アプリをダウンロード

章 7: Bab 7

編集者: EndlessFantasy Translation

Sambil mereka sedang berbual-bual, satu teriakan menusuk telinga didengari datang dari luar, diikuti dengan suara nyaring yang berkata, "Bagus sangatlah tu, hamba bodoh. Berani kau mencuri? Kau tak nak hidupkah?"

Lin Xi mengerutkan mukanya dan bergerak ke pintu. Zhi Xiang menahannya kembali dan berbisik, "Keluar ikut pintu belakang cepat! Tiada sesiapa dapat melihat kamu di sini. Tuan muda keempat akan bunuh kamu."

"Saya…"

"Pergi, cepat!"

Tiada sesiapa akan percaya bahawa pondok seusang itu mempunyai pintu belakang. Apabila Lin Xi membuka pintu belakang, Zhi Xiang menggenggam lengannya dan berkata dengan sangat serius, "Walau apa pun yang terjadi, jangan datang balik." Dia bergegas keluar.

Tangisan kesakitan dan bunyi libasan didengari pada masa yang sama. Seorang wanita bersaiz agak besar mengangkat lengannya dan menjerit kemarahan, "Bukankah mereka semua ni anak perempuan daripada keluarga Jing yang kaya dulu tu? Siapa yang sangka mereka boleh menjadi sehina ini. Kakak-kakak kamu sekarang semuanya pelacur di Laluan Shi Hua, dan kamu semua di sini ialah pencuri. Memang keluarga yang keji dan hina."

"Puan Song, kami tau yang kami salah. Kami takkan berani buat benda sebegini lagi." Zhi Xiang meletakkan dirinya di antara wanita itu dengan adik-adiknya, lantas menerima sebatan ke mukanya dan melindunginya dengan tangan yang berdarah dan tercedera. Dia jatuh melutut dan menarik-narik hujung kain wanita itu, menangis merayu kemaafan. "Kami takkan buat lagi."

"Baru sedar apa kesalahan kamu? Nampaknya kamu macam lebih sedar lepas kena sebat."

Hujung tali sebat itu mendarat terus ke atas tubuh badan kanak-kanak tanpa sebarang belas kasihan. Xiao Qi, gadis kecil bertocang dua itu telah mengalami kecederaan sebelum ini dan dia tidak dapat menahan kesakitan sebatan itu juga. Setelah beberapa sebatan, matanya mengguling ke belakang kepalabya dan lantas dia terjatuh pengsan. Kanak-kanak yang lain terus meraung ketakutan, tetapi wanita montok ini sedang menikmati dirinya sendiri, dan setiap setabat akan menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. Dengan suatu teriakan, dia mengangkat tali sebatnya tinggi sekali lagi.

Bunyi tali sebat kedengaran, namun kini tiada tangisan dapat didengari. Puan Song menjenguk ke bawah untuk melihat seorang gadis kecil berpakaian koyak rabak berdiri di hadapannya. Walaupun dia seorang yang kecil molek, namun renungannya dingin dan tajam. Tangannya yang menghitam menggenggam erat hujung tali sebat itu, lalu berkata dengan nada berbahaya, "Sudah, cukup."

Puan Song bertambah berang dan mengherdik, "Hey budak, kau ni mencari nahas ke apa?"

"Yue Er, Yue Er, lepaskan genggaman kamu!" Zhi Xiang merangkak ke arah Chu Qiao dan menarik-narik bajunya. Dia menangis sambil berkata, "Cepat, minta maaf kepada Puan Song sekarang!"

Chu Qiao langsung tidak mengendahkannya dan terus merengus ke arah wanita itu. Dengan nada mencabar, dia berkata, "Cubalah sebat mereka sekali lagi."

Puan Song mengangkat kedua keningnya dan meradang, "Aku takkan sebat mereka, aku akan sebat kau!" Setelah menghabiskan ayatnya, dia mengangkat tali sebat dan menghayunkannya sekuat hati. Chu Qiao ketawa mengejek, merentap tali pinggang wanita itu, dan lantas Puan Song tersandung jatuh ke atas tanah.

Kanak-kanak tersebut bersorak kuat dan Chu Qiao bergerak ke wanita itu. Dia mencangkuk dan tersenyum sinis, "Tak nak datang balik untuk merungut?"

Puan Song berdiri dengan kelam-kabut dan menjerit, "Kau tunggu!" Kemudian, dia memecut keluar dari kawasan itu.

Zhi Xiang berlari ke arah Chu Qiao dengan khuatir, kebimbangannya menyebabkan matanya untuk bergelinangan. Dia berkata, "Yue Er, kamu telah menyebabkan banyak masalah. Apa yang patut kita lakukan sekarang?"

"Jaga mereka." dia mengarah dan berlari mengekori wanita tersebut.

Dia sudah menghafal jalan apabila dia dibawa ke pondok itu. Setelah membelok di dua persimpangan, dia melihat wanita itu tergesa-gesa berlari merentasi jambatan batu. Disebabkan oleh saiznya yang besar, dia mula termengah-mengah walaupun mereka hanya berlari dalam jarak yang pendek.

Chu Qiao menyorok di dalam semak samun. Dia meninjau kawasan persekitarannya dengan berhati-hati, memeriksa jika ianya selamat. Dia mengangkat sebuah batu dan mengecilkan matanya, menyasarkan batu itu terus ke arah wanita itu sebelum melontarnya sekuat hati.

Dengan satu dentuman perlahan, batu tersebut mendarat laju ke atas buku lali Puan Song. Dengan satu jeritan terkejut, dia tergelincir dan terjatuh dari jambatan itu.

Ianya pertengahan musim sejuk, dan permukaan tasik itu telah diliputi satu lapisan aid yang tebal. Puan Song yang telah terjatuh itu langsung tidak meretakkan lapisan ais, menyebabkannya untuk terlentang sambil mengerang kesakitan.

Chu Qiao muncul dari dalam semak samun dan berjalan santai ke jambatan itu, menjenguk ke bawah di mana wanita itu sedang terbaring. Dia lantas menjerit, "Hai, awak nak saya pergi minta tolong ke?"

Wanita itu berpaling ke arahnya dan nadanya terus bertukar. Dengan nada mesra, dia berkata, "Gadis yang baik. Boleh tak kamu minta bantuan untuk saya? Sakit sangat ni."

Chu Qiao ketawa terbahak-bahak. Dengan senyuman yang ceria, dia tunduk dan mengambil sebuah batu besar, mengangkatnya ke atas kepala dengan gagah.

Melihat Chu Qiao bersama batu besar itu, wajah Puan Song bertukar pucat. Dia tergagap, "Kau.... Apa yang kau buat ni?"

Tidak mahu membenarkan wanita ini menjerit meminta pertolongan, dia melepaskan batu itu dari tangannya dan lalu memecahkan lapisan ais yang tebal itu serta-merta. Dengan tangisan terkejut, wanita itu terbenam di dalam air berais, tenggelam ke dasar tasik dan hanya meninggalkan buih-buih di permukaan tasik itu.

Chu Qiao berdiri di jambatan itu, kelihatan aman dan tenang walaupun riak wajahnya tidak berubah.

Dunia ini sangat kejam. Untuk terus hidup, seseorang itu harus menghapuskan musuhnya dalam satu tindakan.

Tanpa rasa kesal, dia memalingkan badannya dan mula mengorak langkah pulang. Setelah dia sampai ke laman kediaman, kanak-kanak itu semua berlari ke arahnya, semuanya tercedera bersama linangan air mata. Chu Qiao mendekati Xiao Qi lalu memeluknya erat, yang baru sahaja kembali sedar dan berada di hadapannya. Dengan helaan nafas yang panjang, dia berbisik, "Jangan risau, semuanya baik-baik sahaja."

Di dalam laman hamba yang merumahkan hamba kelas terendah kepunyaan keluarga Zhuge ini, kehidupan hamba kecil tidak berubah seperti kehidupan seekor binatang. Mereka tidak dapat lagi menahan air mata mereka, lalu menangis berteriak mengenang nasib mereka.

Apabila tiba masa untuk makan malam, seorang tua yang bertanggungjawab untuk mengarah kanak-kanak keluarga Jing itu telah mengarah mereka untuk mula bekerja, termasuklah kanak-kanak yang tercedera seperti Xiao Qi dan Zhi Xiang. Hanya Chu Qiao dan Xiao Ba, yang baru sahaja mengalami kecederaan parah di pinggangnya dan sedang tidur, dibenarkan untuk berada di dalam pondok. Mereka hanya pulang ke pondok pada tengah malam dengan kepenatan dan keletihan yang teramat sangat. Setelah menghabiskan makan malam mereka, kanak-kanak itu dengan patuhnya berbaring di atas katil mereka sendiri. Zhi Xiang bertinggung di sebelah pemanas tilam itu lalu menambahkan lagi kayu api untuk membiarkan api untuk terus menyala. Parut di wajahnya kini telah menjadi bengkak dan kemerah-merahan, bagaikan ular-ular kecil di atas muka Zhi Xiang.

Keadaan di dalam pondok kecil itu sunyi sepi, dan tidak lama lagi bunyi pernafasaan kanak-kanak yang sedang nyenyak tidur akan memenuhi ruang yang kecil itu. Memakai pakaian yang telah diberikan oleh Zhi Xiang, Chu Qiao bangun dari katilnya dan berbisik, "Kalau kakak tak merawat luka-luka di muka kakak tu, pasti akan berparut nanti."

Api di dalam pemanas tilam itu bercahaya menerangi muka Zhi Xiang. Tubuh badannya sangat kecil, membuatkan matanya kelihatan lebih besar dan lebih gelap. Dia mengangkat kepalanya ke arah Chu Qiao dan berkata, "Yue Er, hamba tak sepatutnya menggunakan ubat. Kali terakhir Xiao Qi menggunakan ubat yang Lin Xi bagi secara senyap-senyap tu, kita tak tau apa risikonya. Kalau tertangkap, semua orang mungkin akan dibunuh. Kita tak boleh ambil risiko yang sama dengan luka-luka di muka kakak ni."

Sesudah ayat itu dilafazkan, suatu bunyi kedengaran datang dari atas pemanas tilam. Kedua-dua mereka menoleh pandangan ke arah bunyi itu, dan menyedari bahawa ianya ialah Xiao Qi yang telah menendang selimutnya kuat dengan kaki. Zhi Xiang bergegas ke katil Xiao Qi dan menyelimutinya kembali. Setelah mengelap peluh yang bertitisan di dahinya, dia kembali bertinggung di sebelah pemanas tilam untuk menjaga api.

Chu Qiao merenung Zhi Xiang dan bibirnya bergetar, namun tiada satu perkataan pun yang terkeluar dari mulutnya. Anak gadis ini berumur hanyalah sepuluh tahun tetapi dibebani dengan tanggungjawab yang sangat besar. Semua kanak-kanak di dalam pondok usang itu berumur dalam lingkungan lima ke sepuluh tahun. Mengapa keluarga bangsawan seperti keluarga Zhuge itu perlu hamba kecil seramai ini?

"Kakak Zhi Xiang," Chu Qiao berbisik menuruni pemanas tilam. Mencangkuk sebelah Zhi Xiang, dia menyambung, "Kakak pernah pergi ke Jiang Nan?"

"Jiang Nan?" Kening Zhi Xiang dikerutkan rapat. "Jiang Nan tu di mana?"

"Kakak tak tau di mana Gunung Kuning ke? Ataupun Sungai Yangtze?"

Zhi Xiang lalu menggelengkan kepalanya dan menjawab, "Kakak tau bahawa di tebing barat Sungai Hong tu ada Gunung Hong, dan di kaki Gunung Hong itu ada Sungai Cang Li. Yue Er, kenapa kamu tanya?"

Chu Qiao seperti terkaku dan sedang jauh mengelamun. Dia menggelengkan kepalanya sedikit dan berkata, "Takde apa-apa, saja nak tanya. Oh lagi satu, Kak Zhi Xiang, kakak tau tak siapa maharaja kita sekarang?"

"Maharaja tu maharajalah. Kita mana boleh menyebut nama beliau. Tetapi kakak tau bahawa Putera Maharaja yang sering berpakaian hitam itu merupakan anak ketujuh maharaja, Zhao Che, dan beliau sering menziarahi kediaman Zhuge. Zhao Che merupakan putera termuda di dalam Empayar Xia untuk dinamakan sebagai seorang raja."

Muka yang tidak berperasaan dan bongkak itu terpancar jelas di ingatannya. Matanya dikecilkan dan mengulangi, "Zhao Che?"

"Yue Er, apa yang berlaku tadi? Kamu nampak pelik lepas kamu balik. Apa yang kamu cakap dekat Puan Song? Macam mana dia boleh lepaskan kita macam tu saja?"

Chu Qiao berpaling dan tersenyum lebar. Lalu dia berkata, "Saya biasa saja, jangan risau. Puan Song tak lepaskan kita pun, tapi dia telah terjatuh ke dalam tasik berais dan jatuh tenggelam. Saya nampak dia lemas depan mata saya sendiri. Yang pasal Puan Song datang ke sini tu, jangan beritahu sesiapa pun tahu."

"Dia dah meninggal dunia?" Zhi Xiang tercungap dan mukanya bertukar pucat.

Chu Qiao menutupi mulutnya dengan pantas dan lantas melihat sekelilingnya. Tiada sesiapa pun yang terjaga, jadi Chu Qiao berkata serius, "Tiada sesiapa yang tahu mengenai hal ini selain daripada kakak dengan saya. Jangan beritahu sesiapa. Hati Puan Song itu busuk dan kejam, jadi ada banyak sebab untuk dia mati. Tapi dia telahpun mati, dan kakak tak perlu risau mengenai hal itu lagi."

"Yue… Yue Er," Zhi Xiang tergagap. "Kamu… bukan kamu yang bunuh dia, kan? Dia jatuh ke dalam tasik tu sendiri, kan? Anak… anak dia merupakan ketua pengawal kediaman Zhuge. Kita tak boleh buat dia marah."

Chu Qiao ketawa dan menuding jari ke arah dirinya sendiri. "Kakak rasa saya boleh ke membunuh dia? Okay, kakak kena berhenti berfikir banyak sangat ni. Dia telah melakukan terlalu banyak benda buruk, kalau tiada sesiapa yang membunuh dia pun, Tuhan mesti akan melakukan benda yang sama. Kakak ni penat sangat, pergilah berehat."

Zhi Xiang menggelengkan kepalanya tegas. "Tak boleh, kakak kena jaga api ni supaya tak terpadam."

"Tak apa, saya boleh lakukan. Saya tercedera jadi esok saya boleh bermalasan di dalam rumah. Kakak pergilah tidur."

Chu Qiao duduk perlahan di atas bangku kecil, menambah kayu api sesekali ke dalam api itu. Kayu api itu berbunyi apabila dia dibakar, menerangi mukanya dengan cahaya merah yang terang. Dia mengangkat kepalanya untuk melihat kanak-kanak yang sedang nyenyak tidur di dalam pondok itu, dan hatinya menjadi remuk. Kasihan betul, tetapi apalah yang boleh dilakukannya? Dengan misterinya dia telah diihidupkan kembali ke era ini dan terperangkap di dalam tubuh badan kecil milik Jing Yue Er, kehilangan segala kemahiran seni mempertahankan diri dan pada masa yang sama dihidupkan kembali sebagai seseorang berkelas rendah. Dia kini tidak boleh menjaga dirinya sendiri, apatah lagi menjaga kanak-kanak ini? Semua yang telah dilakukan pada hari ini adalah simbol terima kasih untuk Lin Xi kerana dia telah menghantar makanan kepadanya selama tiga hari berturut-turut semasa Chu Qiao berada di dalam pondok usang itu keseorangan. Selepas ini, dia akan berangkat serta-merta.

Chu Qiao perlahan-lahan memejamkan matanya. Dia tahu bahawa apa sahaja yang dilakukan, pasti akan ada batasannya. Tetapi dengan keadaannya sekarang ini, dia tidak mempunyai keupayaan untuk menanggung bebanan sebesar itu.

Ayam jantan berkokok setelah subuh datang tiba. Kanak-kanak keluarga Jing itu bangun tepat pada masanya dan memakai pakaian seragam hamba mereka, bersiap sedia untuk menempuhi hari itu.

Walaupun dia telah kehilangan kemahiran yang telah lama dilatih, namun dia masih mempunyai pemikiran yang jelas. Chu Qiao bukan lagi ejen khas daripada bahagian operasi ke-9, namun dia masih telah menjalani latihan profesional tentera. Kediaman Zhuge dipenuhi dengan orang-orang yang tinggal di situ, tetapi bagi gadis kecil berumur lapan tahun yang mempunyai pemikiran logik yang mantap dan mengerti akan konsep ruang, ia masih kelihatan seperti taman permainan tanpa sebarang perlindungan.

Dalam setengah jam, dia merangkak keluar daripada laman hamba dan berjalan ke arah laman di hadapan. Perlindungan mula bertambah ketat, dan pengawal bersenjata pisau boleh dilihat membuat rondaan di setiap kawasan kediaman. Keluarga Zhuge bukanlah keluarga biasa, kerana Zhuge Huai boleh memanggil Zhao Jue, Zhao Che, dan kaum kerabat yang lain sebagai saudaranya.

Berdiri tegak, badan Chu Qiao yang kecil kelihatan seperti pokok kecil lalu dia meluruskan pakaiannya dan melangkah keluar dari semak samun dengan penuh keyakinan.

"Berhenti! Kamu ni mencari nahas ke? Kamu fikir tempat ni benarkan kamu berjalan merata-rata?"

Seorang askar yang tinggi berbadan tegap bergerak ke arahnya, mukanya bulat dan montel. Chu Qiao membeku dalam langkahnya dan mengangkat wajahnya yang putih mulus dan comel itu, ditambah pula dengan matanya yang gelap dan berlinangan. Chu Qiao berkata dengan nada manja, "Oh abang, saya telah mendapat arahan daripada tuan besar untuk pergi ke kediaman luaran. Daripada apa yang saya dengar, kalau saya tak berada di sana dalam masa sejam, mereka akan bunuh saya."


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C7
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン