アプリをダウンロード

章 4: Bab 4

編集者: EndlessFantasy Translation

Empayar Xia terletak di utara tebing Sungai Hong. Sudah menjadi satu adat bagi rakyat empayar ini untuk mendalami seni mempertahankan diri, dan pasukan tentera mereka sangat berani. Sejak zaman nenek moyang mereka lagi, mereka merupakan bangsa nomad yang sering mengembara demi mencari sumber air dan tanah yang menghijau.

Deringan pertama jam besar di tengah-tengah bandar itu bergema panjang pada subuh pagi, kedengaran megah seolah-olah berada berbatu-batu jauhnya. Jam itu terus berdering sewaktu gerbang utama bandar dibuka perlahan-perlahan, dan sinaran mentari menyinari seluruh bandar menandakan permulaan hari yang baru di Bandar Zhen Huang di bawah pemerintahan berkuku besi empayar ini.

"Bergerak!" kedengaran satu suara yang lantang dan jelas.

Seekor kuda hitam mengangkat telapuknya yang berwarna putih dengan megah, lalu memecut keluar dari bandar Zhen Huang di dalam salji, meninggalkan tapak telapuk kuda sepemergian mereka. Kuda yang laju itu telahpun meninggalkan lebih kurang sepuluh orang anggota pasukannya di belakang.

"Yan Shizi, perlahannya kamu!" Zhuge Huai berkata sambil ketawa besar, sambil mengarah kudanya kehadapan.

Empat remaja berdiri di sisinya, yang paling kecil berusia sebelas ke dua belas tahun, manakala yang tertua berusia dalam lingkungan tiga belas ke empat belas tahun. Mereka semua berpakaian sutera bersulamkan perak, kelihatan segak dan bergaya. Setelah mendengar suaranya, para remaja tersebut menoleh pandangan mereka ke arah lelaki yang sedang maju ke arah mereka.

Yan Xun menghentikan kudanya dengan jeritan tegas. Kudanya mengangkat kedua telapuk hadapannya lalu meringkik dengan kuat, dan menghempaskan kedua telapuk hadapannya dengan stabil kembali ke tanah bersalji. Yan Xun sedang memakai pakaian berwarna biru langit, bersama beberapa ekor ikan kaloi berwarna emas dan perak yang disulamkan pada hujung jubahnya. Dia juga memakai kot bulu yang panjang berwarna putih yang terletak diatas bahunya. Lantas dia ketawa bimbang, "Saya terdengar suatu berita tentang awak, Saudara Zhuge. Puteri kelapan berada di istana saya dan saya tak dapat nak tinggalkan dia. Maafkan saya sebab membuatkan semua orang tertunggu-tunggu." Dia berkata mesra dan tersenyum kebudak-budakan. Sesiapa sahaja boleh melihat bahawa dia seorang yang suka menyendiri. Dengan selendang mink yang tebal mengelilingi lehernya, dia kelihatan agung, bersahaja dan kacak. Usia Yan Xun tidak melebihi tiga belas atau empat belas tahun, tetapi dia pastinya memancarkan sebuah aura kematangan.

"Saya tak tahu yang Tuanku ada temujanji dengan seorang wanita yang cantik. Nampaknya kami telah merosakkan suasana bagi Tuanku," seorang putera berkata sambil bergerak ke hadapan. Dia sedang berpakaian biru kehijauan dan suaranya kedengaran belum akil baligh. Tubuh badannya menunjukkan bahawa dia tidak lebih daripada tiga belas tahun dan bentuk matanya yang besar dan sepet tidak ubah dari seekor musang, dan nada suaranya keriangan.

Yan Xun ketawa kecil dan berkata dengan nada sederhana, "Putera kedua Wei, awak pasti bergurau. Kalau tidak disebabkan awak yang memaksa saya untuk memecahkan cawan gelas semasa jamuan negeri tempoh hari, dia pasti tidak akan berada di istana saya seperti sekarang. Bercakap mengenai itu, saya harus berterima kasih kerana memberikan saya peluang tu."

Putera muda itu tersenyum dan langsung tidak tersinggung dengan apa yang telah dikatakan. Dia berpaling dan berkata kepada seorang lagi remaja di sisinya yang berjubah hijau, "Kau lihat, Mu Yun, aku dah cakap yang Maharaja pasti takkan biar benda ni berlalu macam tu sahaja dan pasti beliau akan bercakap dengan aku tentang perkara ni."

Mu Yun mengangkat kedua keningnya lalu berkata, "Berapa ramai orang di bandar diraja ni yang merana disebabkan kamu? Tuanku Maharaja Yan mempunyai kesabaran yang tinggi. Kalau diikutkan aku, aku pasti dah pergi ke rumah kau dan bersemuka dengan kau pada malam sebelum tu."

"Kita masih bersaingkah? Kalau kau orang berdua masih nak bertekak, lebih baik kita balik saja!" Seorang lagi remaja berpakaian hitam bergerak kehadapan bersama busur kuning yang besar terikat dipinggangnya, sudah pasti senjata pilihan hatinya.

Yan Xun berasa seperti ini pertama kali dia bertemu remaja ini. Dia terjun daripada kudanya jatuh ke tanah, lalu menunduk hormat, "Oh, Para Tujuh Yang Termulia di sini, pulihkanlah penglihatanku yang kabur ini."

Zhao Che memberi pandangan serong kepada Yan Xun lalu tersengih. "Saya dan abang kelapan harus pergi ke kedai buku pada waktu makan malam ni, jadi kita tidak mempunyai banyak masa untuk terluang," dia berterus-terang kepada Zhuge Huai.

Zhuge Huai ketawa lalu berkata, "Sementara Tuanku Maharaja Yan berada di sini, marilah kita mula."

Putera Wei menepuk kedua tangannya dan berkata gembira, "Apa yang awak jumpa pula kali ni? Cepat, mari kita tengok."

Zhao Jue berkata, "Saya nampak ada banyak sangkar binatang di sana. Awak bukannya nak suruh kami berburu, kan? Ia bukannya seronok sangat pun, mungkin sebab itulah abang keempat tak nak datang."

Zhuge Huai menggelengkan kepalanya dan dengan nada suara yang misteri, dia berkata, "Dia ada perwatakan yang pelik sikit. Bila saja dia sertai perjumpaan kita? Tapi saya telah berikan usaha yang lebih sikit pada hari ini, kamu lihat saja sekejap lagi." Setelah itu, dia menepuk tangannya sebanyak dua kali. Tepukan itu sangat jelas dan kuat sehingga ia bergema diseluruh kawasan bersalji itu.

Di kejauhan, arena berpagar itu membuka pintu gerbangnya. Orang-orang suruhan Zhuge Huai memasuki arena itu sambil menyorong gerobak-gerobak yang besar dan lantas enam sangkar diletakkan dalam garisan yang lurus didalam arena itu, dan ianya semua ditutupi oleh helaian kain hitam, sekaligus menyembunyikan apa jua yang berada di dalam sangkar-sangkar.

Putera Wei menjadi sangat berminat dengan sangkar-sangkar itu. Dia berteriak, "Apakah yang berada di dalam sangkar tu? Sudah-sudahlah dengan suspens itu, Zhuge."

Zhuge Huai ketawa kuat dan melambai ke arah pengikutnya yang tidak jauh dari situ. Bunyi fabrik ditarik kedengaran, kain hitam itu sedang ditarik cabut daripada sangkar-sangkar itu. Putera Wei terkaku seketika tetapi mula tersenyum lebar setelah itu.

Di dalam sangkar-sangkar besar itu terdapat sebilangan gadis-gadis kecil yang berusia tidak lebih daripada tujuh dan lapan tahun. Terdapat dua puluh kanak-kanak di dalam setiap sangkar dan setiap gadis kecil itu hanya memakai baju gaun yang pendek dan kotor. Tertera di dada baju mereka adalah perkataan-perkataan besar yang membuatkan mereka kelihatan seperi banduan, dan setiap perkataan di baju mereka dibezakan mengikut sangkar. Terdapat 'Mu', 'Wei', 'Yan', 'Zhuge'. Tetapi bagi Zhao Jue dan Zhao Che, ia telah dibezakan dengan perkataan 'Jue' dan 'Che'. Kanak-kanak ini telah berada di dalam kegelapan untuk masa yang lama. Apabila cahaya tiba-tiba menerangi sangkar itu, mereka tidak dapat membuka mata mereka, lalu berlari ke satu ceruk bersama-sama seperti sekumpulan arnab, dengan ketakutan terpancar daripada mata mereka.

Zhuge Huai tersenyum. "Tidak lama dulu, sekumpulan pedagang dari barat telah datang menziarahi saya, dan mereka telah mengajar saya satu permainan ini. Sebentar lagi, saya akan menyuruh orang suruhan saya untuk membuka sangkar-sangkar itu dan membiarkan serigala-serigala berkeliaran. Mereka telah kebuluran selama tiga hari dan kini mereka hanya boleh nampak daging sahaja. Kita boleh menembak serigala-serigala itu atau kita boleh menembak hamba-hamba di dalam sangkar lagi satu tu. Setelah colok habis dibakar, kita akan lihat siapa yang mempunyai hamba yang masih hidup yang lebih banyak, dan merekalah pemenangnya."

Putera Wei menepuk tangannya dan ketawa besar, "Ini sangat menarik, mungkin akan jadi seronok."

Setelah mendapat arahan, orang-orang suruhan Zhuge Huai bergerak ke arah sangkar-sangkar untuk membuka pintu sangkar dan beredar dari arena itu. Anak-anak kecil itu menggigil ketakutan dan berdiri tegak dia tas tanah seolah-olah sangkar masih mengelilingi mereka. Mereka terlalu takut untuk bergerak walau seinci pun.

Secara tiba-tiba, suatu lalakan memekakkan didengari dan kedua-dua pintu gerbang arena dari arah berlawanan dibuka luas. Lebih daripada dua puluh ekor serigala bengis bergegas ke dalam arena, serta membuka mulut mereka yang dahagakan darah itu dan meluru ke arah sekumpulan besar kanak-kanak itu.

Teriakan kuat kedengaran serta-merta. Kanak-kanak itu menjerit serentak, kelam kabut berlari ke arah sekumpulan kanak-kanak yang lain, memeluk antara satu sama lain. Pada masa yang sama, sebatang anak panah tajam yang datang daripada luar meluru masuk ke dalam arena, tetapi anak panah tersebut bukannya tertumpu ke arah serigala-serigala, tetapi ke arah kanak-kanak tersebut.

Bau hanyir darah memenuhi setiap penjuru arena, teriakan dan rayuan kanak-kanak kedengaran kuat. Anak panah yang tajam menembusi bahu kecil dan dada gadis kecil dengan mudah sekali. Dengan darah segar yang sedang mengalir keluar memenuhi setiap pelosok baju di atas tubuh badan mereka yang semakin lemah, ia kelihatan seperti bunga merah yang sedang berkembang di atas tubuh badan mereka. Bau darah yang hanyir itu mengujakan serigala-serigala untuk menjadi lebih ganas. Seekor serigala berwarna biru pekat tiba-tiba melompat ke arah seorang budak perempuan dan mematahkan lehernya dengan satu gigitan. Sebelum dia sempat berteriak, seekor lagi serigala datang dan menggigit kakinya putus dan seekor lagi menggigit kepalanya dengan keras. Cebisan otak dan darah merah pekat bercampur menjadi sesuatu yang menggelikan, mengecat tanah yang ditimbuni salji putih.

Jeritan kedengaran tanpa henti. Keperitan di bahunya tidak tertanggung, dan kelopak matanya terasa berat. Jing Yue Er telah menerima banyak anak panah yang menembusi badannya dan dia terpaku di atas lantai. Deruan nafasnya perlahan seolah-olah dia langsung tidak bernafas, namun keningnya dikerutkan rapat, dan lebih rapat. Seekor serigala lapar bergerak ke arahnya, dengan pandangan mata yang kejam tertumpu kepada kanak-kanak malang ini. Air liur busuk pemangsa ini mengalir dari kedua-dua belah hujung mulutnya, dan terjatuh ke atas muka budak ini.

Secara tiba-tiba, seolah-olah Tuhan telah memakbulkan doa-doa anak kecil ini ini, semasa serigala tersebut ingin membaham kanak-kanak ini, matanya tiba-tiba terbuka garang. Ini bukanlah jenis keberanian dan kegagahan yang sering terdapat di dalam diri seorang kanak-kanak. Dengan bersahaja, kedua-dua tangannya meluru ke arah serigala itu dan menutup rahang pemangsa itu. Mengangkat kepalanya, dia mengoyakkan lidah serigala yang terkeluar.

Laungan tajam didengari ketika itu dan setiap mata tertumpu ke arah bunyi tersebut, merenung ke arah kanak-kanak yang telah menggigit lidah serigala sehingga terputus. Mereka sangat terpegun akan situasi tersebut hingga terlupa akan hal tembak-menembak itu.

Zhao Jue merupakan yang pertama untuk bertindak. Melihat perkataan 'Jue' yang terpampang jelas di dadanya, dia ketawa gembira, lantas menarik busurnya, lalu melepaskan anak panahnya terus menembusi leher serigala itu.

Serigala itu terjatuh ke atas tanah dengan satu teriakan kecil. Tragedi itu masih lagi berlaku di dalam arena dan semua serigala yang lain sedang membaham mangsa mereka. Mayat-mayat bergelemparan di dalam arena itu dan keratan anggota-anggota badan gadis-gadis kecil bertebaran merata-rata. Tangisan dan teriakan menyayat hati bergema di gegendang telinga.

Jing Yue Er berdiri dengan kaki yang goyah, membuka matanya yang membuntang lebih luas seperti dia telah membatu. Bajunya tercarik-carik, rambutnya kusut, dan mukanya berlumuran darah. Angin sejuk meniup laju, dia seolah-olah sehelai rumput yang rapuh.

Alamak! Sebatang anak panah dilepaskan ke arahnya. Jing Yue Er melompat ke belakang dengan badannya yang lincah untuk mengelak anak panah yang boleh membawa maut itu, tetapi disebabkan tubuh badannya yang lemah pada masa itu, anak panah tersebut telah menggores betisnya. Darah segar mengalir keluar dari kakinya.

Putera Wei tersenyum lebar dan menarik sebatang lagi anak panah pada tengah-tengah busurnya, melepaskan sebatang lagi anak panah.

Zhao Jue mengangkat kedua belah keningnya dan mengeluh marah, menarik busurnya, lalu melepaskan anak panah ke destinasi yang sama seperti Putera Wei.

Seekor serigala mengikuti Jing Yue Er diam, tetapi bau hanyir dan busuk yang datang dari serigala itu telah membongkari lokasinya. Setelah terhidu bau hanyir itu, Jing Yue Er tidak mempunyai banyak masa lagi untuk membersihkan betisnya lalu dia bangun dan memecut terus ke arah Zhao Jue.

Orang inilah yang telah menyelamatkan nyawanya dua kali dalam masa yang singkat. Walaupun dengan minda yang kabur akibat kecederaan yang parah, dia telah memilih haluan yang paling selamat untuknya. Bagaimanapun, setelah beberapa langkah, sebatang anak panah terbang meluru terus ke arahnya dan terpaku kemas di dalam tanah beberapa inci dari tapak kakinya. Gadis kecil itu terpana dan terpaku diam. Dia mengerutkan wajahnya lalu mengangkat pandangannya, merenung terus ke arah seorang remaja berpakaian hitam yang menunggang kuda merah dengan muka yang penuh kekeliruan.

Zhao Jue merenung tajam Jing Yue Er lantas mendengus benci, dan melepaskan anak panahnya terus menembusi belakang seorang lagi anak kecil.

Umur kanak-kanak tersebut tidak melebihi enam tahun. Dia menjerit dan terjatuh ke atas tanah, darahnya berlumuran di sekitar perkataan 'Yan' dibelakangnya, sekaligus dicarik-carik oleh serigala-serigala dengan sekelip mata.

Masa berlalu dengan sangat pantas, namun sangat perlahan. Anak kecil itu berdiri ketakutan, dengan wajah yang melopong. Secara tiba-tiba, dia mengertap bibirnya dan berpaling dengan pantas, dan melarikan diri. Dia berlari dengan sangat pantas seolah-olah kakinya yang tercedera itu langsung tidak menjejaskan ketangkasannya. Seekor serigala mengejarnya laju dan menerkam ganas. Dia sempat melarikan diri dengan sebanyak beberapa mililiter jarak antara dia dengan serigala itu, hampir menjadi bahan makanan pemangsa itu.

Di penjuru arena itu, terdapat timbunan galah kayu dan jerami untuk kuda. Anak gadis itu mengangkat sebatang galah dan tanpa menoleh ke belakang, dia menghentak seekor serigala yang cuba untuk membaham seorang lagi kanak-kanak.


Load failed, please RETRY

ギフト

ギフト -- 贈り物 が届きました

    週次パワーステータス

    Rank -- 推薦 ランキング
    Stone -- 推薦 チケット

    バッチアンロック

    目次

    表示オプション

    バックグラウンド

    フォント

    大きさ

    章のコメント

    レビューを書く 読み取りステータス: C4
    投稿に失敗します。もう一度やり直してください
    • 翻訳品質
    • アップデートの安定性
    • ストーリー展開
    • キャラクターデザイン
    • 世界の背景

    合計スコア 0.0

    レビューが正常に投稿されました! レビューをもっと読む
    パワーストーンで投票する
    Rank NO.-- パワーランキング
    Stone -- 推薦チケット
    不適切なコンテンツを報告する
    error ヒント

    不正使用を報告

    段落のコメント

    ログイン