibat itu mampu untuk menghalang semua panahan tersebut dan berjaya merentasi hutan tebal itu dengan mudah, menggunakan cangkuk besi untuk melonjak dari satu dahan pokok ke dahan pokok yang lain.

Angin kuat menghembus di dalam hutan yang rimbun itu. Semasa Chu Qiao melayang pergi, dia terlihat Zhuge Yue yang sedang berada di dalam pertempuran bersama sekumpulan orang ramai di bawah, anak matanya masih terang bersinar. Terus pemuda itu menoleh ke arah gadis itu dengan bersahaja dengan anak mata yang terpantul jelas imej pedangnya yang megah.

Kilat menyabung dan diikuti dengan bunyi guruh yang berdentum. Semakin ramai pihak musuh yang muncul entah dari mana setelah Chu Qiao dilihat oleh pemuda-pemuda bertopeng semasa mereka menoleh ke arah dahan-dahan pokok.

"Tuan, Tuan pergi dulu!" Ah Jing berteriak semasa dia sedang memenggal kepala pihak musuh.

Beberapa pemuda bertopeng hitam mendarat dan menghalang Chu Qiao dan pemuda itu. Pisau yang senipis pencukur itu dihunuskan ke arah musuh, sementara kuda-kuda mereka yang meluru di atas lumpur itu meluru ke arah mereka.

"Mari kita pergi!" Suara pemuda itu lantang kedengaran, dengan sebuah nada yang sukar ditaksir dan lantas pemuda itu mengangkat Chu Qiao di pinggangnya dan melonjak naik ke atas salah seekor kuda dan beredar setelah tali cemeti dilibas.

"Halang mereka!" Laung pihak musuh sementara segerombolan pemuda-pemuda bertopeng itu meluru ke arah mereka.

Dengan dengusan tanpa emosi, pemuda itu mengelar leher seorang pembunuh upahan dengan senang, dan darah panas yang baru sahaja mengalir keluar itu telah membutakan mata seorang lagi pembunuh upahan yang sedang panik. Sebelum dia dapat bertenang, sebatang anak panah terus tercucuk ke dadanya.

Pemuda itu menarik tali kekang kudanya dan lantas haiwan itu berdiri dengan menggunakan dua telapuk kaki dan dengan dentuman yang kuat, kuda itu berjaya menendang dada dua orang pembunuh upahan yang sedang mara ke arah mereka. Tulang rusuk mereka hancur, dan darah terpercik keluar ke tanah bagaikan pancutan air panas. Melayang lebih dari 30 meter di belakang, mereka berjaya merempuh empat lagi ahli komrad pihak lawan.

Melihat mereka tidak dapat menentang penceroboh ini, ketua pembunuh upahan itu telah memecahkan sebuah silinder yang melekat di pinggangnya itu dan melepaskannya ke langit dan lantas bunga api meletus di langit, menerangi kawasan sekeliling.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C68
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン